Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Tuesday, 24 January 2017

ANDY LAU PATAH TULANG PINGGUL JATUH DARI KUDA

Assalamualaikum..




Pertengahan tahun 90 an dulu mana ada siapa kita disini yang kenal artis korea.Filem korea pun tak de disiarkan di kaca tv.Yang ada hanya filem-filem dan drama tv dari Hongkong.Waktu tu antara artis Hongkong Yang menjadi sebutan ramai ialah , Leon Lai Meng, Jacky Chan, Anita mui , dan ramai lagi..Dan salah seorang yang mempunyai jutaan peminat disini ialah Andy Lau.

Terbaru berita mengenai  pelakon Andy Lau ,beliau dikabarkan terjatuh dari kuda ketika ketika pengambaran sebuah iklan Teh di Thailand minggu lalu

 
Beliau  dibawa pulang  ke Hong Kong Khamis lalu dan terus dibawa ke Hong Kong Sanatorium & Hospital untuk rawatan. Beberapa tulang dibahagian pinggulnya patah dan dia perlu ditahan di wad selama 6-9 minggu.Manakala untuk sembuh sepenuhnya ianya mengambil masa selama 6-9 bulan.

Andy Lau yang kini berusia 55 tahun adalah seorang pelakon dan juga penyanyi . Kejadian ini pasti menjejaskan kempen promosi filem dan nyanyian   dan beberapa konsert akhir tahun di Coliseum yang sudah dirancang sejak awal mungkin akan dibatalkan .



Menurut Straits Time,  penyanyi Alan Tam, baru-baru ini mengunjungi beliau  hospital tapi terpaksa memendek kan masa lawatan disebabkan Andy Lau merasa kesakitan dan perlu berehat secukupnya..Apple Daily melaporkan bahwa kos rawatan nya berjumlah HK $ 3.000.000 (US $ 390.000). Namun Andy Lau mempunyai Insurans diri berjumlah  US $ 50 juta.

Saya juga antara salah seorang peminat filem-filem lakonan pelakon ni.macam tak percaya yang usia nya dah 55 tapi masih aktif berlakon filem , iklan dan bakal mengadakan kosert di hujung tahun nanti.Memang laris sepanjang masa dia ni.Semoga palakon kesayangan ramai ni cepat sembuh.


sekian

Wednesday, 1 June 2016

ANANG HERMANSYAH UGUT HANTAR ANAK GADIS KE SEKOLAH AGAMA JIKA TIDAK MAHU BERHIJAB

Assalamualaikum...

Setiap ibu bapa mesti nak kan yang terbaik untuk anak-anak.Macam saya sendiri kalau boleh nak anak-anak mendalami ilmu agama lebih dari yang saya ada.Saya tengok bekas pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya Norman Hakim mendidik anak-anak mereka.Kagum sebab anak-anak nya berminat untuk belajar agama.Dah tentu mereka mendidik anak-anak mereka ke arah itu yang jadi punca anak2 boleh ikut dan berminat jugak.




Semalam saya tengok kat satu artikel dari seberang tu..Katanya penyanyi dan komposer Anang Hermansyah yang juga bekas suami Krisdayanti, dia ugut nak hantar anak perempuan nya , Aurel , untuk belajar agama  di sekolah pondok jika anak gadisnya itu tak mahu berhijab.

Tapi biasa la budak muda..tengah cantik ramai peminat mana la dia nak ikut .Lagi2 sejak kecil tak dididik untuk kerah itu.tak mungkin dia akan ikut cakap ayah dia. Ibu dia sendiri tak berhijab..kemudian Ibu tiri pun tak berhijab .

Aurel tetap teguh dengan pendirian nya untuk tidak berhijab dan menjelaskan dia belum bersedia untuk menutup aurat sepenuhnya dan memberi jaminan akan berhijab ketika usianya 40 an.Kenyataan Aurel turut di sokong ibu tirinya , Asyanty,  yang merasakan anak gadisnya masih kecil dan  belum sesuai untuk berhijab sekarang.

Rasanya baik Anang suruh   isterinya  juga untuk berhijab.Sebab orang kata nak  ubah anak, ibu bapa tu dulu yang kena berubah.Tak kan nak anak je berhijab tapi mak ayah kelaut dalam sana..heheheh..Nak tunggu umur 40 takut tak sempat je..Siapa boleh jamin umur kita ni panjang..kan??

sekian..





Thursday, 24 March 2016

PEMILIHAN AMELINA SEBAGAI DUTA PRODUK DHERB DIPERTIKAI

Assalamualaikum..



Selalunya kalau kita tengok artis2 yang di pilih untuk menjadi duta pada satu2 produk kecantikan dan kesihatan mestilah artis yang cantik, ramping dan boleh kata sedap mata memandang.
Tapi kalau yang dipilih tu adalah artis yang tak cantik, agak pelik juga apa yang membuatkan artis tersebut dipilih menjadi duta produk.



Baru-baru ni dalam satu majlis , Dato Alif Syukri mengumumkan pemilihan penyanyi dangdut Amelina di pilih sebagai duta salah satu produk D'herb.Tapi ada pula yang mempertikaikan nya.."kenapa pilih amelina .Pilih la yang elok sikit..pilih la yang ramping, "macam tu la komen2 yang di berikan oleh pengikut2 di laman Instgaram Dato Alif Syukri .



Nak buat cemana..dah rezeki Amelina la kot.lagi pun Amelina cuma dipilih sebagai produk pewarna rambut Dherb.Bukan produk kecantikan kulit wajah atau pun pelangsingan badan..Jangan la tengok badan atau kulit dia..Tengok rambut je Ok..heheh..

Sekian..


Wednesday, 13 January 2016

PANDANGAN TENTANG ARTIS BERHIJAB ADA MUSLIHAT

Assalamualaikum...




semalam saya baca satu komen kat satu group ni..
"artis sekarang kalau pakai tudung ada dua sebab je..
pertama sebab nak kawen..kedua sebab nak jual tudung.."
heheh..ramai pulak yang menyokong..

Dulu saya pun fikir macam tu..
Yang nak kawen tu pakai tudung sebab tak nak suami masuk neraka.
habis dulu, ayah dia,abang dia tak pe la masuk neraka?

Lepas tu yang jual tudung pulak...
hari ni mula bertudung minggu depan terus keluar 
koleksi hijab artis tu..mula la saya sangka buruk..
Pompuan ni plan nak berniaga tudung dalam masa seminggu ke?
tak mungkin..kenapa tak dari awal2 bertudung 
kalau dah ada niat nak jual tudung..
sekurang-kurangnya tak la orang mengata.
ni tidak..seminggu lagi nak jual tudung , baru hari ni nak tutup rambut tu..



Ha..macam tu la sangkaan buruk saya pada artis2 yang mula berhijab ni.
Tapi lama kelamaan saya perhatikan..
apa pun niat diaorang , yang sangat saya kagum cara mereka membawa diri tu.
Bukan lah semua tapi ada beberapa artis yang bila berhijab, jual tudung atau nak kahwin..
mereka tetap istiqamah ..
mereka tak sesekali biarkan diri mereka dilihat dalam 
keadaan berbaju ketat, baju jarang, 
pakai tudung paras leher...mereka tak buat macam tu..

kalau post gambar kat laman sosial pun mesti gambar2 yang sopan 
dan tak kan mendatangkan fitnah.



Bila berlakon pun mereka elak kan untuk bersentuhan dengan lelaki.
Bayangkan lah babak suami isteri dalam rumah pun, 
mereka tetap berhijab sebab nak menjaga aurat mereka.

Bagi saya , mereka jual tudung atau berhijab sebab nak kawen..
itu semua hanya untuk permulaan sesuatu yang baik ..
tak salah dan tak patut dipertikaikan.
Manusia ni nak berubah bukan dia kira masa..
kalau hati dah kata "nak buat.."
tak kira la kat mana dan bila..semua boleh jadi..


sekian..

Wednesday, 10 June 2015

SIAPA YANG KOMEN PASAL KAHWIN AKAN DI BLOCK

Assalamuaalaikum..



Biasanya penyibuk2 artis ni kalau artis tu  bercinta
mesti ada komen2  dia yang tanya bila  artis tu nak kawen..
Mula2 ayat puji2 dulu lepas tu keluar la soalan cepumas dia..

"sweet la korang ni..kawen la cepat.."

"suka tengok pasangan sejoli ni..Bila nak kawen..?"

kalau artis tu malas nak layan dia senyap je la..
malas nak jawab..kan??
dah jawab pun nanti tanya lagi..

Tapi ada satu pasangan duda dan janda yang tengah meletop-letop
kisah cinta diaorang ni..
kalau peminat2 dia tanya pasal kawen silap2 kena block .
Bukan sorang yang mengadu di block
bila tanya pasal kawen tapi ramai...kesian..heheh
kalau yang tak kena block tu kira bernasib baik la..

Mungkin peminat tu sayang kat artis kegemaran dia..
Risau tengok artis kesayangan dan kekasih nya asyik ke hulu ke hilir bersama.
Jadi soalan2 tentang bila nak kawen tu
sebagai tanda ambil berat..mungkin...

Tapi yang dibalas nya hanya dengan kata2..
''jangan menyibuk,.."
"diam la.."
 dah banyak kali bila ada yang tanya pasal kahwin,
dia  mula nak marah2.

Orang tak popular pun sebulan 3,4 kali je  dapat soalan "bila nak kawen "..
Ni kan pulak orang popular..
tak hairan la dalam beratus ribu follower tu
awak akan dapat soalan yang sama setiap hari.
jadi tak payah la nak marah2..
mintak je la doa dari follower tu untuk mendekatkan jodoh kalian berdua.
marah2 follower nak buat apa..

Artis ni dan kekasih nya mungkin
pernah kecewa dengan perkahwinan pertama..
mungkin sebab tu mereka ambil masa yang lama nak mendirikan rumahtangga.
tapi jangan lah sampai hilang kepercayaan pada perkahwinan.
kalau dah saling sayang menyayangi kan
bagus kalau dikukuhkan dengan ikatan pernikahan.



Awak mengaku awak gentlemen tapi
sebenarnya tak pun
..


sekian...