Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Tuesday, 2 April 2019

BAGAIMANA CARA PALING MUDAH MEMBUAT WANITA HAPPY DALAM HUBUNGAN CINTA DAN RUMAHTANGGA

Hi semua..



Hari ni saya nak cerita ikit tentang membuat wanita happy atau gembira dalam perhubungan. Orang perempuan ni susah untuk di duga. Kita yang perempuan ni pun kadang-kadang tak boleh faham dengan perempiuan yang lain.

Sebab tu kerap la kita nampak orang perempuan sama-sama perempuan pun boleh bergaduh kalau dibiarkan dalam 1 rumah atau 1 bilik.

Apa tah lagi kalau berlainan jantina ni. Ada saja yang tak kena dan perkara-perkara yang tak menggembirakan kaum wanita.

So cemana cara nya untuk buat wanita happy?





1. Sama macam lelaki, perempuan juga suka dan seronok bila bersama dengan lelaki yang yakin dengan dirinya sendiri. Tapi tak bermakna lelaki tu kena sentiasa yakin. kadang-kadang kelemahan lelaki juga dilihat sesuatu yang sangat comel bagi wanita.

Kelemahan tu juga akan buat wanita rasa dia adalah pelengkap kepada lelaki tersebut. So lelaki tak perlu tunjuk kuat dan berani setiap masa. Wanita tak selesa dengan lelaki yang macam tu.

2. Jangan terlalu serius. Bukan semua benda perlu diambil serius. Ada perkara yang hanya perlu singgah di fikiran kita dan kita lepas kan macam tu saja.


3. Jangan buat janji palsu. Wanita ni dia paling ingat apa yang lelaki janjikan pada dia. Kalau tak boleh buat jangan berjanji. Wanita ok je kalau lelaki tak janjikan bulan bintang. Buat apa yang dirasakan terdaya cukup lah.

Jangan wal-awal dah janji bulan bintang. Bila dah berjanji,  wanita ni dia akan tagih janji tersebut. Lepas tu bila tak mampu buat, wanita juga yang di cop mata duitan lah, banyak karenah la, tak cukup2 la..dan macam-macam lagi..padahal lelaki yang awal2 dah janji macam2.


4. walaupun ada perkara yang wanita tak suka diambil serius tapi , jangan tak tahu yang ada banyak perkara kecil dianggap penting bagi wanita,

Contohnya tentang hari2 yang istimewa: hari jadi, hari ulangtahun perkahwinan, hari pertama kali berkenalan, hari hadi anak, hari pertama masuk rumah baru..macam-macam hari la..

Wanita juga suka bila gambar nya ada dalam telefon bimbit lelaki yang dia sayang. Atau pun gambarnya ada dalam wallet lelaki tu.

Wanita juga suka lelaki yang banyak bertanya kan keadaan dirinya. sihat ke tidak, dah makan ke belum...gitu..

Tak besar pun permintaan2 wanita ni.



5. Mengakui kesalahan sendiri. Yang ni penting sangat, Orang lelaki tak payah melutut merayu minta maaf pada wanita. Wanita tak heran pun setakat maaf tu. cukup sekadar ucapan ringkas " maaf, saya tak sengaja buat macam tu.." cukup!! itu sahaja..

Kalau maaf berbuih2 dimulut , merayu menangis bagai tapi esok lusa buat salah lagi, itu lebih menyakitkan hati wanita .

Selalunya saya tak kan bagi peluang ke dua untuk lelaki yang melutut dan merayu. Memalukan!

Jangan terlalu banyak beralasan bila dah buat salah. Salah tetap salah, awak tak boleh tutup kesalahan awak dengan bagi macam-macam alasan. Bagi wanita bila awak buat alasan macam-macam untuk salah yang awak buat, itu bermakna akan datang awak akan buat salah tu lagi dan dengan alasan yang sama atau berbeza.



6. Jaga penampilan diri. Bukan bermakna lelaki perlu pakai pakaian yang mahal dan berjenama. Cukup lah kalau ianya bersih dan sopan. Ketahui pakaian yang macam mana wanita tu suka.

Kalau saya, saya tak suka lelaki yang berseluar pendek dan pakai baju tanpa lengan.Geli!

Mungkin wanita yang korang sayang, suka lelaki yang berjanggut dan berambut panjang. Jangan risau untuk tanya pendapat wanita tu tetang penampilan korang.

Wanita akan gembira bila lelaki tu terima pendapat dia. Dia akan rasa kehidupan lelaki tu dah jadi sebahagian dari dirinya.




7. Dalam hubungan cinta dan rumahtangga ni bukan ada masa bahagia dan seronok je. Tapi ada juga tiba masa duka. Dalam keadaan ini wanita sukar kawal perasaan dia. Jadi sebagai lelaki awak tak perlu jadi wanita kedua yang tak reti kawal perasaan.

Lelaki kena bijak kawal situasi. Sebab tu penting untuk lelaki kenal pasti sikap wanita tu. Masa ni lah awak akan tahu nak buat apa bila wanita marah atau sedih. Dengan kebijaksanaan awak tu, tak sampai 5 minit wanita tu dah boleh tersenyum kembali.







8. jadi lah pendengar yang baik. Tak dapat selesaikan masalah pun tak pe, Dengan adanya awak disisi wanita kesayangan awak, cukup untuk buat dia gembira dan bahagia.

9. Wanita mahu sentiasa dilindungi. Leakijangan mengharapkan wanita tu sentiasa kuat dan boleh buat apa saja tanpa lelaki.

Pertolongan dan bantuan lelaki lebih membuatkan dia gembira walaupun untuk perkara-perkara kecil. Ianya tanda yang dirinya disayangai , dicintai, dilindungi dan dihargai.


10. Kejutan. wanita suka kan kejutan. Tak perlu selalu sebab bila selalu sangat dia dah tak rasa kejutan tu sesuatu yang istimewa.. kejutan pada masa-masa yang tidak disangka akan buat wanita gembira.

Bye...



Wednesday, 2 January 2019

6 TANDA DIA BUKAN KAWAN YANG BAIK DAN ANDA PATUT ELAK KAN

Hi ..



Korang tahu tak ada ramai kawan yang baik dalam dunia ni. Kawan yang sanggup bersusah payah demi kita dan sedia berada di samping kita tak kira apa pun yang berlaku. Tapi adakah kita menjadi kawan yang baik pada dia??

Banyak hubungan kawan yang hanya di sebelah pihak je yang baik.Tapi di pihak yang satu lagi asyik mengambil kesempatan dan hinggakan ada yang sanggup menganiaya kawan nya sendiri. Pada tahap ni kalau yang teraniaya masih kekal setia dengan kawan nya, itu memang tak boleh di terima. Memang patut kita nasihatkan dia supaya menjauhkan diri dari kawan nya tu.




Macam mana kita nak tahu tanda-tanda kita patut jauhkan diri atau memutuskan persahabatan yang dah terjalin?

Macam saya sendiri, saya tak suka cuma saya saja yang konsisten menjaga hubungan , kalau itu berlaku, sudah masanya untuk saya ucapkan selamat tinggal. Tak kira lah dalan hubungan yang familial atau pun hubungan yang romantis sekalipun saya akan perlahan-lahan undur diri.

Apatah lagi jika ianya hanya hubungan sebagai "kawan"

Contohnya jika saya sedang hadapi masalah dan mengharapkan kata-kata semangat dari dia sebagaimana saya selalu prihatin dengan masalah dia, tapi dia tak peduli pun dengan masalah saya. Kalau jadi macam tu , saya dengan senang hati tak kan berhubung dengan dia lagi.



Satu lagi jika kawan saya tu suka memandang  rendah pada saya. Saya ni kalau berbeza pandangan dan pendapat saya ok je.. Tapi kalau dia berani-berani merendah-rendah kan saya dan menghina saya , itu adalah masanya untuk saya lepaskan kawan saya pergi.

Walaupun hubungan tu cuma di media sosial, saya akan block dia dan lupakan dia terus. Saya tak perlukan rakan yang suka memandang rendah pada orang lain. Lebih teruk lagi jika dia menghasut orang lain untuk bercakap yang bukan-bukan pada saya.

Kawan yang paling perlu dielak kan ialah kawan yang tak tau nak simpan rahsia kita. Bila kita bercerita perkara yang menjadi rahsia pada kawan kita, tentu kita mengharapkan dia menjaga amanah tersebut. Tapi jika dia ceritakan rahsia tu pada orang lain itu bermakna dia bukan lah kawan yang baik.

Ada baiknya jika kita menjauhkan diri dari kawan seperti itu. Lepas ni korang cuba lah ceritakan satu perkara yang koranng maklumkan pada dia sebagai "rahsia" kemudian lihat sama ada dia boleh memegang amanah tersebut ataupun tidak.

Kawan yang suka memandang banyak perkara negatif pada diri korang juga perlu di elak kan dan dijauhkan. Setiap kali jumpa dia, cuba korang perhatikan berapa kerap dia mengkritik korang. Mungkin dari segi korang berfesyen, bentuk badan korang atau pun tentang pendapat-pendapat korang.

Korang kena tahu membezakan antara komen yang membina dengan komen yang ingin menjatuhkan korang. Dia mungkin akan kata "aku cakap ni supaya kau jadi terbaik.." padahal komen dia pada kita hanya berniat untuk buat kita rasa down.




Biasanya bila kita dengan kawan mesti akan ada banyak perkara untuk kita bual kan. Tapi macam mana jika korang selalu rasa tak tahu nak sembang apa dengan kawan korang tu. Bila berjumpa korang dan dia lebih banyak diam dan main phone.

Itu juga satu tanda yang kawan tu bukan lah kawan yang sesuai dengan kita. Tak salah rasanya jika kita jarak kan sikit kehadiran kita dalam hidup dia. Mungkin dengan cara ni akan membuatkan korang akan ada banyak benda nak dibual kan bila sesekali bertemu.

Kawan yang selalu mengambil kesempatan atas kebaikan kita adalah kawan yang tak patut korang simpan lama-lama. Cukup sekali terkena dan jangan rasa ianya tak kan berlaku lagi. Bila sekali kita bagi peluang, dia mesti akan ambil kesempatan lagi.

Berkawan biarlah seribu..Bukan sebab senang nak minta tolong.. Tapi sebab mudah kita nak bandingkan mana satu yang betul-betul kawan dan yang mana satu lawan kita. Hati-hati memilih kawan.

Bye..


Tuesday, 13 November 2018

TAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN,SIAPA YANG SALAH PERLU MINTA MAAF.



Orang perempuan memang terkenal dengan sikap suka merajuk. Sikit-sikit nak merajuk.Tapi bukan semua la.Kan??

Ada juga yang kata dia  tak suka merajuk. Tak tahu la betul atau sekadar nak up diri sendiri. Tapi saya memang akan merajuk untuk perkara-perkara tertentu sahaja.

Cumanya orang lelaki kena tahu tak semua perempuan patut di pujuk. Ada setengah hal yang orang lelaki tak payah pujuk terutamanya bila perempuan tu buat salah.


Contohnya:

Si perempuan buat salah , kemudian si lelaki tegur dan perempuan tu terus merajuk. Adakah perlu si lelaki tu pujuk dan minta maaf sebab buat kekasihnya merajuk??

Bagi saya tak perlu pujuk walaupun lelaki tu sayang sangat pada kekasihnya.

Cinta ni memang boleh membutaakan mata dan hati sampaikan kekasihnya yang buat salah tapi dia pulak yang minta maaf.



Bagi saya , siapa yang salah dia lah yang kena minta maaf. Lelaki tak perlu berjuang sampai tahap nak menutup mata atas kesalahan wanita yang dia sayang semata-mata sebab cinta dan nak nampak kuat.

Kalau untuk hubungan jangka pendek boleh la buat macam tu. Tapi untuk sehidup dan semati bersama sampai tua rasanya jangan lah amalkan.

Perempuan akan berani buat salah lagi sebab dia tahu si lelaki tu akan mengalah. Sampai bila lelaki tu akan bertahan?? Tak kan nak jadi bodoh selamanya?

Bye.

Thursday, 11 January 2018

KENAPA SEMAKIN RAMAI WANITA CARI JODOH MELALUI ONLINE

Assalamualaikum..


cari jodoh online
picture from : https://www.huffingtonpost.com


KENAPA SEMAKIN RAMAI WANITA CARI JODOH MELALUI ONLINE Kalau ditanya pada kebanyakan rakan-rakan saya laman sosial ni ramai yang bagitau yang mereka bertemu  jodoh  melalui online. Ada yang bertemu di myspace, mIRC dan juga ada yang bertemu di laman Friendster . Itu dahulu..Tapi sekarang  dah ada facebook , twitter , instagram dan banyak lagi forum-forum.Jadi tak heran la semakin ramai yang cari  jodoh melalui online.

Agaknya kenapa mereka memilih lelaki-lelaki yang dikenali melalui online sebagai pasangan hidup mereka?



Kalau dulu ramai yang kurang yakin dan memberi pandangan buruk jika kita kata " saya kenal dia di myspace " sebab orang fikir jika nak dijadikan pasangan hidup perlu kenal secara berdepan dan ada tanggapan lelaki yang dikenali melalui online ni lelaki jahat..hehhehe..


Tapi zaman dah berubah..Dah ramai orang-orang baik yang menggunakan internet. Internet bukan saja jadi medium untuk perniagaan tapi juga sebagai ruang untuk bersantai dan bersosial .Malah kita boleh dapat lebih ramai kawan melalui online.Siapa tahu dalam ramai-ramai kawan kita tu ada terselit jodoh kita.Bukan?

KENAPA SEMAKIN RAMAI WANITA BERTEMU JODOH MELALUI ONLINE

cari jodoh online

1- Terlalu sibuk dengan urusan kerja dan perniagaan.
Wanita sekarang buat macam-macam kerja.Walaupun dah ada kerja tetap tapi masih buat perniagaan online dan offline.Ini menyebabkan wanita kurang ada masa untuk keluar bersosial.Mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan phone dan laptop untuk urusan kerja.Jadi tak hairan la mereka lebih selesa cari jodoh melalui online.

2- tak mahu buang masa
Orang kata segala urusan jadi mudah dan cepat bila guna online.Hahaha...Jadi jangan terkejut pula kalau saya katakan urusan cari jodoh melalui online lebih cepat dan tak guna banyak masa.Kenal sorang lelaki, sambil buat kerja kita balas2 email, balas2 whatsapp, cerita tentang keluarga dan diri sendiri.. Kemudian kalau rasa serasi tetapkan hari untuk berjumpa..Bila jumpa pun dah tak ambil banyak masa untuk kenali pasangan kita tu sebab kita dah banyak tahu melalui apa yang diceritakan ketika chatting di online.



3- Rasa lebih yakin dan tidak kekok
Bertemu pertama kali dengan orang yang kita tidak pernah jumpa tentu akan buat kita malu, kekok dan mungkin rasa tidak selesa..Pertemuan pertama pun tentu belum ada banyak perkara yang nak dibualkan.Tapi bila awal nya sudah kenal melalui online , perjumpaan pertama tak kan buat wanita rasa kekok kerana wanita tersebut sudah tahu apa perkara yang akan dibualkan.

4- Tidak mahu melibatkan orang lain
Wanita sekarang tak suka ada orang lain yang tentukan siapa patut dipilih jadi suami nya.Wanita lebih suka diberi kebebsan untuk memilih sendiri calon pasangan nya. Ada wanita dan lelaki yang lebih selesa menggunakan laman web  cari jodoh untuk memilih pasangan hidup.Sekarang di malaysia sendiri dah ada Baituljannah.com iaitu laman web cari jodoh yang patuh syariah . Ada lebih 100000 pendaftar yang mungkin salah seorang nya adalah jodoh korang

website cari jodoh
klik untuk cari jodoh online 



Jadi bagaimana dengan korang yang masih bujang tu??Sudi tak cari jodoh melalui online dan membina keluarga bahagia ? Jodoh perlu dia cari.Ianya tak kan datang sendiri.Semoga pencarian korang berakhir dengan kebahagian..

sekian..

Friday, 1 December 2017

GAMBAR PEMANDANGAN DARI BILIK TIDUR WANITA INI AKHIRNYA MEMBONGKAR SIKAP BURUK SUAMINYA

Assalamualaikum...





Seorang wanita Rusia bertindak menceraikan  suaminya selepas dia menyedari pandangan dari tingkap bilik tidurnya ada dalam sebuah gambar  di akaun Instagram wanita lain dan ketika itu dia menyedari bahawa suaminya sudah menipu padanya.

Pada suatu pagi Yulia Agranovych, bekas model yang menjadi ahli pergigian kanak-kanak, dari St. Petersburg, sedang melayari instagram .

Ketika itu dia terlihat sebuah gambar yang dimuat naik di instagram ..Gambar tersebut seakan-akan biasa dilihat nya tetapi ianya dimuat naik oleh seorang wanita yang menggunakan nama Vlada Abramovich.






Oleh sebab gambar tersebut adalah gambar pemandangan dari bilik tidur nya dia kemudian nya memeriksa galeri  wanita tersebut  dan menemui beberapa gambar suaminya, Nazar Grynko. Yulia kemudian nya memutuskan untuk bertanya terus kepada suaminya tentang gambar-gambar tersebut.


".ketika saya melayari Instagram  tiba-tiba saya melihat gambar ini.  Setelah melawat akaunnya, saya dapati banyak gambar menarik lain, termasuk gambar suami saya. "kata Yulia

Selepas itu dia meninggalkan komen  "pemandangan indah dari bilik tidur suami saya" di gambar tersebut .  Yulia terus  bertanya pada suaminya tentang gambar-gambar tersebut namun suaminya  menafikan yang dia pernah tidur dengan wanita itu. Dia mendakwa pernah  menjemput rakan-rakan nya  ke apartmen untuk minum dan tidak pernah mendekati Vlada.


Yulia
Suaminya juga mengakui wanita tersebut ialah teman wanita kepada salah seorang rakan nya.. Mungkin sebab itu gaambar-gambar tersebut ada pada wanita itu.Walaubagaimanapun alasan yang diberikan oleh suaminya itu kedengaran  agak mencurigakan kepada Yulia .

"ketika para tetamu datang, mereka akan menuju ke dapur untuk minum teh - bukan ke bilik tidur." Ujar Yulia..

Vlada, wanita yang memaparkan foto  itu kemudiannya  menetapkan akaun Instagramnya sebagai  'peribadi' selepas Yulia sendiri bertanyakan hal itu kepadanya.

Tetapi dalam diam dia  kemudian pergi ke platform media sosial lain untuk membualkan tentang perkara itu. Apabila ditanya sama ada dia tidak punya  masalah untuk tidur dengan lelaki yang sudah berkahwin, dengan tidak rasa bersalah Vlada menjawab  "Bukan saya isterinya,,jadi , apa masalahnya? . "

Vlada
Vlada berkata kepada  pengkritiknya yang dianggap sebagai "hidup pada abad ke-18" dan berkata, "Jika saya mahu melakukan hubungan seks, saya akan melakukan nya."

Dengan pendedahan dari Vlada sendiri, Nazar tidak dapat lagi mengelak dan terpaksa berterus terang pada Yulia.

Nazar akhirnya mengakui kepada Yulia bahawa dia telah berlaku curang  bersama beberapa wanita lain lebih dari sekali. . Tetapi dia tidak pernah menyembunyikan statusnya yang sudah berkahwin kepada wanita-wanita yang dikenalinya.

 Yulia mula menyiasat sendiri tentang hubungan sulit suami nya dan membawanya kepada beberapa lagi wanita yang menjalinkan hubungan dengan suaminya itu..


Gadis-gadis lain yang ditemuinya ada yang kecewa dan menangis setelah mengetahui Nazar sebenarnya sudah berkahwin. Ini bermakna Nazar sekali lagi menipunya.






Yulia memberitahu wartawan bahawa selepas menyiarkan ceritanya itu, dia menerima mesej daripada wanita lain yang menghadapi situasi yang sama, yang memuji keberaniannya dan mengatakan bahawa mereka merasa terinspirasi untuk berdepan dengan pasangan mereka yang berlaku curang dan menemui wanita-wanita yang menjalinkan hubungan dengan suami mereka,


"Ramai wanita menyokong saya, menyatakan bahawa mereka bangga dengan keberanian saya, saya secara terbuka membincangkannya dengan ironi dan sindiran, jadi kini mereka bersedia untuk menyingkirkan mereka yang tidak setia juga," kata Yulia sambil menambah bahawa dia akan menceraikannya suaminya.

"Saya bersyukur kerana bertindak cengan cepat... orang seperti ini tidak pernah berubah. . Saya sangat gembira kerana saya tahu tentangnya sekarang dan tidak apabila saya sudah mengandung kerana kami pernah  merancang untuk mempunya anak. "

Yulia baru-baru ini menghantar mesej  ke Instagram Vlada: "Terima kasih, Vlada Abramovich - anda seorang wanita berpengalaman yang memberi  saya pelajaran yang baik."


sekian..

Sunday, 19 November 2017

TANDA-TANDA PASANGAN ANDA SEDANG MENIPU DAN CARA KEMBALIKAN SEMULA KEPERCAYAAN PASANGAN

Assalamualaikum...



TANDA-TANDA PASANGAN ANDA  SEDANG MENIPU DAN CARA KEMBALIKAN SEMULA KEPERCAYAAN PASANGAN kejujuran dan kepercayaan sangat penting dalam rumahtangga.Jika Suami isteri  sentiasa menerapkan dua prinsip ini didalam rumahtangga sudah tentu mereka akan bahagian selamanya.

Namun jika salah seorang tidak mempunyai kejujuran dan kepercayaan pasti rumah tangga akan retak dan tidak mustahil ianya akan musnah.

Memusnahkan kepercayaan yang diberikan oleh pasangan bukan lah sesuatu yang boleh dimaafkan dengan begitu sahaja.Sudah tentu pasangan memerlukan masa untuk mengembalikan semula kepercayaan yang telah musnah.

Kebiasaan nya sikap pasangan yang tidak jujur dapat dikesan oleh pasangan nya .

Memetik Sumber dari : Brightsite.me , ada beberapa tanda pasangan kita  sedang menipu  atau dalam kata lain ada sesuatu yang disembunyikan nya dari kita:






Ilustrasi diatas boleh la juga digunakan jika yang menipu itu adalah di pihak isteri.. Peliharalah rumahtangga yang dibina.kenang semula detik-detik semasa kita baru jatuh cinta pada pasangan kita dahulu.Tentu sudah banyak perkara yang sudah dilalui bersamanya.



Ada 3 tips penting untuk korang yang mahu mengembalikan semula kepercayaan pasangan.

1- Mengakui kesalahan sendiri- Jangan takut meminta maaf dan mengakui kesalahan yang kita lakukan sehingga membuatkan hilang kepercayaan dari nya.Ucapkan kata maaf itu tulis dari hati dan jangan sesekali memberi alasan dengan menyalahkan orang lain untuk kesalahan yang kita lakukan.

2- Tunjuk kan pada nya kita betul-betul menyesal - Jelas kan padanya yang kita betul-betul menyesal atas tindakan lalu kita. Berjanjilah padanya yang kita akan berubah dan tidak akan mengulangi nya lagi.Buktikan nya melalui kata-kata dan juga kotakan lah janji tersebut

3- Sabar - Untuk memujuk pasangan sudah tentu akan mengambil sedikit masa dan memerlukan kesabaran. kepercayaan yang hilang tidak mudah untuk dikembalikan .Namun jika kita benar-benar ikhlas pasti sedikit hari lagi dia akan kembali pada kita. Kita tidak perlu memaksa pasangan kita dalam tempoh tersebut.Ini akan membuatkan pasangan menjadi rimas dan ia menunjuk kan kita hanya mementingkan diri kita sendiri tanpa memperdulikan perasaan nya

4- Lebih jaga perasaan nya - Jika sebelum ini kita kurang mempedulikan nya, kini  buktikan yang dia sangat penting dalam hidup kita. Dengar dan beri tumpuan pada apa yang dibicarakan, tenangkan perasaan nya dan beri dia ruang untuk membuat kepuitusan nya sendiri.

5- Elak kan orang ke 3 - Ada masanya kita rasa menjadikan orang lain sebagai orang tengah untuk memulihkan kembali keharmonian rumahtangga adalah tepat.Tapi bagi suami/isteri yang dianiaya , menggunakan orang ketiga memburuk kan lagi keadaan kerana dia merasakan kita dan orang tengah tersebut hanya meletak kan kesalahan pada dirinya hingga memaksa dirinya untuk mengalah atas kesalahan yang kita lakukan. Dia juga pasti akan merasa tidak selesa apabila masalah rumahtangga nya diketahi orang lain.

sekian..




Monday, 3 April 2017

JANGAN TERUSKAN JIKA TIADA RESTU ORANG TUA

Assalamualaikum...

Dulu saya pernah tulis entry tentang hubungan tanpa restu orang tua .Sampai ada yang marah bila saya sendiri setuju kalau hubungan tanpa restu tu perlu dielak kan.Anggap saja kita tak ada jodoh.Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.



Bagi mereka yang percaya cinta adalah segalanya , kenyataan saya memang nampak agak kejam tapi kita kena terima salah satu punca perceraian suami isteri adalah disebabkan tiada restu orang tua.Kau kahwin la walaupun mak ayah kau tak suka pada pasangan kau..Tengok selepas kahwin agak sedikit mak ayah yang boleh terima menantunya dengan lapang dada.Yang ramainya, di mulut saja kata terima tapi di hati tak sepenuhnya.Bila salah sikit terus di hina kata , tak layak jadi menantu.

Mungkin ada yang fikir.."lama-lama nanti ok la...."

Korang yakin ke semuanya akan berubah nanti?Tidak kah korang fikir di dalam hidup bakal pasangan korang nanti bukan saja ada mak dan ayah nya malah keluarga nya yang lain juga.Korang yakin boleh harungi semuanya??



Saya kongsikan 4 sebab kenapa korang tak perlu teruskan hubungan yang tiada restu orang tua.


1- Rasa tertekan jika setiap kali berdepan dengan ibu dan ayah mertua.Walaupun korang tinggal jauh dari keluarga mertua tapi ada masa-masanya korang akan bertemu juga,.Waktu itu korang akan dianggap macam tak ada saja.Lebih buruk lagi jika setiap kali bertemu hanya kata-kta yang menyakitkan hati saja yang dilemparkan pada korang.

2- Isteri/ suami boleh di cari tapi ibu bapa tak ada gantinya.Sampai satu masa nanti dia tetap akan memilih kedua ibu bapanya. Apa lagi kita ni hanya manusia biasa dan kadang-kadang kita melakukan kesilapan dalam rumahtangga.Waktu itu kesalahan kita akan dianggap sebagai satu kesilapan besar dan merasakan ibu bapa nya betul.



3- Jika di lihat dari pengalaman orang lain, berapa ramai yang bercerai dan putus cinta di sebabkan tiada restu orang tua.Di facebook sendiri kita boleh lihat kisah-kisah yang melibatkan layanan mertua yang tak boleh menerima menantunya.Agak sedikit yang pengakhiran nya , mertua menerima  dan memberi layanan baik pada nya.Ada kah korang fikir korang tergolong di dalam yang "sedikit" itu?

4- Kebanyakan kes mertua tidak merestui perkahwinan, selepas berkahwin mertua akan masuk campur dalam setiap hal rumahtangga korang terutamanya melibatkan kewangan.Tak kira la korang berkerja atau tidak,hal kewangan akan menjadi titik utama yang selalu diperkatakan oleh mertua.



Tak perlu terburu-buru mengejar cinta tanpa restu.Kita sendiri yang harus menentukan sama ada kita nak bahagia atau pun tidak.Tapi kebanyakan dari kita tak tahu nak hidup bahagia.Lebih suka mengikut perasaan sendiri sampai melukakan dan menyakiti hati sendiri.kemudian kita salahkan mertua sebab tak boleh terima kita sedangkan awal2 kita dah sedia maklum dia tak mahukan kita.Patut kah kita salahkan orang lain bila kita tak bahagia??

sekian...


Friday, 24 March 2017

JANGAN AMBIL KESEMPATAN BILA DIA SETIA DAN JUJUR

Assalamualaikum..



Saya kagum dengan mereka yang mempunyai sikap setia dan jujur pada pasangan mereka.Ianya bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan dalam keadaan yang mencabar sekarang ni.Apalagi kalau bab kejujuran tu, tak ada yang mampu seumur hidup berlaku jujur.Tipu lah kalau ada yang kata dia tak pernah tipu pasangan nya walaupun penipuan yang sebesar kuman.



Tapi bila kita dah ada seseorang yang mempunyai sikap jujur dan setia hargailah mereka.Orang yang jujur dan setia , mereka  mampu mencintai dan bersama kita tanpa mengharapkan apa pun.

Memang susah nak jumpa orang yang setia sekarang ni.Banyak yang kita jumpa hanya setia time senang dan sihat..Bila sakit, jatuh miskin semua cabut lari.Tak kira la lelaki atau perempuan sama saja.



Ada pulak yang bila pasangan nya dah cukup setia dan jujur, dia pulak mengambil kesempatan demi kepentingan dirinya sendiri.Mula la menipu dan menganiaya pasangan nya yang jujur setia tu.Kalau macam tu cara kita layan pasangan kita, orang paling setia kat dunia ni pun boleh cabut lari tau..hahahah..



Tapi baru-baru ni mak saudara saya cerita tentang kawan dia , si isteri tu mengidap penyakit buah pinggang , dan macam2 penyakit lagi.Isteri nya tu memang dah disahkan tak de harapan untuk sembuh.Apa yang mengkagumkan bila suaminya tu menjaga isterinya penuh dengan rasa cinta.Bukan saja sebab tanggungjwab tau..tapi sebab cinta..Sampai isterinya meninggal dia uruskan isterinya tu.Walaupun sekarang dia dah kahwin lain dan sayangkan rumahtangga baru nya tapi dia kata perkahwinan dia ni seakan menduakan isterinya..Tapi demi anak-anak yang kecil tak de sapa jaga dia kena la juga pastikan anak-anak dia ada rasa kasih sayang ibu.Alhamdulillah, berkat dia sayangkan isteri dia dulu, dia dapat isteri baru yang sangat baik, sangat setia dan jujur, dan sangat sayangkan anak-anak dia..Itu yang buat saya rasa terharu sangat..harap2 suami kita pun macam tu la..kan??hahahah..

Pernah tau saya baca kat facebook ada orang komen macam ni kat satu statu." kita orang perempuan jangan percaya sangat kat suami2 ni..bila percaya sangat, mesti diaorang ambik kesempatan menipu.."

Saya agak tak setuju dalam bersetuju jugak..hahahha..pening punya ayat!


Bagi saya tak salah kalau isteri tu nak percaya sangat-sangat pada suaminya ..Apa salahnya..kan??Kalau suaminya sendiri sangat percaya dengan kejujuran dan kesetiaan isteri , tak salah kalau kita membalas rasa yang sama pada suami kita.Cer jangan suka menghasut orang untuk berprasangka buruk dengan suami.tak baik tau..

kau tak nak percaya kat suami kau, kau buat la...Jangan anggap suami orang sama macam suami kau yang kuat kelentong tu..hahahahaha...


sekian..

Monday, 20 June 2016

SIKAP LELAKI YANG MENJENGKELKAN KETIKA BERCINTA

Assalamualaikum...



Ni makcik nak kongsi ilmu sikit..
Ilmu pasal cinta.ekekekk..menyampah tak??hahahah
Eceh...saje la nak kongsikan dengan adik2 ni..
mana tau kot2 boleh juga dijadikan panduan bila bercinta..

Orang perempuan kalau bercinta mesti nak
suasana yang sweet2 je..sampai orang lelaki rasa rimas kadang2 tu..
Itu orang perempuan la...tapi kalau lelaki pulak cemana?
sewaktu bercinta apa sikap lelaki yang paling wanita tak suka??

1- Bermain Video game



Kenapa Video game?sebab itu salah satu cara untuk mereka melepaskan
tekanan selepas bekerja.Lagi2 kalau games tu ada unsur2 peperangan.
Lelaki kan sukakan persaingan,itu yang kadang2 sampai ketagih bermain
video game dan ada yang keterlaluan sampai mengabaikan orang2 sekeliling.
mereka ni tak sedar ke mereka dah cukup tua untuk video games??hhahhah..

2- Memakai pakaian yang sama

Yang ni ramai lelaki tak perasan.Orang perempuan memang
sakit mata lihat keadaan macam ni.memang la cinta tapi
kalau dalam 4 kali jumpa 3 kali awak pakai baju yang sama ,boring tau...
Tak tahu ke orang perempuan suka mementingkan penampilan ..:p

3- Suka menyembunyikan perasaaan.




"Awak marah ke??"

"Tak la..marah buat apa?"

lepas tu bila perempuan tu buat benda yang sama dia kata perempuan tu tak berubah..
padahal tadi dah tanya dia marah ke tidak..
Lain kali kalau marah kata la marah..nak sorok2 perasaan pulak..

4- Diam
Masa mengayat dulu kemain banyak cakap nya..
bila dah bercinta setiap kali telefon lebih banyak diam dari bercakap.
kalau berjumpa pulak ,senyap je...kan??
bila ditanya kenapa diam je..
"dah awak pun diam..tak cakap apa pun.."
erghhh.geram nya!!



lagi apa ye??Ada nak kongsi apa2 tak??
ke nak share cerita pasal pasangan korang yang sikapnya korang tak suka..
meh kongsi2 kat sini..


sekian..

5 CIRI PEREMPUAN YANG BUAT TULANG RUSUK LELAKI BERGETAR

Assalamualaikum...



Betul ke boleh bergetar??
itu perumpamaan je kalau betul2 bergeter macam vibrate
enpon tu rasa nya mesti ada yang
tak kena dengan tulang rusuk awak tu..ahahhaha
pi la buat X-ray cepat..

Selalu kita dengar ayat2 lelaki yang bila tengok perempuan cantik..
"bergetar tulung rusuk saya..."
sebenarnya sikap wanita yang bagaimana yang
boleh buat lelaki suka dan terpikat ni?
Tak semestinya sebab rupa cantik saja..
kalau yang terpikat sebab rupa cantik tu,sah la lelaki tu tak matang.
Meh kita check apa sikap wanita yang buat lelaki terpikat..

1- Bijak


Bijak bukan bermakna dia boleh jawab semua soalan
pengetahuan am dengan markah 100 % tapi bijak yang
menggambarkan keseluruhan  peribadinya..
tindakan nya, keputusan nya, pendapat nya dan cara dia menghadapi setiap
apa yang datang dalam hidup nya.

2-Berdikari

Setakat nak tukar tayar kereta tu apa ada hal.
tengok je gaya nya dengan fesyen hijabista tapi,
dia tak mudah mengharapkan bantuan orang,
segalanya dia akan lakukan sendiri jika mampu..
Dan hanya akan mendapatkan bantuan jika perlu sahaja.

3-suka membantu


Dia memang menjadi harapan kawan-kawan .
kalau ada yang punya masalah dia sudi hulurkan bantuan tanpa
mengharapkan balasan.
Susah nak dengar cerita2 buruk dari kawan2 nya tentang dirinya
memandangkan ramai yang suka dan mudah mendekatinya.

4-berani bersuara

Sekarang memang ramai yang dengan berani lantang bersuara tapi
tak ramai yang bersuara sambil menjaga hati orang lain.
Jika anda nak jadi wanita yang boleh
menggetarkan tulang rusuk lelaki ,
berkata-kata perkara yang baik dan jika tujuan nya untuk menegur gunakan
bahasa yang sedap di dengar tanpa menyakiti hati sesiapa.


5- sopan santun


Ini lah kunci utama yang buat lelaki bisa bergetar tulang rusuk nya.
Siapa la yang tak suka melihat gadis yang sopan dan lemah lembut.
dari penampilan hingga la cara dia membawa diri semuanya dijaga
supaya tidak nampak buruk dimata orang lain.

sekian..


Friday, 25 March 2016

SALAH KAH KELUAR DENGAN BEKAS TEMAN LELAKI

Assalamualaikum...



Semalam saya  dapat satu email yang minta saya tulis
tentang keluar dengan bekas kekasih.
Kisahnya si penghantar email seorang gadis mengadu yang dia bergaduh dengan
kekasih nya sebab dia keluar dengan bekas kekasih.
Teman lelakinya  tak boleh terima dia keluar dengan bekas kekasih.
sedangkan menurut gadis ni dia dan bekas kekasihnya
sudah tak ada apa2 perasaan...
Sebelum ni dia ada keluar dengan kawan satu tempat kerja juga seorang lelaki
tapi teman lelaki nya tak marah pun.
Tapi dengan bekas kekasih tak boleh pulak.
hahahha...

Kelakar juga cerita ni tapi  kalau kita berada di tempat si gadis atau di tempat
teman lelaki gadis ni mesti rasa stress jugak..kan??
nasihat saya untuk si gadis dan teman lelaki nya..:-



kepada si teman lelaki..
sebab itu jangan sesekali memberi peluang.
Dengan lelaki A boleh keluar berdua tapi bila
dengan bekas teman lelaki kita tak bagi dia keluar.
nampak pelik tak??bila rasa pelik tu yang buat gadis tu tak boleh terima.
Lepas ni buat la peraturan jangan keluar dengan mana2 lelaki.
nak keluar deting bersama kita pun kena suruh dia ajak sorang dua kawan perempuan atau
adik perempuan, adik lelaki dia..untuk teman kan..
Kalau kita buat undang2 macam tu dia nak tak suka-suka keluar dengan
lelaki lain?

Selagi awak berdua belum berkahwin , belum terlewat untuk
awak buat peraturan macam tu dengan dia.
Kalau dia sayang kan awak dan tahu apa yang awak buat ni untuk
masa depan dan hubungan  yang berkekalan hingga akhir hayat
dah tentu dia akan ikut.
kalau tidak, berserah la pada takdir..
Jodoh pertemuan itu Allah yang tentukan..



Untuk si gadis..
Pandangan lelaki pada setiap bekas kekasih kepada wanita yang disayangi
tu berbeza dengan apa yang awak pandang pada bekas kekasih.
Walaupun awak rasa ianya hanya bekas kekasih tapi bagi lelaki ianya bagaikan
pengacau, penghasut dan pesaing dalam hubungan awak berdua.
Letak tempat awak di tempat kekasih awak.
awak suka tak kalau dia keluar dengan bekas kekash dia.
Dah tentu awak pun tak suka..kan??

Dalam satu2 hubungan ni sikap saling menjaga hati tu kena ada.
Tu pun kalau nak kan hubungan tu kekal lama.
kalau asyik nak ikut kepala sendiri je memang tak kemana la..

**Kalau dalam keadaan terpaksa keluar juga sebab urusan kerja,
ada baiknya tak payah la nak bagi tahu kat teman lelaki tu..
baru kekasih je..kan?Bukan suami..nak keluar pun kena hantar laporan bagai
tu cari penyakit namanya..heheheh
kalau suami tu wajib la bagi tau dan minta kebenaran..
suami tak bagi jangan berkeras nak pi jugak..derhaka oi..heheh


sekian..

Thursday, 5 November 2015

GEMINI PALING BERANI BERLAKU CURANG

Assalamualaikum...



Kalau belum berkahwin tapi ada hubungan cinta
dengan 2,3 orang yang berbeza itu kita panggil curang ke??
Atau kita kata ianya satu cara untuk memilih dengan lebih baik??heheh..
ada jugak yang marah kalau baca ni..
Ye la..dah kahwin ke belum kahwin ke ,
kalau ada hubungan cinta dengan 2,3 orang yang
berbeza kita tetap namakan ia sebagai CURANG.

Tapi curang pun, kalau 2,3 pihak itu
rela tak de la kita panggil curang..I
tu kita sebut sepakat..ekekek..
Sepakat membawa berkat.:p

Orang kata mereka yang berbintang
Zodiak dan Sagitarius adalah mereka
yang paling setia dalam cinta.
Manakala yang paling kerap curang dan
berbohong ialah mereka yang berbintang Aquarius ,dan Aries.

Gemini adalah yang paling mudah berlaku
curang dan tidak takut untuk melakukan nya.
Namun ia hanya melibatkan emosi dan bukan fizikal.

Taurus pulak dikatakan hanya berlaku curang untuk menarik perhatian.

Betul ke tak betul tu kena tanya diri masing2 la ..
Sebab benda ni bukan disebabkan bintang kelahiran..
tapi sebab nipis nya iman dan
betapa goyahnya  rasa cinta dan setia kita pada pasangan ..


sekian...

Monday, 10 August 2015

JIKA BERCINTA DENGAN LELAKI LEBIH MUDA

Assalamualaikum...




Susah kita nak ramal siapa yang bakal jadi pasangan kita.
Berkawan dengan si A,berkahwin dengan si B..
Suka yang tua tapi dapat yang muda..
Tak salah pun kalau suami lebih muda..
lebih muda,lebih tinggi semangat nya..kan??hahhah
meh nak kongsikan dengan korang apa perlu
korang buat bila bercinta dengan lelaki lebih muda
supaya hubungan tu jadi best..heheh

1-faham betul2 konsep kedewasaan.
dewasa ni tak cuma berdasarkan dari umur saja..
kadang2 lelaki yang muda pun lebih matang dan lebih dewasa dari kita.
sekarang ni aku ada jugak kenal blogger2 lelaki yang muda2 tu..
tengok depa macam lebih matang la...ada jugak yang perangi macam budak2..
tapi lebih ramai yang matang.tapi dalam kematangan tu tak dinafikan ada sikap2
kebudak-budakan tu..tapi kalau dia nampak macam melampau tu
tak salah kita tegur.kalau yang kita boleh hadap,kira ok je la..

2-kebudak-budakan
kalau lelaki tu ada sikap kebudak-budakan
apa kata kita pun nikmati la ianya bersama..hehe..
berseronok macam dia berseronok..
sekurang2 nya kita pun nampak sama muda dengan dia..yang penting jangan
melampaui batas.

3-komunikasi
kita kena paham lelaki yang lebih muda dan ada
sifat kebudak-budakan ni,dia sedang
belajar untuk mejalani hubungan yang lebih serius.jadi kena bagi dia masa.
jangan diam bila ada yang tak kena sebab dia tak kan paham dengan sendiri.

4-bersabar
hubungan mana yang tak perlukan kesabaran.ini kunci utama dalam
apa pun perhubungan.bertenang dan tetapkan dalam hati yang dia sedang belajar untuk jadi dewasa.
jangan melenting.

5-terima sedanya
kita yang memilih untuk bersama dia jadi
memang patut la kita terima apa saja kelebihan dan kekurangan dia.
jangan cuba2 untuk mengubah diri dia dengan mendadak.
kalau benda tu serius dan melampau ambik la masa untuk ubah.

<<<..Apa kata mulai hari ni awak cuba buat sesuatu yang baru..Lihat kesan nya yang akan mengubah seluruh kehidupan awak..!!

sekian..

Monday, 1 June 2015

BAGAIMANA NAK MENGENALI WAJAH SEBENAR PASANGAN ANDA?

Assalamualaikum...



Yang sedang berkira-kira nak naik pelamin tu dah cuba ke buat macam ni..?
kalau belum, masih sempat lagi ni..
hahahaha...

Nak cari pasangan hidup ni kena memilih sikit..
Rupa paras tu jatuh no 2
Nomor satu ,yang penting sekali ada iman dan sabar...
kalau tak memang dicerai ,mencerai dan mintak cerai je la kerja nya..hahahaha


sekian..

Friday, 29 May 2015

BINI DIA MEMANG MACAM TU...

Assalamualaikum...


Alhamdulillah...hari ni genap 10 tahun usia perkahwinan saya dan suami..
Doakan kami sekeluarga bahagia dan kekal bersama selamanya...





nampak tak bini dia balas cemana??
hahaahah...sabar je la ye...


sekian..

Thursday, 7 May 2015

PANGGILAN MANJA..LAGI UNIK, LAGI DIA SUKA..

Assalamualaikum...

Malam tadi kami ke pasaraya dekat dengan rumah ni..
nak beli jam tangan Maisara
tiba2 je berhenti tak mau bergerak..
ingat nak tukar bateri rupanya dah rosak..
maka beli je la jam baru untuk dia..

Masa pilih2 barang lain tu
ada pasangan suami isteri ke pasangan kekasih ke..
entah la..
saya dengar si lelaki panggil pasangan nya tu
"acam"



nak tergelak pun ada..
"Acam " mungkin singkatan untuk "masam.".
atau boleh jadi jugak untuk "mengancam"..
atau pun mungkin jugak untuk "kau ni macam2 ye..."

Hahahha
orang perempuan ni memang macam tu..kan??
lagi unik gelaran yang kekasih tu bagi
lagi dia suka..

Suami awak panggil awak apa??

Sekian..


Wednesday, 4 March 2015

APA PERLU ANDA LAKUKAN JIKA DIA TIDAK PEDULI

Assalamualaikum...

Isteri : sayang..tengok ni..kelakar betul..

Suami.: erm.. (sambil selak suratkhabar)

isteri : hahaha..tengok la ni sayang..gelihati i...

suami : .........

isteri :malas la i nak cakap dengan u ..tak peduli pun kat i..

Suami : ye ye..apa tadi??



kalau jadi macam ni pada kawan2 mesti ada yang tarik muka..kan??
kita bercakap dengan dia,dia buat tak tahu pulak..
tak banyak sikit mesti ada kecik hati jugak..
lagi2 kalau baru kawen..
erm..terus merajuk tak masak..heheheh..



Dulu saya pernah baca ada satu blog kata
kalau isteri bercakap tapi suami buat tak dengar
tu maknanya suami tak sayang isteri..blog luar negara .
tak ingat nama nya apa..

Amboih!!tak kan sampai macam tu kot..
Tak boleh nak buat kesimpulan macam tu..



Ada setengah lelaki dia rasa cukup kalau dia ada disisi kita.
tak cakap,tak saling memandang pun tak pe..
Dia rasa kita ok kalau dia makan dengan kita,
membaca bersama2..tengok tv berdua..
Jadi bila dia tak layan time kita bercakap itu benda biasa la..
jangan la kita ambik serius sampai merajuk2 tarik muka..



Tapi kalau dah namanya perempuan sikap tak puasa hati tu tetap ada .
Sibuk pulak dia nak ubah suami atau lelaki tu jadi macam yang dia nak.
Nak suruh suami tu melayan dia bercakap bila2 masa saja dia mahu.
tak payah ubah sikap suami..
cuba ubah diri sendiri..jadi lebih terbuka dan matang.
tak payah ambil hati untuk perkara2 kecil yang boleh menjejaskan hubungan.
lelaki suka wanita yang menyenangkan dia..
bukan yang minta dipujuk setiap masa hanya untuk perkara2 remeh.

sekian...


sekian...

Thursday, 26 February 2015

INI 5 NEGARA YANG RAKYATNYA PALING RAMAI CURANG

Assalamualaikum...

Dulu saya selalu fikir  orang Korea paling  ramai curang..
Sebab bila tengok drama keluarga Korea yang saya tonton
setiap malam tu mesti ada selit babak suami curang atau isteri curang.
Rupanya Korea bukan negara pertama yang rakyat nya paling ramai curang
nak tahu negara mana ??



5- perancis -43%

4- jerman- 45%

3-Itali- 45%

2-Denmark- 46%

1-Thailand - 56%


hahhhaaha..siapa sangka rupanya rakyat negara jiran kita tu
rupanya paling ramai yang  curang.
padan la kita pun ada terima tempias2 nya sikit,
hahhahha..maklum la..adik-beradik katanya..:p

Industri pelacuran di thailand sedikit sebanyak
menyumbang kepada kes kecurangan yang tinggi di Thailand.
malah Patpong iaitu sebuah kawasan yang sangat aktif dengan
aktiviti pelacuran menjadi tempat yang paling kerap di kunjungi pelancong
tempatan dan luar.


Sebuah survei yang dilakukan oleh Syarikat Kondom Durex
mendapati 56% rakyat Thailand yang terlibat dalam survey pernah curang.

sekian...