Showing posts with label emma maembong. Show all posts
Showing posts with label emma maembong. Show all posts

Saturday, 21 November 2015

RANCANGAN THE HOUSE MENAMPILKAN ADIK BERADIK EMMA MAEMBONG DIANGGAP SAMPAH

Assalamualaikum...

Siapa dah tonton rancangan The House?
rancangan ni tentang aktiviti seharian 3 adik beradik
yang terdiri dari Emma, Yaya dan Chacha Maembong.
Kalau anda peminat anak2 maembong ni
mungkin rancangan ini sangat menarik di mata anda..


Tapi yang tak minat..(tak minat yang saya maksudkan bukan bermakna benci)
anda akan merasakan rancangan ini adalah rancangan yang 
hanya sekadar hiburan semata-mata.
Walaupun dalam rancangan ini anda akan lihat betapa erat hubungan adik beradik ini
dan bagaimana mereka menghadapi beberapa keadaan 
yang "terdesak" bersama-sama namun ianya masih kelihatan 
rancangan yang membosan kan dan khas untuk peminat-peminat Emma, Yaya dan ChaCha sahaja.



Sebelum ni saya pernah terbaca satu komen tentang rancangan ni 
yang dikatakan hanya sesuai kalau ditayangkan di astro ceria kerana 
ketiga-tiga beradik ini tingkah nya seakan kanak-kanak sahaja.
nampak terlalu gedik untuk tontonan orang dewasa.



Zaman sekarang dah tak sama macam dulu.
Dulu orang tak de ruang untuk mengkritik apa2 rancangan pun.
mereka terima apa saja yang disiarkan.
Tapi sekarang dah lain..
penonton dan bijak menilai dan dah terbuka ruang untuk mengkritik
rancangan2 yang disiarkan.
jadi harapnya penerbit2 rancangan televisyen ni dapat lah
memikirkan rancangan yang lebih berfaedah dan mesej nya lebih jelas
dan mudah diterima penonton.

kalau rasa rancangan he House ni tak berfaedah apakata
anda tonton video  rancangan yang boleh buat anda juga rasa
nak berjaya dan bersaing dengan mereka ini (klik)..
rasa-rasa anda lebih hebat dari mereka kah??

sekian..

Saturday, 15 November 2014

EMMA MAEMBONG TAMPIL BERI PENJELASAN ISU BAJU EZUWAN ISMAIL

Assalamualaikum...

Ingat tak cerita pasal Chacha Maembong yang dikatakan tak pakai baju yang ditaja oleh pereka fesyen Ezuwan Ismail di malam Anugerah Skrin minggu lepas??Kejadian tersebut menyebabkan pereka fesyen tu kecik hati la..Buat baju untuk Chacha Tapi Chacha tak pakai pun..





Memang ramai jugak yang menghentam sikap Chacha ni..sombong la,tak sedar diri la,macam2 lagi la.agaknya tak tahan sangt dah dengan cakap2 buruk orang ramai maka Emma Maembong tampil memberi penjelasan sebenar apa sebenarnya yang membuatkan Chacha tak jadi pakai baju rekaan Ezuwan Ismail tu..

Selama ni sy diam sbb sy hormat designer itu dan nk jaga nama dia. Sbb tu sy malas nk cerita benda sebenar atau masuk campur. Tapi bila asyik nk tuduh adik sy je salah melampau la takkan salah sendiri tak nampak kot? Sy ada dgn chacha time dia nak pakai baju designer tersebut. And ukuran badan pada baju tersebut lari. Ada gelembung belakang dan ukuran ketiak pon lari. Masa fitting chacha ada bagitahu bahu ni senget tapi dia ckp "you jgn tgk skrg, belum siap lagi ni" so she didn't expect la on the event day baju dapat mcm tu sbb dia dah ambik pin cucuk kt mana kena alter masa fitting. Sbb bila dapat baju dua2 belah tangan lari tak sama. Pelik jgk baju artis lain dia buat perfect gila pulak. Jangan sbb adik sy artis baru awk boleh nk buat sesuka hati saja. And event pun akan start lg setengah jam waktu tu. Just imagine keadaan sgt kelam kabut sbb baju tak muat, so chacha terpaksa pinjam baju designer lain. Bila dah dekat event faham2 saja lah kan, dah nama pun event.. Nak kena interview lagi, ambik gambar dan layan org semua. 

Mmg masa tu mana sempat nk bg tahu yg baju tak dapat nk pakai malam tu. Bukan sengaja taknak bg tahu. Lepas habis event semua, saya sendiri whatsapp dia minta maaf dan jelaskan keadaan sebenar kenapa baju dia tak dapat dipakai. Tapi dia yg tak boleh terima hakikat. Ingatkan dah settle tapi masih nk besar kan cerita. Sebenarnya kalau baju tu tak sempat pakai masa event tu, event lain masih boleh pakai. Kadang2 ada jugak terjadi dekat emma sendiri and usually designer lain faham and amat professional, siap event lain pakai baju yg tak jadi dipakai tu. Tapi ni mcm over sgt. Jgn nk ckp time nk sponsor "okay" je. Tapi dah kalau salah designer tu sendiri ukuran tak sama dan tak dpt seperti yang dijanjikan, oh kita tak boleh bersuara plk? Its fair and square lah, designer buat baju kita tlg mereka promote, sama2 untung. Chacha dah pun mintak maaf dekat public psl issue ni, awk nk dia buat apa lg? Perkara ni boleh settle cara baik and privately, tapi awk nk sgt post bg satu dunia baca so saya pon terpaksa post jgk to clear things out. Maaf kalau saya ada salah ckp dan maaf juga kalau terasa. Cuma jgnlah asyik nk cari salah org saja.✌️ #gilafamous
 -Emma Maembong-

Gitu kesah nya...fikir2 kan betul juga apa kata Emma tu..kan?/tapi ssatu pihak lagi tu nak mengalah ke?/Tengok gaya macam tak je..

Harap2 lepas ni Chacha serik la nak pakai baju macam ni lagi..pakai jubah je dik..senang..sarung je.Tak payah kisah pasal gelembung ke apa..kan?ekekke

sekian..

Monday, 18 August 2014

CARA-CARA UNTUK NAMPAK CANTIK MACAM EMMA MAEMBONG

Assalamualaikum..
Sekarang ni mudah sangat kalau nak jadi cantik.
dah ramai yang berkongsi cara2 nak jadi cantik..
kalau tengok kat You tube tu berapa banyak tutorial make up yang kita boleh ikut..
nak buat dengan tak nak buat je..

Ni ada satu cara mudah untuk nampak cantik macam Emma Maembong.
selamat mencuba...




heheheh..

Saturday, 13 July 2013

GAMBAR EMMA MAEMBONG BERSAMA IBU DAN BAPANYA

Assalamualaikum...

sweeetttt sangat tengok gambar Emma Maembong dengan ayahnya nih..
Bagi seorang ayah besar mana pun anak dia.
dia tetap nampak anak dia masih kecil..kan??



Yang ni pulak gambar dia dengan Ibu dia...
patut la dia cantik..
ikut mak dia la..kan??
adik beradik pun cantik2 kan??


sekian..