Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Tuesday, 24 January 2017

ANDY LAU PATAH TULANG PINGGUL JATUH DARI KUDA

Assalamualaikum..




Pertengahan tahun 90 an dulu mana ada siapa kita disini yang kenal artis korea.Filem korea pun tak de disiarkan di kaca tv.Yang ada hanya filem-filem dan drama tv dari Hongkong.Waktu tu antara artis Hongkong Yang menjadi sebutan ramai ialah , Leon Lai Meng, Jacky Chan, Anita mui , dan ramai lagi..Dan salah seorang yang mempunyai jutaan peminat disini ialah Andy Lau.

Terbaru berita mengenai  pelakon Andy Lau ,beliau dikabarkan terjatuh dari kuda ketika ketika pengambaran sebuah iklan Teh di Thailand minggu lalu

 
Beliau  dibawa pulang  ke Hong Kong Khamis lalu dan terus dibawa ke Hong Kong Sanatorium & Hospital untuk rawatan. Beberapa tulang dibahagian pinggulnya patah dan dia perlu ditahan di wad selama 6-9 minggu.Manakala untuk sembuh sepenuhnya ianya mengambil masa selama 6-9 bulan.

Andy Lau yang kini berusia 55 tahun adalah seorang pelakon dan juga penyanyi . Kejadian ini pasti menjejaskan kempen promosi filem dan nyanyian   dan beberapa konsert akhir tahun di Coliseum yang sudah dirancang sejak awal mungkin akan dibatalkan .



Menurut Straits Time,  penyanyi Alan Tam, baru-baru ini mengunjungi beliau  hospital tapi terpaksa memendek kan masa lawatan disebabkan Andy Lau merasa kesakitan dan perlu berehat secukupnya..Apple Daily melaporkan bahwa kos rawatan nya berjumlah HK $ 3.000.000 (US $ 390.000). Namun Andy Lau mempunyai Insurans diri berjumlah  US $ 50 juta.

Saya juga antara salah seorang peminat filem-filem lakonan pelakon ni.macam tak percaya yang usia nya dah 55 tapi masih aktif berlakon filem , iklan dan bakal mengadakan kosert di hujung tahun nanti.Memang laris sepanjang masa dia ni.Semoga palakon kesayangan ramai ni cepat sembuh.


sekian

Wednesday, 1 June 2016

ANANG HERMANSYAH UGUT HANTAR ANAK GADIS KE SEKOLAH AGAMA JIKA TIDAK MAHU BERHIJAB

Assalamualaikum...

Setiap ibu bapa mesti nak kan yang terbaik untuk anak-anak.Macam saya sendiri kalau boleh nak anak-anak mendalami ilmu agama lebih dari yang saya ada.Saya tengok bekas pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya Norman Hakim mendidik anak-anak mereka.Kagum sebab anak-anak nya berminat untuk belajar agama.Dah tentu mereka mendidik anak-anak mereka ke arah itu yang jadi punca anak2 boleh ikut dan berminat jugak.




Semalam saya tengok kat satu artikel dari seberang tu..Katanya penyanyi dan komposer Anang Hermansyah yang juga bekas suami Krisdayanti, dia ugut nak hantar anak perempuan nya , Aurel , untuk belajar agama  di sekolah pondok jika anak gadisnya itu tak mahu berhijab.

Tapi biasa la budak muda..tengah cantik ramai peminat mana la dia nak ikut .Lagi2 sejak kecil tak dididik untuk kerah itu.tak mungkin dia akan ikut cakap ayah dia. Ibu dia sendiri tak berhijab..kemudian Ibu tiri pun tak berhijab .

Aurel tetap teguh dengan pendirian nya untuk tidak berhijab dan menjelaskan dia belum bersedia untuk menutup aurat sepenuhnya dan memberi jaminan akan berhijab ketika usianya 40 an.Kenyataan Aurel turut di sokong ibu tirinya , Asyanty,  yang merasakan anak gadisnya masih kecil dan  belum sesuai untuk berhijab sekarang.

Rasanya baik Anang suruh   isterinya  juga untuk berhijab.Sebab orang kata nak  ubah anak, ibu bapa tu dulu yang kena berubah.Tak kan nak anak je berhijab tapi mak ayah kelaut dalam sana..heheheh..Nak tunggu umur 40 takut tak sempat je..Siapa boleh jamin umur kita ni panjang..kan??

sekian..





Thursday, 24 March 2016

PEMILIHAN AMELINA SEBAGAI DUTA PRODUK DHERB DIPERTIKAI

Assalamualaikum..



Selalunya kalau kita tengok artis2 yang di pilih untuk menjadi duta pada satu2 produk kecantikan dan kesihatan mestilah artis yang cantik, ramping dan boleh kata sedap mata memandang.
Tapi kalau yang dipilih tu adalah artis yang tak cantik, agak pelik juga apa yang membuatkan artis tersebut dipilih menjadi duta produk.



Baru-baru ni dalam satu majlis , Dato Alif Syukri mengumumkan pemilihan penyanyi dangdut Amelina di pilih sebagai duta salah satu produk D'herb.Tapi ada pula yang mempertikaikan nya.."kenapa pilih amelina .Pilih la yang elok sikit..pilih la yang ramping, "macam tu la komen2 yang di berikan oleh pengikut2 di laman Instgaram Dato Alif Syukri .



Nak buat cemana..dah rezeki Amelina la kot.lagi pun Amelina cuma dipilih sebagai produk pewarna rambut Dherb.Bukan produk kecantikan kulit wajah atau pun pelangsingan badan..Jangan la tengok badan atau kulit dia..Tengok rambut je Ok..heheh..

Sekian..


Wednesday, 13 January 2016

PANDANGAN TENTANG ARTIS BERHIJAB ADA MUSLIHAT

Assalamualaikum...




semalam saya baca satu komen kat satu group ni..
"artis sekarang kalau pakai tudung ada dua sebab je..
pertama sebab nak kawen..kedua sebab nak jual tudung.."
heheh..ramai pulak yang menyokong..

Dulu saya pun fikir macam tu..
Yang nak kawen tu pakai tudung sebab tak nak suami masuk neraka.
habis dulu, ayah dia,abang dia tak pe la masuk neraka?

Lepas tu yang jual tudung pulak...
hari ni mula bertudung minggu depan terus keluar 
koleksi hijab artis tu..mula la saya sangka buruk..
Pompuan ni plan nak berniaga tudung dalam masa seminggu ke?
tak mungkin..kenapa tak dari awal2 bertudung 
kalau dah ada niat nak jual tudung..
sekurang-kurangnya tak la orang mengata.
ni tidak..seminggu lagi nak jual tudung , baru hari ni nak tutup rambut tu..



Ha..macam tu la sangkaan buruk saya pada artis2 yang mula berhijab ni.
Tapi lama kelamaan saya perhatikan..
apa pun niat diaorang , yang sangat saya kagum cara mereka membawa diri tu.
Bukan lah semua tapi ada beberapa artis yang bila berhijab, jual tudung atau nak kahwin..
mereka tetap istiqamah ..
mereka tak sesekali biarkan diri mereka dilihat dalam 
keadaan berbaju ketat, baju jarang, 
pakai tudung paras leher...mereka tak buat macam tu..

kalau post gambar kat laman sosial pun mesti gambar2 yang sopan 
dan tak kan mendatangkan fitnah.



Bila berlakon pun mereka elak kan untuk bersentuhan dengan lelaki.
Bayangkan lah babak suami isteri dalam rumah pun, 
mereka tetap berhijab sebab nak menjaga aurat mereka.

Bagi saya , mereka jual tudung atau berhijab sebab nak kawen..
itu semua hanya untuk permulaan sesuatu yang baik ..
tak salah dan tak patut dipertikaikan.
Manusia ni nak berubah bukan dia kira masa..
kalau hati dah kata "nak buat.."
tak kira la kat mana dan bila..semua boleh jadi..


sekian..

Wednesday, 10 June 2015

SIAPA YANG KOMEN PASAL KAHWIN AKAN DI BLOCK

Assalamuaalaikum..



Biasanya penyibuk2 artis ni kalau artis tu  bercinta
mesti ada komen2  dia yang tanya bila  artis tu nak kawen..
Mula2 ayat puji2 dulu lepas tu keluar la soalan cepumas dia..

"sweet la korang ni..kawen la cepat.."

"suka tengok pasangan sejoli ni..Bila nak kawen..?"

kalau artis tu malas nak layan dia senyap je la..
malas nak jawab..kan??
dah jawab pun nanti tanya lagi..

Tapi ada satu pasangan duda dan janda yang tengah meletop-letop
kisah cinta diaorang ni..
kalau peminat2 dia tanya pasal kawen silap2 kena block .
Bukan sorang yang mengadu di block
bila tanya pasal kawen tapi ramai...kesian..heheh
kalau yang tak kena block tu kira bernasib baik la..

Mungkin peminat tu sayang kat artis kegemaran dia..
Risau tengok artis kesayangan dan kekasih nya asyik ke hulu ke hilir bersama.
Jadi soalan2 tentang bila nak kawen tu
sebagai tanda ambil berat..mungkin...

Tapi yang dibalas nya hanya dengan kata2..
''jangan menyibuk,.."
"diam la.."
 dah banyak kali bila ada yang tanya pasal kahwin,
dia  mula nak marah2.

Orang tak popular pun sebulan 3,4 kali je  dapat soalan "bila nak kawen "..
Ni kan pulak orang popular..
tak hairan la dalam beratus ribu follower tu
awak akan dapat soalan yang sama setiap hari.
jadi tak payah la nak marah2..
mintak je la doa dari follower tu untuk mendekatkan jodoh kalian berdua.
marah2 follower nak buat apa..

Artis ni dan kekasih nya mungkin
pernah kecewa dengan perkahwinan pertama..
mungkin sebab tu mereka ambil masa yang lama nak mendirikan rumahtangga.
tapi jangan lah sampai hilang kepercayaan pada perkahwinan.
kalau dah saling sayang menyayangi kan
bagus kalau dikukuhkan dengan ikatan pernikahan.



Awak mengaku awak gentlemen tapi
sebenarnya tak pun
..


sekian...

Friday, 29 May 2015

INI ARTIS MALAYSIA YANG GARANG

Assalamualaikum...

Susah betul kalau bersembang dengan orang yang garang ni..
kadang2 tu tercuit sikit ja ..
habis la keluar semua ayat pedih dia tu..
Ada beberapa artis dan selebriti  yang
boleh dikategorikan sebagai garang.



Baru2 ni ada terbaca di blog Lekatlekit ..
Cerita tentang sorang peminat dimaki hamun oleh
seorang selebriti popular.
Siapa lagi kalau bukan Azwan Ali..
Sampai keluar kata2 kesat.
garang betul Azwan Ali ni..
kalau saya la memang tak berani nak berbual2 dengan orang macam ni.

Kemudian hari ni pulak saya terbaca komen2 di 
salah satu gambar di IG Rozita Che Wan..



Marah sungguh Che Ta bila ada yang salah menjawab 
bila dia bertanya kalau2 ada sesiap terambil beg 
kakak nya semasa penerbangan ke London baru2 ni., 
Mungkin yang menjawab tu sekadar bergurau,
tapi mood Che Ta waktu tu bukan dalam mood nak bergurau..
maka mendapat la peminat tersebut.,.heheh..
Sebelum2 ni pun dah banyak kali dia bergaduh dengan orang yang silap
cara komen di IG dia..


Seorang lagi selebriti yang garang ialah Abby abadi.
kalau dia kata A,A la sampai akhirnya..
tak suka dengan pendapat dia,
mendapat la korang dengan hujah dia yang panjang berjela.
Walaupun apa yang dia sampai kan tu ada benarnya tapi
masih ramai yang tak bersetuju dengan Abby Abadi..


Pelakon lelaki yang satu ni satu masa dulu kalau bercakap memang macam samseng.
sikit2 nak ajak bertumbuk.tapi sekarang dah kurang la sikit bahasa garang Sharnaz Ahmad ni.
lagipun dah berjinak2 dengan dunia perniagaan ni mulut lidah kena la jaga..
takut ada yag tabur pasir dalam periuk nasi.


Jadi pada siapa2 yang ada follow IG,fb atau twitter artis tu..
sekadar baca je cukup la..
tak payah la nak komen2 nak tunjuk ramah mesra tu..
simpan je la mesra kau untuk kawan2 dan keluarga sendiri.
Takut2 kau komen betul dah..
dia baca pulak dengan nada yang tak betul.
erm..tak pasal2 malu muka..hhehe..

#ada orang kata saya blogger garang!

sekian..


Friday, 3 April 2015

CANTIKNYA IZREEN AZMINDA BERHIJAB

Assalamualaikum....

Orang perempuan ni kalau berhijab memang nampak kemas..kan??
Nampak bersih je..
tak serabut tengok..sebab bila dah berhijab dah tentu pakaian nya pun di jaga..
pakai yang sopan je.
lagi2 kalau memang asalnya dah cantik, muka jadi bertambah ayu..
makin ramai artis2 yang dah berhijab.tak kira penyanyi ke pelakon ke!
tak jadi masalah bila bawa imeh bertudung..


Pelakon Izreen Azminda salah seorang artis yang dikatakan baru saja berhijab sepenuh nya.
saya sendiri pun tak pasti kesahihan nya..
tapi bila tengok gambar2 yang dikongsi di IG memang gambar2 terbarunya semua nya berhijab..


Harap2 betul la yang dia dah berhijab..
mesti ramai yang suka dan kagum dengan perubahan artis cantik ni..


Perubahan2 positif yang dilakukan oleh golongan2 selebriti ni sebenarnya 
memberi kesan jugak pada peminat2.
maklumla..budak2 muda sekarang memang suka ikut2 
apa yang artis pakai..kan??

Tak salah pun berhijab sebab tiru artis..
saya tak pernah dengar lagi dari mana2 ustaz atau ustazah yang kata
berhijab sebab terpaksa atau sebab ikut2 orang tu satu dosa.
kalau tak mulakan, bila lagi...??

Sekian..



Friday, 19 December 2014

BERGADUH PASAL ARTIS ADALAH PERKARA YANG SIA-SIA

Assalamualaikum..



Saya memang Follow ramai instagram artis.
sebab saya suka tengok gambar2 diaorang.
kalau fb dengan twitter saya tak peduli pun.
Paling saya suka kalau artis tu tunjuk
apa barang makeup diaorang..
atau pun kasut diaorang..
tak pun apa yang diaorang makan dan masak..
majlis kawen ke,majlis harijadi ke..
Best la sebab mana tahu kita pun boleh buat macam tu..kan??

heheheheh...



Sama la macam kat blog jugak.
Biasanya kalau blogger tulis pasal makan,makeup,
atau pun baju dan kasut,
pasal perkahwinan,review inai la...
review baju pengantin la..itu dulu la yang saya baca.
ye la..saya kan perempuan !

Tapi satu yang tak best tengtang IG artis ni
bila datang masa bergaduh tu..
ya Ampun!!artis rilek je baca notification..
yang pengikut nya bergaduh maki hamun sesama sendiri.



Kadang2 geram jugak la dengan artis macam tu.
Dia biar je depa bergaduh.
sepatutnya bila dah tengok ada apai2 nak bergaduh tu
awak delete kan je la gambar yang bikin panas tu..
Nak delete komen satu2 banyak pulak masa kau..kan??
jadi delete je gambar tu.
habis cerita..



Salah seorang artis yang tak ambik kesah  
dengan perangai pengikut2 yang suka
bergaduh ialah Nora Danish..
Dia biar je benda tu melarat2 sampai 1,2 ribu komen..
lama2 pandai pulak pengikut nya berhenti bergaduh..
minggu depan bergaduh lagi..ehehhehe


sekian...

Thursday, 18 December 2014

PERCERAIAN BELUM SAH TAPI DAH RANCANG NAK KAWEN

Assalamualaikum...




Ingat tak saya pernah siarkan cerita pasal pelakon vateran Fadhilah Mansor yang nak kawen dengan A.Rahman Hassan tu??Ramai yang terkejut hari ni sebab keluar kat berita harian katanya perceraian nya baru disahkan .Orang pelik la  bila belum sah bercerai tapi dah rancang nak kawen dengan orang lain.

Erm..sebenarnya lafaz cerai tu di buat pada september 2012.tapi hari ni baru disahkan.Biasalah kes2 mahkamah ni memang berlanjutan sampai makan tahun.



Tapi yang silap nya bila dia merancang nak kawen sedangkan kes penceraian tu belum selesai.Macam mana orang tak mengata..kan??patutnya dia diam2 kan je dulu hal tentang nak kawen tu..Bayangkan cemana dia nak kawen sedangkan kes kat mahkamah tak selesai lagi?kan jadi rumit nanti.

tapi sekarang dah selesaikan?kira tak payah bising2 dah la..:p

eh!!orang bercerai salah kawen pun salah..susah jadi artis nih..heheh

Ramai pulak artis bercerai hujung tahun nih.pandai pulak tu pilih masa,,sekali harung je semua masuk suratkhabar..tak la orang tumpu pada satu artis je..kurang sikit tekanan kat artis tu.heheh

sekian..






Thursday, 27 November 2014

GAMBAR FESYEN ARTIS DI MAJLIS PERASMIAN BUTIK MCM

Assalamualaikum...

Melaram sakan artis2 ni kat majlis perasmian butik MCM di Pavilion malam tadi.
paling jadi tumpuan dah tentu la pasangan suami isteri
yang hot ni..

Scha dan Awal..
nak tengok gambar artis lain..??

Scha dan Awal



Datin Tiara 

Atilia 

Nora Danish


Yasmin hani dan suami
dan Marion (baju jitam)


Ning Baizura



Kavita sindhu


Siapa paling tak cantik??
Heheheh


Sekian...

Wednesday, 19 November 2014

SIAPAKAH ARTIS YANG BADAN NYA BERKETAK-KETAK NI??

Assalamualaiakum..



Tengahari tadi tengok satu rancangan tv tu.
Hujung2 rancangan tu ada jemput sorang artis nih..
tak kenal pun.
penyanyi baru kot..
berketak-ketak badan nya...

Bukan penyanyi lelaki..tapi perempuan..
heheh..terkejut jugak tengok gaya pakaian nya, tu..
Bukan nak ckap pasal aurat nye ..

(Nanti ada yang cakap saya ustazah mulut jahat..
dan suruh saya berprasangka baik
sedangkan nak prasangka apa nya kalau berlipat2 depan mata macam ni..)

Cuma nak bagitau pakaian nya tak kena langsung dengan
bentuk badan dan lagu yang dibawa.

nampak tak cantik ..
kan cantik kalau dia kenakan dress yang panjang..
baru lah sesuai dengan lagu dia tu..kan??
Lagunya macam balada sikit..sedap suaranya..


Kan nak masuk tv..
jadi pakai la yang nampak sopan sikit..
Lagipun katanya artis baru..
Selalunya artis yang pakaian macam ni susah sikit nak cari makan
dengan jual album..
peminat sekarang ni dah pandai berfikir dan pandai memilih.

Ok la..dah awak suruh saya berprasangka baik saya pun anggap je la'
dia artis baru yang belum ada duit untuk upah
perunding imej.

sekian..

Friday, 14 November 2014

DATUK A RAHMAN HASSAN BAKAL BERKAHWIN DISEMBER INI



Kuala Lumpur: “Takutlah saya nak cakap dulu. Saya tak nak komen banyak buat masa ini. Insya-Allah, tapi janganlah kecoh-kecoh dulu,” ulas dramatis Fadilah Mansor mengenai ura-ura majlis perkahwinannya dengan penyanyi 60-an Datuk A Rahman Hassan, hujung tahun ini.
Fadilah, 54, yang dihubungi berkata, sebagai wanita dia tidak berani bercerita lanjut mengenai butiran majlis itu demi menghormati permintaan A Rahman, 67.

Katanya, dia juga segan untuk mencanangkan hal itu kerana faktor usia mereka boleh menimbulkan perasaan kurang selesa kepada masyarakat jika perkara itu digembar-gemburkan.

“Apa yang saya boleh kongsi kalau umur dah macam ini kalau canang-canang sangat seganlah nanti orang kata over (keterlaluan) pula.
“Jadi saya ikut saja perancangan abang (A Rahman). Dia tak nak bising-bising dulu sampailah kami betul-betul sedia untuk berkongsi nanti,” 
katanya.

Sumber mendakwa, Fadilah dan penyanyi kumpulan pop yeh-yeh, Orkes Nirwana itu bakal melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis ringkas di sini pada Disember ini.

Ura-ura itu diperkukuhkan lagi apabila Harian Metro menerima gambar baju pengantin perempuan yang dipercayai bakal digunakan Fadilah pada majlis berkenaan kelak.

Difahamkan, pasangan duda dan janda ini mula berkawan selepas mereka hadir pada satu majlis hiburan, beberapa bulan lalu.
Fadilah yang juga bekas isteri kepada pengarah filem veteran Ahmad Ibrahim atau Mat London sudah empat tahun bergelar ibu tunggal memiliki dua anak hasil perkahwinan itu.

Manakala A Rahman pula bapa tunggal kepada tiga anak termasuk pelakon dan pengarah Khir Rahman, selepas isterinya Datin Azizah Mohamad penyanyi 60-an meninggal dunia pada 26 April tahun lalu akibat kanser.

Fadilah berkata, dia terbuka hati untuk menerima lamaran itu kerana sikap rendah hati dan penyayang dalam diri A Rahman.
Sementara itu, A Rahman meminta agar cerita perkahwinan itu tidak digembar-gemburkan ketika ini sehingga pihaknya bersedia untuk membuka mulut.

Sekian

Thursday, 13 November 2014

ARTIS SENDU KAHWIN DAPAT TAJAAN 200K..BERBALOI KE??

Assalamualaikum..



Artis sendu kawen pun ada penaja..
kau yang terkenal,
hot, cantik,ramai lelaki himpit ni tak de siapa ke yang taja..
ekekek??soalan mintak tenyeh cili nih..

Sebenarnya makcik baru lepas baca pasal artis 2 orang ni..
Tak tahu pun yang mereka ni artis.
tak pernah tengok pun belakon citer apa..
(dah siang malam tengok drama korea mana la kau nak kenal artis malaysia ni..)


Cerita pasal taja2 nih..
syarikat2 atau butik2 pengantin yang taja diaorang ni,
rasa berbaloi ke nak taja ye??
sebab nya kalau setakat nak taja baju pengantin yang biasa2 je
baik taja artis popular..
sebab baju biasa2 ,tapi guna artis popular
secara tak langsung orang nak tahu baju pengantin dia dari mana..



Tapi kalau artis sendu..
orang kenal pun tidak..
kau nak taja baju pengantin biasa2  je ke???
agak2 orang nak tak tahu baju dia dari mana??
malas nak ambik tau..tengok gambar dah la..KAN??



Kalau kau nak taja artis sendu gini kau kena
taja dia baju yang lain dari yang lain..
Mungkin yang berkepak tinggi sampai paras kepala..
baru orang buka mata tengok baju pengantin yang kau taja..
mesti orang akan tertanya2..
"siapa buat baju dia tu..cantik la..unik.."



Betul tak??ke tak betul??

tapi ada jugak yang taja tu sebab itu sedara dia kawen..
atau pun kawan baik..Bukan sebab artis tu boleh
lariskan pakaian kat butik dia..
kan??apa pun pengantin jugak yang untung..jimat duit..

sekian..


Saturday, 20 September 2014

ANUGERAH LAWAK WARNA:FESYEN ARTIS MANA PALING BURUK?

Assalamualaikum...

Malam tadi berlangsung Anugerah Lawak Warna
Entah siapa yang tercalon siapa yang menang pun saya tak tahu..
Sebab tak tengok..
Tengok gambar2 artis2 melaram je kat ig.
Jom kita pilih baju siapa paling tak cantik..
Hehehhe.


Nad Zainal.


Almy Nadia


Nad Nisa


Syarifah Sakinah


Elfira Loy


Fauziah Ghous


Jihan Musa


Yana Samsudin

Eira Syazira


Nabila Huda

Sari Yanti

Siapa pilihan anda???
Saya sokong siapa saja yang anda pilih.
Heheheh

Sekian..