Showing posts with label bercerai sebai hantaran rendah. Show all posts
Showing posts with label bercerai sebai hantaran rendah. Show all posts

Wednesday, 3 May 2017

BERKAHWIN 3 JAM KEMUDIAN DICERAIKAN GARA-GARA HANTARAN MURAH

Assalamualaikum..



Hantaran perkahwinan selalu dijadikan isu dizaman yang sangat mencabar ni.Bagi mereka yang menolak nilai hantaran yang rendah , kisah yang lucu bercampur pilu yang berlaku di Negara India ini mungkin boleh dijadikan pengajaran buat korang yang membaca.Rupanya apa yang berlaku di negara kita ni juga berlaku di negara India .Soal jumlah dan nilai hantaran di pertikaikan .

Bagi kaum  India pihak wanita yang memberi hantaran kepada pihak lelaki..Hantaran juga diberikan hasil perbincngan kedua-dua pihak..Sepasang pengantin sempat menjadi pasangan suami isteri hanya selama 3 jam gara-gara nilai hantaran.

Ruvana Parven (18) dan Muntaj Ansari (26) sempat menjadi pasangan suami isteri selama 3 jam dan kemudian nya Muntaj di ceraikan oleh isterinya gara-gara mempertikaikan nilai hantaran yang diberikan pihak perempuan kepadanya.



Selepas melansungkan perkahwinan terjadi pertengkaran antara Ruvana dan Muntaj .Ruvana mendakwa Muntaj seorang yang tamak dan tidak menerimanya dengan ikhlas.Muntaj mengeluh kerana menerima brangan yang murah dari pihak isterinya.Pada hari pernikahan nya keluarga Ruvana memberikan sebuah motosikal kepada Muntaj.Namun Muntaj mendakwa motosikal yang diberi adalah terlalu murah , tidak berkualiti dan tidak sesuai untuk nya menaiki motosikal tersebut.

Orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan tersebut memujuk Muntaj untuk menerima hadiah tersebut namun Muntaj berkeras dan mengugut yang dia tidak akan membawa isterinya pulang jika tidak mendapat hantaran yang mahal.



Marah dan kecewa dengan sikap suaminya Ruvana terus menceraikan suaminya dan memaklum kan kepada penduduk setempat.Disebakan perkara itu Muntaj di hukum oleh penduduk setempat dengan kepalanya dibotak kan separuh .Tangan nya juga diikat dan dikalungkan sampah dilehernya.



Lebih malang nasib Muntaj apabila selepas dia diceraikan ,Ruvana  terus berkahiwn dengan lelaki lain pada hari yang sama.Bapa Ruvana menegaskan dia gembira dengan keputusan anaknya dan yakin jika Ruvana terus bersama Muntaj , anak nya tidak akan bahagia..

Dapat motosikal pun nak merungut lagi.Ok  la tu dapat motorsikal..kan?/sebenarnya nilai hantaran tu tak penting pun..Yang penting rumahtangga bahagia.tapi kalau dah macam ni elok sangat la bercerai..Dah la tamak, ego pulak tu..Tak reti sabar..

Saya bukan lah orang yang nak menentang mereka-mereka yang meminta hantaran yng tinggi ni cuma dalam satu keadaan korang kena pandang sekeliling dan perhatikan adakah nilai korang terima tu bersesuai dengan keadaan semasa dan keadaan bakal suami . Ok je kalau suami mampu..kalau boleh nilai hantaran tu biarlah pihak lelaki yang tentukan..Sebab hantaran tu kan ke cuma hadiah..Ada ke hadiah boleh di mintak2..kan??nama pun hadiah..biar la dia yang bagi..Lagipun bila dah kawen , duit dia duit kita jugak..heheheh

sekian..