Showing posts with label darjah satu. Show all posts
Showing posts with label darjah satu. Show all posts

Saturday, 27 October 2018

HARI PERTAMA ANAK MASUK SEKOLAH : APA YANG TAK PATUT ANDA POST DI SOSIAL MEDIA.

Assalamualaikum..



Tahun depan Mikhail akan masuk darjah satu. Seperti kakaknya saya tak akan hantar dia dan tunggu disekolah. Ayahnya saja yang akan pergi hantar dan tunggu dia sementara nak tahu duduk kelas mana. lepas tahu kelas ayah akan balik.

Macam tu la dulu kakaknya waktu masuk sekolah darjah satu.

Teringin jugak nak ambil-ambil gambar untuk buat kenangan tapi rasanya tak payah la. Risau bila anak nampak ibu dan ayahnya ni tunggu tepi kelas , nanti dia rasa macam.."kenapa kena tunggu??..sebab sekolah ni bahaya ke..? sebab nanti tak boleh balik ke..??sebab nanti cikgu marah ke..?"




Setakat ni memang saya bagitau yang indah-indah  je tentang sekolah. Tambah pulak kakak nya selalu cerita cikgu tu baik, cikgu ni kelakar.. harap-harap ok la dia nanti disekolah  baru.

Tapi saya faham ada mak ayah yang kena tunggu jugak anak di sekolah sebab nak biasakan anak membeli di kantin sekolah Saya memang tak de masalah bab tu sebab anak-anak cerewet bab makan. Jadi dari dulu memang bawak bekal ke sekolah.

Tapi pesanan saya untuk mak ayah yang nak tunggu anak disekolah tu, bila ambik -gambar anak-anak kat sekolah jangan la terlalu bebas post di sosial media atau di status-status whatsapp.  Ada beberapa perkara yang korang tak boleh buat.

1- jangan tag location dimana korang berada. Bahaya kalau orang tahu yang korang tak ada dirumah. Bahaya juga kalau ada orang yang tahu dimana anak korang bersekolah.

Kalau nak selfie ke apa cukup la dengan caption simple2 sudah la.

2- Jangan bagi clue dimana anak korang belajar. contohnya bergambar dengan papan tanda pintu pagar sekolah, tunjuk lencana sekolah anak,  nama penuh anak dan juga apa-apa yang mendedahkan dimana anak korang belajar dan sebagainya.

3- Had kan "rakan" yang boleh melihat gambar dan posting korang. Kalau di facebook korang boleh had kan gambar untuk orang-orang tertentu sahaja.  Korang boleh gunakan cara tu untuk berkongsi gambar dan posting dengan saudara mara terdekat.

Tak perlu masuk kan senarai rakan-rakan media sosial untuk melihat gambar anak korang sebab cara ni juga akan membahayakan anak-anak korang. Rakan media sosial dan orang sekeliling mungkin nampak baik di sosial media tapi jangan mudah terpedaya.




4-  Jangan tag sesiapa. Bila korang tag orang lain pada gambar yang di post , gambar tu akan lebih ramai yang nampak.

Contohnya macam facebook, bila korang tag saya untuk gambar korang, mungkin rakan-rakan saya yang korang tak kenal  juga akan nampak post dan gambar korang tu.

5- Jangan post gambar anak orang lain tanpa kebenaran. Anak-anak kita adalah urusan kita, tapi anak orang lain adalah hak ibu bapa mereka. So kita kena faham benda tu. kalau anak-anak kita pun kita tak dedahkan privacy mereka, kenapa anak orang kita tak boleh jaga..kan??

6- Jangan mempercayai sesiapa. Itu lah yang  yang paling penting sekali . Bagi tau pada saudara mara agar jangan berkongsi gambar yang korang post dan had kan kepada mereka saja, didedahkan kepada orang lain terutamanya di sosial media.

Kalau tak diberitahu mungkin diaorang pun tak tahu.Jadi berterus terang sejak dari awal dan tekankan benda tu supaya nampak jelas dan penting untuk diaorang patuhi.

ok..tu je la.. semoga bermanfaat untuk semua.