Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Tuesday, 16 January 2018

PARSE HTML FOR BLOGGER XML TEMPLATE



PARSE HTML FOR BLOGGER XML TEMPLATE sangat penting bagi  seorang blogger untuk memudahkan kerja-kerja edit template blog

Code yang kita nak letak di dalam edit HTMl blog kita perlu kita parse dahulu.

Kalau tidak mesti akan keluar eror sewaktu kita save template selepas kerja-kerja edit dilakukan. Terutamanya jika korang nak masuk kan code adsense di dalam blog. Code tersebut perlu lah di parse dahulu.

Masuk kan code ke dalam kotak di bawah dan klik pada "PARSE CODE HTML"



Small Tool Parse HTML






So korang pun kalau nak Parse code html boleh la guna Parse Tool HTML di sini.
Semoga Parse Tool HTML ini bermanfaat untuk semua dan untuk saya jugak..:)

sekian.

TUTORIAL CARA PASANG IKLAN GOOGLE ADSENSE DALAM ARTIKEL

Assalamualaikum..

 tutorial cara pasang iklan google ansense dalam artikel


TUTORIAL CARA  PASANG IKLAN GOOGLE ADSENSE DALAM ARTIKEL Ramai nya rakan blogger yang dah lulus akaun google adsense .Tahniah semua... Yang belum lulus tu InsyaAllah sikit hari lagi rezeki korang pulak. Tapi bukan semua orang tahu macam mana nak pasang iklan google adsense di blog. Untuk hari ni saya nak kongsikan cara betul pasang iklan google adsense didalam artikel supaya kita boleh menjana lebih lagi keuntungan dengan iklan dari google adsense ini.

Saya pun sebenarnya bukan pandai sangat.tapi sebab saya kerap tukar template blog , jadi dah beberapa kali masuk kan iklan adsense di bahagian dalam artikel tiba-tiba rasa macam dah pandai pulak.hahahah.

Tutorial ni khas untuk kawan-kawan yang minta saya ajarkan .Yang tak paham boleh rujuk gambar ye..


TUTORIAL CARA  PASANG IKLAN GOOGLE ADSENSE DALAM ARTIKEL

1- Mula-mula log in ke akaun Google Adsense korang.

klik pada "my ads"

Klik pada +new ads unit 

 tutorial cara pasang iklan google ansense dalam artikel


2- Pilih in article ads

 tutorial cara pasang iklan google ansense dalam artikel

3- Sekarang edit paparan iklan korang ikut citarasa korang . Letak nama dulu untuk iklan korang tu dibahagian  "Ad Unit Name" ..saya letak nama DALAM ARTIKEL supaya senang nak cari .

 Terserah korang nak edit macam mana.Nak kaler biru, kaler hitam , font besar ,kecik terpulang pada korang.

Kemudian klik pada SAVE AND GET CODE


 tutorial cara pasang iklan google ansense dalam artikel



4- Lepas tu korang akan sampai ke laman di bawah ni..Yang ada code Google adsense korang.

 tutorial cara pasang iklan google ansense dalam artikel


5- Sekarang  kita nak PARSE dulu code iklan  adsense korang tu. Korang klik link ni.. PARSE HTML FOR BLOGGER XML TEMPLATE .. Pergi semula kat laman google adsense korang tadi dan copy code yang dalam langkah ke 4 tu..

Lepas copy klik pada I'm Done.

Paste code tadi diruangan untuk parse tadi dan klik pada PARSE CODE HTML..(rujuk gambar bawah ni)


Terus code adsense korang jadi macam atas ni..

tinggalkan sekejap laman PARSE ni.

TUTORIAL CARA  PASANG IKLAN GOOGLE ADSENSE DALAM ARTIKEL


6- Sekarang buka korang punya Blogger  dan pergi pada Theme.

Klik pada Edit HTML

Kemudian klik kiri mana-mana bahagian dalam kotak html korang tu Lepas tu  tekan seretak CTRL+ F

keluar la kotak search dalam tu..

Dalam kotak search tu cari code ini <data:post.body/> kemudian tekan enter .

Code ni biasa nya ada 3..dan korang ambik yang ke tiga.

Nak ingat yang mana satu code yang ketiga tengok nombor tepi dia tu..

 tutorial cara pasang iklan google ansense dalam artikel


Tengok gambar atas ni..Yang kat atas sana kotak search. bila korang tekan enter dia akan highlight mana satu code yang korang cari.Tekan enter sekali lain dia akan gerak ke code yang kedua.tekan enter lagi dia gerak ke code ke tiga.

Code ke tiga saya di nombor 2169...Korang punya mungkin kat nombor  lain..

Sekarang korang berhenti kat code ke tiga tu..


7- Gantikan code <data:post.body/> dengan code bawah ni.

<div expr:id='&quot;post1&quot; + data:post.id'/>
<div class='googlepublisherads' style='margin:20px 0'>
<center>
--Letakkan kod unit adsense hasil parse disini--
</center>
</div>
<div expr:id='&quot;post2&quot; + data:post.id'><data:post.body/></div>
<script type='text/javascript'>
var obj0=document.getElementById(&quot;post1<data:post.id/>&quot;);
var obj1=document.getElementById(&quot;post2<data:post.id/>&quot;);
var s=obj1.innerHTML;
var t=s.substr(0,s.length/2);
var r=t.lastIndexOf(&quot;&lt;br&gt;&quot;);
if(r&gt;0) {obj0.innerHTML=s.substr(0,r);obj1.innerHTML=s.substr(r+4);}
</script>

Maknanya code yang korang cari tadi kat kotak search tu korang  gantikan dengan code yang saya bagi ni.Copy  paste je.. ok paham???



8- kembali semula ke  ruangan yang kita  Parse code tadi.. Sekarang copy code yang kita parse tadi. Dan paste kat bahagian yang tulis --Letakkan kod unit adsense hasil parse disini-- 


9- Klik pada Preview . Masa preview tak de la keluar iklan tu.Kita klik preview cuma sebab tak mau ada error je..keluar je gambar preview blog korang boleh la tekan SAVE THEME.

10. Tunggu la dalam 15-20 minit nanti keluar la iklan adsense tu..Tapi biasanya tak sampai 15 minit pun.. 10 minit gitu dah keluar.

Credit untuk Blog http://www.sensasi2020.com . Terimakasih Bro Kamil untuk Tutorial ni..Semoga entry tutorial cara pasang iklan google ansense dalam artikel ini dapat membantu korang .


Sekian..

Tuesday, 31 January 2017

BELAJAR BUAT BLOG : BAGAIMANA NAK DAPATKAN PENGUNJUNG BLOG YANG RAMAI.

Assalamualaikum...

Terima kasih untuk blogger Anuar yang menganjurkan   Contest SEO : Belajar Buat blog bagi mendidik lebih ramai orang untuk menulis blog dan sekaligus menjana pendapatan dari blog.Ini pertama kali saya turut serta dalam kontest SEO yang dianjurkan oleh rakan blogger. Hanya untuk memeriahkan dan memberi sokongan pada rakan blogger sahaja.

Sebenarnya ramai juga dikalangan rakan-rakan saya yang ingin belajar buat blog.Tapi mungkin tak tahu dari mana nak bermula dan saya pula tak pandai nak ajar orang.

Ini tahun ke 7 saya terlibat dengan dunia blog.Blog bukan saja menjadi medan untuk saya berkongsi pandangan dan buah fikiran tapi ianya juga membantu saya menjana pendapatan melalui blog.Kalau ditanya apa rahsia blog saya boleh bertahan selama 7 tahun , sama saja dengan blog-blog lain cuma mungkin blog saya mempunyai pembaca setia yang sekian lama bersama saya sejak awal saya menulis blog lagi.

BELAJAR BUAT BLOG

Memandangkan kepentingan blog yang semakin diguna pakai untuk tujuan perniagaan dan pemasaran , saya rasa semua orang perlu ada keinginan untuk belajar buat blog dan praktik kan sebaik mungkin.Dunia blog ini sangat luas.Ianya bukan sahaja melibatkan penulisan malah melalui blog kita juga kita  boleh berkongsi video dan fotografi.



Bagaimana nak dapatkan jumlah pelawat di blog kita?

Kalau nak dibandingkan jumlah pelawat blog saya dengan blog orang lain, jauh lagi yang perlu saya kejar.Tapi menulis blog ni tak boleh hanya pentingkan jumlah pelawat semata-mata.Kita perlu nampak lebih ikhlas dalam menyampaikan sesuatu di dalam blog kita.Ada banyak cara yang boleh kita lakukan jika nak kan jumlah pelawat yang ramai.Cuma jangan putus asa dan ikut tips dibawah:-

Entry yang Original
Menulis dengan idea sendiri.Bukan nya copy paste kerana entry yang di copy paste dari blog lain mudah di kesan oleh google .Kita boleh saja merujuk dari sumber-sumber lain dan mengolah menggunakan ayat kita sendiri.Cara ini lebih mendedkatkan kita dengan pembaca.

Menggunakan kata Kunci
Kita  juga boleh menulis menggunakan kata kunci atau keyword yang menarik yang membolehkan entry kita  berada di halaman pertama search engine.Saya jarang-jarang menggunakan kata kunci dalam blog saya .Saya masih belajar bab SEO .Dan harap-harap dapat lah ianya memperbaiki penulisan dalam blog saya.



Berkunjung ke blog lain
Jika kita baru menulis blog tapi kita mahu blog kita mendapat jumlah pelawat yang ramai , kita perlu melawat ke blog lain dan tinggalkan komen supaya kewujudan blog kita disedar.Blogwalking sangt penting bagi blogger yang baru menulis blog.Sewaktu awal-awal saya menulis blog, blogwalking adalah wajib untuk saya setiap hari.

Kongsikan Artikel
Kita juga boleh berkongsi artikel blog kita di facebook atau twitter..Hingga sekarang saya masih berkongsi artikel blog saya di facebook dan dari situ lah saya mendapat ramai pembaca setia.

Itu saja sedikit tips dari saya untuk pembaca-pembaca yang ingin belajar buat blog.

BELAJAR BUAT BLOG 








Pada yang ingin belajar buat blog boleh la dapatkan panduan belajar buat blog yang dilengkapi dengan rahsia menjana pendapatan melalui blog  dengan klik pada banner diatas.

Contest BELAJAR BUAT BLOG ini turut disertai oleh Blog:

  1. calrasepatrick.blogspot.com 
  2. nonasani.blogspot.my 
  3. missobsesi.blogspot.my 
  4. sayidahnapisah.com 
  5. mommyfiqa.com 
  6. bloggerlelaki.com 
  7. ciklapunyabelog.blogspot.my 
  8. dianarashid.com 
  9. susahsenangblogger.com 
  10. at-tarmizi.blogspot.my 
  11. myideakini.com 
  12. amirkhalis.blogspot.my 
  13. sayabukancikgu.com 
  14. messarah.blogspot.my 
  15. jangan-bukak.blogspot.my 
  16. fadzirazak.com 
  17. heroborneo.com 
  18. nikkhazami.com 
  19. misztrex.blogspot.my 
  20. ummizarra.com 
  21. infopelajar2u.com
  22. sabreehussin.com
  23. topseofriendly.blogspot.my
  24. ummiseri.com
  25. saidila.com
  26. qiyasaad.com
  27. kataubaid.com
  28. belajarbuatblogpercuma.wordpress.com
  29. iuzira.com
  30. hiburansabah.com
  31. heroborneo.com
  32. nasitambah.com
  33. aynorablogs.com
  34. ohtiptop.com
  35. jebengotai.com
  36. sensasi2020.com
  37. sayaazieera.blogspot.my
  38. jambubatublog.com
  39. adibsite.com
  40. sishawa.blogspot.my
  41. cikilamenari.blogspot.my
  42. alongxp.com
  43. elihjapahar.com
  44. jiesusanos.com


sekian..

Friday, 30 December 2016

APA PERKARA YANG KITA PATUT TULIS DALAM BLOG?

Assalamualaikum...



Kita cerita tentang blog ...Sebab sekarang ni ramai yang dah berminat nak buat blog.Cuma masalahnya mereka tak tahu nak tulis tentang apa dalam blog mereka ni.

Nak tulis blog tak semestinya kena tulis isu yang besar atau yang sangat-sangat penting untuk semua orang tahu.Isu yang kecil2 pun boleh juga kalau nak tulis.Satu sebab kenapa kita tak de idea nak tulis apa kat blog  ialah sebab kita sibuk nak tulis perkara-perkara yang semua orang patut tahu atau isu-isu besar yang sedang berlaku. Tulis tentang sarapan apa pagi tadi pun boleh je..

Saya banyak tulis tentang isu2 yang tak penting dan dalam post tu mesti ada satu komen macam ni.. , "tak penting pun benda ni ..."

..Yang kelakarnya kalau tak penting dia baca nak buat apa?Pergi la baca benda yang penting tu..



Biasa tengok tak kalau blog-blog atau ruangan akhbar yang cerita pasal artis tu, mesti ada yang komen " berita ni lebih penting dari bla..bla..bla.." sekadar sindirian la tu..Nak bagitau yang cerita pasal artis tu tak penting.Padahal terang-terang itu blog hiburan atau ruangan khas untuk berita hiburan .Dah tentu la dia akan cerita pasal artis je.

Nampak sangat dia pun suka baca benda tak penting.kan??

Jadi tulis je la..sebab ada ramai lagi orang yang suka baca benda2 yang ringan dan tak menyesak kan kepala otak.

Jom buat blog..

sekian..

Tuesday, 8 November 2016

SEBARKAN WALAU SEPOTONG AYAT

Assalamualaikum...

budak gemuk ni...Pipi makin bulat..Sekarang kalau jalan-jalan nak pakai shawl je..
Kalau malas sangat baru dia pakai tudung segera tu..
sekarang ni shawl yang singkat2 tu memang saya bagi kat dia je..
Kebanyakan nya yang saya dapat shawl free je..dulu selalu dapat shawl sebab join GA.
tersimpan je dalam almari sebab saya tak pakai shawl singkat2 ni..
kalau saya beli mesti nak yang labuh..
Awalnya keluar entri pagi ni..Auto publish je..Sebab 3 hari tak update blog.Risau kalau korang lupa kat blog makcik..heheh..Sebenarnya makcik cuti la 3 hari ni..Bawak anak balik kampung, jalan-jalan , makan-makan bagi gemuk..hahahah..Sudahnya anak tak gemuk, mak depa pulak yang gemuk..Lantak pi la..hahah.


Untuk entry pemanas badan ni kita keluar entry personal dulu la.Tak pa..kan??jangan marah ye..Bukan apa..ada orang kata jangan banyak sangat tulis pasal personal.Tak bermanfaat untuk pembaca.Tapi bagi saya lain pulak..Saya rasa tulis cerita peribadi pun boleh bagi manfaat pada pembaca jugak.Misalnya bila cerita pasal anak kita batuk, kita boleh selit-selit tips mengatasi anak batuk..Dalam setiap cerita peribadi kita tu kita selit kan tips atau panduan berguna untuk pembaca.
Budak ni kalau baru balik dari kampung memang bad mod sebab tak nak tinggal opah dia..
3 hari dah cirit ..Orang sebut cirit dia sebut berak cerdik.
Tapi tak mengganggu aktiviti jalan-jalan kami..
Pandai pulak cirit dia tu pilih masa untuk tercirit..hahah..
saya pakaikan dia diapers bila nak keluar .memang dia rimas sebab
dia memang dah lama free diapers..tak pe la..demi jalan2 dia sanggup..hahah
Korang kalau anak cirit boleh cuba bancuh susu pekat sikit..bagi dia minum..


Sebenarnya kita tak boleh nak nilai post yang blogger tulis tu bermanfaat atau sia-sia selagi kita tak baca.kadang-kadang tu ada orang yang malas nak baca blog-blog yang blogger dok cerita pasal anak sendiri.Mereka labelkan blog begini sebagai blog syok sendiri.

Bagi diaorang , blog yang bercerita macam rencana tu yang lebih bagus.Macam tulis dalam majalah.Tak mau cerita-cerita yang terlalu banyak "drama" .. Sedangkan ianya bukan satu kesalahan pun.Blog sekarang dah boleh jadi diary pada orang lain selain menjadi medan menyebarkan maklumat.Yang penting apa yang kita ceritakan tu berguna untuk orang lain.Jangan lupa.."Sebarkan lah walau sepotong ayat..."

sekian..