Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Monday, 23 April 2018

9 LIFESTYLE BLOGGER PILIHAN 2018

Hi semua...

Kalau sebut pasal lifestyle blogger mesti kita ada blogger pilihan kita sendiri. Blogger tu mesti lah yang selalu kita baca coretan nya di blog dan selalu kita ikuti di sosial media..kan? 

Untuk tahun 2018 ni ada 9 lifetyle blogger pilihan  yang memang saya kerap baca blog mereka dan ada entry mereka yang boleh saya katakan terbaik dan saya suka.

Lifestyle blogger pilihan 2018 yang saya senaraikan ini bukan sahaja aktif mengemaskini blog mereka malah mereka juga aktif di laman sosial . 



Blog Cikash.com bukanlah asing di kalangan blogger .Blogger yang sangat aktif berbalas komen di sosial media.Sangat Ramah CikAsh ni dengan pengikut-pengikut nya..Walaupun wajah nya masih menjadi misteri tapi blog nya tetap dikunjungi ramai terutamnya bagi kaki-kaki drama.

Blog CikAsh ni  banyak berkongsi tentang drama tempatan . Kalau nak tahu biaodata hero dan heroin drama atau pun nak tahu sinopsis dram terbaru , ini lah blog yang wajib kita singgah.Selain tu ada banyak resepi yang CikAsh kongsi kan di blog nya. Kiranya blog Cikash.com ni memang tumpuan para wanita lah. Entry Pilihan :  Tiga Tanda Kucing Datang pada Kita .




Kalau sebut tisu Imaan mesti terus teringat blog Iuzira.com . Iuzira juga adalah lifestyle blogger yang sangat menonjol di tahun 2018 ni. Dia aktif menulis review dan macam-macam cerita lagi boleh baca di blog dia. Dari bab makan sampai la fesyen semuanya di kongsikan di blog Iuzira.com . 

Iuzira juga adalah seorang peniaga online yang jual tisu Imaan. Tisu yang tengah jadi viral sekarang ni la. cerita tentang Iuzira ni  juga pernah masuk dalam surat khabar Utusan Malaysia tau.Bukan biasa-biasa...Entry Pilihan :  Bagaimana Cara Menang Contest Atau Giveaway


seterusnya blog www.cahayapermata.my.com ni ...  Kenal blogger Alja ni dekat facebook. Blogger yang rajin sangat like2 dan komen di status rakan blogger lain.Sangat mesra dan manja orang nya. Memang disenangi ramai rakan blogger . Disebabkan tu juga la blog Alja ni sangat dikenali ramai. Antara lifestyle blogger yang  sering share kisah personal dan pendapat peribadi di blog.

Alja juga sering jadi pilihan untuk review produk dan tempat-tempat best di malaysia. Cantik manis orang nya ni.. Entry Pilihan: Sayang anak tangan-tangankan






Siapa lah yang tak kenal blog WawaAshiharaa.com ni..Beauty blogger yang selalu share tentang kecantikan di facebook.Dia rajin buat live makeup tau..Memang suka sangat tengok  cara dia makeup, sapu sana sini dah cantik..Kagum la dengan video2 makeup yang dia buat sebab tangan kita tak berseni macam dia..hahah..

Wawa juga memang jadi pilihan founder  produk untuk review skincare dan kosmetik diaorang. Tak ramai lifestyle blogger yang mampu buat apa yang Wawa buat.Bukan senang nak buat video ni tau.Entry Pilihan : Tips Blog Nampak Lebih menarik




Suka betul baca tentang resepi-resepi yang di tulis di blog Syamimisaad.com ni. Rajin memasak dia ni tau..selain perkongsian resepi blog dia juga ada tulis tentang review , tips rumahtangga dan yang paling best cerita tentang anak-anak beliau.Tapi sekarang macam dah kurang je share pasal anak-anak.Kita suka la baca cerita pasal anak-anak dia..hehhe

Apa pun syamimi memang rajin sangat update blog dan laman sosial nya. Itu lah ciri-ciri lifestyle blogger yang baik tau. Antara blog dan laman sosial nya yang lain dapat diseimbangkan dengan baik.Entry Pilihan: Di mana keikhlasan & Keberkatan dalam rumahtangga




Blogger yang saya kenali sejak awal saya menulis blog lagi. .Kalau sebut pasal kucing mesti ramai yang akan ingat dengan Tengkubutang.com.  Orang nya ramah dan selalu buat giveaway.Blog nya berkisar tentang kecantikan, tips dan juga resepi.Banyak juga reseou best2 yang TB kongsikan

Tengkubutang juga antara lifestyle blogger yang selalu dapat tawaran untuk review. Seronok baca review-review dari blog ni . Entry-entry juga tak kurang menariknya. Entry Pilihan : Resepi rendang Ayam Perak Sedap Dan Mudah  





Lifestyle blog yang terakhir ni siapa lah yang tak kenal.Zazaiman.com .. Nama nya saja mudah diingati .Kalau tidak tak la anak saya pun asyik menyebut nama Zaza Iman ni . Terjerit-jerit panggil Zaza iman di depan pintu pagar .. Lifestyle blogger yang paling aktif sejak dulu lagi.Kecil-kecil cili padi dia ni.Mana tak nya . Zaza ni juga suka menulis tentang buku motivasi.

Orang nya sangat berkeyakinan tak tak takut mencuba apa saja .daripada tak pandai makeup sekarang dah cantik dan makin bergaya. Suka sangat tengok perubahan Zaza ni dari awal dia berblog sampai la sekarang.Boleh dijadikan motivasi bagi blogger-blogger baru. Entry pilihan :  Best sangat Ke jadi Popular?


Korang pun mesti ada blogger pilihan 2018 ..kan?jom kongsikan diruangan komen..

sekian..

Friday, 4 November 2016

SHORT FORM - UBAH TABIAT BURUK YANG SATU INI DEMI ANAK-ANAK KITA

Assalamualaikum..

 9-10 tahun lalu, waktu tu saya masih belum ada akaun media sosial saya banyak guna sms dan panggilan telefon saja.Bila guna sms ni bukan boleh taip panjang-panjang.Sebab ruang tak cukup..Tulis pendek-pendek rugi pulak sebab duit potong sama je..jadi kita akan guna singkatan saja...Semua tu sebab nak jimat duit..heheh..

Tapi sekarang kita ada facebook ada whatsapp dan macam-macam lagi.Cuma tak faham kenapa kita masih guna singkatan untuk beberapa perkataan. X= tak , sy= saya , mkn = makan ..nak cepat ke?atau nak jimat ruang ke??atau sebab dah terbiasa..


Walau apa pun alasan kita dah sampai masanya kita ubah tabiat buruk kita tu.Buruk???jangan marah saya..Memang itu tabiat yang buruk dan boleh merosak kan penulisan kita.Saya sendiri pun dulu menulis dengan singkatan tu.Masa saya mula-mula menulis blog pun saya susah nak tinggalkan tabiat menulis guna singkatan.tapi saya ubah sikit-sikit..
Lama kelamaan jadi biasa..

Sekarang di whatsapp ke , facebook ke saya akan cuba tulis penuh..tak de singkatan..Jangan tak percaya pulak, memang ada orang yang tak faham dengan singkatan tu.terutamanya anak-anak kita.Macam mana kita nak ajar anak kita menulis dengan baik kalau kita sendiri menulis macam ni??



Demi anak-anak kita ubah la tabiat buruk kita ni.Jangan tunggu esok..Mula kan sekarang...


sekian..


Wednesday, 19 October 2016

WALAUPUN 3 HARI TAK UPDATE BLOG....

Assalamualaikum...


Lama nya makcik bercuti..3 hari tau kalau awak semua sedar..
Memang tak sedar la..kan??peduli apa update ke tidak..hahaha..
Tapi Alhamdulillah traffik dari google membuatkan
blog saya masih lagi mendapat pageview yang tinggi..
Tinggi bagi saya la..jangan la dibandingkan pageview saya dengan pageview blog lain..



Salah satu kesilapan blogger bila dia suka bandingkan pageview dia dengan blogger lain.
banyak kali pesan jangan bersaing dengan blogger lain..
Sebab kita masing2 menulis benda yang berbeza..
kalau nak bersaing, bersaing la dengan diri sendiri..
Esok pastikan pageview blog lebih banyak dari hari ni..
Minggu depan pastikan pageview lebh tinggi dari minggu ini..

macam tu caranya...
baru la tak stress dan semangat tu sentiasa ada..
tak la bila orang cerita pasal pageview blog orang ,
pasal uv dan sebagainya , terus kau nak sentap..
nak kecik hati, nak rendah diri ,
nak panjat tangga dan terjun ke bawah...
Lepas tu kena block, kena unfriends kau meroyan..

ha!!mula nak meroyan la tu....

**********************

Minggu ni saya nak buat giveaway..
tapi bukan di blog...Saya buat di facebook saja..
lebih ramai yang boleh join walaupun entah ramai ke tidak yang akan join.
belum tahu lagi..hahaha

Nak buat gA kena la letak gambar selfie seketoi..ada kena mengena ke?..hehe


Bila buat di facebook ni penaja pun tak la ramai..
ada sorang dua je..
Mudah sikit..kan??
Tempoh masa giveaway pun tak panjang..hanya dalam masa seminggu saja..

Belum masa nya rasa nak buat giveaway kat blog lagi..
sebab blogger sekarang ni asyik muka tu je yang join giveaway..
nak suruh like pun, depa dah like ..
kalau buat kat facebook nampak la muka2 lain..kan??

Ok la..esok tau..siapa belum add saya kat facebook boleh add sekarang.
Nanti terlepas pulak Giveaway tu..

sekian..

Tuesday, 20 September 2016

SAYA CUMA NAK MENULIS...

Assalamualaikum...



Hujan la kat sini..dari tengah malam tadi hujan..Tidur malam pun nyenyak.Mujur tak terbabas..heheh.Tapi  walaupun rasa malas nak bangun kena la bangun jugak,makcik ada banyak benda nak tulis nih..Satu hari kalau tak menulis kat blog ni memang teringat-teringat jugak la..Dah memang suka menulis dan membaca jadi cemana pun nak tulis juga.Bab orang datang baca tu hanya sebahagian kepuasan yang saya dapat dari menulis.

Tahu tak masa saya memula tulis blog ni saya bukan kisah pasal jumlah pelawat  dan jumlah pageview tu.Saya cuma nak menulis saja..Bila dipengaruhi oleh blogger-blogger lain baru la saya terpengaruh nak ada pembaca yang ramai.Tapi setakat itu saja la..Saya nak tulis dan orang ramai baca.Bab-bab lain saya tak mau buat.Sebab saya rasa saya cuma nak menulis saja..

Bila semakin lama jadi  blogger ni baru saya tahu rupanya ramai juga yang menulis untuk mendapatkan pengaruh..Berbeza dengan apa yang saya nak..Saya cuma nak tulis dan orang ramai baca.Kau nak ikut ke, nak percaya ke, nak terpengaruh ke itu saya  tak mau tahu..Cukup apa kau baca apa saya tulis je..kena baca..suka tak suka itu hak kau!hahaha

Sebab tu dulu orang kata.."kau buat blog ,.blog kena ada niche , pasang code itu, code ini.kena setting itu  la, ini la..blog tak bagus dirojak-rojak kan, kau kena belajar SEO,.." Tak de saya ikut..ahahah..Saya tulis ikut kepala sendiri je..Orang nak kata apa pasal blog saya terserah..Yang penting saya dapat tulis dan ada orang baca..Bab lain tolak tepi...Buat apa la nak fikir  banyak sangat kan??

Sebab itu ada yang pandang blog saya ni sebelah mata je..bagi diaorang tak de nilai sebab katanya saya berblog tak de teknik..heheh....Sebab itu bukan sasaran saya pun.Saya cuma nak menulis dan orang baca blog saya je..jadi sila la baca apa saya tulis...:)

sekian..

Wednesday, 14 September 2016

BETUL KE TENGOK STATISTIK BLOGGER LAIN BOLEH BUAT BLOGGER RASA RENDAH DIRI

Assalamualaikum...




Nak tahu tak macam mana saya mula datang minat nak tulis blog dulu?Semuanya bermula dengan melihat blog orang lain.Masa tu saya suka baca blog Eyriqazz.com.Itu lah blog pertama yang berjaya membuatkan saya berminat nak tulis blog.Dia suka kongsi turun naik blog dia..Dia menang peraduan la, dia dapat hadiah dari advertiser, dia dapat sponser bercuti.Dia dapat pi event blogger..Semua tu buat saya berminat nak ada blog juga.

Saya tak tahu macam mana orang lain boleh rasa down bila lihat statistik blogger lain?Sebab sebagai seorang blogger itu adalah perkara yang sangat menyeronok kan.Bila kita dapat tengok statistik blogger lain kita akan rasa lebih semangat nak menulis.Itu Yang saya rasa sepanjang lebih 6 tahun saya menulis di blog ni.Jangan kan statistik..Orang kongsi keyword  blog pun saya kemain teruja .hahahApa lagi kalau kongsi tentang income dari blogging ni..seronok tengok oi..

Bila saya berkongsi statistik blog ,saya tak pernah terfikir nak menunjuk-nunjuk.Bagi saya orang kena tahu statistik blog saya.Orang juga kena tahu yang saya terima bayaran untuk tulis review.Orang kena tahu yang saya seorang blogger ,.Orang kena tahu blog saya selalu dapat job berbayar untuk memperkenalkan sesuatu.Sebab itu saya sedia berkongsi semua tentang blog saya dengan orang lain.

Banyak kali saya pesan pada kawan-kawan blogger yang rapat dengan saya supaya berkongsi apa saja tentang blog kita di media sosial.Itu saja cara supaya orang nampak blog kita..Tapi ada yang malu, ada yang tak yakin..Yang sebenarnya uv tinggi ka rendah ka, kalau  berani share statistik blog kita maknanya kita betul-betul serius dengan blog kita.Bila kita dah share dengan orang lain, akan datang kita akan kongsi statistik blog kita yang dah meningkat banyak berbanding apa yang kita kongsi hari ini.Bila dapat advertorial job tu bagi tau je kat orang.Mana tahu ada rakan-rakan kita yang lain nak guna juga khidmat kita..Lama-lama nanti baru la orang percaya nak bayar kita untuk menulis.

Saya seorang blogger yang tak suka bersaing dengan blogger lain.Saya suka bersaing dengan diri sendiri.Hari ni pageview 10k..esok saya nekad nak lawan untuk dapat pageview 15k..Itu cara saya..Jadi sebab tu saya rasa saya tak pernah nak ada rasa marah, benci, dengki, rendah diri bila lihat statistik blogger lain.

Tapi bukan lah 24 jam kami bercerita pasal blog je..Macam saya sehari sekali kena la share pasal blog..Tapi lain2 masa ada jugak bercerita pasal anak, masak-masak, jalan-jalan  dan sebagainya.Tapi mungkin yang orang ramai nampak di media sosial tu cuma pasal blog je sebab rakan facebook saya ramai blogger.Jadi bila cerita pasal blog je ramai yang  nak like dan komen.Blogger memang macam tu la..Suka cerita dan baca tentang blogging ni.Kalau awak tak minat nak baca benda2 gini awak mungkin bukan blogger yang betul2 ada minat.Awak cuma ikut2 orang je..Awak cuma nak join comunity blogger ni atas sebab2 tertentu yang hanya awak sendiri saja tahu.Blogging kena ada minat.Tak boleh ikut2 orang je..

Pesanan saya untuk blogger-blogger yang mudah rasa dengki, iri hati , rendah diri tiap kali bogger lain kongsi apa2 perkembangan tentang blog dia, sampaikan rasa nak terjun tangga,nak hantuk kepala kat dinding...Minggu ni cuti sekolah ada banyak kem2 motivasi untuk pelajar sekolah..Pergi lah join kem-kem motivasi tu..Yang darjah 6 pun ada..Pergi bina keyakinan diri awak yang tak berapa matang tu.Awak tak sesuai untuk jadi blogger..

Kalau nak tau lagi kenapa blogger suka cerita pasal blog dia..pasal review pasal duit, pasal unit visitor dan pageview meh baca sini..

sekian..

Saturday, 20 August 2016

MASIH AWAL..BERSABAR LA...

Assalamualaikum...



Buat blog memang tak boleh kaya.boleh senang sikit je..
kalau awak blogger sepenuh masa pun awak kena tumpukan
pada blog lebih berbanding orang yang kerja 8-9 jam sehari.
baru awak dpat hasilnya.
Salah satu cara nak senang dengan blog ialah dengan Nuffnang.
Bukan sedikit blogger yang dah berdaftar dengan nuffnang.
Lagi2 untuk blogger baru ,nuffnang la permulaan awak untuk belajar
dapatkan hasil dengan blog.

Nak kekal dalam dunia blogging ni awak kena belajar dari blogger2 lama nun.
Awak google je la tips blogging.memang banyak yang
dikongsikan oleh blogger2 lama.
Tapi ada sesetengah perkara yang mereka kongsikan
tak sesuai dengan awak yang baru masuk ke dunia blog.
Awak kena tengok situasi awak sendiri..

Ada setengah blogger baru ni dia buat blog
terus dia nak tahap dia sama macam blogger yang dia idolakan.
Blogger tu income sebulan 4 ribu dia pun nak..
baru buat blog,ilmu pun 0 terus pakai wordpress..
terus pakai dot.com..sabar...
cari ilmu dan serasikan dulu rutin blogging tu dengan diri awak..
kalau tidak,awak tak kenal pun dunia blog macam mana..
kena update ikut jadual..kena cari pembaca,
kalau tak de pembaca,update pun sebulan sekali,
tak nampak la hasilnya..

Lepas tu sekerat jalan je la..
semangat hilang,lambatt sangatt nak dapat income katanya..
last2 blog tu dia tinggal macam tu je..Rugi masa dan rugi duit,

Awak tanya la mana2 blogger pun..
awal2 dulu berapa income  dia dapat dengan blog..
awal2 tu maksud saya tahun yang pertama dia buat blog.
ada yang tak dapat hasil pun lagi time tu..
masuk tahun ke dua baru ada hasil..itu saya la...:p

walaupun muka saya ni tak keluar majalah,
tak masuk iklan tv..tapi saya rasa seronok dengan blog saya..
memang saya sendiri pun tak mau masuk dalam dunia majalah dan iklan tv ni.
saya suka blog saya yang sekarang kerana saya tahu betapa
susah nya nak nak naikkan blog saya ni..
saya tak berpaut pada siapa2 bukan kerana saya sombong tapi
saya nak tengok apa yang saya mampu buat dengan usaha saya sendiri.

Saya harap entry ini dapat menaik kan semangat kawan2
yang kadang2 naik dan turun..saya faham...:)


sekian...

Monday, 11 July 2016

CUTI RAYA PENENTU BLOG BERTAHAN ATAU TERKUBUR

Assalamualaikum...



Selamat Hari raya..
Ada ramai jugak yang dah update blog hari ni..
Tapi ada jugak yang masih bercuti..
Saya pun lambat update blog ni sebab anak masih cuti sekolah..
esok baru start sekolah..Bila anak2 ada kat rumah ni paham2 je la..
mana la boleh nak online saja..kan??

Cuti korang cemana?best??tak best?
Yang paling tak best bila habis cuti nak mula update blog ni..
memang sakit je rasa..
Ingat nak update pasal raya je tapi
dah2 sah2 sama je cerita kita dengan cerita blog lain..hahah..
jadi batalkan je la niat nak cerita pasal raya tu..
cukup2 la update pasal raya kat facebook dan instagram je..
itu saya la..korang jangan la ikut pulak prinsip saya ni..hahahah.
blog masing2 ..kan??

Cuti raya ni la kita boleh tengok sama ada
satu2 blog tu akan bertahan atau berkubur.
pengalaman saya yang lepas2 bila cuti raya je akan banyak la blog2 yang berkubur sebab
bila dah start cuti panjang jadi best pulak sampai terlupa kat blog.
Ada juga yang dalam cuti raya tu dia jumpa hobi baru..
Hobi dan minat yang memerlukan komitmen yang tinggi sampai
tak boleh nak tumpu dah pada blog..
Ada juga yang lepas raya ni ikut kawan kerja la..
ikut saudara mara lerja jadi tepaksa lupakan blog sekejap..
kata je sekejap last2 sampai istihar bersara la..heheh



Kuatkan lah semangat korang ye..
Dengan blog ni bukan boleh kaya tapi ianya tetap mendatangkan faedah..
ada yang dapat duit ada yang dapat populariti..
terserah korang nak yang mana satu..
pandai2 la nak gunakan nya..

sekian..


Tuesday, 22 March 2016

PANDAI BLOGGER NI TULIS SAMPAI KITA YANG BACA RASA TERTARIK NAK PERGI..

Assalamualaikum...



Saya baca 2,3 blog malam tadi ..
Banyak juga blogger yang pi jalan2 walaupun musim panas sepanjang
cuti sekolah ni..
Tapi tempat2 yang diaorang pi tu tak de la
mendedahkan sangat diaorang dengan cuaca panas ni..
Kalau saya musim2 panas gini memang tak boleh nak fikir tempat jalan2
untuk bawak anak-anak ni..
dah katanya musim panas jom pi shopping je la..hehehe..

Bila baca entry diaorang memang rasa seronok nya kalau
saya bawak anak2 pi tempat2 yang diaorang tulis tu.
Terfikir juga saya cemana diaorang boleh menulis
sampai buat orang yang baca rasa nak pi tempat tu.
Saya ni kalau pi bercuti semuanya nak lengkap sempurna,
Agaknya sebab tu la saya tak boleh tulis pasal tempat bercuti ni.
kalau tulis memang keluar cerita tak puas hati je..hahha..

Contohnya macam hotel tak de air..
disebabkan tak de air je , dari start entry sampai habis entry
semua saya nak tulis benda buruk je..
ekekek..

Pernah juga saya pi satu tempat ni..
sewa motel je..nak tidur tetiba katilnya patah..
Terus saya bagitau suami tak mau dah datang tempat tu.
nampak tak perangai buruk tu??haha..
padahal badan sendiri yang berat sampai patah katil..

Tapi anak2 saya lain pulak..benda2 macam tu tak menjejaskan diaorang pun..
siap nak datang lagi...padahal pernah je diaorang merungut
kat satu tempat kami pergi ni, susah nak dapat kedai makan..
ada satu kedai makan je lauk tak sedap betul..
tapi tempat tu dah 3,4 kali diaorang ajak pi.
agaknya saya kena jadi macam diaorang la baru boleh
tulis pasal tempat bercuti di blog ni..

sekian...

Wednesday, 6 January 2016

BERITA HANGAT MINGGU INI

Assalamualaikum...



Apa cerita paling hangat dikalangan blogger untuk sehari dua ni ye?
Ooo..ye!!citer paling hangat dan terbako..
tentang PA tak bagi payment pada blogger..
dengar dari angin lalu je ni..
khabar nya si PA merangkap seorang blogger jugak..
peram je duit yang PR bayar pada blogger..

Tak tahu pulak siapakah blogger itu..
baca gitu2 je la kat facebook.

Alah..buat apa la di simpan lama2 duit orang..
tak kan la nak tunggu orang minta baru nak bagi..kan?
mana boleh gitu..amanah tu kena jaga..
Ke awk dah guna duit tu untuk berjoli?/
ops!!!!tak boleh buat spekulasi..

Katanya blogger ni dikenali ramai jugak la.
Tapi sayang..buat hal pulak...
tak pasal2 je kawan2 dah tak percaya..
perempuan pulak tu..

Susah jugak kalau blogger pakai PA ni..
segala bayaran tak terus pada kita ke?
makcik mana la tahu semua ni..
selama ni kalau review terus je duit masuk akaun.
tak de melalui orang tengah pun.

Cakap pasal review..
baru semalam buat status kat facebook  konon tak
nak dah terima review untuk bulan ni..
last2 semalam masuk pulak email dan whatsapp tanya pasal review..
Saya ni kalau nak kata tidak tu memang susah la.
Tak tergamak nak tolak permintaan orang.
lagi2 bila nampak duit.
hahhahaha....

Nanti la kita tengok cemana,,
sebenarnya ada dua review yang saya nak tulis.
satu review Ephyra Julia Johari
sebab dia sewa banner kat atas tu.
dan satu lagi review Jus Amora..
Draft entry dah buat..tinggal nak letak gambar je..
tunggu masa sesuai untuk publish..masa sesuai tu maknanya minggu gaji la..hahahh


sekian..

Thursday, 12 November 2015

JANGAN RISAU..SAYA TAK KAN CADANGKAN DIA PADA MANA-MANA BLOGGER..

Assalamualaikum..



Saya nak marah sebenarnya bila dia rasa tulis entry tu senang je..
nampak penjelasan saya yang bawah tu..sampai typo2 la..
peduli apa makcik..kau tak paham  gasak je la..

Memang rasa senang kalau kita buat cincai2 je..
tapi ianya bukan la semudah yang di sangka.

Bila awak dah bayar pada blogger,
tergamak ke blogger tu nak buat cincai2 je..
dah tentu dia akan buat betul2 walaupun awak cuma bayar sepuluh ringgit.

Awak pun ..
bila dah bayar, tapi awak tengok dia buat cincai2 je..
Dah tentu awak pun akan pertikaikan
kenapa buat cincai2 je..kan??
Mungkin awk akan kata .."ingat 10 ringgit tu tak de nilai ke..?"

Awal2 tu saya dah nak terima,
tapi bila dia had kan bayaran dan nak blog yang ada pegeview banyak tu banyak ni,
terus rasa tawar hati..
entah la..tak tahu kenapa tapi
saya rasa blogger yang pageview bawah 5k pun
sepatutnya diberi peluang..kan?
padan  la dengan bayaran yang dia nak bagi..

Ni memilih sangat..terus rasa malas nak terima..

**sorry ye untuk adik yang whatsapp ni..
tapi awak tak boleh pandang ringan dngan kerja orang.
kalau rasa ringan dan mudah apa kata awak je buat blog sendiri, promote sendiri barang2 awak tu dan
kemudian baru awak tau berapa lama masa seseorang blogger tu ambil untuk dapatkan pembaca di blog dia.


sekian..



Friday, 6 November 2015

KOMEN BANYAK-BANYAK PUN SALAH KE?

Assalamualaikum...



Biasanya saya ni kalau blogwalking tak de la setakat pergi ke satu dua blog.
mesti kalau boleh semua yang kat bloglist saya ni
saya akan singgah dan komen..
kadang2 singgah je..baca2 apa yang best .
Sebab tu saya lebih suka ada masa yang panjang untuk blogwalking.
kalau setakat pi ke 3,4 blog
rasa bersalah pulak kat kawan2 blogger yang lain..

Jadi kalau setakat ke 3,4 blog je baik tak payah blogwalking..
Tapi satu masalah dalam seminggu dua ni,
baru satu seisi blogwalking saya dah
rasa geram je dengan BLOGGER ni..

saya tak tahu ada had untuk kita tinggalkan komen kat blog.
Bila kita dah terlebih had nya tu terpaksa la tanda kotak
untuk pastikan "saya bukan robot "
lepas tu siap kena tanda yang mana ghimau
yang mana pisang , yang mana kentang goreng..
adoi..letih la cenggini...

Pernah tak awak jadi cam tu..
kalau tak de maknanya awak belum boleh
lawan saya punya cara blogwalking la..
hahahah...Belagak pulak makcik ni..hahahha..

Selain dari tak payah blogwalking ke banyak blog,
da siapa2 tahu tak macam mana nak atasi benda tu??


sekian...

Thursday, 5 November 2015

SELEPAS SAYA DIUGUT AKAN DI BOIKOT.....

Assalamualaikum....




Satu masa dulu...
tak de la dulu sangat..Beberapa bulan lepas..
nak kata bulan sangat pun tak la..
Ada sorang ahkak ni berani betul dia ugut2 nak boikot makcik..
"jangan sampai kami semua pinggirkan diana lepas ni.."
Wah!nak boikot blog makcik yang 2 bintang ni..
kau rasa??

Dah la blog 2 bintang je, kalau dia boikot cemana dengan blog makcik ni?
tak bernyawa la nampak nya..
risau nya makcik??

puihHH!!!korang ingt makcik nak rasa macam tu ke??
dah tentu la tak?/
yang ugut nak boikot makcik tu
blogger udang geragau je..udang yang orang buat cencalok tu.
kalau basuh kat sink pun
boleh lepas la sampai loji sana..
tak kan tersekat punya..hahahh

Sebelum ni pernah juga dengar ada blogger di boikot..
tapi macam tak percaya je ..
sebab tak nampak macam kena boikot pun.

Pi blog dia  saya tengok hits start - 17 online user..
kadang-kadng 30 online user..
sebelum tu ada lah  atau 10 online user..
eh!!dia ni betul ke kena boikot..
awat makin ramai yang datang blog dia???

Bila diri sendiri yang kena ugut akan di boikot..
baru tahu memang wujud rupanya budaya memboikot blogger ni..
siaap kah yang memulakan nya..Itu tak pasti pulak..
siapa ye??erm..kena siasat nih..hehehe.

Hakikatnya..
kalau ada blogger nak boikot awak,
jangan lah risau ye..
tak de terjejas mana pun..blog awak makin rami orang datang
sikit pun tidak menjejaskan mana2 bahagian perut dan wajah awak,
makin membuatkan awak tersenyum riang.. ada la..

Yang penting kita usaha.
rezeki dari Allah..bukan dari orang2 yang rajin memboikot ni..

Dengar cerita blogger yang nak boikot saya hari tu
telah diberi ganjaran berupa sticker bintang
untuk di tampal di meja kerja nya..
hahaha..tahniah  Cikgu Poyo!

sekian..

Friday, 30 October 2015

JANGAN MALU KALAU NAK REVIEW PRODUK DI BLOG

Assalamualaikum...



Pernah terima bayaran untuk review produk ?
memang seronok kalau ada yang nak bayar kita untuk review..
Saya sendiri kalau nak review saya tak nak la
letak harga tinggi..
Tara mana sangat la standart kita ni..kan??
Bab bayaran tu saya kadang2 tak pandang sangt la..
yang penting saya dapat review .

Paling seronok bila pelanggan tu masih cari kita bila nak buat review..
Itu maknanya dia percaya la dengan kita.
Saya ucap terima kasih la pada
mereka yang dah 2,3 kali cari saya untuk review ni.

Saya harap orang lain pun paham yang blogger menulis
bukan untuk menjual barang tapi kami memperkenalkan nya sahaja.
Bila  orang google produk awak tak asing la..
sebab dah ada orang yang guna
dan cerita tentang pengalaman dia menggunakan produk tu..
Itu lah penting nya bila produk tu di review oleh blogger...

Selalu sangat dah saya cerita pasal review ni.
Bukan apa..saja saya nak bagi semangt kat
kawan2 yang rasa takut sangat nak terima review berbayar ni.
Memang ramai yang tak berani sebab tak reti,tak de pengalaman,
tak pandai nak tulis dan macam2 alasan lagi la.

Selagi awak tak cuba selagi tu la tak tahu..
Lagi satu jangan segan2 canang kat orang yang
awak buat review untuk produk..
kalau malu memang tak jadi apa la..
ok..Chaiyok2!!


  Sekian.

Tuesday, 20 October 2015

BLOGGER INDONESIA MEMANG HEBAT..

Asalamualaikum...

Semalam patutnya banyak entry saya keluar tau..
tapi sebab semalam sibuk godek2 blog
tu yang ada satu entry je...
Template blog saya ni macam ada masalah sikit.
Iklan Banner tak keluar kat mobile .
tu yang sibuk menggodek macam2..
lepas tu sibuk dengan urusan rumahtangga nya..
mana la nak sempat mengarang entry macam2..

Thursday, 8 October 2015

BLOGGER : HABIS JE MENGUNDI HILANG TERUS JEJAK ..

Assalamualaikum...



Dulu..masa awaal2 saya berblog dulu ada
Digi Wwwow Award ke apa entah award  la..
saya pun tak ingat dah,...2010 ke 2011 macam tu la..
Masa tu ramai blogger yang mencalonkan blog masing2 tau.
Bukan sorang dua.tapi ramai.blogger2 yang hangat2
sementara pun mencalonkan blog diaorang.

Masa tu kau yang selama ni dapat  komen ada 2,3 kerat je ,
memang tiba2 dapat banyak komen.Kat shoutbox jangan cakap la..
Kejap2 datang tegur..tetiba ramah mesra sangat aih..
Tak pernah2 datang blog kita hari tu datang sampai 2 ,3 kali tegur.
dah komen2 ,tegur kat shoutbox lagi..Baik sangat!!

hahahha...padahal..semua nak tagih undi je tu..
hujung2 komen terus minta "tolong vote saya..bla..bla.."..
habis je tempoh megundi tu kau tak nampak dah jejak diaorang kat blog kita.
Hampeh betul..hahahhaha...Tapi masa tu persaingan nya kuat.
Bukan saja dari blog bahasa melayu tapi blog bahasa cina juga.
Boleh kata diaorang paling ramai yang mendominasi .

Itu lah yang membuatkan tahun2 selepas tu hanya
blogger yang betul2 berani dan "kuat" saja yang mencalonkan blog diaorang.
Yang lain semua dah sedar diri kot..muahahaha..





Sekarang ni tengah berlangsung DIGI Wwwow Awards 2015.
klik la kalau nak tahu serba sedikit tentang DIGI Wwwow Awards 2015 ni..
Saya pun tak tahu blogger mana la yang ikut serta..

kalau korang nak cuba nasib apa salah nya..
hadiahnya rm10000 tau..
boleh juga kalau korang nak calon kan orang lain..
pun boleh jugak..klik kat sini ok...Digi Wwwow Award 

semoga berjaya ye..


sekian..

PANDANGAN SAYA TENTANG BLOG YANG JOIN GIVEAWAY SAYA....

Assalamualaikum...

Klik la kalau nak join GA saya ni..


Semalam saya pergi singgah ke blog2 yang join GA tu..ada 4,5 blog lagi saya tak singgah..Tak de la komen apa2 pun..selain tengok2 entry GA yang saya anjurkan saya belek2 juga entry lama diaorang.Sebenarnya ada banyak juga blog2 yang  cantik .Jeles betul saya tengok.Apasal la tangan makcik ni tak berseni macam korang??hahah Bukan setakat cantik tapi ringan je blog diaorang...bagi saya macam rugi je awak buat blog tu semata2 untuk join GA.

Ye bukan semua entry nya tu entry GA cuma dia update GA lebih dari entry lain.Memang kadang2 bukan senang nak maintain update blog setiap haru.Tapi kalau seminggu 3 kali pun dah ok.Idea memang tak datang kalau awak cuma fikir blog awak hanya untuk satu niche.Ala..tak payah la nak ikut sangat orang cakap,blog kena ada Niche tu..Blog saya ni dah 5 tahun entry nya caca merba..Maknanya macam2 cerita ada kat dalam ni..Tak de masalah apa pun..Tak de pulak sampai surat saman ke rumah..hahahha

Satu masalah kenapa ramai blogger tak de idea nak update blog sebab dia selalu fikir ,"orang tak mau baca..."padahal kalau dia update kata-kata hikmah ke,puisi ke,ada je yang baca..Punya la banyak isu semasa kat dalam negara kita ni pun masih tak boleh nak bagi idea pada dia.Tak payah ulas lebih2 sampai kena bagi pendapat berjela.Cukup awak tulis apa yang terjadi ,sudah la..tu pun dah ok..

Dan kalau dah susah sangt nak cari idea ,buat je entry resepi.Bila saya kata resepi tu tak payah la sampai fikir resepi2 yang berat2 nun..Nasi beriani la, kek pelangi bagai..masak yang mudah2 je,.Masak megi cara awak ke, atau pun cara buat teh tarik bagi sedap ke,atau pun setakat cara nak sedapkan air sirap ..EH!!awak fikir benda2 remeh macam tu semua orang tau ke??hahaha...

Saya selalu  jumpa blog kawan2 lama yang dah terabai..kadang2 rasa macam nak minta je blog tu dari diaorang,sebab cantik..sayang tau...Saya ni memang pecinta blog la agaknya..hahhaha..


sekian...

Tuesday, 6 October 2015

ANDA BLOGGER?MUNGKIN ANDA BLOGGER YANG SEPERTI INI

Assalamualaikum...



Dah lebih 5 tahun saya jadi blogger .
nak kata banyak pengalaman tu memang tidak la..
Ada banyak benda yang saya tak tahu sebenarnya..
kalau difikir2kan saya cuma tahu asas nya sahaja.
lebih2 kalau tanya saya memang luka kepala ni saya garu.hahaha..

Saya di kelilingi oleh ramai blogger..
dan mereka semua sangat berbeza..
tapi saya boleh kategorikan diaorang mengikut kumpulan2 kecil ini..

pertama :blogger yang rajin update blog.
Fokus dia hanya update blog , mencari berita dan idea.
dah tentu traffik dan pageview sangat diutamakan.
Dia jarang fikir tentang template atau layout blog dia.
Setahun sekali atau lebih ,baru dia ambil kira tentang semua tu.



Blogger yang kedua pulak jenis yang hanya kisah kan
penampilan blog dia..kejap2 tukar header,tambah widget.
plugin itu ini..tapi update blog sebulan sekali.kalau rajin seminggu sekali.
sanggup bayar lebih asal blog cantik..
asalkan blog nampak hebat dan katanya" template mesra seo."..

Blogger yang ketiga pulak ialah yang hanya suka join GA..
tak de idea nak tulis apa..jadi join GA saja..
kalau dia blogwalking pun semata2 nak tinggalkan link GA
yang dia join..heheh..tak tahu la cara dia betul ke tidak..
tapi bagi makcik baik kau tinggalkan link entry kau yang
lebih berilmu .Entry lama pun tak pe...



Yang keEmpat blogger yang hanya fokus pada perniagaan..
Update pasal jual shaklee je..ataupun pasal krim kecantikan..
yang ni saya sanggat kagum sebenarnya sebab
blogger dalam kalangan ini sangat fokus dengan apa yang diaorang buat.
kalau awak ada kawan dengan blogger macam ni cer pi
tengok Facebook dan IG dia jugak..
Memang keutamaan nya adalah perniagaan..Terus kan usaha!!!

Dan yang kelima ialah blogger yang hanya blogwalking .
mereka ada blog tapi tak aktif menulis..
kadang2 je diaorang menulis..
tapi setiap hari diorang akan singgah ke blog2 yang diaorang minat dan mula
meninggalkan komen-komen yang mesra alam..:)
saya sangat berharap dapat pembaca2 setia macam mereka..
heheh..cemburunya saya dengan blogger2 bertuah yang mendapat
kunjungan dari mereka..

OK..ada lagi ke tidak ye???
meh kongsikan di sini...


sekian...






Wednesday, 26 August 2015

KAMI TAYANG-TAYANG ADA SEBAB NYA.BUKAN NIAT UNTUK MENUNJUK-NUNJUK!

Assalamualaikum..



Semalam saya baca di facebook ramai kawan2
kata takut nak pi bercuti kat luar negara sekarang ni.Takut pokai.heheh..
Untung la siapa yang kaya raya tu..
waktu2 macam ni pun boleh lagi
pi makan angin dengan senang hati keluar negara..

Ha!yang selalu berlagak menunjuk-nunjuk
kejap2 pi luar negara tu,masa ni la nak buktikan
yang korang memang banyak duit.
hahahhaah..Kalau korang pun macam kami2 yang tak mampu ni,
sila tekup muka dan tahan nafas ye..ekekek..
Jangan risau tak boleh pi luar negara pun kita boleh jalan2 jugak..
nak tahu kemana dan kenapa??klik kat sini..

Cakap pasal menunjuk2 ni semalam
suami saya tunjuk la satu video ceramah dari sorang ustaz ni..
Katanya tak baik tayang2 benda makan
kat laman sosial takut ada orang yang teringin tapi
tak mampu nak dapatkan benda tu.,
Sebenarnya wajib bagi kita untuk hantar makanan
yang kita tayang2 tu pada orang lain.



Wah!!boleh ke hantar??kalau seratus orang telan air liur
,kena la hantar kat seratus orang tu ye??
pengsan makcik!!
Bukan lah nak bantah apa ustaz tu cakap..
tapi kita post gaMbar makan bukan sebab nak tayang2 menunjuk.
kalau saya kongsi gambar makanan ,siap dengan resepi nya saya bagi.
mana lah tahu kalau ada orangg lain cuba resepi tu..kan??
Bagi yang memang niat nak menunjuk2 semata2 tu tak tahu lah nak cakap apa.



Sama la jugak macam blogger lain yang kongsi gambar maknanan.
ianya lebih pada nak mempromosikan tempat2 makan.
ada yang terima bayaran untuk promot semua tu..
tak kan itu pun salah jugak..kan??
bukan kah itu juga salah satu cara nak melariskan jualan??
Saya rasa  ustaz tu belum tahu tentang tujuan blogger yang
kongsi2 gambar makanan ni..kan??
Harap2 dia tak tujukan juga pesanan tu pada blogger2 macam kita ni..heheh



Mungkin jugak kebanyakan rakan fb dia memang jenis
suka tayang gambar makanan tanpa sebab musabab.
ambik gambar megi,letak caption."sedap!"
Berbeza dengan blogger..
bila dia post gambar makanan tu makna kata ada la sebab nya..
betul tak bloggers???

Jadi pada sesiapa yang suka ambil gambar
makanan dan share di laman sosial tu
apa kata kau jadi blogger je..hehehe


sekian...


Thursday, 6 August 2015

YANG MANA SATU? FACEBOOK ATAU BLOG?

Assalamualaikum...



Mana satu yang awak dahulukan?
Facebook atau blog??
Maksud saya bila awak nak menulis satu2 isu
Tu awak tulis di mana dahulu?
Facebook atau blog.

Bagi yang tak ada facebook dah tentu segala cerita hanya di blog.
Tapi bagi kebanyakan blogger yang ada facebook
Mereka akan menulis di facebook dahulu..kan??
Salah satunya sebab nak dapatkan pandangan dan komen2
Dari orang lain.
Ianya boleh digunakan sebagi isi untuk blog kita..



Keburukan nya kalau awak menulis di facebook dahulu,
Berkemungkinan besar apa 
Yang awak tulis diblog sudah boleh dibaca oleh pembaca blog awak.
Kalau untuk seo ok la..
Tapi kalau untuk bacaan rakan2 dan followers di facebook,
Rasanya ianya kurang berkesan.
Komen2 yang awak dapat pun tak banyak  la sebab 
Masing2 dan beri komen di laman facebook.

Tak salah pun awak mulakan dari blog atau facebook
Sebab bagi seorang blogger 
Apa yang ditulis bukan lah hanya berguna untuk bacaan hari ini..
Tapi juga untuk esok, dan masa akan datang.



Sekian..

Tuesday, 16 June 2015

MACAM BIASA TENGOK..BLOGGER KA?

Assalamualaikum...

kejadian semalam ketika membeli kasut raya.. (ececeh..nak bagitau jugak dia dah beli kasut raya).

Gadis baju hijau  : ni..blogger kan??

Saya:  Ha???bukan...salah orang kot..

Gadis baju hijau:  OO..ya ka?sorry..tengok muka macam nak sama .Tu yang kami tegoq.hahaha..(dia gelak..malu kot..)

Saya:  Tak pa..ramai orang muka sama. ..hahhaha..(gelak jugak tu)

***************

Suami tanya..

kenapa tak mengaku??

Alahai..Abang Lan  ni macam tak kenai bini dia..
bini dia pemalu ya amat..
Biar la ceq dok macam ni ja..
hahahha...

sebenarnya kan..dah 2,3  kali dalam tempoh 5 tahun tulis blog ni   ada orang tegur kat luar "blogger ka??" " macam biasa tengok la.." tapi memang saya tak mengaku pun..biar  kawan2 ,jiran2 dan saudara mara tu ja yang tau saya blogger.Orang lain tu kalau mai tanya saya depan2 ni memang saya tak mengaku.

kenapa??
pertama sebab saya malu.
kedua sebab saya rasa tak perlu  mengaku.
hahahha..

Awak baca  blog saya pun dah cukup..
saya menulis sebab saya suka.
bukan sebab nak dikenali ramai..
lagi best kalau entry saya tu yang orang sebut2 berbanding nama blog dan nama saya sendiri.
tapi mustahil la..kan???
mana ada entry blogger yang orang dok ingat2 ..
selalunya memang muka blogger dan nama blog yang jadi sebutan.

sekian...