Showing posts with label durian. Show all posts
Showing posts with label durian. Show all posts

Thursday, 13 July 2017

TIADA DURIAN MURAH DI BATU KURAU

Assalamualaikum...

Musim durian di batu kurau dah kembali selepas sejak beberapa tahun lepas  durian tak berapa menjadi di Batu Kurau. Durian Batu Kurau ada peminat nya sendiri. Tambahan pulak peminat-peminat durian boleh dapatkan terus durian ni dari pemilik dusun sendiri tanpa melalui orang tengah.Walaupun begitu jangan lah rasa korang akan dapat durian dengan harga rm20 selonggok dari pemilik dusun durian di sini.

Baru-baru ni tersebar di media sosial apabila ada yang mengatakan peminat durian boleh dapat buah ni dengan harga serendah RM20-RM50 selonggok.Sebenarnya berita tersebut adalah berita palsu.Tak ada harga murah macam tu untuk selonggok durian.Biasanya harga ditentukan melalui gred durian sekitar rm15-rm25 sekilo.




Status yang dikongsi oleh Amier Bger Amier di Group Durian Batu Kurau menjelaskan tiada Durian Batu Kurau murah seperti yang di sebarkan oleh beberapa pihak.Dia juga mengatakan ramai yang tertipu apabila ada pelanggan yang sanggup datang dari jauh untuk mendapatkan durian Batu Kurau dengan harga yang murah namun pulang dengan rasa kecewa dan marah .

Kekurangan buah durian di Batu Kurau pada tahun ni membuatkan harga buah tersebut naik .Untuk sebakul durian harga nya hampir mencecah rm500.

Macam tu la dilema pemilik dusun durian di batu Kurau ni.Beberapa tahun lepas waktu buah durian menjadi sampai harga nya jatuh . Pemilik dusun untuk sikit je .Sedangkan Dusun  Durian Batu kurau ni letaknya atas bukit.Diaorang nak bawak turun pun kena hati2..Bayangkan bawak bakul durian turun bukit cemana??Bahaya tau tak..

sekian...

Wednesday, 25 September 2013

TEMPOYAK YANG KE DUA

Assalamualaikum...

durian google


Cubaan kedua membuat tempoyak akhirnya berjaya..
Kali ni menjadi ..dan sangt sedap..

Tak sangka ada jugak benda yang aku boleh buat
Dengan mencuba tak sampai 3 kali.
Hahahah..

Hari ni dapat la makan masak tempoyak..
Suka sangt la..
Kat pulau pinang ni susah nak dapatkan tempoyak.
Bukan ada jual kat kedai2 biasa..
Kat pasar malam lagi la tak de..
Lagi2 pasar malam kat umah aku ni
Peniaga cina je ramai..
Kalau pi pasar malam yang ramai melayu mungkin ada..
Tapi tak kompem la ada nya...

Masa mula2 buat dulu guna durian mahai..
Orang kata buat guna durian bagus
Nanti sedap jadi nya..
Tak boleh pakai cakap tu..
Aku buat tempoyak dulu seminggu tempoyak tu
Aku letak kat luar.bukan dalam peti sejuk..
Tak masam2 pun..

Bagi anak sedara aku rasa dia kata..
Ini durian bukan tempoyak..
Dia ratah gitu je..
Kakak aku pun kata tak rasa macam tempoyak pun..
Kecewa betul aku..

Kali ni beli durian biasa je..
3 biji 15 hengget.
Murah kan.tapi besor2 ulas dia..
Bijinya kecik je..
Sebiji aku buat tempoyak..


Ini lah hasil nya...

guna balang platik besor giler sebab takut meletup..ekeke

sangt bangga sampai citer kat blog.


amboi..seksi nye dia...heheh

Hahahahhaha...


Sekian...