Showing posts with label buku kerja dan buku kemahiran untuk darjah 1. Show all posts
Showing posts with label buku kerja dan buku kemahiran untuk darjah 1. Show all posts

Monday, 30 July 2018

PERSEDIAAN MIKHAIL UNTUK MASUK KE DARJAH 1



Tahun depan anak saya ni akan masuk ke sekolah kebangsaan. Sekolah yang sama dengan kakak nya. Tapi budak ni tak habis-habis cakap yang dia nak duduk 1 kelas dengan kakak dia.Padahal kakak dia tu dah darjah 5.

Apa pun persediaan tetap kena buat terutamanya penguasaan untuk membaca, mengira dan menulis tu saya dah terapkan sejak tahun lepas lagi. Alhamdulillah dia boleh membaca, mengira dan menulis.Cuma bab mengira tu memang lambat sikit tapi masih sempat kalau nak mahirkan dia..



Semalam sempat la ke Kedai Buku Hasani Group dan beli beberapa buah buku kerja dan buku kemahiran untuk tambahkan lagi kemahiran budak ni.Sebelum ni ada beli beberapa buah buku kerja lain di Hasani Group dan Alhamdulillah dia dah habiskan semuanya.So kali ni kita tambah lagi untuk pastikan dia tak lupa.

Maklum je la budak2 ni kalau lama2 tinggal mula la lupa macam-macam..kan?Ni lah 3 buku yang saya pilih semalam.Harga setiap 1 rm2.50 je. Saya beli buku matematik tambah dan tolak dan juga bahasa malaysia.


Setakat ni bab tambah dan tolak memang tak de masalah. Saya pun ajar sekali sekala je.Bukan hari-hari belajar pun.Tapi Alhamdulillah dia boleh faham apa kita ajar.

Cuma banyak  main-main sangat. Kita pulak tak boleh nak marah takut dia menangis lepas tu tak de mood nak belajar..Jadi kena banyak lah bersabar,


Bab membaca dan menulis pun dah bagus sangat..dah boleh baca, boleh menulis.tulisan pun cantik.hahah..Cuma belum boleh baca laju-laju je.Kalau baca laju-laju entah apa-apa je dia sebut.Lepas tu dia kata "benda merepek apa dia tulis ni..ibu?" padahal dia yang baca merepek.



Semalam kat kedai buku tu saya tengok ada satu buku tu  untuk 5-7 tahun dah diajar untuk buat ayat dari perkataan yang dia bagi.Saya memang ingat nak belikan buku tu sebab nampak bagus juga untuk bagi dia kemahiran dalam buat ayat ni.Maklum la selama ni bercakap lintang pukang.hahaha..

Dasyat nya budak 6-7 tahun dah diajar buat ayat sekarang ni..kan??Zaman saya dulu masuk darjah 1 baru nak belajar mengeja.Sebab tu la budak2 sekarang bijak-bijak.

Tapi kita akan bagi dia belajar bab tu masa cuti sekolah nanti lah. Risau pulak semua nak diajar sekarang ni nanti dia mula la jemu.Sebab dia ni suka tengok tv dan main lawan-lawan je. Belajar memang tak nak.Pergi tadika  pun kena paksa.

Padahal dia dok rumah bukan buat apa pun.Pergi sekolah ramai kawan pun dia merungut bosan.Harap-harap masuk darjah 1 nanti datang lah rajin nya tu. Latih la pagi=pagi nak kena membebal..kan??hahah

sekian..