Showing posts with label dekorasi. Show all posts
Showing posts with label dekorasi. Show all posts

Wednesday, 12 December 2018

DEKORASI DAPUR DENGAN HANYA BERMODALKAN RM100

Hi..



Saya suka baca tips-tips dekorasi . kalau ada yang sesuai boleh la cuba. Macam-macam idea yang dikongsikan. Dalam tak sedar membantu kita untuk berjimat juga sebab tips dekorasi yang dikongsikan kebanyakan nya hanya mengeluarkan belanja yang murah dan tidak membebankan.





Cuma dalam bab dekorasi ni korang perlu gunakan bahan yang berkualiti dan kalau korang memang jenis suka susun atur rumah korang sebulan sekali atau 2 bulan sekali tak kisah nak guna barang dan bahan yang kualiti rendah.

Kalau untuk jangka masa panjang baik gunakan bahan yang berkualiti.

Hari ni saya nak kongsikan tips dekorasi dan makeover dapur yang dikongsikan oleh Saudara Nur Diyana . Tips ni dikongsikan di laman twitter oleh Tojimato. 




SEBELUM



SELEPAS

“Saya makeover sorang jer dapur saya ni, barang semua murah-murah sahaja. Maklumlah saya student kan, tak mampu nak beli barang mahal. Pada saya, kemas dan bersih dah cukup” 



"Table top saya balut dengan wallpaper PVC Kaison. Bukan plain tau, ada corak timbul. Mungkin sebab ia PVC, jadi nampak berkilat."




"Langsir saya guna 2 keping termasuk yang bawah sinki - beli di Daiso.
Penyangkut bulat tu dah ada sekali dalam paket tu.
Rod boleh laras panjang tu saya beli di Super 99 Serdang - RM3.99 setiap satu, saya guna 3 batang.
Saya sangkut rod guna penyangkut baju kecil"



"Sticker tiles beli di Eco Shop - 1 plastik ada 6 keping baru RM2.12, saya beli 3 plastik."



"Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan untuk dekorasi dapur yang ringkas ni ialah RM101.92."
- Nur Diyana-




Dapur dia nampak lebih kemas. Bila dah pasang langsir di bahagian bawah dapur dan sink tu boleh la dalam tu di letak kan kuali atau barang-barang dapur lain.

Bahagian bawah tu juga boleh letak rak kecil untuk letak stok masakan kita.Tak la nampak bersepah-sepah.

Cuma langsir tu memang kena tajin basuh la sebab bila di dapur ni memang mudah melekat minyak dan sebagainya.



Monday, 8 January 2018

RUMAH BANYAK LAMPU : INI CARA RINGKAS DAN MUDAH UNTUK TURUNKAN BIL ELEKTRIK RUMAH ANDA

Assalamualaikum..



cara jimat bil elektrik



Zaman sekarang sebiji rumah memang ada banyak lampu. Ini antara punca kenapa bil elektrik di rumah kita semakin tinggi.Setakat ni ramai yang berjimat dengan cara menggunakan satu atau 2 lampu saha untuk satu ruangan.Nak jimat punya pasal..

Sekarang ramai yang suka dengan tips jimat.Kalau ada  tips jimat yang dikongsikan oleh orang ramai  tak salah untuk kita mencuba.Dalam banyak-banyak perkara yang dibelanjakan di rumah, bil Elektrik adalah salah satu perbelanjaan yang semakin meningkat dan ramai yang mahukan penggunaan elektrik yang menjimatkan.

Saya sempat baca satu thread di twitter berkaitan tips menjimatkan bekalan elektrik bagi rumah yang menggunakan Flourescent light . Atau nak mudah faham , lampu panjang tu.Lampu panjang ada dua jenis . Nak faham dengan lebih lanjut jom kita baca perkongsian dari saudara Firdaus Ali .

Kalau rumah korang banyak menggunakan lampu pada waktu malam ni adalah thread ringkas untuk turunkan bil rumah korang bulan depan


cara jimat bil elektrik


Thread ni fokus pada lampu pendaflour panjang tu dahulu ya. 1st, nak bagitahu dulu. Lampu pendaflour tu standard ada dua jenis ya. 1) Flourescent light 2) LED light

Macam mana nak tahu rumah korang sekarang ni guna lampu yang mana satu? Secara mata kasar, check je di belah tepi/side lampu tu. Ada tak guna 'starter' ni. Kalau ada maksudnya, lampu tu ialah lampu flourescent biasa tu. Kalau LED, kiri kanan housing lampu tu memang tak ada starter ni


cara jimat bil elektrik

Ok, so sekarang korang dah tahu lampu rumah korang guna lampu apa secara kasarnya. Now, aku nak share perbezaan antara lampu Flourescent biasa dengan lampu LED. 🤔 Ni adalah perbezaan dalam aspek :-

1) Size :- untuk lampu flourescent, size nya kalau bersama dengan housing nya memang besar & berat, kalau dibandingkan dgn Lampu LED. Kenapa lagi berat? Sebabnya dlm housing flourescent ada menggunakan 'choke'/ballast & starter, so wire dalam housing tu pun lagi banyak dan serabut

Untuk lampu LED pula, kalau sekali dengan Housing dia, size nya sememang nya lebih kecil dan ringan. Sebab nya, dalam Housing tu, cuma ada dua wayar yang menyambungkan antara Wire 'Live' & 'Neutral' sahaja. Kalau korang tengok cuma ada dua jenis wire ni sahaja, so memang simple.

2) Jangka Hayat :- Lampu Flourescent, secara am nya, bertahan cuma untuk 10,000 jam sahaja. Tak termasuk untuk jangka hayat starter & 'choke' dalam Housing tu. 😅 Lampu LED, secara am nya, bertahan untuk 60,000 jam. Tiada 'choke' & starter untuk digantikan. Nampak dah jimat tu😎






3) Lighthing:- Lampu Flourescent, memang banyak digunakan dirumah. Kerana ciri lampu ni memang sesuai untuk ruang besar and kurang 'sharp'. Setakat untuk menerangi ruang tu dengan cahaya sahaja.

Lampu LED pula, lebih bersifat fokus. Secara am nya, Lampu LED ni banyak digunakan dlm lampu suluh, lampu kereta, etc. Sebab tula lampu LED bila dipasang kat rumah, memang lagi terang dari Flourescent. Sebab bersifat fokus dan meluas bila dipasang kat rumah. 😱

4) Penggunaan Kuasa elektrik :- Senang cerita, lampu Flourscent lagi banyak consume elektrik rumah kita, sebab kan pindahan arus elektrik yang berperingkat-peringkat. Kalau Lampu LED pula, direct ke Lampu tu sendiri. So kalau tutup lampu sekali pun, arus berhenti kat situ je.


cara jimat bil elektrik


5) Harga 🤑:- Bila habis baca dari atas tu, korang boleh agak sendiri harga mana secara long term nya lebih jimat. Kan? Even lampu LED sekarang, harga dalam RM10.90 pun dah boleh dapat. Cuma quality cahaya laa kureng sikit. Macam lampu flourescent je quality tu.

Kalau nk ok and murah, cari harga dalam RM15++ boleh dapat sekali dengan waranty setahun. Pandai2 laa cri kedai ya.

Kalau LED pun lagi mudah nak pasang sebab cuma guna dua wire je. So aku memang suggest korang guna Lampu LED ni. Sebab better dari setiap aspek. Tapi different people different ways of seeing things kan. Kalau korang nak tukar juga, tapi x reti, DM or watsapp je 017 2233402 (Freelance Handyman) - Firdaus Ali- 


Saya ni tak pernah tahu pun tentang jenis lampu dalam rumah ni.Lepas baca perkongsian dari saudara Firdaus ni baru la faham sedikit sebanyak berkaitan lampu.. Bermakna penggunaan lampu LED lebih menjimat kan dan memudah kan kita jugak..

Tak payah la kerap2 sangat tukar lampu sebab lampu LED bertahan sehingga 60000 jam..

Ok..jom ..dah boleh tukar lampu rumah sekarang. 🤑 Terima Kaish Firdaus Ali untuk perkongsian yang bermanfaat ini.


sekian..


Saturday, 3 June 2017

MENGHIAS RUMAH SEMPENA KEDATANGAN HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum

bukan rumah saya : )


Setiap kali tibanya hari raya masing-masing akan sibuk memikirkan dekorasi raya .Ada yang nak mengecat , ada yang nak pasang wallpaper dan ada juga yang mengubah suai rumah.Tapi kalau saya ni tak de la sampai nak ubah suai rumah.Belum ada rezeki lagi bab tu.Teringin juga nak ubah suai rumah teres jadi banglo.Kahkahkah...Tapi buat masa ni kita tukar2 cat, langsir dan apa2 yang guna kos kecil2 sudah la..

Menghias Rumah Untuk Raya

Walaupun tak ubah suai rumah tapi kita tetap nak juga rasa kemeriahan raya tu.Salah satu cara nya ialah dengan menghias rumah.

Sebelum menghias rumah biasanya saya akan rancang dulu apa yang perlu dibuat.Saya akan pastikan jenis perabot, warna dan keperluan setiap barangan.Kemudian saya akan mula merancang bajet yang diperlukan untuk menghias rumah.

Selepas bajet sudah ditentukan saya akan mula survey tempat-tempat jualan yang murah dan yang ada menyediakan khidmat penghantaran.Bagi saya Lazada adalah tempat yang sangat sesuai kerana di Lazada Malaysia saya boleh membandingkan setiap harga.Malah saya tak perlu buang masa saya keluar mencari barang yang saya perlukan.Maklum la.bulan puasa ni tak terdaya nak menapak dari satu kedai ke satu kedai..

2 Barangan di Lazada yang saya perlu beli sempena raya


1- Langsir 
Sebelum ni langsir rumah saya warna coklat.Dah berapa tahun tak berganti.hahaha..Tapi tahun ni saya nak tukar langsir dengan warna Pearl White diatas.Cantik kan..Ini untuk buat ruang tamu rumah saya nampak lebih luas.


2- permaidani



Oleh sebab saya memilih Langsir berwarna Pearl White , saya perlu memilih warna lebih terang untuk permaidani.Saya rasa permaidani dari Meylee ni sangat sesuai sebab dibuat dari kain cotton.Jadi mudah di cuci dan tak memerangkap habuk memandang kan rumah saya ni ada kanak-kanak..saya pilih warna merah..saya suka merah.. :)

Oleh sebab kami akan beraya di kampung dan akan pulang ke rumah kami  ni selepas bercuti beberapa hari , saya rasa untuk hiasan nya saya nak yang simple2 saja.Seminggu sebelum menyambut hari raya saya nak pasang lampu LED di luar rumah untuk menambah keceriaan dan semangat nak beraya tu.

Tips Menghias Rumah


Saya nak kongsikan beberapa tips menghias rumah yang boleh korang praktik kan untuk menghias ruangtamu  yang sempit macam rumah saya ni  sempena menyambut hari raya nanti.

1-Jangan gunakan warna yang terang untuk bahagian dinding atau langsir.

2- Jangn letak perabot yang tak banyak fungsinya dibahagian ruang tamu.

3- kalau ada bajet lebih beli satu cermin yang besar untuk  diletak kan dibahagian dinding.Cermin ni fungsinya untuk memantul kan imej dan buat ruang tamu korang lebih luas.

Marhaban Ya Ramadhan dan Jualan Riang Ria Raya 



Korang kalau nak mengias rumah semperna raya ni boleh dapatkan berbagai barangan di Lazada.
Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini Marhaban Ya Ramadhan By Lazada  dan jualan Riang Ria Raya menawarkan tawaran potongan harga sehingga 90%  dari 19 May sehingga 30  June depan. Jadi jangan lepas kan peluang untuk membeli belah di Lazada untuk lebih penjimatan di musim perayaan ini.


Kepad semua blogger korang juga boleh join contest yang sedang berjalan sepanjang Ramadhan ini.Ada banyak hadiah yang ditawarkan.


sekian...

Friday, 2 September 2016

DIY : BARANG ROSAK DALAM RUMAH JADI HIASAN DINDING YANG MENARIK

Assalamualaikum...




Bila kita kata hasil seni dari barang terbuang mesti ramai yang membayangkan botol dijadikan bunga atau kertas dijadikan bakul..Betul??Tapi jangan tak tahu yang barang2 terbuang tu tak payah dijadikan benda lain pun boleh juga dijadikan hiasan dinding dan hasil seni yang menarik...


Tengok macam gambar ni..



Pintu rosak yang dah tak boleh pakai dihgantungkan di dinding dan nampak cantik pulak.Dilengkapi dengan hiasan lain di dinding seperti kerusi dan meja yang rosak menambahkan lagi seri pada dinding tersebut.Kalau korang yang lebih kreatif dan ada bahan barang2 rosak yang lain yang nak di buang tu boleh la hiaskan di dinding tu dengan lebih berseni lagi..


selamat mencuba..


sekian..

Wednesday, 24 August 2016

DIY : CARA MENGHIAS TANGGA

Assalamualaikum..

Korang yang ada rumah bertingkat2 tu mesti kadang2 rasa boring tengok tangga yang kosong je.Sesekali  nak ubah suasana jadi lebih ceria..kan??Selalunya apa yang kita buat ialah pasang permaidanai di tangga dan ada juga yang letak kan hiasan macam pasu bunga danmenghiasa dinding untuk cantik kan ruang di tangga.

hari ni saya nak kongsikan satu gambar ni..cara menghias tangga untuk nampak lebih kelainan yang diinspirasikan dari buku-buku kegemaran kita..Jom tengok...:)




Amacam??cantik tak?? Ok..tengok cara-caranya pulak...



Memula bersihkan tangga..lepas tu cat tangga dengan warna hitam.guna cat biasa yang guna untuk cat asa dinding tu..Kemudian baru cat guna warna yang kita nk ikut macam warna buku kegemaran kita tu la..kemudian lukis la..kena ada la bakat melukis tu suikit ye..

Buat gini lebih jimat dari nak beli permaidani dan hiasan pasu kecik2 ..anak2 pun suka tengok tangga warna warni macam ni..




selamat mencuba...