Showing posts with label check ibu mengandung. Show all posts
Showing posts with label check ibu mengandung. Show all posts

Wednesday, 10 August 2016

SUAMI KENA TAHU 4 PERKARA INI JIKA TEMANKAN ISTERI KE KLINIK UNTUK PEMERIKSAAN KEHAMILAN.

Assalamualaikum...



Bagi pasangan suami isteri berita kehamilan adalah sesuatu yang sangat dinanti-nantikan dan yang paling mengembirakan.Nak dapat orang baru mestilah ada rasa teruja dan tak dinafikan biasanya si ayah lah yang paling teruja.Isteri nak pergi klinik pun dia sanggup ambil cuti setiap bulan semata2 nak tunggu isteri kat klinik.Meh sini saya nak cerita sikit la kat lelaki yang bergelar suami ni tentang adab bila ikut isteri pergi klinik untuk check ibu mengandung.

Sebelum tu, untuk pengetahuan suami2 ni, tak payah sampai nak ambil cuti la kalau tak perlu.Isteri tu bukan nak bersalin lagi .Dia cuma nak pi check perut saja..kalau awak pi pun cuma boleh buat mengantuk  saja.Untuk suami2 yang nak pergi teman isteri ke klinik untuk buat pemeriksaan kehamilan ,Korang kena tahu beberapa perkara yang korang perlu buat dan tak perlu buat bila di klinik ni.



1- Sila berdiri .
Tak banyak klinik kesihatan yang waktu pagi nya orang tak ramai.macam tu juga untuk bahagian check ibu mengandung ni.Biasanya bahagian check ibu mengandung memang ramai lagi2 waktu pagi hingga jam 1 .Jadi jangan la bini duduk awak pun menempel duduk kat bini.Bini awak memang la tak cakap apa.Dia tak nak kecikkan hati awak.jadi dia diam je walaupun muka dia dah merah tahan marah sebab awak duduk dengan mata layu tapi ada ibu hamil yang kena berdiri dan mampu bersandar je kat dinding.Duduk time tak de orang ok la.Kalau tengok ada ibu mengandung yang tak de tempat duduk sila la bangun.



2-jangan masuk bilik pemeriksaan 
Bila nurse panggil bini kita , dia pun masuk bilik nurse tu awak jangan la ikut masuk sama.Sebab kat klinik kesihatan biasanya satu bilik tu paling kurang ada 2 nurse yang bertugas melayan ibu2 hamil ni.Dalam bilik tu la nurse akan check payudara, perut , kaki, dan sebagainya.masa tu juga la ibu2 ni akan bertanya segala kerisauan dan masalah yang diaorang hadapi.Bila awak ada kat dalam tu malu la diaorang nak tanya..soalan2 ibu2 hamil ni pulak biasanya melibatkan perkara2 fizikal diaorang.."nurse..payudara belah kiri ni bengkak..".."Nurse..betis saya ni urat dah timbul2 dah.." macam2 lagi soalan nya.kadang2 tu nurse nak tanya dan jawab  pun segan sebab ada awak kat dalam tu.

3-jangan  bersembang dengan bini orang.
Ada setengah lelaki ni dia duduk kat tepi tengok je bini dia dari jauh.Tapi ramah sesangat la pulak.Ada ibu mengandung dekat2 dia tu diajaknya bersembang.Tanya duduk mana, mengandung berapa bulan..kerja ke idak..kawal la sikit ramah tu..



4- Tunggu saja.
Lelaki bila dah sayang  prihatin tu kena ada.tapi kalau lebih2 sangat orang pun menyampah.Bini duduk kat kerusi.Dia dok kat luar.tapi kejap2 masuk.."yang..nak milo.."..lepas tu satgi masuk lagi.." makan kuih ni dulu.." tak sampai 5 minit masuk balik, "yang meh beg awak  abang pegang.." adoi haih..tak dak sapa aih nak culik bini awak.Bini awak bukan dok dalam kandang ghimau.Usah la risau..Tunggu je kat luar tu...Kalau  dia ada masalah ke apa , dia sendiri  akan panggil awak.

Setakat ni itu je la pesanan untuk kaum lelaki yang bergelar suami.Bukan tak boleh ikut tapi tengok sama keadaan sekeliling..Rasa tak boleh ikut apa yang saya tulis ni pergi la klinik swasta untuk checkup bulanan bini awak.

sekian..