Showing posts with label bayar hutang PTPTN guna kwsp akaun 2. Show all posts
Showing posts with label bayar hutang PTPTN guna kwsp akaun 2. Show all posts

Friday, 1 March 2019

KURANGKAN BEBAN BAYAR HUTANG PTPTN : CARA PERMOHONAN BAYAR HUTANG PTPTN GUNA KWSP

Hye semua..

Masih ramai lagi yang belum melangsaikan hutan PTPTN . Dengan kos hidup yang tinggi sekarang ni bukan senang nak maintain bayar PTPTN setiap bulan Tapi ada satu cara yang boleh korang gunakan untuk melangsaikan hutang PTPTN tanpa mengganggu gaji bulanan korang.



Caranya ialah dengan menggunakan Akaun 2 KWSP . Suami saya pun gunakan akaun 2 untuk bayar hutang rumah setiap bulan.

Tapi duit dalam akaun 2 tu kena cukup la. Kalau tak cukup tak dapat la KWSP  nak proses permohonan korang. Begitu juga dengan hutang PTPTN. Korang boleh ikut thread yang dikongsikan Cik Yaya ni di akaun twitternya tentang cara permohonan untuk bayar hutang PTPTN menggunakan akaun 2 KWSP.







Cik Yaya @ aliasyafida47 - Ada ke yang nak kurangkan beban bayar PTPTN bulan2?

Tahu tak PTPTN boleh dibayar guna akaun KWSP?


Okayy kita mulaaaaa. First of all, apa yang paling penting untuk apply kaedah ni ialah: AKAUN KWSP. Takde akaun KWSP, tak guna beb.

Make sure dalam akaun KWSP tu ade duit yeee. So the very first step is, korang kena daftar i-Akaun dekat mana-mana kiosk KWSP. (i-akaun ni adalah web/apps untuk semak penyata KWSP secara online). Just bawak ic je ke pejabat KWSP.

Lepas dah buat i-akaun tu, jangan lupa aktifkan dekat laman web i-akaun. Search je i-akaun KWSP dekat google atau download apps i-akaun. Then klik dekat members login, pastu masukkan password sementara yang korang dapat dekat sms.


Lepas dah aktifkan, korang dah boleh mohon untuk pembayaran PTPTN pakai akaun 2 KWSP. Akaun 2 sahaja yaa. Bukan semua.


Korang boleh cek baki pinjaman dekat laman web ptptn tauu. Login ptptn.gov.my. Nak cek amaun tunggakan pon semua ada kat sini. Jangan sampai tak perasan nama kena blacklist pulakk. Ehhh





Haa. Pas dah login klik kat penyata baki terperinci. Pastu klua cmniiii, TADAAAAAAA. Kat situ korang tengok lerr sendiri kalau ada amaun tertunggak tanpa korang perasan




So sambung kepada tajuk utama kita. Login i-akaun korang tuu. Saya explain untuk yang web version yee. Klik Withdrawal - New Application - Education

Keluar Pop-Up tu korang Klik OK


Institusi yang terlibat - PTPTN.
Bayar kepada - Pemberi Pinjaman
Peringkat - (Pilih lah diploma ke degree ke master ke)
Permohonan untuk - DIRI SENDIRI.

Nak guna akaun KWSP ayah/ibu pon boleh ye. Untuk pakwe/makwe tak boleh laa. Tak payah nak mengada.





Then klik SETERUSNYA - TERIMA
Update laa maklumat diri korang kat situ.

Dekat MAKLUMAT PENGELUARAN tu, korang kena masukkan nombor rujukan pelajar. Masukkan lah nombor matrik korang waktu belajar dulu.


Dekat situ jugak ada state kan AMAUN KELAYAKAN korang.

Based on baki Akaun 2 KWSP korang. Tu amaun maksimum. Nak apply semua boleh. Sikit pon boleh. Amaun tak kisah berapa pon. Depends korang lah nak bayar berapa.

Then klik SETERUSNYA


Then KWSP akan proses permohonan korang tu. Dalam masa kurang dari seminggu, korang akan terima 1 SMS dari KWSP. Macam saya ambil masa 2 hari je.




Lepas dah dapat mesej ni, korang kena pergi ke mana2 KWSP terdekat, untuk Thumb Print. Jangan lupa bawa IC yee. Lagi bagus kalau bawak copy ic jugak. Prepare skali transkrip dan sijil konvo yang original dan fotostat. Just in case dorang mintak.


Lepas dah Thumb Print tu, korang kena tunggu dalam masa 16 hari bekerja untuk kelulusan permohonan korang tu. Selalunya tak sampai 16 hari pon. Kejap je.


Nanti boleh semak korang punya status permohonan dekat i-akaun KWSP tu.



REMINDER:
Korang boleh apply lagi untuk permohonan akan datang. Banyak kali pon boleh as long akaun 2 korang tu ada duit lah yee. Dia bukan auto tolak akaun kwsp setiap bulan tau. Kena buat manual setiap kali nak apply. Follow je step yang sama untuk permohonan seterusnya.

Terima kasih untuk  Cik Yaya atas Thred ni. Bagi korang yang ada soalan atau keraguan boleh follow thread Cik Yaya ni diakaun twitter dia. Boleh baca komen2 lain untuk panduan.