Showing posts with label ciri-ciri lelaki matang. Show all posts
Showing posts with label ciri-ciri lelaki matang. Show all posts

Wednesday, 28 December 2016

INI DIA CIRI-CIRI LELAKI YANG MATANG

Assalamualaikum...

Dah nak berubah tahun ni tertanya2 juga dalam diri sendiri ni sudah matang kah saya?Bagi seorang wanita tak ada istilah matang dalam diri kami.Sebenarnya kami lebih suka jadi tak matang.Tapi dalam keadaan tertentu kami terpaksa berpura-pura menjadi matang,...kahkahkah...Ini Betul tau ..bukan saya saja-saja nak kata macam ni.



Sebab itu lah impian ramai wanita dalam memilih pasangan ialah nak kan lelaki yang matang.Lelaki yang matang membuatkan wanita rasa lebih selamat untuk berlindung.Ni kalau dah kahwin pun kita yang kena jaga dia lebih macam jaga anak cemana..kan??hahahah..

Ok..jom kita semak 8 ciri lelaki yang matang..

Lelaki Yang Matang Tidak Mengkritik penampilan orang lain




"kenapa muka banyak jerawat"
"baju merah tak kena la dengan badan you.."
"Saya tak suka la badan gemuk awak ni..tolong kuruskan.."

Jika lelaki tersebut betul-betul matang dia akan menyintai dan menerima seseorang dalam hidup nya itu tanpa ada syarat. Dia juga tak kan merendah-rendah kan penampilan kita .Kenapa?sebab dia nak jaga pandangan dan persepsi orang lain pada dia.Dia tak mahu dilabel sebagai itu dan ini jadi dia juga tak kan lakukan perkara sebegitu pada orang lain.

Lelaki Yang Matang Tidak Mengganggu Privasi Orang Lain




Hubungan cinta atau persahabatan yang sihat adalah hubungan yang tidak disertakan dengan rasa tertekan dan penuh terkurung seolah-oleh kita didalam penjara. Memang dalam cinta dan persahabatan tiada apa yang patut dirahsiakan.namun menjadi kesalahan jika lelaki tersebut seolah-olah mengganggu dalam setiap perkara yang kita letak kan sebagai "peribadi"

Lelaki Yang Matang Tidak Akan Lari Dari Masalah




Seorang lelaki yang matang tahu dan bijak dalam menyelesaikan masalah keluarga , sahabat, cinta dan dirinya sendiri .Dia tidak akan berkurung dalam bilik dan membiarkan masalah yang mengejarnya hilang begitu sahaja.Dia akan berdepan dan membantu untuk menyelesaikan  masalah tersebut .

Lelaki Yang Matang Tidak Akan Menunjukkan Emosi nya Yang Terganggu Pada Orang Lain




Sebagai seorang yang matang mengawal kesabaran adalah salah satu perkara paling utama.. Apabila di kritik dia bijak mengawal emosi . Dia tahu bahawa jika dia tidak sabar keadaan  akan menjadi lebih buruk lagi.

Lelaki Yang Matang Adalah lelaki yang Memikirkan Masa Depan




Seorang lelaki yang matang tidak akan menghabiskan wang nya hanya semata-mata untuk makan malam di restoran mewah.Dia tidak akan menjadikan "biar papa asal bergaya " sebagai prinsip hidup.Ada banyak perkara yang difikirkan dalam hidup mereka.. cinta kemudian perkahwinan, anak-anak dan pelaburan masa depan.


Lelaki Yang Matang Ialah lelaki Yang tidak Menyingkirkan sahabat demi kekasih dan sebaliknya.




Kebanyakan lelaki suka kan wanita yang tidak ikut campur dalam urusan nya dengan kawan-kawan.Namun jika lelaki tersebut adalah lelaki yang matang dia akan mengatur masa demi kedua-duanya.Sahabat dan cinta.Dia tidak akan menjadikan salah satu pihak terabai dan berkecil hati.


Lelaki yang Matang ialah Lelaki yang Menjaga Ibunya Dengan Baik




Bagaimana dia melayan ibu nya begitu lah dia akan melayan kita.Pernah dengar kata-kata ini.Ianya benar sama sekali.Dia merasakan menjaga kedua ibu bapanya adalah perkara yang paling penting.Apabila kita berkahwin dengan lelaki seperti ini , kita  juga harus ikut serta mengutamakan ibu bapa nya dan secara tak langsung dia juga akan melakukan sedemikian kepada kita dan ibu bapa kita.

Lelaki Yang Matang Adalah lelaki yang Menghormati Wanita Dan Tidak Akan Menyakiti Fizikal Dan Mental Orang Lain 




Sebanyak mana pun rasa cinta dan sayangnya kita pada lelaki, jangan sesekali membiarkan keganasan mental dan fizikal membelenggu hidup kita. Jika ada rakan lelaki atau kekasih kita yang menyakiti kita segera lakukan sesuatu. Lelaki yang matang tidak akan memperlakukan perkara yang buruk pada orang lain terutamanya untuk wanita yang dicintainya.


Mesti ada yang tertanya-tanya wujud ke lelaki yang macam ni??hahha..Ada....banyak...Cuma kita sebagai wanita pun kena la sabar.,Kadang-kadang sikap orang perempuan ni juga yang buatkan lelaki jadi tak waras dan tak matang.. Kalau kita nak kan yang baik dah tentu kita pun kena jadi baik.Betul tak??

sekian...
.