Showing posts with label cara guna pomade. Show all posts
Showing posts with label cara guna pomade. Show all posts

Wednesday, 22 June 2016

TIPS MEMILIH POMADE

Assalamualaikum...



Walaupun saya ni perempuan tapi saya banyak juga membaca tentang Pomade.Kita kan ada suami ada adik2 lelaki jadi kena tahu la jugak.Mana tau senang nak cadangkan Pomade yang best2 untuk diaorang atau nak kongsi2 cerita tentang cara menggunakan pomade..

Pomade ialah bahan yang digunakan untuk menggayakan rambut.Awal nya ia dibuat  dari minyak dan wangian.Namun sekarang Pomade yang berasakan air juga sudah banyak dipasaran..Pomade menjadikan rabut lebih kemas dan berkilat bergantung kepada cara anda menggunakan nya.Jika digunakan ketika rambut basah anda akan mendapatkan hasil yang berbeza berbanding menggunakan pomade ketika rambut kering.tapi kedua-duanya tetap memberikan kekemasan pada rambut.



CARA MEMILIH POMADE

Pilih Pomade yang sesuai dengan anda
------------------------------------------
Ada dua pihan untuk anda..Pomade yang berasakan minyak atau yang berasaskan air.Walaupun Pomade berasakan minyak membuatkan rambut berkilat dan harganya lebih murah namun ianya susah untuk dicuci lagi-lagi ketika anda ingin mengambil wuduk..Pomade berasakan air lebih mudah dicuci walaupun harganya sedikit mahal berbanding yang berasakan minyak.



Pomade matte yang kurang berkilat adalah pomade yang terbaik.Namun anda boleh mencampurkan Pomade matte bersama pomade berasakan minyak untuk menuetralkan pemakaian nya.

Setiap pomade yang dijual mempunyai perigkat2 (Hold) yang berbeza.Anda perlu membaca label dibelakang bekas pomade untuk mengetahui sama ada pomade tersebut Light, medium, firm atau strong/heavy. (1-5)


Jika anda baru nak berjinak2 dengan penggunaan pomade elok la menggunakan  Light  hold (1) supaya anda boleh menukar gaya rambut dan dapat menentukan gaya rambut yang sesuai dengan anda.

Cuba lah beli beberapa jenis pomade dan kemudian anda dapat tentukan yang mana satu paling sesuai dengan anda.

Sumber gambar: google

sekian..