Showing posts with label cara cairkan maskara yang dah kering. Show all posts
Showing posts with label cara cairkan maskara yang dah kering. Show all posts

Monday, 10 October 2016

TIPS MUDAH MENCAIRKAN MASKARA YANG SUDAH KERING

Assalamualaikum...



Saya seorang yang suka kan maskara.Pantang nampak maskara je mesti rasa macam nak beli je.Mujur la tak kaya raya kalau tak entah berapa banyak maskara yang saya ada...yang paling saya berkenan sekarang ni adalah Maskara Duoya By Norafurla.yang dikatakan sebagai maskara yang terbaik setanding dengan jenama antarabangsa..Kalau berkenan boleh la beli maskara tahan lama dan buat bulu mata melentik dan lebat ni di Jom Hargai Kesihatan Anda

Bila dah ada banyak maskara  dah tentu lah  ada setengah  maskara tu yang akan kering .Saya tahu macam mana nak cairkan maskara yang dah kering supaya kita boleh lagi gunakan maskara kita tu..


1)ubat mata atau air contact lenses
Titik kan ubat mata atau air contact lenses ke dalam botol maskara..Hanya titik kan 2,3 titis dan goncang botol.Maskara anda sudah boleh digunakan kembali.Ubat titis mata dan cecair contact lenses selamat digunakan dan ianya membuatkan maskara tidak bergumpal.

2)Air panas
Ambil satu bekas dan masuk kan air panas.kemudian ambil maskara anda dan masuk kan botol maskara secara menegak ke dalam bekas berisi air panas itu.Biarkan selama beberapa minit dan maskara anda akan mencair dan sudah boleh digunakan,.

3)Gel Aloe Vera
Titiskan gel Aloe Vera ya ke dalam bekas maskara anda.sekarang anda boleh gunakan maskara yang sudah lama tidak anda gunakan.



Tak susah pun.kan??Semua bahan-bahan yang digunakan memang mudah didapati.Lepas ni jangan dibuang pulak maskara yang dah kering tu..Untuk mengelak kan maskara cepat kering boleh ikuti tips di bawah.

1) tutup rapat bekas maskara.
2)jangan dedahkan maskara anda di tempat yang panas terlalu lama.
3)jangan keluar dan masuk kan batang maskara anda terlalu kuat dan kasar kerana ianya menyebabkan angin masuk ke dalam botol maskara.

semoga bermanfaat untuk semua...


sekian..