Showing posts with label donut sedap. Show all posts
Showing posts with label donut sedap. Show all posts

Tuesday, 11 December 2018

BELI DONUT SEDAP LEMBUT DAN GEBU UNTUK ANAK-ANAK SAUDARA

Halu Puliss!

Ni ada orang baru nak update blog. Tolong Tangkap..

seronok  bebudak ni bila sesekali berkumpul . 


Amboih.. bukan main lama tak update blog.Seminggu bercuti sebab anak-anak pun dalam mood cuti sekolah. Jadi bawak la anak-anak balik ke kampung. Seronok la diaorang dapat jumpa sepupu-sepupu yang memang dah berjanji nak bercuti kat kampung.

Pening la kepala opah nya bila ank cucu ramai kat rumah.




Masa balik kampung hari tu saya tak berapa sihat sebab batuk dan tekak ni rasa perit,. Selalunya bila balik kampung ada je buah tangan saya masak sendiri untuk anak-anak saudara. Tapi kali ni tak berdaya dah badan so saya order je buah tangan untuk diaorang.

Kali ni saya bawak balik donut. Donut ala-ala Big Epal kata bebudak.. Hahah..



Donut ni saya order dari Nurul Atin. Dia ni mak kepada kawan sekelas Mikhail masa kat Tadika. Jadi malas la saya nak cari seller lain. Donut dari Atin ni pun ramai penggemarnya. So saya memang percaya Donut dia memang sedap dan lembut walaupun saya tak pernah order pun sebelum ni.

Ni la donut yang saya order. Dua kotak Donut campuran. Sekotak tu harganya cuma rm10 je.Murah ..kan??

Tengok la topping nya tu bukan main banyak dan ada macam-macam rasa. Sekali letajk je dah licin donut tu.



Saya pun tak perasan topping apa yang ada tapi ada kacang, kuaci, oreo , coklat dan macam-macam lagi. Patut lah ramai yang order sebab memang lembut dan gebu.

Kalau korang nak order baiklah order lebih dari sekotak sebab kalau order sekotak je memang tak cukup. Berebut-rebut nanti. Sebab topping dia campur-campur tu yang rasa macam nak makan semuanya,.


Tapi kalau korang tak suka topping campur-campur macam ni korang boleh request nak topping yang korang suka je.




Sesuai sangat kalau nak hidang untuk jamuan ringan atau ada party kat rumah. Anak-anak kata nanti balik kampung kita bawak balik donut lagi . Ha..kena order lagi la nampaknya nanti..

Kalau korang nak order boleh klik sini :

Facebook: Nurul Atin

whatsap: http://www.wasap.my/+60175051390

(Untuk Kawasan sekitar simpang Ampat Pulau Pinang dan yang berhampiran sahaja)


sekian..