Skip to main content

Posts

Showing posts with the label cara buat roti

RESEPI ROTI PIZZA MINI YANG SEDAP LEMBUT DAN MUDAH

Hi semua..

Anak-anak saya memang suka roti.Hari-hari kalau tak nak makan nasi pun diaorang ok yang penting kena ada roti. Bekal dan sarapan pun biasanya cuma roti. Sebab tu la saya selalu buat roti. Memang la beli lagi mudah tapi kalau buat sendiri lagi anak-anak suka makan sebab kita boleh letak apa yang anak suka.



Lepas tu kalau buat sendiri boleh buat banyak dan makan banyak. Ibu pun senang hati sebab tak payah masak benda lain. makan roti je la. Tapi kalau beli bukan boleh makan banyak-banyak sebab beli ada had nya.

Sebungkus roti pizza gardiner harganya rm2.35. Ada yang sampai rm3 tau. Bukan besar pun. Panjang dalam kurang 2 jengkal je. Kalau beli 10 dah rm20- 30. Buat sendiri kosnya pun kecik je la. Sebungkus cheese tu boleh pakai banyak kali . Lebih dari 20 biji roti boleh buat.

Kalau nak cheese murah sikit pakai la cheddar yang slice tu. Selalu saya pakai cheese tu je. Sekeping cheese potong 4. Sebab anak-anak saya ni tak suka cheese banyak. Dia suka ada rasa masin2 sikit je.…