Showing posts with label cara tegur sikap buruk isteri. Show all posts
Showing posts with label cara tegur sikap buruk isteri. Show all posts

Wednesday, 25 January 2017

INI CARA PALING SWEET KALAU NAK TEGUR SIKAP ISTERI

Assalamualaikum...



Korang pernah tak tanya suami korang " Awak rasa saya ni orang yang macam mana?"

Soalan tu ramai lelaki tak suka jawab sebab dia nak berterus terang tapi tak boleh sebab dia tahu silap cakap nanti bergaduh..Tau2 je la orang perempuan ni , kalau suami kata "nasik lembik sikit hari ni.." dia punya sentap tu sampai henyot pipi .Punya buruk nya.

Kalau isteri tanya soalan macam tu jangan lah bagi jawapan yang buruk-buruk saja..Satu je soalan dia..kau pulak senaraikan habis buruk dia.macam la esok kau tak jumpa isteri kau dah..

Pelan-pelan boleh tak??Bagi 3 sikap isteri yang baik tapi selit kan satu yang tak best.Contohnya..

"awak ni bertanggungjawab , pandai didik anak, saya paling suka tengok awak ajar anak mengaji..Cuma bila awak garang sangat saya rasa nak menyorok bawah katill"


Mudah tak??Jangan serius sangat masa bercakap dengan dia..Selit2 sikit lawak supaya dia tak la rasa stress..Ni tidak..Biasa yang terjadi...

"awak ni orang nya bukan tak baik..baik memang baik..cuma kadang mulut awak kurang ajar sikit.Awak ubah la sikap buruk awak tu.Bagi contoh yang baik pada ank-anak.."


Kalau kau seorang isteri , kau stress tak dengar benda macam tu keluar kat mulut suami kau? Isteri ni dia pantang kalau suami nak mengajar dia tapi dengan cara yang akan buat dia jadi benci.

Saya memang suka tanya suami saya " abang rasa kita orang yang macam mana?"




saya suka tanya sebab dia akan bagi jawapan yang buat saya senang hati, ketawa berdekah-dekah dan dalam masa yang saya saya ubah sikit2 tabiat buruk saya..

Dia bukan banyak pun puji saya  tapi sebab kata-katanya sedap didengar..Best tak suami saya??

Jangan rampas ye...hahahah..


sekian...