Skip to main content

Posts

Showing posts with the label cinta

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN JIKA INGIN BERKAHWIN DENGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Cinta bukan sesuatu yang boleh dirancang. Kita tak boleh duga dimana dan bila kita akan jatuh cinta atau dengan siapa kita akan bercinta. Semua tu akan datang dengan sendiri nya. Siapa tahu suatu hari nanti kita memilih pasangan yang kurang upaya.



Perkara ni tak mustahil akan berlaku. Dan kita pun dah banyak baca tentang wanita atau lelaki yang sudi berkahwin dengan OKU. Tentu banyak yang perlu dipersiapkan sebelum kita teruskan dengan keputusan kita.

Bagi yang mungkin mempunyai perancangan mendirikan rumahtangga dengan pasangan yang kurang upaya mungkin akan menghadapi beberapa masalah namun beberapa perkara di bawah sedikit sebanyak mampu membuatkan kita lebih bersedia dari sekarang.







Kewangan
Walaupun kerajaan menggalak kan pengambilan pekerja kurang upaya namun tidak banyak syarikat yang mampu untuk mengupah pekerja Kurang Upaya memandangkan golongan ini terhad pergerakan mereka.

Jadi masalah kewangan mungkin akan sedikit sebanyak memberi kesan pada rumahtangga yang dibina. Saya ad…

TUNANG DI GODA ISTERI ORANG HINGGA AKHIRNYA TERPAKSA PUTUS KAN PERTUNANGAN

Hi semua..

Pertunangan adalah ikatan sementara untuk menuju ke alam perkahwinan. Bertunang bukan bermakna sidia adalah hak kita yang mutlak. Ianya lebih kepada fasa untuk mengenali seseorang dengan lebih dekat.



Dengan pertunangan kita akan dapat mengenali seseorang dengan lebih lagi dan inilah masa untuk mencari keserasian. Dalam tempoh bertunang akan ada ujian-ujian yang mungkin juga adalah petunjuk dari Allah bahawa sama ada sidia layak ataupun tidak untuk kita.


Ada yang dipermudahkan urusan sepanjang bertunang dan ada juga yang melalui beberapa konflik perasaan malah lebih dasyat lagi melibatkan orang ketiga.

Baru-baru ini saya dihubungi seorang pengadu  (Ira) yang meluahkan perasaan kesal dan kecewa atas sikap bekas tunang dengan seorang wanita berstatus janda yang menyebabkan hubungan pertunangan nya putus.



" Kisahnya bermula pada hujung bulan december 2018... Ada sorang perempuan whatsapp saya cakap dia buah hati baru tunang saya... Masa tu hnya Allah saja yang tahu perasaa…

BAGAIMANA CARA PALING MUDAH MEMBUAT WANITA HAPPY DALAM HUBUNGAN CINTA DAN RUMAHTANGGA

Hi semua..



Hari ni saya nak cerita ikit tentang membuat wanita happy atau gembira dalam perhubungan. Orang perempuan ni susah untuk di duga. Kita yang perempuan ni pun kadang-kadang tak boleh faham dengan perempiuan yang lain.

Sebab tu kerap la kita nampak orang perempuan sama-sama perempuan pun boleh bergaduh kalau dibiarkan dalam 1 rumah atau 1 bilik.

Apa tah lagi kalau berlainan jantina ni. Ada saja yang tak kena dan perkara-perkara yang tak menggembirakan kaum wanita.

So cemana cara nya untuk buat wanita happy?





1. Sama macam lelaki, perempuan juga suka dan seronok bila bersama dengan lelaki yang yakin dengan dirinya sendiri. Tapi tak bermakna lelaki tu kena sentiasa yakin. kadang-kadang kelemahan lelaki juga dilihat sesuatu yang sangat comel bagi wanita.

Kelemahan tu juga akan buat wanita rasa dia adalah pelengkap kepada lelaki tersebut. So lelaki tak perlu tunjuk kuat dan berani setiap masa. Wanita tak selesa dengan lelaki yang macam tu.

2. Jangan terlalu serius. Bukan semua ben…

6 TANDA DIA BUKAN KAWAN YANG BAIK DAN ANDA PATUT ELAK KAN

Hi ..



Korang tahu tak ada ramai kawan yang baik dalam dunia ni. Kawan yang sanggup bersusah payah demi kita dan sedia berada di samping kita tak kira apa pun yang berlaku. Tapi adakah kita menjadi kawan yang baik pada dia??

Banyak hubungan kawan yang hanya di sebelah pihak je yang baik.Tapi di pihak yang satu lagi asyik mengambil kesempatan dan hinggakan ada yang sanggup menganiaya kawan nya sendiri. Pada tahap ni kalau yang teraniaya masih kekal setia dengan kawan nya, itu memang tak boleh di terima. Memang patut kita nasihatkan dia supaya menjauhkan diri dari kawan nya tu.





Macam mana kita nak tahu tanda-tanda kita patut jauhkan diri atau memutuskan persahabatan yang dah terjalin?

Macam saya sendiri, saya tak suka cuma saya saja yang konsisten menjaga hubungan , kalau itu berlaku, sudah masanya untuk saya ucapkan selamat tinggal. Tak kira lah dalan hubungan yang familial atau pun hubungan yang romantis sekalipun saya akan perlahan-lahan undur diri.

Apatah lagi jika ianya hanya hubun…

TAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN,SIAPA YANG SALAH PERLU MINTA MAAF.

Orang perempuan memang terkenal dengan sikap suka merajuk. Sikit-sikit nak merajuk.Tapi bukan semua la.Kan??

Ada juga yang kata dia  tak suka merajuk. Tak tahu la betul atau sekadar nak up diri sendiri. Tapi saya memang akan merajuk untuk perkara-perkara tertentu sahaja.

Cumanya orang lelaki kena tahu tak semua perempuan patut di pujuk. Ada setengah hal yang orang lelaki tak payah pujuk terutamanya bila perempuan tu buat salah.



Contohnya:

Si perempuan buat salah , kemudian si lelaki tegur dan perempuan tu terus merajuk. Adakah perlu si lelaki tu pujuk dan minta maaf sebab buat kekasihnya merajuk??

Bagi saya tak perlu pujuk walaupun lelaki tu sayang sangat pada kekasihnya.

Cinta ni memang boleh membutaakan mata dan hati sampaikan kekasihnya yang buat salah tapi dia pulak yang minta maaf.



Bagi saya , siapa yang salah dia lah yang kena minta maaf. Lelaki tak perlu berjuang sampai tahap nak menutup mata atas kesalahan wanita yang dia sayang semata-mata sebab cinta dan nak nampak kuat.

K…