Showing posts with label anjing dan kucing. Show all posts
Showing posts with label anjing dan kucing. Show all posts

Sunday, 29 January 2017

INI SEBAB KENAPA ANDA PATUT HENTIKAN TABIAT MENCIUM HAIWAN KESAYANGAN

Assalamualaikum..



Saya selalu pesan pada Mikhail jangan cium kucing.Tapi budak ni memang tak makan saman tau.Sebab tu kalau dia pegang kucing saya akan perhatikan dia .Dia memang rapat dengan kuving ni..Jonjea pun kat mana ada Mikhail dia pun sua le muka comel dia.Mana la mikhail tak geram..kan?Sampai kan bila Mikahil tidur pun dia datang tidur kat sebelah.

Kebanyakan dari kita yang memelihara haiwan kesayangan akan menganggap haiwan kesayangan kita adalah sebahagian dari keluarga kita.Dan tak mustahil kadang2 kita mencium mereka .Tapi sebenarnya tindakan kita salah dan tak elok untuk kita.Siapa tahu haiwan kesayangan kita tu gigit sampah ke, baru jilat2 air dari lantai bilik air kita, atau dia makan sesuatu yang kotor...Kita bukan perhatikan dia 24 jam..kan??



Lain la kalau haiwan peliharaan kita tu baru je kita bersihkan dan yakin dia memang dalam keadaan bersih.

Terutamanya anjing..Air lir anjing ada virus dan kuman .Ada pernah berlaku pada seorang wanita british ,dijangkiti kuman daripada air liur anjing anaknya. Dia mula menyedari percakapan nya tidak lancar dan jelas. Ujian darah mendedahkan bahawa dia terkena jangkitan bakteria canimorsus capnocytophaga, biasanya dijumpai di dalam mulut anjing dan kucing. Terdapat juga 13 kejadian yang sama di seluruh UK. Menakut kan bukan??



Tapi kita ada cara kalau nak kan haiwan peliharaan kita kekal bersih .Ini tips nya.:

1- Jangan mencium haiwan peliharaan.Jangan biarkan mereka menjilat muka kita,
jangan beri mereka makan di meja makan kita dan jangan berkongsi hidangan kita  dengan mereka.


2- Basuh tangan  dengan bersih selepas menyentuh haiwan kesayangan.

3- Dapatkan suntikan Vaksin haiwan peliharaan anda  dengan segera.

4- Gunakan syampu anti-bakteria dan anti-kulat khas apabila mencuci haiwan kesayangan

5- Pastikan anjing atau kucing kita  tidak mempunyai hubungan dengan haiwan liar atau sesat dalam apa jua bentuk.



6- Apabila membawa anjingatau kucing  berjalan pastikan  mereka tidak makan apa-apa dari jalan.

7- Jangan memberi makanan mentah seperti telur , daging mentah atau ikan mentah kepada haiwan anjing dan kucing.

8- Selalu dan keraplah membersih mangkuk makan, sangkar dan tempat haiwan kesayangan kita membuang .Jangan lupa untuk memeriksa kawasan rumah supaya tetap bersih.

9- Segera dapatkan rawatan jika kucing atau anjing tidak sihat atau mengalami masalah pencernaan.

semoga bermanfaat untuk semua..


sekian..