Showing posts with label cara buat roti. Show all posts
Showing posts with label cara buat roti. Show all posts

Wednesday, 24 July 2019

RESEPI ROTI PIZZA MINI YANG SEDAP LEMBUT DAN MUDAH

Hi semua..

Anak-anak saya memang suka roti.Hari-hari kalau tak nak makan nasi pun diaorang ok yang penting kena ada roti. Bekal dan sarapan pun biasanya cuma roti. Sebab tu la saya selalu buat roti. Memang la beli lagi mudah tapi kalau buat sendiri lagi anak-anak suka makan sebab kita boleh letak apa yang anak suka.



Lepas tu kalau buat sendiri boleh buat banyak dan makan banyak. Ibu pun senang hati sebab tak payah masak benda lain. makan roti je la. Tapi kalau beli bukan boleh makan banyak-banyak sebab beli ada had nya.

Sebungkus roti pizza gardiner harganya rm2.35. Ada yang sampai rm3 tau. Bukan besar pun. Panjang dalam kurang 2 jengkal je. Kalau beli 10 dah rm20- 30. Buat sendiri kosnya pun kecik je la. Sebungkus cheese tu boleh pakai banyak kali . Lebih dari 20 biji roti boleh buat.

Kalau nak cheese murah sikit pakai la cheddar yang slice tu. Selalu saya pakai cheese tu je. Sekeping cheese potong 4. Sebab anak-anak saya ni tak suka cheese banyak. Dia suka ada rasa masin2 sikit je. Kalau banyak diaorang muak.





Sebungkus ada 10 keping. Dapat la buat untuk 40 biji roti. Harga sebungkus chedar slice tu dalam rm9.lebih je. Jimat. Nak letak topping cukup la letak sosej. Potong sosej nipis2 sikit. asal ada dah la. Diaorang bukan kkisah pun tebal ke tidak sosej tu. Yang penting ada,

Nak lain sikit boleh letak ayam. Ambik bahagian ayam yang banyak sisi. Cincing ayam halus2 atau kisar je. Lepas tu gaul dengan secubit garam dan lada sulah. Panas kan minyak dan tumis ayam tu sampai dia masak dan sebati dengan rasa lada sulah dan garam.

Nanti nak bakar roti sapu la kuning telur pada roti kemudian sapu sos dan mayonis. Tabur la ayam atau sosej yang kita buat tadi. atas nya kita letak cheese. Bakar dan siap!

Ok. Ni saya sediakan resepi lengkap buat roti mini pizza. Boleh try bila-bila je.

Bahan-Bahan- 

300g tepung gandum
2 sudu besar gula pasir
11g yis mauripan
2 sudu besar susu pekat
2 biji telur gred B
2 sudu besar majerin
300ml air suam

Topping:
sosej / ayam
sos cili/tomato
mayonis
Cheese.

Cara-Caranya:

1- Dalam mangkuk adunan masuk kan tepung dan gula pasir. Kacau sebati dan ketepi kan.

2- Masuk kan telur dan susu pekat dalam air suam. Kacau sampai sebati.

3- Kemudian masuk kan Yis ke dalam bekas campuran telur , susu dan air suam tadi. Biarkan selama 15-20 minit sampai yis kembang .

 4-  Sementara tunggu yis kembang boleh la siapkan bahan-bahan untuk topping mini pizza kita nanti.


  • Potong ayam
  • potong sosej
  • sediakan cheese
  • sos cili/ tomato/mayonis
5- Bila yis dah kembang naik membuak-buak tuang je air yis tadi kedalam Tepung bersama dengan 2 sudu besar majerin.





6- Uli sampai jadi . Uli dan uli..dan uli.. Kalau melekat kat tangan masuk kan tepung sikit-sikit. Uli lagi sampai jadi doh yang cantik.. Lagi lama kita uli lagi lembut roti nya. Sebab tu la orang sanggup beli mesin ntuk uli roti tau.

7- Kemudian rehat kan doh sekejap. Jangan letak dalam peti sejuk oulak. Roti nak rehat sambil mengembang di tempat yang suhu nya sedikit panas. Kalau cuaca panas lagi cepat la doh naik kembang cantik.

8- Bila doh dah naik kembang tumbuk2 sikit doh tu untuk keluarkan angin dia. kemudian uli lagi dalam 5-10 minit.

9- Kemudian boleh bahagi-bahagi kan doh. Buat bulat- bulat dan bahagikan doh. Tengok la boleh dapat berapa biji.

10- Masa ni dah boleh panaskan oven. Suhu 180.

11-  ambil satu doh dan kemudian tekan2 bahagian tengah nya  untuk kita letak topping pizza. 1 cm bahagian tepi tak payah tekan.

12- Sapu kuning telur pada  bahagian tepi pizza yang kita tak tekan tadi.

13- kemudian sapu sos di bahagian tengah nya , Letak ayam atau sosej yang kita dah sediakan  tadi. letak mayonis. dan last sekali telak cheese,

14- Kemudian masuk kan dalam oven, Bakar selama 30 minit dengan suhu 200 . Bergantung pada oven masing2.

15- dah siap boleh makan panas2.

kalau nak lagi mudah moyonis tu masuk kan dalam piping plastik tu je. Nanti picit je sikit . Lagi senang.

Ok tu je..

selamat mencuba dan semoga berjaya.. :)