Showing posts with label cerita lawak. Show all posts
Showing posts with label cerita lawak. Show all posts

Saturday, 21 July 2018

KISAH BENAR : BALASAN KERANA BERKASAR DENGAN IBU

Assalamualaikum..

Jom baca kisah benar balasan seorang anak yang derhaka sebab berkasar dengan ibu dia yang suruh dia solat.Cerita benar ni di kongsi oleh Akmal Hizzat di akaun twitter dia.




Aku nak share sikit kisah yg bertajuk "Bahaya Derhaka Kepada Ibu". Benda ni terjadi kat aku sendiri masa aku umur 21 tahun. Ya, zaman jahiliah lagi masa tu. Ingatan aku tentang kisah ni masih fresh lagi, mungkin takkan lupa sampai bebila.


Masa tu aku tak sengaja tertinggikan suara kat mak aku, padahal mak aku suruh sembahyang je pun. Bodoh bukan?


Hari tu hari ahad, dalam pukul 5:30 ptg. Aku tengah syok gila tidur atas sofa dari pukul 3 petang sebab letih join program larian kat kawasan umah aku pagi tu. 5 pagi kot aku bangun.


So, masa tgah syok gila tidur kat sofa dgn suasana yg sejuk dan nyaman, tetiba aku terdengar satu suara memanggil2 aku dari jauh.


Haa aku ni mmg jenis kalau tidur lena mana pun mesti akan tersedar kalau dengar orang seru-seru nama aku, lebih-lebih lagi mak aku la kan.


Mak aku panggil aku berkali-kali suruh bangun solat sebab waktu Asar dah nak habis. Aku just jawab "Ye maa..kejap lagi...", kejap lagi aku pun 20 minit jugak la berlalu.


So mak aku kejut aku lagi suruh bangun sebab waktu Asar memang betul-betul dah hujung-hujung time tu. Haa di waktu dan saat inilah syaitan suka, perlahan-lahan dia jalankan kerja hasutan dia.



Dengan mood yang tengah syok dibuai mimpi, tiba-tiba aku berubah dari seorang anak yang lemah-lembut dan sopan-santun kepada seorang anak yang garang. (bodoh punya syaitan)


Masa mak aku kejut lagi sekali tu, dgn tegasnya aku jawab "YEEEEEEEEE!!", pastu aku terus bangun dan masuk bilik air untuk ambil wuduk.


Masa tegah ambil wuduk tu, hati aku asyik berkata-kata "kenapa aku jawab macam tu kat mak aku eh?? Bodohnya kenapa kenapa kenapa!"


Dengan penuh rasa sesal dalam diri, aku pun keluar dari bilik air dan terus bentang sejadah yg terlipat atas kerusi kat depan tv. Masa ni lah aku rasa lain mcm....


Elok je aku berdiri atas sejadah nak angkat takbir, tiba-tiba kedua-dua belah tapak kaki aku terasa panas. Tak pernah weh rasa mcm ni, rasa panas mcm kau pijak cerek air yang baru lepas masak. Aku dah mula risau, tapi aku teruskan je solat mcm biasa.


"Apasal tiba-tiba panas tapak kaki aku ni?? Ini ke balasan jawab macam tu kat mak aku tadi??", hati aku asyik berkata-kata je, yer memang tak khusyuk solat aku masa tu!


Bila aku sujud, kedua-dua tapak tangan aku yang menyentuh sejadah pun turut terasa panas yang dah semakin suam-suam. Waktu ni aku memang dah tak fikir apa, cuma nak habiskan solat cepat dan minta maaf kat mak aku je.

Aku teruskan solat macam biasa dengan penuh rasa sesal dan takut, dalam hati asyik menjerit-jerit "Ya Allah, ampunkan aku! Sesungguhnya aku tak sengaja!"


Then bila dah habis solat (walaupun tak khusyuk), rasa panas kat sejadah tadi beransur-ansur hilang. Since masuk rakaat kedua dah mula hilang dah, tapi aku tetap risau.


Tanpa melengahkan masa, aku pun lipat sejadah dan terus cari mak aku. Takut ni takut!


Elok je aku nak pergi ke dapur, rupa-rupanya nya mak aku memang dah lama perhati aku sembahyang. Aku pun terus meluru ke mak aku nak minta maaf.


Belum sempat aku cakap apa2, mak aku terus tanya aku dulu.

Mak: "Kau solat pakai sejadah atas kerusi tu ke?"

Aku: "A'ah ma"

Mak: "Laaa tak rasa panas2 ke?? Mama baru je guna sejadah tu buat lapik iron baju kemeja bapak kau tadi, banyak lak tu"

Aku: "Oh yeke..........."

---------------------------

Hahahah... serabut betul cerita ni..Tak pasal2 terkena..Apa pun cerita ni ada pengajaran nya..kan??Tu baru panas bekas seterika ..Kalau panas api neraka cemana la nak hadap..kan??


sekian..

Monday, 5 October 2015

PENING KEPALA CIKGU KALAU DAPAT ANAK MURID MACAM NI.

Assalamualaikum...




Di satu sekolah, ketika waktu pelajaran sejarah:

cikgu: Sudin, Cikgu perhatikan kami dari tadi asyik mengantuk je.. Bangun dan jawab soalan cikgu ni... Jelas kan siapa Thomas Alva Edison??

Sudin : tak tahu cikgu..

Cikgu: James Watt awak tahu?

Sudin : Lagi la saya tak kenal...

Cikgu : Alexender Graham Bell?

Sudin : pun saya tak kenal la cikgu...

Cikgu : semua awak tak tahu?teruk betul la awak ni Sudin..

Sudin: Ok..sekarang saya pulak nak tanya cikgu.Cikgu kenal Pak Brahim??

Cikgu: siapa tu??

Sudin : Abang Mat janggut cikgu kenal ke??

Cikgu: mana lah saya kenal..

Sudin : Latifah janda bang Ali..cikgu kenal??

Cikgu: siapa mereka semua tu..mana la saya kenal..

Sudin: Ha..tahu pun.saya cuma nak bagitau cikgu,bukan semua orang yang cikgu kenal tu,saya pun kenal.Orang yang saya kenal, bukan cikgu kenal semuanya..Kita kan manusia.Ada kawan-kawan sendiri

Cikgu: ??????


******
hahahahahah..pening kelapa dapat anak murid macam ni..

sekian..

Thursday, 26 March 2015

KENAPA ISTERI SAHAJA YANG KENA BUAT BANYAK KERJA RUMAH?

Assalamualaikum...



Ini lah sebab nya kenapa orang perempuan selalu rasa
dia lah yang paling banyak buat kerja..
tapi memang betul pun..kan??
lelaki ni kita suruh baru dia bergerak..
nak tau kenapa??

sebab kita ada lah queen..
dan lelaki ada lah king!

tak percaya baca nih..



kan..??jadi orang perempuan..
sila terima hakikat..

sekian..

Sunday, 15 February 2015

SENARAI NOVEL PALING MELETOP 2015

Assalamualaikum..



Suka baca novel??
ini ha..nak kongsikan pada semua kaki2 novel.
senarai novel2 yang dijangka akan hit dan meletop2
di pasran untuk tahun 2015 ni..
jom tengok kot2 ada yang berkenan di hati...


Hhahahha...
naik semput saya ketawa bila baca tajuk2 novel ni..



jangan marah ye pada yang rasa tertipu tu..
Kita gurau2 je malam ni..
jangan marah a... :)


sekian...

Monday, 9 February 2015

JANGAN MENYESAL KALAU DAPAT SUAMI MISKIN

Assalamualaikum...

Saya baca cerita lawak ni..
baca pulak dengan suami..
Senyum meleret je dia....hahahah..



Memiliki Suami Miskin
Seorang isteri marah pada suaminya untuk kesekian kalinya.

Isteri: "Mengapa kamu tidak memberitahu saya terlebih dahulu yang kamu miskin hah!"

Suami: "Saya sudah beritahu kamu, kamu hanya mengangguk dan tidak mahu memahami.."

Isteri: "Apa yang kamu katakan?"

Suami: "Saya beritahu kamu, cuma kamulah satu-satunya milikku di dunia ini.."

Isteri: "???!!!"


Hahahaha..lawak kan...
Ayat lelaki masa time bersumpah setia dulu..
kalau ada kekasih awak pernah
cakap macam ni jangan sesekali awak menyesal bila dah kawen nanti ok...

sekian..