Showing posts with label cikgu. Show all posts
Showing posts with label cikgu. Show all posts

Thursday, 14 January 2016

UTUNGNYA JADI CIKGU


Assalamualaikum...

 
8 jenis pahala yang tetap diterima seorang hamba Allah walaupun dia telah meninggal dunia..

Benda mudah yang agak sukar untuk orang buat.Tapi bila difikir2 cikgu la paling untung kan..dah memang kerja nya beri ilmu pada anak murid.

Anak saya, Maisara lebih suka ikut apa cikgu dia cakap berbanding ikut apa saya cakap.Kalau cikgu pesan apa pun semua dia ikut.Kalau saya yang pesan memang macam angin lalu je la.

Tahun 2015 , tahun pertama Maisara masuk KAFA..darjah satu (2014) dia tak ke kelas KAFA.Tapi dalam masa yang sama saya tetap ajar dia menghafal surah2 pendek dan doa2.Dia macam nak tak nak je buat.

Tapi bila masuk kelas KAFA tahun 2015, dah banyak surah dia boleh hafal..doa2 dan surah al-kahfi pun dia boleh hafal dengan lancar.

Tengok betapa hebat nya seorang guru tu..kan?? ada perkara yang ibu bapa tak boleh buat tapi cikgu berjaya buat..sebab tu bukan murid je yang kena hormat guru.kita ibu bapa pun kena la hormat guru kepada anak kita.

Orang dulu2 kalau selisih bahu dengan guru anak dia, siap tegur, ucap terima kasih bagai.orang sekarang jangan kan nak ucap terima kasih, siap pesan cikgu tu berdiri kat sinki tolong buka paip untuk anak dia, suruh cikgu duduk atas lantai sekali dengan anak murid..

Sekian..


Monday, 23 November 2015

BETUL KE GURU YANG PENYAYANG AKAN BUAT ANAK MURID SAYANG?

Assalamualaikum...



Kesian betul kat cikgu yang keretanya dicalarkan
dengan perkataan "babi" dipercayai dilakukan oleh anak murid nya.
Kejadian berlaku di hujung2 seisi persekolahan pulak tu.
Dah tentu cikgu nya rasa sedih..
Sedih dengan sikap anak murid dan sedih berapa pulak nak kena
labur untuk hilangkan perkataan "babi " dikeretanya tu..
Calar di kereta boleh hilang tapi calar dan luka di hati sampai
bila2 akan terkesan.
Harap2 cikgu tu dapat la memaafkan anak murid nya.
Takut anak muridnya tu bebal sampai tua sebab ilmu tak boleh masuk
gara-gara derhaka kat guru.

Selalunya guru yang macam mana yang akan jadi sasaran anak murid macam ni ye?
dah tentu kita akan kata , cikgu ni mesti garang sangat sampai anak murid benci..
mesti cikgu ni ada buat apa2 yang buruk pada anak murid.
mesti cikgu ni begitu begini..dan sebagainya..

Saya terbaca satu komen ni..



Dah nama pun cikgu..
Tanggungjawab dia untuk menegur anak murid dia.
kalau dia nampak benda tak elok yang anak murid dia buat,
tapi dia diam kan saja, itulah cikgu yang paling teruk di dunia.
Dia datang sekolah semata2 sebab nak gaji je.

Bukan semua anak murid suka kelakuan jahatnya di tegur.
Boleh dikatakan ramai nak murid yang tak suka cikgu tegur salah dia.
tak kira lah cikgu tu tegur dengan cara baik atau kasar.
Dia akan anggap cikgu tu penyibuk dan mengganggu dia je.

Kalau dapat anak murid yang baik,
cikgu layan dia penuh mesra , boleh gurau2,
memang dia pun akan sayang cikgu dia tak kira cikgu marah ke tidak.
yang ni dalam 20 % je..

Tapi kalau dapat yang jenis ketegaq,
time cikgu gelak2, buat lawak.. dia suka..
tapi time tegur salah dia terus sentap.
terus cikgu tu masuk dalam senarai cikgu paling dibenci.

Saya pun pernah sekolah..
saya bercampur dengan kawan2 yang baik dengan cikgu
dan kawan2 yang meluat kat cikgu..
saya nampak semua ni dalam diri mereka.

kadang2 saya pun heran..
cikgu ni punya la baik, tapi kenapa ada murid yang
boleh gelar cikgu tu dengan gelaran yang tak baik..
Rupanya sebab cikgu tu pernah tegur salah dia je.

Jadi..pendapat saya..
Tak semestinya cikgu yang baik dan penyayang tu
anak murid akan sayang..

Apa pun kesian kat cikgu ni..kan??
lepas ni cikgu2 pi sekolah bawak basikal je la..
kalau anak murid rosak kan  basikal tak la mahal kos nak baiki nya..
kereta simpan kat rumah..jaga baik2..
nak tips jaga kereta..ni ha!!klik kat sini..
tips jaga kereta supaya sentiasa dalam keadaan tip top!!

sekian..

Thursday, 21 August 2014

5 PERKARA YANG HANYA MAMPU DIPENDAM OLEH SEORANG GURU TADIKA

Assalamualaikum...




Menggalas tugas sebagai seorang guru bukan lah satu tugas yang mudah.Bukan sekadar nak mendidik anak murid tapi perasaan ibu bapa murid juga perlu diambil kisah.Lagi2 jika dia seorang guru tadika atau prasekolah .tahu tak,ada sesetengah perkara yang guru2 di tadika dan Pra ni tak boleh nak luahkan pada ibu bapa.ianya macam satu rahsia untuk mereka simpan jauh di lubuk hati mereka.mungkin kerana polisi  atau lebih kepada menjaga perasaan ibu bapa.

1-Ajar anak anda untuk bersihkan diri
membersihkan diri terutamanya selepas makan,selepas buang air besar atau kecil adalah satu kemahiran.Bila kita sebut kemahiran maknanya benda ni perlu di ajar.ibu bapa tak boleh nak letak kan tugas ni sepenuhnya pada guru.sepatutnya ianya bermula dari rumah.memang guru tak kan persoalkan benda ni pada kita.Bila anak kita buang air besar atau kecil nak tak nak dia kena cuci.dan kita pun berterima kash jugak. Tapi patut kah benda ni sepenuhnya diajar oleh guru dia.tapi kita ibu bapa kat rumah perlu mahirkan anak kita.Waktu anak-anak di rumah biar dia uruskan diri dia sendiri.di sekolah guru cuma membantu sahaja.

2-abaikan telefon anda..
Bila ada perjumpaan antara ibu bapa dan cikgu ,sila la abaikan sekejap telefon bimbit.tengah cikgu dok terangkan itu ini di depan,kita sibuk bersms,jawab call.lepas tu kita mungkin terlepas beberapa perkara penting yang cikgu tu terangkan.cikgu di depan memang tak kata apa sebab dia nak jaga perasaan kita.jadi tak boleh kan kita pun menjaga perasaan dia.

3-beri apa yang patut pada anak-anak
Pernah seorang guru bercerita, seorang murid lelaki ,kemaluan nya tersepit di zip seluar waktu nak buang air kecil.meraung2 la budak tu.Seorang murid di tadika luka pada jarinya kerana mengasah pensil menggunakan pisau kecil yang dia bawa dari rumah.Ada kanak-kanak yang bergaduh disekolah disebabkan kawannya hilangkan pensil warna.Ini semua sepatutnya awal2 di pastikan oleh ibu bapa dirumah.beri anak pakai pakaian yang berbutang,periksa beg sekolah anak untuk pastikan tiada barang yang bahaya dibawa ke sekolah,periksa beg sekolah anak untuk pastikan alat tulisnya ada dan tak ada barang orang lain di dalam beg nya.

4-Berhenti menggunakan kata-kata kesat
kanak-kanak memang suka meniru apa yang orang dewasa cakap dan buat.kadang2 sampai terbawa2 kesekolah.sebagai ibu bapa sepatutnya kita menegur anak kita bila dia mengeluarkan kata2 yang kesat.jangan hanya membiarkan dan beralasan "ikut kawan la tu.." kita boleh cegah dengan menerangkan apa tak baiknya berkata2 kesat.sayang nya,kalau la semua ibu bapa boleh faham benda ni....

5-Boleh tak awak pergi..
Bila anak baru masuk ke alam persekolahan ,ibu bapa dah tentu tak mahu terlepas detik2 itu.ada yang sanggup menghantar anak dan menunggu di belakang kelas dari pagi sampai tengahari.kalau sekolah biasa mungkin ada cikgu yang berani menegur ibu bapa supaya tinggalkan anak dan ibu bapa boleh pulang.tapi ada sesetengah sekolah yang cikgunya tak boleh buat seperti itu.Ibu bapa sendiri harus sedar,ini masanya untuk anak2 kita berdikari.jangan risau..anak kita akan biasa dengan sekolah jika kita juga memberi mereka peluang tersebut.

Semoga lepas ni kita sebagai ibu bapa lebih memahami perasaan dan tugas seorang guru..

sekian..

Friday, 19 July 2013

GURU PUKUL DAN TENDANG PELAJAR PEREMPUAN DI DALAM KELAS

Assalamualaikum..

Seorang guru dirakam CCTV sedang menyeret seorang murid perempuan yang ketakutan  dan  memukulnya di sebuah sekolah di Cina

Guru tersebut marah kepada pelajar perempuan tersebut yang sedang meletak kan kepala nya diatas meja seolah-olah sedang berehat.
Setelah menyeret dia keluar dari kelas, dia kemudian menendang gadis itu  sebelum menolak nya ke dinding.

Kelihatan nya pelajar perempuan tersebut tidak sihat dan kemudian dia jatuh ke lantai



#cikgu ke gangster nih??


sekian..

Wednesday, 30 May 2012

TAK PANDAI NAK BAWAK GELARAN CIKGU

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
kalau ditanya apa pekerjaan paling suci murni
bak minyak masak dah tentu jawapan paling atas
dengan markah penuh 10 adalah CIKGU..
setuju tak??

Bila sebut cikgu je
mesti orang rasa kagum dan hormat la..
yang dibayangkan dengan gelaran cikgu tu
ialah dia seorang yang ramah,
pandai bawak diri,berdisiplin,dan yang baik2 saja la..

tapi ada setengah cikgu2 ni yang tak pandai nak jaga reputasi diri..
contohnya macam kat facebook
dia pakai nama cikgu Nona.
tapi bila berkomen2 dah macam nak jual diri,.

alasan...
"alah..bukan anak murid kenal pun..."

kalau gitu apa kata tukar je nama tu..
jangan pakai nama cikgu..
guna je la nama yang lain.

alasan lain:
"cikgu pun manusia biasa jugak.."

bagi aku kalau dah namanya cikgu
dia mesti seorang yang luar biasa.
sebab anak murid ni akan lebih jadikan
cikgu sebagai rujukan.

cer kita jadikan contoh sorang doktor..
bila kita kata.."doktor tu suka berpoya2 tau.."
ada orang heran??pedulikan lah..dia doktor..

tapi kalau cikgu..
"cikgu tu kaki clubbing tau.."

"apa cikgu pun pi clubbing??apa punye cikgu da..."

ha..tu la bezanya...
betapa tingginya pandangan kita pada seorang cikgu..
jadi pada cikgu2..
kalau nak jual diri kat facebook
tolong la jangan pakai nama cikgu..

#antara cikgu paling baik yang aku pernah kenal adalah "dia"

sekian...