Skip to main content

Posts

Showing posts with the label cara buat cili jeruk

MUDAH SAJA NAK BUAT JERUK CABAI ATAU CILI JERUK @ CHILI PICKLE - SEDAP DIMAKAN DENGAN MEE DAN CHAR KUE TIAW

Tiap kali  makan Char Kue Tiaw mesti nak letak cili jeruk. Kalau tak de cili jeruk atau jeruk cabai ni rasa tak lengkap pulak makan Char Kue Tiaw. Cili jeruk ni bukan sedap dimakan dengan Char Kue Tiaw je tapi kalau makan dengan bihun , mee goreng dan Mee segera pun sedap tau.

Kat rumah wajib ada cili jeruk ni sebagai penaik selera kalau nak makan mee segera di tengah malam. Tak payah nak potong2 cili tiap kali nak masak mee dan bihun. Cili jeruk ni jugak tahan lama. Lagi-lagi bila disimpan dalam peti sejuk. Boleh tahan dekat 2 bulan.
Cara saya buat cili jeruk senang saja. Saya juga letak hanya separuh balang saja cuka kedalam cili jeruk. mkananya kalau cili tu penuh 1 botol, cuka yang saya letak cuma separuh botol cili tu. Tak letak sampai penuh.



Masa awal-awal Perintah Kawalan Pergerakan, jiran saya ada bagi sebungkus cili. Jiran saya ni berniaga sayur jadi selalu la dia bagi cili. mungkin sebab bekalan sayur terlalu banyak dan semua peniaga tak boleh berniaga jadi dia bagi banyak …