Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Monday, 9 February 2015

5 CARA MENGATASI RASA RINDU

Assalamualaikum..




Masa bercinta dulu  hari2 rasa rindu..hahah..
ye la..kami kan dok jauh2...
bila dah kawen tak dan nak rindu ,mana tak nya..
jam 8 pi kerja,jam 12 tengok2 dia dah balik umah..
makan nasik..lepas tu jam 4 dah balik umah..
tapi kalau dia keluar sampai 2,3 hari tu rindu la jugak..
Giler ke apa tak rindu..
dia je yang selalu jadi kawan bergaduh dan bermanja saya ..
Ececeh..ngada2 sangt bunyi nya tu..hahahah

bagi yang tengah mabuk bercinta tu mesti kerap rasa rindu..kan??
layan kan je la rindu tu..dah kawen nanti, dah nampak perangai2 huduh si dia
baru awak terfikir cemana la awak boleh rindu kat orang yang perangai macam ni.
hahahah..gurau je la....

Ok..cemana nak buat kalau rasa rindu??

1- Sibuk kan diri..
kalau sibuk melayan perasaan sambil berguling2 tak guna jugak kalau kain baju menimbun tak berlipat.Seluar jeans dalam baldi kat bilik air tu 3 hari dah berendam.Buat la perkjara2 yang berfaedah.kemas rumah,basuh kain baju,memasak atau pun bersukan

2- jangan dengar lagu jiwang
Tapi selalunya bila rindu lagu2 gitu lah jugak yang dia nak dengar.Datang pulak adik kita entah dari mana terus tutup lagu tu..memang mendapat la..kan??nak kena cangkul betul..orang tengah dok berjiwang nih...

3-Berdoa
Berdoa lah semoga orang2 yang awak rindu tu sentiasa dalam lindungan Nya..Doakan supaya dia kuat menghadapi ujian,doakan dia setia dan hubungan awak berdua kekal bahagia hingga ke Jannah.

4- Berjumpa rakan2 dan saudara mara
Banyak aktiviti boleh buat bila jumpa dengan rakan2 .Antara nya shopping,tengok wayang ataupun bergossip..heheh..berbual tentang si dia pun boleh jugak.tak de lah awak menahan sorang2 didalam hati..kan?

5- Hubungi sidia
Ini cara paling berkesan.Tapi jangan lama2 takut mengganggu sidia.tak salah pun kalau awak dulu yang hubungi dia.cuma jangan terlalu kerap.Dalam cinta kena la ada jual mahal jugak..


ok..selamat berindu rinduan...

sekian..


Monday, 2 February 2015

10 TANDA SIDIA TAK BERMINAT PADA ANDA

Assalamualaikum...



Saya hairan betul dengan adik2 sekarang yang bercinta sampai nak kelar tangan la..
Ada yang meluah perasaan kat facebook.blog..Meluahkan perasaan kecewa tu ok la..
siapa tak sedih kan bila putus cinta..
tapi yang sampai merayu2 melutut  tu rasa macam tak sedap mata memandang..
Adik2 lagi..masih muda..masih ramai lelaki/wanita  yang menunggu awak
untuk kenal awak dengan lebih dekat..
Tinggalkan saja mereka2 yang hanya membuang masa awak..

Meh sini makcik nak bagi sikit tips
waktu bila awak kena cepat2  angkat kaki dan berhenti berharap
supaya tak la sakit sangat luka di hati tu..
Ini 10 tanda lelaki /wanita tersebut tak berminat pun pada awak..



1- Tiada khabar berita/jarang bertanya khabar

2-Dia nampak bosan bila bersama.

3-Tak menjawab pesanan atau panggilan semula..

4-tak perkenalkan awak pada kawan-kawan nya.

5-lebih suka melihat atau bercerita tentang wanita/lelaki lain

6- selalu mengelak untuk berjumpa

7-melayan awak sama seperti kawan-kawan nya.

8-mencari aawak hanya untuk meminta pertolongan

9-Selalu merungut tentang awak

10- bercerita hal buruk tentang awak di depan kawan-kawan nya



Cinta yang bertepuk sebelah tangan
itu bukan lah cinta sejati..


sekian...

GADIS INI DIPUKUL KERANA WAJAHNYA TIDAK SECANTIK DIDALAM GAMBAR

Assalamualaikum....

Pernah tak berkenalan dengan orang kat laman sosial lepas tu bercinta..lepas tu jumpa..
tengok2 lelaki atau wanita yang kita berkenalan tu tak kacak..tak cantik..
pendek sangat,tinggi sanagt..putiihhhhh sangt atau pun itammmmm sangat...
maknanya macam tak seperti yang korang bayang kan la..pernah???

kalau jadi macam tu apa nak buat??
Nak menyorok ke??nak lari balik rumah dan tukar no tel ke...
atau pun pergi je kat dia dan pukul..kejam sanagt la kalau pukul..kan??

Tapi tu la yang berlaku pada seorang gadis yang dipukul seorang lelaki gara2
wajah nya tidak seperti gambar2 yang dikirim oleh si gadis.
Ini gambr yang dihantar kepada si lelaki..


Punya la cantik..kan??
Tapi yang sebenarnya ini lah dia...


hahhahah...lepas tu kemain lagi ngaku yang gambar sebelah tu memang gambar dia.
Tapi dia makeup dan edit sikit2 terus jadi cantik macam tu..katanya..
kau rasa lelaki tu nak ke percaya??
ehehheeh...Apa lagi..terus dipukul nya gadis tu..

Mereka ni berkenalan di Wechat.
selama ni si gadis kerap hantar gambar2 dia yang berdagu runcing,mata bulat,
hidung mancung..Tapi bila di tipu macam ni
silelaki terus mengamuk la..

Tu la..jangan percaya dengan cinta Online..

kesian lelaki tu..
mesti terluka yang amat sangat..

Pesanan untuk lelaki2...
wanita cantik tak kan mudah jalinkan hubungan dengan lelaki
yang dia kenal melaui online sebab disekeliling dia pun dah cukup
ramai yang mengejar..

sekian...

Friday, 23 January 2015

KAHWIN ATAS PERMINTAAN KELUARGA...

Assalamualaikum....


Sakit pulak hati kita ni bila dengar ayat sorang lelaki tu...
lebih kurang gini la ayat nya...

Lelaki : abang terpaksa pergi..kita tak boleh terus kan hubungan ni..

Pompuan : sampai hati abang..sanggup tinggalkan saya sebab nak kawen dengan orang lain..

Lelaki : abang terpaksa ..ni permintaan keluarga.abang kena tunaikan..



Elehhhhhhhhh!!!!!!
Bila bab kawen je terus nak ikut permintaaan keluarga.
padahal selama ni mak suruh pi kedai
beli kunyit pun
hang bagi macam2 alasan..

Minyak motor habis la...
mengantuk la...
demam la..

Ishhh....
Terbawa2 pulak emosi saya
tengok drama nih..


Hehhh..


Sekian...



Saturday, 3 January 2015

PILIH LA DIA KALAU ADA 4 PERKARA INI

Assalamualaikum...



Nak kawen tak??
nak kawen tapi takut????
takut  pilihan yang dibuat tu salah??

Kalau semua orang fikir macam tu memang
tak de siapa la yang kawen kat dunia nih..hehehehe..

Jangan risau..
Cukup ada 4 perkara ni saja..
awak pilih la dia ..



1-Awak selesa dengan dia..

2-Wajah nya selalu buat awak tersenyum..

3-Ada impian yang sama..

4-Boleh berkomunikasi dengan jujur

jangan tunggu lama-lama..
nanti diambil orang..



sekian..


Tuesday, 18 November 2014

CANTIK DI MATA KITA SAKIT DIMATA ORANG

Assalamualaikum...


manusia ni tak semuanya sempurna..
fizikal nampak sempurna
tapi fikiran nya  mungkin tidak..
mcm tu jugak la sebalik nya..
bila kita memilih sesuatu mesti pilihan kita tu
ada pihak2 yang tak berapa suka..

Kita beli kain...

"la..awat hang beli,kain corak macam ni..
tak elok la...beli la yang ada bunga besaq2 tapak tngan tu...
lagi cantik.."

macam tu jugak bila kita pilih pasangan..
cantik kat mata kita
sakit kat mata orang..
tapi kita kena kuat la bila orang mengkritik pilihan kita..
jngan mudah terpengaruh..

"tu boipren hang ka??hitam nya..gigi depan pun tak dak.."

dalam hati mesti rasa malu jugak kan..
malu campur marah..
memang rasa nak lempang2 je mulut
orang cakap gitu.
jangan pulak bila dengar2 je gitu
terus kita tinggalkan pasangan kita..

biarlah muka nya tak cantik atau tak ensem..
asalkan ada budi pekerti,
tau jaga agama dia,dan bertanggungjawab..
kalau rupa elok tapi perangai tak serupa orang
tak guna jugak..kan??

kadang2 orang yang mengkritik pilihan kita tu
sebenarnya saja nak sakitkan hati kita ja..
cer tengok pilihan dia pulak..
dari hujung rambut sampai hujung
kaki nak muntah kalau pandang lama2..heheheh

jadi pada yang suka mengkritik pilihan orang
tu jaga2 la..
takut nanti kamu pun dapat yang
hodoh sepuluh kali ganda dari orang tu..

yang dikritik jangan la mudah terpengaruh..
bila kamu menolak sesuatu yang dah ditakdirkan untuk kamu
takut2 tak kan ada lagi yang lain untuk kamu..

terlajak perahu boleh diundur..
terlajak kata badan binasa..

jangan memandang pada luaran nya..
pandanglah pada sifat dalaman nya..


sekian..

Wednesday, 12 November 2014

JATUH CINTA ONLINE???

Assalamualaikum..



Jatuh cinta melalui online??siapa pernah??mengaku saja la..bukan berdosa pun jatuh cinta nih..Nak buat cemana kalau dah jatuh cinta kat orang yang kita kenal melaui online.tak pernah jumpa..belum dengar suara..Belum tahu entah dia betul-betul ada atau tidak.Tapi dua-dua pihak sudah meluahkan rasa cinta..Ada beberapa perkara yang awak perlu fikirkan sebelum memutuskan untuk meneruskan hubungan yang masih baru dan belum apa2 ni..



1-Adakah dia serius?
Setiap kali awak online siapa yang menyapa siapa dulu?/kalau asyik awak je yang kena mulakan perbualan dan asyik awak je yang nak kena hubungi dia dulu,lebih baik lupakan saja la..

2-Bila nak jumpa
kena la berjumpa..kan??tak kan nak online saja...Awak pun mesti nak tahu rupa dia tu betul ke atau dusta semata-mata..kan??mana la tahu entah2 selama ni awak chatting dengan 10 lelaki  yang guna akaun yang sama dan nama yang sama...Oh!sedih..sekali ,dua kali dia menolak berjumpa ,ok..kita bagi peluang..kerap kali dia mengelak???ermm..ucapkan selamat tinggal.jangan buang masa awak .



3- Jangan berahsia..
Sampai bila nak bercinta kat online je?Dah masa nya awak kenal kan dia pada keluarga dan kawan2..Untuk keselamatan awak jugak..Eh!kenalkan kat keluarga tu bukan bermakna awak dah nak kawen tau.Itu untuk buktikan dia betul2 serius .Tapi kalau dia asyik bagi alasan je ,cari yang lain je la..

Kadang2 indah yang awak rasa semasa online tu berbeza dengan  dunia  realiti ..jangan teragak2 untuk  mengutamakan realiti..kerana itulah kehidupan yang sebenarnya yang perlu kita tempuhi..


sekian..

Thursday, 4 September 2014

10 TANDA SI DIA MEMPUNYAI SIKAP CEMBURU YANG MELAMPAU

Assalamualaikum..




Betul kah cemburu tanda nya sayang??Perasaan cemburu boleh dikatakan
ada dalam setiap pasangan bercinta namun
sejauh mana kah perasaan cemburu ini boleh
diterima oleh pasangan.

Pada awal perhubungan rasa cemburu pasangan
seakan sesuatu yang indah..
tapi lama kelamaan ianya menjadi satu hal yang boleh
menjejaskan jalan sesuatu perhubungan.

Jom ketahui apa tanda pasangan anda mempunyai sikap cemburu yang melampau.


   *menuntut perhatian anda sepanjang masa

  *sentiasa mahu tahu dimana anda berada dan dengan siapa

  *mengawal kehidupan sosial anda

  *mengawal kehidupan anda bersama keluarga

  *sentiasa menghubungi anda hanya kerana igin tahu apa anda lakukan

  *sentiasa rasa anda mempunyai hubungan dengan orang lain

  *sentiasa mengingatkan dengan siapa anda boleh dan tidak boleh berbual

  *Melarang anda melakukan apa yang anda suka

  *Membaca sms atau pesanan di telefon bimbit anda

  *Menyakiti anda atau menyalahkan anda hanya kerana membuat dia berasa cemburu



Jika pasangan anda mempunya sikap-sikap seperti diatas,ianya bukan lah dinamakan cinta.Ia hanya lah satu hubungan yang hanya untuk mengawal diri anda.

sekian..

Wednesday, 3 September 2014

TIPS MEMIKAT LELAKI IDAMAN

Assalamualaikum...



Saya nak kongsikan dengan korang tips2 memikat lelaki idaman. Lelaki sekarang bukan macam lelaki zaman 60,70 an dulu.jadi cara memikat zaman dulu dah tak sama dengan zaman sekarang.:p

1-jangan gedik.
bila berdepan dengan dia jangan la tergedik-gedik sangat.kejap terlompat sana,tertampor sini,terpeluk sana.lelaki tak suka macam tu ye.



2-bersikap matang
matang dari segi perilaku dan tindakan kita.jangan sikit2 nak merajuk..dengan lelaki tu merajuk,dengan lelaki ni merajuk.taip sms pun pelat2 macam budak2 kecik.niat mungkin nak tunjuk manja tapi manja dengan kebudak budakan tak sama tau.

3-jangan cakap belit2
jangan hari ni cakap tak makan ikan esok dah sibuk2 ajak pi bakor ikan.hari ni kata tak sihat,nak tidur.tengok2 terserempak kat pesta pulau pinang.

4-yakin ketika bersuara
jangan asyik tersasul je.."saya tak makan lagi,eh,saya tak nak makan pun..hahahahahha.."
nampak??bercakap pun macam orang giler..sambil bercakap ketawa la.orang dengar pun meluat.


5-jangancepat putus asa dan merungut
ada masalah sikit merungut,menangis sampai bengkak2 mata.masalah kecik je.tepon rosak je pun.tapi sedihnye sampai lelaki jadi rimas.


6-tegas dalam kelembutan
lelaki tak suka perempuan yang mudah je mengikut cakap orang tanpa pikir panjang.berfikir dengan matang sebelum bertindak.lelaki ajak naik motor ronda2 pekan terus melompat naik atas motor orang tu..tak boleh gitu..tolak secara sopan dan jelaskan dengan tegas kenapa korang menolak.jangan pulak menolak dengan kata2 kesat sambil menjerit2 macam harimau betina.

7-jangan lembik
kalau sopan santun sekali pun tak payah la sampai lembik ye..nampak macam orang sakit kronik je.bersukan sikit dah tak larat.naik tangga samapi tingkat 3 dan pengsan.lembik sangt.lelaki tak suka gitu nampak terbeban.

sekian...

Wednesday, 12 March 2014

INI YANG PERLU DI FIKIRKAN JIKA ANDA JATUH CINTA PADA SUAMI ORANG

Assalamualaikum...



Orang kata cinta tak boleh dipaksa..
ianya datang sendiri tanpa di duga.
Dengan orang tua,orang muda,bujang,..
siapa sangka kita akan jatuh cinta pada mereka?
Tak kisah la jatuh cinta dengan sesiapa pun asal jangan suami orang..
Tapi kalau hati tetibe suka cemana pulak??
si laki orang pulak asyik la merayu..
nak terima ke tidak??
Sebelum terima ada perkara2 yang perlu korang fikirkan..

~Tanya orang2 yang dekat dengan lelaki tu.
apa punca sampai dia  jatuh cinta pada wanita selain isterinya?
Adakah puncanya diri kita sendiri yang asyik dekat dengan lelaki tu?

~selidik adakah hubungan mereka suami isteri memang bermasalah.?
jika ya,jangan sesekali jadi penambah penyebab kerana
apa2 yang buruk jadi pada
rumah tangga mereka kita juga yang akan disalahkan
walaupun rumahtangga mereka memang bermasalah sebelum ada nya kita.

~ketahui hubungan kita dan lelaki tersebut
adalah hubungan yang terlarang.
Jadi bila terlarang ni maknanya orang pandang pun tak elok la.

~sanggup ke tanggung risiko??
nak ke seumur hidup di cop perampas suami orang?
kalau tak sanggup sila undur diri.

sekian...



Saturday, 22 February 2014

TIPS MENGHADAPI PASANGAN KITA YANG SERING MOODY

Assalamualaikum...



Ada tak  yang menghadapi masalah pasangan yang asyik moody ?
entry kali ni nak bagi tips sikit untuk menghadapi
pasangan yang selalu moody.

1-jangan pedulikan dia.
jalani saja hidup kita.lakukan aktiviti harian kita seperti biasa.kebanyakan dari kita bila melihat saja pasangan moody kita sedaya upaya ingin mencari punca dia jadi begitu.tapi kalau kerap kali terjadi pedulikan saja.biar dia tahu sikap buruk nya itu tak bagi kesan pada kita.dan biar dia tahu yang dia sendiri menyuramkan harinya.

2-beri pilihan.
sampai satu masa kita mungkin akan berasa muak dan bosan dengan sikap begini..kan?jadi beri dia pilihan samaada ingin terus melalui hari2 dengan suasana yang suram atau masing2 menjalani hidup sendiri.

3-fikir..perlu kah diperjuangkan..
cinta ni sesuatu yang indah.dan bila kita ada dalam satu2 hubungan kita nak kan perjalanan cinta kita tu dipenuhi dengan perkara2 yang indah.tapi jika sikap moody pasangan sering memberi kesan tak baik pada perhubungan sudah sampai masanya kita memikirkan untuk membawa haluan masing2 dan sarankan padanya mencari seseorang yang boleh menceriakan harinya.

memang la bila cinta sudah mendalam agak sukar untuk memutuskan hubungan.tapi cuba bayangkan ketika kita mempertahankan hubungan yang seperti roller coaster itu terus berlanjutan, kita akan merasa sakit hati yang lebih banyak dan berulang-ulang.

sekian...


sekian..

Monday, 17 February 2014

TIPS PUTUS CINTA:JANGAN BUAT MACAM NI KALAU DAH TAK SUKA

Assalamualaikum...

Entry ringkas dan cepat malam ni..
baca jeling2 sudah..heheh..

Malam ni ada tak sapa2 yang tengah bercinta ni
ada niat nak tinggalkan bekas kekasih..



ni ada pesanan sikit..
kalau nak putus jangan sesekali buat macam ni..

1-mengubah status hubungan di media sosial..
tetiba je dari ada hubungan dengan si Kasim,
terus tukar kepada single..

2-sms saje..
"jgn dtng jmpa sy lagi..baca sms ni dan jgn balas.sy dah tukar no tepon.."

 peghh!!mudah je..tulis pun singkat2 je huruf.
maklum la..dah tak kose.

3-menjauhkan diri.
tiap kali dia ajak pi jalan2 korang
ngelak..ajak je kejumpa mesti bagi alasan..
sakit perut,sakit gigi juga sakit kepala...
heheh..macam lagu dangdut dulu2 tu..ingt tak??heheh

4-buat masalah ..
"rasa macam malas  dah nak jumpa si Minah ni..
kalau dia nampak aku isap dadah mesti dia tak nak dah kat aku.."

tak pun..

"nak buat2 curang la..
nanti mesti dia minta putus..aku tak payah pening kepala...".


ok tu je..
kenapa tak boleh buat semua ni???
sebab kesan nya akan lebih buruk..
hati orang kita tak tahu..
takut2 dia simpan dendam..

jadi cara terbaik..
duduk berbincang dan cari bersama jalan penyelesaian..
berbincang tau..bukan bergaduh..

sekian..

Sunday, 16 February 2014

kesilapan dalam bercinta

Assalamualaikum...




"perlukah saya melayan kekasih saya berbual ditelefon
sedangkan masa tu mata saya dah mengantuk..
saya nak tidur tapi dia paksa jugak
saya berbual dengan dia.."
Gitu lah luahan hati seorang kekasih..
hehehe

Aku tak paham dengan budak2 sekarang bercinta.
bila bercinta tu depa sampai
tak reti nak berfikir sendiri..
sampaikan soalan gini pun kena tanya orang..
kena mintak pendapat orang..

cinta membutakan mata dan fikiran..
dengan cinta kita tak boleh nak fikir dengan baik..
sebab nye kita asyik memikirkan perasaan dia..
hati dia..mood dia..
sampai kita lupa pada diri sendiri.
sebab tu kita tak jumpa jawapan nye.
kerana kita bukan lah dia.
kita tak boleh membaca pikiran kekasih kita.

serupa jugak dengan dia.dia tak boleh baca diri kita.
dia tak paham yang mata kita pun mengantuk..
dia tak paham kita letih.

tu baru bercinta..
kalau dah kawen cemana la gamaknye ye??
agaknye nak kemana2 pun tak boleh..asyik berpaut kat kaki kita..
hahhha..

Itu lah salah satu kesilapan dalam bercinta.
bila saling menyinta
mereka rasa mereka sudah memiliki sepenuhnya..

sekian...

Saturday, 25 January 2014

DIDEKATI LELAKI YANG KITA TIDAK SUKA? INI TIPS NYA....




Orang perempuan memang suka di pujuk dan di rayu.lagi2 bila lelaki yang diidam-idamkan datang memujuk merayu dengan ayat2 cinta yang boleh buat kita ni cair.tapi macam mana pulak kalau lekaki tu bukan lah lelaki yang kita suka.dia datang dan kerap merayu meminta dirinya di terima.apa perlu kita buat?

1. Katakan Anda Menyukai lelaki Lain 
Jika dia mula merayu, katakan padanta tang anda telah nempunyai kekasih.jabgan sembunyikan status anda .




2. Membuatnya Cemburu
Cara lain untuk membuat lelaki seperti ini menjauhkan diri dari kita adalah  dengan membuatnya cemburu.perkenalkan teman lelaki anda kepada nya supaya dia tahu hubungan anda dan kekasih adalah hubungan yang serius.layan kekasih anda dengan baik didepan nya.

3. Jangan terlalu memberi perhatian 
Jika anda dan dia adalah rakan sekerja mungkin agak susah untuk mengelak dari bertemu.namun anda holeh menjaga jarak dan perbualan dengan nya.jangan terlalu banyak berbual dan kurangkan memberi perhatian padanya.


4. Katakan Anda Tidak Menyukainya
Jika si dia terus berusaha mendekati Anda dan masih tidak putus asa mengajak anda menjadi kekasihnya katakan secara jelas kepadanya yang anda tidak mempunyai apa2 perasan padanya. Jangan menjauhinya secara tiba2 kerana dia akan keliru dan mengejar Anda. Jika tidak ada apa2 petubahan  jelaskan secara bahawa Anda tidak suka dengannya dan tidak selesa untuk bertemu dengan nya lagi. 


5. Abaikan
Jika dia tetap memaksa  untuk mendekati Anda, padahal si dia sudah tahu perasaan Anda,dah tiba masanya anda berkeras dengan nya.. Anda tidak perlu membalas sms atau menjawab panggilan telefon darinya lagi. Jika dia bertanya pada Anda kenapa menjauhkan diri katakan padanya anda sudah cuba bermacam cara untuk membuatkan dia faham .katkan padanya juga anda tidak mahu lagi mendekati dirinya kerana tidak mahu dianggap wanita yang memberi harapan palsu.


Sekian

Tuesday, 7 January 2014

INI CIRI-CIRI LELAKI YANG TAK BOLEH KITA JADIKAN TEMAN HIDUP

Assalamualaikum...



Selamat pagi..
kawan serumah aku masa bujang dulu
dia pernah mintak putus dengan kekasihnya masa tu,
hanya di sebabkan kekasih dia tu kukunya tak cantik..
katanya kuku dia nampak kering dan tak comel.
entah apa lagi tah pasal kuku yang dia sebut masa tu sampai
aku buat muka pelik..pelik la putus sebab kuku je...

tengok sebab jugak la kalau korang nak minta putus.
jangan sebab kecil je dah nak putus.
nanti orang cop korang tu suka main2 kan perasaan lelaki..
kena simbah *^^^& baru tau..



Misal nya kalau lelaki tu suka berbohong..

"Baby..hari ni i kerja over time la..
tak boleh jumpa.."

sekali nampak dia dok shoping barang dapur
dengan perempuan lain.siap ada budak2 kecik lagi..
ha..yang macam ni cepat2 la minta putus.dah la suami orang,
menipu pulak tu...

kemudian kalau dia jenis yang suka cakap besar..

"OO..bapak U pakai enpon Cokia je le?
maknanya bapak I lagi kaya la ..
bapak I pakai Samseng s3suku.."

erm...hari2 makan hati kalau kekasih macam ni..
tunggu apa lagi???mintak putus je la..



Yang satu ni aku paling meluat la..
lelaki jenis kaki pukul..
sikit2 angkat tangan,bila marah depan2 orang dia jerkah kita..
marah kat kawan2 je,mula angkat geng..
kau pikir kau bagus??
cepat2 tinggalkan lelaki macam ni kalau nak masa depan cerah..


Dan yang sekali lelaki jenis pantang tengok perempuan cantik..
depan2 kita pun boleh dia main2 mata dengan perempuan lain.
kita pulak nak tunjuk sporting kat dia,
biar je dia macam tu..
Bila dah kawen gigit jari je la bila suami dok usung
perempuan lain sana sini depan mata kita.
jadi sebelum benda tu berlaku cari je la yang lain..

Kumbang bukan sekoq!!

sekian...



Wednesday, 18 December 2013

KETAHUI PUNCA KENAPA ANDA DAN PASANGAN DIBENCI ORANG



Orang yang sedang dilamun cinta memang perangai nya tidak2 sikit.heheh..maklum la..tengah mabuk..kan??jadi orang yang memandang ni kadang2 kena sabar je la..nanti kalau kita tegur dah dikatanya kita ni dengki .tak boleh tengok depa bahagia.

Pada adik-adik yang tengah mabuk kepayang bercinta tu,tak de nye orang nak dengki dengan ampa...ada sesetengah perangai ampa tu yang buat orang meluat ja..nak tau apa??meh kita tengok.ada tak salah satu ni yang ampa ada buat??



TAK MAU KELUAR KALAU KEKASIH TAK IKUT SERTA

Ke mana-mana selalu berdua,tak boleh dipisahkan lagi . Awal-awal memang la orang kan kata "sweet nya..."tapi lama-lama orang neluat dan bosan.. Tambah-tambah pulak bila orang ajak kemana-mana mesti tak nak sebab kekasih tak ikut sama..

SEMUA JEMPUTAN DIANGGAP JEMPUTAN UNTUK BERDUA

Bila ada kawan-kawan jemput ke majlis atau ke sesuatu tempat mesti korang pikir itu jemputan untuk korang berdua.padahal dia ajak ko sorang je..kalau macam tu selamanya mesti kawan-kawan lain rasa malas nak jemput. kadang2 kehadiran orang "asing" akan buat orang lain tak selesa

SELALU MENGGUNAKAN PERKATAAN 'KAMI'

Setiap kali orang tanya pendapat mesti nak gunakan "kami".Apa pendapat awak tentang  restoran tu."kami tak suka makan kat situ..Manap kata gulai dia masin.Nasik lembik.kami berdua lebih suka makan kat Nandos ja" .nak jugak cerita pendapat kekasih dia.. Jika orang lain tanya pendapat ,jawab la mewakili diri sendiri..bukan mewakili pendapat pasangan kekasih.

BERMESRA KETIKA ORANG LAIN SERIUS/
KERAP BERMESRA DIDEPAN KAWAN-KAWAN

Ini adalah kelakuan yang betul-betul boleh buat orang menyampah pada kita.Contohnya bila kawan-kawan berbual perkara yang serius boleh pulak ampa berdua dok gelak-gelak cuit sana cuit sini. Ini seperti tidak menghormati majlis dan orang lain di sekeliling kita.

RAJA DAN RATU DRAMA DILAMAN SOSIAL

 Orang lain mesti bosan dan jemu dengan status-status mesra setiap 10 minit sekali dengan kekasih. bukan time mesra-mesra je orang nyampah, time bertengkar pun orang nyampah jugak.."semalam sayang la,rindu la..hari ni lawan maki pulak.." Errrr..tak matang betul.



Jadi..bila bercinta tu sila berpada-pada ye adik-adik..jangan sampai orang meluat.bukan saja meluat kat kita sorang.dengan kekasih2 kita sekali orang menyampah..

sekian..

Wednesday, 20 November 2013

PANGGILAN SEMASA BERCINTA DAN MAKNA NYA

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
entry ni untuk orang yang sedang dialam mabuk cinta dan belum berkahwin.yang dah kawen kita jadi tukang senyum je ye..hehehhe...

masa bercinta ni korang mesti ada nama2 panggilan'yang manja gitu...kan??sebenarnya nama2 panggilan tu menggambarkan bagaimana hubungan korang tu..
nak tau??jom baca..

1-sayang.
maksudnya pasangan korang tu sangat sayang kan korang.
dia sanggup bagi apa saja yang korang nak..
untung nya dapat kekasih yang panggil korang sayang
sebab adik beradik dan mak pak dia kat rumah pun dia
tak panggil sayang.mengambarkan betapa dia lebih memetingkan
korang dari keluarga.bagus tak di buat teman sepanjang hidup??

2-bucuk/ucuk
itu bermakna korang busuk.
dia saja2 je panggil gitu konon nya nak
bagi nampak manja padahal dia nak berterus
terang yang korang busuk dan minta korang sedar diri.
dia juga kerap menghidu korang.ehem...


3-baby
dia yang memanggil korang seperti ini menganggap korang
tak cukup matang dan keanak-anakan.bagi dia korang
mudah di gula-gulakan.kadang2 korang jadi gula2 dia
yang sedap dihisap.muahahahahah...

4-mama/papa/ibu/ayah
pasangan ini betul2 memikirkan tentang anak.baru seminggu
bercinta dah panggil mama/papa..nampak sangt
tak sabar2 nak menimang cahaya mata.


bagi 4 dah la..sebab 4 ini lah gelaran yang paling
popular di kalangan muda mudi yang mabuk cinta.
susah2 sangt kawen jela..bila dah kawen panggilan
yang maha hebat selain 4 ni pun korang boleh guna..
orang tak kan muntah punye.

sekian...

Monday, 22 July 2013

MAYAT ISTERI DIJADIKAN MEJA RUANG TAMU

Cinta melebihi dari segalanya. Itu lah yang terjadi bila dilihat pada kisah  yang dilalui oleh Jeff Green. Dia begitu mencintai isterinya, ketika isteri nya meninggal, Jeff tidak mahu mengkebumikan isterinya.lalu dia membuat sebuah meja yang boleh diletak kan mayat isterinya. 



Dipetik dari laman web urbanlegends.about.com, sebuah email dan gambar yang  cukup menggemparkan di tahun 2000.

Jeff Green (32 tahun) dari Arizona kehilangan isteri untuk selamanya. isterinya, Lucy, yang dicintai meninggal kerana sakit jantung dan meninggal ketika berusia 29 tahun. Sebelum meninggal, Lucy mengatakan "Kita akan bertemu kembali di syurga,". ..

Ketika hari pemakaman, Jeff kelihatan sangat kecewa dan menghubungi petugas pemakaman untuk membawa mayat isterinya pulang. "Saya lebih suka  dia di rumah daripada menguburnya tujuh meter di bawah tanah," kata Jeff. supaya tidak busuk, Jeff memesan meja kaca khas yang berharga ribuan ringgit. Jeff meletakkan meja yang berisi mayat isterinya sebagai meja di ruang tamu. Beberapa rakan Jeff mengatakan bahawa meja itu sangat istimewa.

sekian..

Monday, 15 July 2013

GADIS INI BERCINTA DENGAN LELAKI TUA YANG JARAK USIANYA 40 TAHUN

Pasangan di Taiwan memiliki perbezaan usia 40 tahun dan mereka mengaku tidak mempunyai masalah tentang hal itu. Li Kuncheng,  lelaki berusia 57 tahun ini menjalin  cinta dengan seorang pelajar di Taiwan bernama Lin Jing-En,17. Li dan Lin mengatakan bahawa mereka selesa dengan satu sama lain dan bukan lah kerana terpaksa. Walau usia Li boleh dikatakan lebih tua dari usia ayah Lin namun hal itu tidak menjadi masalah bagi mereka.





Lin memilih untuk bercinta dengan Li kerana berasa selesa dan tidak dipermainkan. sebelum ini Lin beberapa kali menjalin  cinta dengan teman sebayanya dan berakhir dengan kepahitan. "Ketika saya memiliki kekasih seusia saya  mereka hanya menyakiti saya dan meninggal kan saya begitu saja, itu lah yang membuatkan saya sangat sedih"


Bertemu dengan Li, Lin menemui banyak perbezaan yang membuatnkan nya kuat untuk menjalin kan hubungan cinta dengan lelakiyang lebih tua.



Li kerap dituduh hanya mempermainkan gadis muda dan tidak sepatutnya bercinta dengan gadis yanglayak  menjadi anaknya. " masyarakat terlalu membesar-besarkan hal yang sebenarnya tidak sepatutnya menjadi masalah. Siapa kata umur  57 tahun tua?" kata Li.

Padahal Li benar-benar mencintai Lin dan tidak ada niat sedikitpun untuk mempermainkan gadis cantik ini.

#asal bujang aku ok je..jangan laki orang sudah..kan??

sekian..

Thursday, 6 June 2013

TANDA-TANDA SIDIA MEMPERMAINKAN PERASAAN KITA

Assalamualaikum...




Cinta bertepuk sebelah tangan memang menyakitkan..
tapi jika dari awal kita dapat
mengesan hanya kita sahaja yang punya rasa cinta
tapi tidak sidia,mungkin kesakitan itu dapat kita elak kan..
ada 3 tanda untuk kita tahu adakah sidia
mendampingi kita hanya untuk mempermainkan perasaan kita..

1. Jarang bertanya Khabar berita
Jika si dia memberi atau bertanya khabar hanya pada
waktu dia memerlukan bantuan anda, itu merupakan salah
satu pertanda bahwa dia tidak serius.
Biasanya ini dilakukan hanya sekadar mencari kepuasan dari Anda.
Dan kalau sudah tak diperlukan lagi,dia akan pergi dan
menyepi tanpa mempedulikan kan anda.


2. Anda saje yang Berusaha
Adakah selama ini hanya Anda saja yang
berusaha untuk bertemu dengan nya tapi si dia tidak?
Bila si dia jarang menelefon dan bertemu dengan Anda
 itu bermakna dia  tidak memerlukan anda disisinya.

3. Tiada perhatian
Jika si dia juga tidak memberikan Anda
perhatian yang lebih, misalnya dalam majlis2 dia tak mau
memperkenalkan anda dengan kawan2 nya yang lain,
atau dia tidak pernah menyebut tentang anda di depan kawan2
dan ahli keluarganya, ini juga boleh menjadi tanda dia tak memerlukan anda.
Dia tak mahu siapapun fikir bahawa Anda istimewa untuknya.


sekian..