Showing posts with label bayi. Show all posts
Showing posts with label bayi. Show all posts

Saturday, 5 January 2019

MAINAN YANG SESUAI UNTUK BAYI BERUSIA 0-12 BULAN

Hi.

Saya nak share satu post yang sangt bagus untuk ibu bapa yang ada plan nak belikan mainan untuk anak. Post ni di tulis oleh Dr. Aen di laman twutter dia. Setiap mainan yang kita beri pada anak akan mempengaruhi anak tu sendiri.



Sama la macam kita bagi phone pada ank kecil, mesti phone tu akan bagi kesan baik dan buruk pada dia. So sama la macam mainan ni, Kalau silap beli mainan mungkin akan membahayakan bayi kita tu.



Semua mainan-mainan yang diccadangkan ni banyak dijual dan memang mudah untuk kita dapatkan.Cuma korang kena pastikan mainan tersebut tak mempunyai bahan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi. Cari lah mainan yang bebas dari bahan merbahaya.

Harganya mungkin sikit mahal tapi berbaloi..


Mainan yang boleh dibelikan untuk bayi berumur 0-12 bulan.

1. Bola merah atau mainan warna merah. Bayi lebih tertarik dengan warna 'bold' bermula umur 3 bulan berbanding warna pastel. Ni untuk stimulate pergerakan penglihatan bayi kiri kanan atas dan bawah


2. Wooden cubes besar tapak tangan dia, untuk dia bang together. Ni biasanya umur 6 bulan, sebab dia nak belajar genggam dan bawak tangan dia ke tengah.



3. Rattle. Untuk stimulate pendengaran dia. 6-12 inci please. Dekat dekat kang kesian telinga anak haha. Caranya, bunyikan kat tepi telinga. Make sure dia tak nampak rattle tu. Kalau dia nampak, maknanya dia guna deria melihat, bukan deria pendengaran.




4. Bila dia dah pandai genggam, belikan crayon saiz besar ya. Pandai pandai lah cari yang non toxic, baby friendly. Dia nak belajar pegang dan conteng2.



5. Board books. Ha belikan buku yang tebal tu untuk bagi dia belajar selak. Dia akan belajar guna hujung jari untuk pegang nanti. Cari gambar2 yang menarik, warna yang attractive. Start dengan sesuatu yang mudah.



Kang beli cerita panjang panjang budak umur setahun mana pandai baca or faham pun. Dia tertarik kat gambar je.. haha


6. Teething toys. Kan dia nak menggigit. Basically dia akan start bawak macam macam benda dekat mulut (sebab tu bila dia dah dapat tangan, jangan letak apa apa bersaiz kecil kat tempat rendah. Simpan k!). I beli yang ni. Senang la kot dia nak gigit n pegang haha. Boleh rebus kalau nak bersihkan.



7. Mainan beroda. Beli yang besar sikit, dan yang tak boleh cabut cabut. Kang dia cabut lepastu telan pulak. Kat sini akan belajar roll mainan ke depan ke belakang.



8. Cawan dan sudu. Nampak mehhh je kan. Eh, ni la masa nak bagi dia belajar pegang cawan, pegang sudu dan kacau sudu tu dalam cawan. Ni sebenarnya proses proses dia nak belajar.
Yang paling penting sekali, komunikasi dua hala antara bayi dan ibu bapa. Perlu lihat tepat ke mata supaya dia dapat berinteraksi .

Tu lah tips yang dikongsikan oleh Dr. Aen.. Lepas ni jangan marah kalau anak main senduk la, main besen, main sudu..dia tengah bellajar tu..heheh..

Bye..

Wednesday, 3 January 2018

3 PERALATAN MODEN INI MAMPU MEMBANTU ANDA MENGURUSKAN BAYI DENGAN LEBIH MUDAH.

Assalamualaikum..

cara uruskan bayi baru lahir

Beruntungnya ibu-ibu zaman sekarang bila pendedahan tentang penjagaan bayi baru lahir banyak di kongsikan di laman-laman blog, video dan sebagainya.Walaupun hanya teori dan belum mempraktik kan nya tapi ibu-ibu zaman sekarang sudah ada sedikit ilmu dalam bab menguruskan bayi yang baru lahir.

Berbeza dengan dahulu, ibu-ibu hanya belajar menguruskan bayi setelah melahirkan anak.Tak de internet untuk dijadikan sumber rujukan ataupun  hub untuk menghubungkan ibu-ibu dengan mereka yang lebih pakar dalam penjagaan dan pengurusan bayi baru lahir. Ibu-ibu ahanya mendapat pendedahan dari buku atau pun penenrangan dari jururawat kesihatan dan doktor ketika sesi rutin pemeriksaan kandungan ketika hamil setiap bulan.






Bukan itu sahaja malah zaman sekarang berbagai perlatan moden dan canggih juga amat membantu dalam ibu-ibu menguruskan bayi mereka sendiri.

Hari ini saya nak kongsikan beberapa peralatan moden yang boleh membantu kita menguruskan bayi kita dengan lebih baik lagi. Saya tak pasti sama ada alat-alat ini ada dijual di dalam negara kita dan berapa harga yang sebenarnya,.Namun untuk pasaran diluar negara alat-alat ini memang boleh didapati dengan mudah dengan pembelian melalui online.

1- Sarung Kaki Pintar Owlet-

cara mudah uruskan bayi baru lahir


 Ingat phone je ke yang pintar?Sekarang kita ada sarung kaki pintar yang berfungsi untuk  memantau tahap jantung dan oksigen bayi semasa mereka tidur, supaya anda boleh berehat dengan mudah dan tahu yang  mereka sihat dan selesa. Sarung kaki ni ni perbuat daripada kain kapas yang sudah tentu tak kan buat bayi berpeluh . Ianya boleh digunakan untuk bayi sehingga berusia 18 bulan.. Produk ini ada dijual  dengan harga $299.99.



2- Pacifier Thermometer

cara menguruskan bayi baru lahir

Salah satu perkara pertama yang dilakukan oleh ibu bapa apa bila anak sakit  adalah mengambil suhu badan  mereka. Setiap kali nak mengambil suhu badan anak ianya bukan perkara mudah.Tapi dengan menggunakan  pacifier ini segalanya jadi mudah. Pacifier ini juga mempunyai cahaya  yang menyala membolehkan ibu bapa mengambil bacaan waktu malam tanpa mengganggu tidur bayi. getah putingnya juga amat selesa digunakan oleh bayi. Produk ini dijual dengan harga $7.39


3- SNOO smart sleeper

tips jaga bayi baru lahir


Masalah bayi kerap menangis di waktu tidur mereka sering dialami ramai ibu bapa .Ini bukan sahaja mengganggu tidur si bayi malah ibu yang baru melahirkan juga turut terjejas . SNOO smart sleeper membantu bayi tidur lena dan nyenyak . Alat ini memang sangat membantu bagi memberi keselesaan pada bayi semasa tidur.

Bayi yang tidur didalam SNOO bagaikan tidur didalam rahim ibu kerana ada bunyi yang seakan-akan rahm ibu didalam smart sleeper ini. Ianya juga secara automatik mampu mengesan suara bayi menangis. Setiap kali bayi menangis , secara  automatik jiggly akan berbunyi bagi menenang kan si bayi.Ianya tidak panas dan sangat selesa digunakan . Produk ini berharga lebih $1000 .


Itu je yang saya kongsikan untuk anda yang mempunyai bayi kecil atau pun yang bakal melahirkan anak.Jika berlemampuan boleh la mendapatkan produk2 ni.Walaupun harga nya mahal tapi dah tentu ianya juga berbaloi.


Sekian..

Monday, 18 September 2017

CARA MUDAH PERKENALKAN BAYI DENGAN MAKANAN PEJAL SEAWAL 6 BULAN

Assalamualaikum..

Bila bayi sudah masuk usia 6 bulan sudah tiba masanya untuk kita perkenalkan bayi dengan makanan pejal seperti nasi , sayuran dan buah buahan.

Tapi cara penyediaan makanan pejal untuk bayi  dah tentu berbeza dengan apa yang kita orang dewasa makan setiap hari.

Tapi dengan beberapa alatan memberi makan pada bayi menjadi lebih mudah dan selamat.

A) Bowl + fork + spoon




Bayi dan kanak-kanak memang sukakan warna yang terang dan menarik.

Sebab itu korang yang ada bayi patut ada bowl yang disertakan sekali dengan sudu dan garfu menarik ni.
Apa yang istimewanya sudu dan garfu ini  mampu berubah warna apabila suhu makanan tinggi atau panas.

Bila warnanya dah bertukar pada asal baru lah ianya selamat untuk disuapkan pada bayi kita.

Kalau nak ajar anak suapkan makanan nya sendiri set bowl ini sangat sesuai sebab ianya
dibuat dari pada silikon.Jadi bayi lebih mudah mencengkam dengan  lebih kuat .

Untuk bowl beserta sudu dan garfu ni korang boleh dapatkan dengan harga hanya RM14 dan terdapat dalam 3 warna iaitu , merah , biru dan kuning.

B) Spoon Feeder



Untuk memudahkan kita memperkenalkan makanan pejal pada bayi kita juga boleh cuba menggunakan Spoon Feeder .

Cara menggunakan nya mudah sahaja.Kita perlu kisar dulu makanan yang kita nak beri pada bayi.

Contohnya  seperti bubur nasi.Kita kisar dulu bubur nasi tu dan kemudian masuk kan ke dalam Spoon Feeder.

Bukan saja boleh digunakan untuk makanan tapi kalau nak bagi susu pun sangat sesuai.

Botolnya dibuat dari silikon yang berkualiti tinggi.Tak mudah rosak , dan ianya juga tahan panas.

Ini adalah Alat Pemakanan Bayi yang Selamat , Mudah dan  kreatif yang menggabungkan fungsi sudu dan botol susu.

Kita pun tak perlu risau makanan akan terdedah sebab ianya sentiasa dalam botol.Penutup nya juga kuat .

Untuk Spoon Feeder ni korang boleh dapatkan nya dengan harga hanya RM12 sahaja.


C) Fruit Pacifier


Selalunya semua buah-buahan yang kita nak beri pada bayi akan kita kisar dahulu untuk memudahkan bayi makan,Tapi sekarang ada cara lebih mudah iaitu  dengan menggunakan Fruit pacifier  seperti dalam gambar ni.

Dengan fruit Pacifier ni tak payah lagi nak kisar buah-buahan.Kita cuma potong buah dan masuk kan dalam nya.

Tapi kalau buah tu keras boleh kukus dulu atau kisar dulu buah tu.

Bila bayi gigit dapat lah dia belajar menggigit makanan dia.Kadang2 bayi ni dia gatal gusi sebab nak tumbuh gigi.

Fruit pacifier ni sesuai juga untuk bayi yang gatal gusi sebab ianya dibuat dari silikon yang lembut dan selamat

Fruit Pacifier ni juga tak kan buat bayi korang tersedak.Makanan cuma akan keluar bila bayi menggigit fruit Pacifier ni..Buah yang kita masuk kan tu tak kan keluar sendiri.Jadi ianya selamat digunakan terutamanya bila kita nak beri anak makan buah bila didalam kereta..

Ada dalam 2 warna yang kita boleh pilih iaitu biru dan merah jambu.

Ianya bebas BPA dan produk yang sudah diuji.Boleh dapatkan Fruit Pacifier ni dengan harga hanya RM8 sahaja.


Itu lah 3 barangan yang boleh kita gunakan untuk memudahkan kita memperkenalkan bayi dengan makanan seawal 6 bulan.Korang kan kena dapatkan segera .Tak payah pening2 nak fikir kat mana nak beli semuanya Korang boleh dapat kan nya melalui detail di bawah..

Pos Rm 8 SM RM 13 SS


Korang juga boleh dapatkan set combo untuk lebih jimat...Ada tambahan produk D iaitu  PONS Extra Virgin Olive Oil (EVOO)  for baby .Ini adalah produk luar yang memang laku keras sebab produk Porn ni memang sangat bagus untuk kesihatan bayi DAN UNTUK MENAMBAH SELERA MAKAN BAYI korang. .Detail tentang EVOO korang boleh baca di bawah...

COMBO PRICE (ALREADY INCLUDE POS)
C1 : B + C = RM26 SM RM30 SS
C2 : A + B + C = RM38 SM RM42 SS
C3 : B + C + D = RM70 SM RM74 SS
C4 : A + B + C + D = RM80 SM RM84 SS
.
Order:
PERSONAL SHOPPER Shopee 




D)Extra Virgin Olive Oil for baby (EVOO PONS)


Kenapa kita kena pilih EVOO PONS untuk bayi kita?
.
- Mempunyai *acidity yang rendah ~0.25%* (terendah di Malaysia)
Which is good utk perut baby
-Packaging dalam *tin* if beli packaging dlm botol cerah terdedah pada oxidation
-100% Minyak Zaitun Extra Virgin
-Perahan sejuk @ *cold pressed*



-Tanpa pengawet & Pewarna
-Pilihan buah zaitun jenis Arbequina (handpick lg tau) yg menghasilkan minyak zaitun yang mempunyai rasa yang lembut dan tidak akan mengubah rasa makanan bayi serta sesuai untuk sistem penghadaman bayi dan kanak-kanak
- Boleh guna utk dressing @ *titik dlm bubur bayi & menumis*
-  EVOO membantu * naikkan berat badan bayi* & masalah *sembelit* & baik utk bayi *eczema*
-  Ada sijil halal



Tambahan!!!!

e)QQ Organic Baby Porridge contains with Calrose Pearl Rice, Organic Millet and Organic Quinoa.



Bubur yang dimasak dengan Calrose Pearl Rice mempunyai rasa yang sangat menyenangkan dengan tekstur halus.

Calrose Pearl Rice mempunyai serat yang tinggi membantu meningkatkan kekerapan pergerakan usus, melancarkan pembuangan  untuk kolon yang sihat.
.
  QUINOA mengandungi kandungan protein tinggi, sumber vitamin dan mineral yang baik, kehadiran antioksidan dan kandungan serat tinggi yang bertindak sebagai pencahar semula jadi.
.
MILLET adalah salah satu sumber protein terbaik dan kaya dengan vitamin B, fosforus, kalium, besi, dan magnesium


So korang cepat2 contact untuk dapatkan produk2 best ini khas untuk bayi kecil korang.Memang selesai masalah nak bagi anak makan..Anak pun berselera dan sihat

sekian...

Thursday, 6 April 2017

APA PUNCA BERAT BAYI TIDAK BERTAMBAH DAN PENYELESAIAN NYA

Assalamualaikum...



Berat badan bayi adalah perkara penting yang setiap ibu bapa perlu pantau demi perkembangan bayi yang sihat .Namun menjadi kerisauan ramai ibu bapa apabila berat badan bayi tidak menunjuk kan pertambahan atau berat bayi statik dan tidak naik ianya sudah tentu menunjuk kan ada sesuatu yang tidak kena pada bayi mereka.Ada ibu bapa yang sanggup membeli produk makanan tambahan seperti susu  yang mahal demi menambah berat  bayi tanpa mereka ketahui apa sebenarnya masalah sebenar hingga menyebab berat bayi tidak bertambah.Apa punca berat bayi tidak bertambah  dan bagaimana kah penyelesaian nya?

Punca berat bayi tidak bertambah

Gangguan pencernaan

-Masalah gangguan pencernaan biasanya bersangkut paut dengan jenis makanan yang diberikan pada bayi.Ada bayi yang alah dengan sesuatu jenis makanan.Gangguan pencernaan meliputi masalah cirit  dan penyakit usus .Pastikan susu yang diberikan pada bayi adalah yang bersesuaian dengan nya.Susu yang terbaik ialah susu ibu.Namun si ibu juga harus lah mengawal pengambilan makanan supaya zat yang diterima anak mencukupi.


Bayi tidak sihat

-Bayi akan mengalami penurunan berat badan apabila di tidak sihat.ini berlaku kerana dia tidak dapat menerima makanan  seperti selalu .Jika bayi masih menyusu teruskan menyusu seperti biasa .Ketika bayi sakit ,Cairan dalam badan akan berkurangan.elak kan bayi kekurangan air dan sentiasa berikan susu atau air supaya dia kekal bertenaga dan cukup zat.

Waktu makan bayi yang tidak teratur

-Waktu makan yang tidak teratur boleh menjadi punca kenapa bayi tidak bertambah berat badan.bagi bayi yang berusia lebih dari satu tahun , agak sukar untuk berat mereka bertambah kerana mereka semakin lasak, menu makan yang berubah dan ada yang diusia ini sudah pandai memilih apa makanan yang mereka gemari.Ada ibu bapa yang tidak kisah memberi anak mereka makan makanan ringan sedangkan makanan ringan juga punca berat anak tidak bertambah dan dalam keadaan tertentu makanan ringan juga membuat kan anak anda akan mengalami obesiti.


Kurang perhatian dan belaian ibu

Mungkin ada pernah mendengar pelukan dan belaian ibu mampu membuatkan bayi berasa nyaman  dan ianya sekaligus membuatkn bayi anda dalam keadaan sihat.Ada ibu yang mengalami tekanan perasaan dan menyebabkan kurang memberi perhatian pada si bayi.Tanpa disedari berat bayi turun mendadak .Luang masa dan banyak kan sentuhan dengan bayi .cara ini juga mebuatkan bayi anda lebih berselera untuk makan.

Penting untuk kita selalu memantau berat dan perkembangan bayi demi kesihatan mereka.Jangan takut untuk mendapatkan khidmat nasihat dari doktor .Jika berat bayi turun mendadak terus bawak anak mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

sekian..

Sunday, 18 September 2016

GEMPAR: BIDAN TARIK KEPALA BAYI HINGGA PUTUS

Assalamualaikum...

Terkejut dan sedih bila baca cerita tentang  satu kejadian memilukan yang berlaku di Bogor, jawa Barat ni..Masa nak melahirkan anak bidan tarik bayi keluar sampai putus kepala bayi tu.
.
Malang nasib yang menimpa seorang wanita berusia 23  tahun dari Kota Bogor, Jawa Barat  yang sedang menanti saat melahirkan bayi.Ketika dalam kesakitan menanti kelahiran bayinya , Yanti yang dibantu seorang bidan untuk melahirkan bayinya terpaksa dikejarkan ke hospital apabila kepala bayi terputus ketika bidan tersebut menarik keluar bayinya.




Dia terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mengeluarkan bayi dari rahim nya kerana  bahagian badan bayi masih berada dalam rahim si ibu.

Menurut pihak polis ketika serbuan dilakukan di rumah bidan itu, papan tanda di depan rumah bidan tersebut sudah diturunkan.Papan tanda tersebut memang sebelum ini sengaja di gantung di depan rumahnya untuk mendapatkan pelanggan dan meyakin kan orang ramai untuk mendapatkan khidmat dan rawatan darinya.

Bidan berusia 37 tahun tersebut sudah pun di tahan dan menurut siasatan bidan tersebut hanya lah bidan palsu yang hanya berkelulusan sekolah menengah.


Untuk membela diri, bidan tersebut mendakwa bayi Yanti sebenarnya sudah meninggal sejak di dalam kandungan menyebabkan kepala bayi mudah putus ketika di tarik keluar.

Menurut salah seorang ahli keluarga Yanti, malam itu Yanti dibawa ke rumah bidan tersebut untuk melahirkan anak.Bidan juga menerangkan kalau bayinya masih belum keluar dan dalam proses menunggu. Tapi ketika hendak mencuci pakaian bekas bersalin dia terkejut kerana terdapat kepala bayi di dalam kain tersebut.

Keadaan yanti kini stabil dan badan bayi sudah dikeluarkan manakala Bidan palsu tersebut sedang menanti hari menunggu hukuman dijatuhkan.

sekian...