Showing posts with label cara hilangkan warna rambut. Show all posts
Showing posts with label cara hilangkan warna rambut. Show all posts

Monday, 30 November 2015

CARA MUDAH MENGHILANGKAN WARNA RAMBUT

Assalamualaikum..



Sejak saya letak kotak "contact " kat bawah blog ni selalu saya dapat soalan2 dari pembaca blog saya.Ada orang yang dia tak boleh nak tinggalkan komen atas sebab2 tertentu jadi dia cuma bertanya melalaui "contact" yang saya sediakan di bawah blog ni.Awak pun kalau nak tanya saya apa2 soalan yang agak peribadi atau pun awak bukan pengguna gmail, dan tak dapat tinggal komen boleh la hubungi saya di "contact" tu ye..

Salah satu pertanyaan yang saya dapat hari ni berkaitan mewarnakan rambut ni.Dia tanya macam mana cara nak hilangkan warna rambut dia.Dia nak rambut dia kembali ke warna asal, Hitam..



Yang saya tahu memang ada cara2 tertentu supaya rambut awak kembali hitam tapi ambil masa jugak.Salah satu nya potong rambut awak..Boleh kalau nak potong sikit2.Potong bahagian bawah nya..nanti rambut tu makin panjang dan rambut hitam awak akan tumbuh.jadi potong la bahagian bawah tu sikit2 ye.

cara kedua nya ialah cuci rambut dengan baking soda.Ini langkah2 nya ye..



1-mula-mula cuci rambut dengan syampu anti kalamumur.Cuci hingga bersih dan bilas dengan air.
2-kemudian campurkan 1/2cawan  baking soda bersama air.
3-kacau hingga menjadi 1 adunan pekat.jangan ada yang berketul ye..
4-sapu bking soda tersebut ke seluruh rambut.Biarkan sampai kering.
5-Kemudian bilas dengan air bersih sehingga rambut bersih.
6-Cuci semula rambut dengan syampu untuk rambut biasa.
7-Sapu conditioner pada rambut dan bilas lagi hingga bersih.

Lakukan langkah2 ini 2 kali seminggu.Jangan lakukan terlalu kerap kerana ia akan merosak kan rambut anda.Paling kerap pun lakukan 4 hari 1 kali.Selamat mencuba..


Sekian...