Showing posts with label bergetar tulang rusuk. Show all posts
Showing posts with label bergetar tulang rusuk. Show all posts

Monday, 20 June 2016

5 CIRI PEREMPUAN YANG BUAT TULANG RUSUK LELAKI BERGETAR

Assalamualaikum...



Betul ke boleh bergetar??
itu perumpamaan je kalau betul2 bergeter macam vibrate
enpon tu rasa nya mesti ada yang
tak kena dengan tulang rusuk awak tu..ahahhaha
pi la buat X-ray cepat..

Selalu kita dengar ayat2 lelaki yang bila tengok perempuan cantik..
"bergetar tulung rusuk saya..."
sebenarnya sikap wanita yang bagaimana yang
boleh buat lelaki suka dan terpikat ni?
Tak semestinya sebab rupa cantik saja..
kalau yang terpikat sebab rupa cantik tu,sah la lelaki tu tak matang.
Meh kita check apa sikap wanita yang buat lelaki terpikat..

1- Bijak


Bijak bukan bermakna dia boleh jawab semua soalan
pengetahuan am dengan markah 100 % tapi bijak yang
menggambarkan keseluruhan  peribadinya..
tindakan nya, keputusan nya, pendapat nya dan cara dia menghadapi setiap
apa yang datang dalam hidup nya.

2-Berdikari

Setakat nak tukar tayar kereta tu apa ada hal.
tengok je gaya nya dengan fesyen hijabista tapi,
dia tak mudah mengharapkan bantuan orang,
segalanya dia akan lakukan sendiri jika mampu..
Dan hanya akan mendapatkan bantuan jika perlu sahaja.

3-suka membantu


Dia memang menjadi harapan kawan-kawan .
kalau ada yang punya masalah dia sudi hulurkan bantuan tanpa
mengharapkan balasan.
Susah nak dengar cerita2 buruk dari kawan2 nya tentang dirinya
memandangkan ramai yang suka dan mudah mendekatinya.

4-berani bersuara

Sekarang memang ramai yang dengan berani lantang bersuara tapi
tak ramai yang bersuara sambil menjaga hati orang lain.
Jika anda nak jadi wanita yang boleh
menggetarkan tulang rusuk lelaki ,
berkata-kata perkara yang baik dan jika tujuan nya untuk menegur gunakan
bahasa yang sedap di dengar tanpa menyakiti hati sesiapa.


5- sopan santun


Ini lah kunci utama yang buat lelaki bisa bergetar tulang rusuk nya.
Siapa la yang tak suka melihat gadis yang sopan dan lemah lembut.
dari penampilan hingga la cara dia membawa diri semuanya dijaga
supaya tidak nampak buruk dimata orang lain.

sekian..