Showing posts with label aneh. Show all posts
Showing posts with label aneh. Show all posts

Tuesday, 26 February 2019

WANITA INI MAKAN KUMBANG CINA HIDUP SETIAP HARI UNTUK CEGAH PERTUMBUHAN KANSER

Seorang wanita California makan kira-kira lima Kumbang Cina setiap hari sebagai cara untuk mencegah pertumbuhan tumor kanser dan meningkatkan sistem imunnya.



Marcela Iglesias, ibu dari Los Angeles, California, percaya bahawa memakan Kumbang Cina hidup-hidup setiap hari adalah cara terbaik untuk mencegah kanser, merawat sakit kronik, arthritis dan pelbagai masalah pencernaan.

Kumbang Cina ini didakwa melepaskan toksin yang dipanggil "coleotoxin" apabila mereka mati, Teori ini disokong pada tahun 2011 dalam satu kajian yang mendapati bahawa coleotoxin mengurangkan pertumbuhan sel tumor lebih daripada 70 peratus.






Penyelidikan itu banyak diperdebatkan oleh ramai dalam komuniti saintifik, tetapi Iglesias tidak begitu peduli, mengatakan bahawa walaupun serangga itu sebenarnya tidak membantu mencegah kanser, ianya masih merupakan sumber protein yang hebat.

Wanita kelahiran Argentina ini berpindah ke California 20 tahun yang lalu dan membiak kan kumbang Cina di ruang tamu dan mendakwa bahawa kos membiak kan kumbang tersebut adalah sangat rendah.



Serangga ini hidup dalam bekas kecil, dan apa yang perlu dilakukan ialah menggantikan kepingan roti, gandum dan salad di dalam bekas makanan. Ianya membiak dengan banyak, jadi sangat penting untuk sentiasa memastikan bekalan makanan cukup.

Marcela mengatakan dia belajar tentang manfaat menelan kumbang hidup dari teman rapat yang mengidap kanser. selepas beberapa kali menjalani kemotrapi, rakan nya itu menolak dan enggan meneruskan rawatan kerana ia berasa sangat menyakitkan.

Sebaliknya, dia mula makan kira-kira 40-50 kumbang Cina setiap hari, dan dia telah bebas kanser selama enam tahun. Marcela menelan dos yang lebih kecil kerana dia tidak mengalami sebarang penyakit, jadi dia tidak perlu mengambil terlalu banyak.

Walaupun Marcela mengakui bahawa ramai yang menganggap apa yang dilakukan nya menjijik kan namun dia mendakwa dia langsung tidak berasa ianya jijik atau kotor, Setiap kali makan kumbang dia dapat merasa kan kumbang-kumbang itu bergerak di lidahnya namun ianya tidak memberi masalah kepadanya. Selepas makan dia akan minum jus saderi untuk mencuci mulutnya.



"serangga ini  mempunyai banyak manfaat kesihatan, bukan sahaja untuk merawat kanser tetapi arthritis, sakit kronik, masalah pencernaan dan banyak lagi - Makan serangga sangat popular di beberapa negara di Asia" kata Marcela Iglesias

Marcela mula makan Kumbang Cina sejak dua bulan lalu, jadi terlalu awal baginya untuk mengatakan jika ianya benar-benar berkesan,

 Dia juga menganggap makan kumbang Cina kurang menjijikan berbanding makan daging. serangga ini lebih mudah dicerna, mengandungi banyak protein dan anda tidak perlu bimbang tentang aspek etika, seperti bagaimana haiwan itu dianiaya atau bagaimana ia diuruskan ketika menyembelih.






Makan Kumbang Cina untuk manfaat kesihatan  sangat popular di negara asal Iglesias 'Argentina, serta beberapa negara Amerika Selatan yang lain selama bertahun-tahun, dan anda sebenarnya boleh menemui banyak artikel dan video mengenai nya di dalam taliann. Walau bagaimanapun, kajian saintifik masih belum mengesahkan kesahihan dakwaan ini.


KUCING INI ASALNYA BERWARNA HITAM KEMUDIAN BERTUKAR MENJADI WARNA PUTIH DALAM MASA SETAHUN

Hye semua..



Vitiligo, satu keadaan yang menyebabkan kehilangan warna kulit yang boleh berlaku kepada 1% manusia dan ianya jarang berlaku pada haiwan. Elli, salah seekor kucing yang mengalami Vitiligo, dilahirkan dengan bulu hitam, tetapi selepas setahun dia didiagnosis dengan keadaan misteri ini, bulunya hampir putih sepenuhnya.





Nicole, pemilik kucing ini , menjumpai Elli di sebuah ladang di Jerman,Ketika itu Elli hanya berusia sekitar 4 bulan. Dia ditemui dalam keadaan yang sangat kurus dan memerlukan rawatan perubatan.

Jadi Nicole mengambil nya dan memelihara Elli. Elli berwarna hitam dengan bintik-bintik putih di dada membuatkan dia kelihatan seperti memakai tuxedos berbulu.



Tetapi pada suatu hari, tuxedos Elli mula hilang warnanya. Pada mulanya ianya hanya tompok putih kecil tapi selepas sebulan berlalu, bulu hitamnya berubah menjadi tompok-tompok  hitam dan putih.



Selama beberapa bulan kemudian nya, bintik-bintik putih yang lebih kecil muncul di bulu hitam Elli, jadi Nicole membawanya ke doktor haiwan untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.




Dia terkejut apabila mengetahui bahawa Elli menderita Vitiligo, keadaan yang sangat jarang berlaku yang menyebabkan perubahan warna kulit dan bulu. Nasib baik, kesannya adalah estetik semata-mata, jadi ia tidak mengganggu kesihatan Elli.





Setahun selepas Nicole melihat tempat putih yang pertama di bulu Elli, warna hitamnya kini bertukar menjadi warna putih, dengan kelabu dan bintik gelap. Ia masih berubah setiap hari , jadi pemiliknya membuat akauan Instagram khas untuk Elli, di mana dia berkongsi perubahan yang berlaku pada Elli. Kalau nak tahu perkembangan terkini Elli boleh la ke instagram nya Elli.vitiligo .



Tuesday, 14 November 2017

LEBIH 70 PAKU DAN JARUM SUNTIKAN KELUAR DARI KAKI WANITA INI

Assalamualaikum..




Bayangkan bila kita sedang berjalan tiba-tiba terpijak paku .Aduh!!dah tentu sakit nya sukar digambarkan dengan kata-kata.

Itu baru terpijak satu paku.Bagaimana kalau ada 70 paju dan jarum berkumpul dalam kaki kita sejak 5 tahun .bayangkan kesengsaraan nya tu bagaimana.

Macam tu lah yang terjadi oleh seorang wanita di India. Anusuiya Devi (35) mendakwa jarum dan paku keluar dari kaki nya sejak 5 tahun lalu.





Dia mendakwa langsung tidak tahu bagaimana paku dan jarum tersebut boleh berada di dalam kakinya.

Namun doktor yang merawat Devi tidak mempercayainya.mereka mendakwa Devi sendiri yang mencederakan dirinya dengan jarum dan paku .

Ianya dianggap sejenis penyakit mental yang membuatkan pesakit akan menyakiti tubuhnya sendiri.


Menurut Devi dia mengami perkara tersebut sejak 5 tahun lalu.Kehidupan nya menjadi sukar kerana apa saja yang dilakukan nya akan menyebab kan kesakitan yang luar biasa samaada duduk, berdiri atau berjalan.

Katanya lagi , kakinya akan keluar jerawat , kemudian jerawat tersebut akan pecah dan mengeluarkan jarum dan paku.

Walaupun para doktor yang merawat Devi mengatakan Devi mungkin mengalami masalah jiwa , namun adik nya mengatakan yang kakaknya bercakap benar.Devi tidak pernah mencederakan dirinya sendiri sepanjang 7 tahun mereka tinggal bersama.









Monday, 9 October 2017

NAK BELA HAIWAN KESAYANGAN TAPI TAKUT? INI BOLEH MEMBANTU KORANG

Assalamualaikum..



Saya baru jumpa kucing ni semalam.Sebenarnya bukan jumpa tapi dia datang sendiri ke rumah..Terus masuk ke dapur dan makan makanan kucing saya, Jonjea. Hari ni saya dah mandikan dia , dah pakaikan loceng kat leher, dan dah beri nama Jaechan . 

Best kan nama2 kucing saya?

hahahha..

Ada banyak sebab kenapa ada orang yang tak suka ada haiwan kesayangan . Antara sebab-sebab kenapa diaorang tak suka bela haiwan ialah sebab takut. 

Ada juga yang tak mau bela sebab malas nak menguruskan nya.

Setiap hari nak kena bersihkan sangkar , nak kena bagi makan, belikan makanan , bawak ke veteriner dan sebagainya.



Benda2 macam tu buat mereka rasa ianya sesuaitu yang menyusahkan.

Tapi saya dah ada satu penyelesaian  untuk korang yang "malas" ni nak ada haiwan peliharaan macam orang lain jugak.

Kadang2 bila kita sedih kita nak juga mengadu kat sesiapa yang boleh dipercayai..sesiapa yang sedia mendengar tanpa membantah dan mencadang..

Betul!!haiwan kesayangan adalah "dia" yang sesuai untuk perkara-perkara itu. Kita boleh peluk dia boleh mengadu dan menangis pada dia.


Ni dia...namanya Qooboo  .. Nampak lain macam je kan??

boleh tengok video di bawah macam mana dia sangat "manja" dengan tuan nya..



Dia tak kan menggigit, tak kan bising bila lapar tak kan berak di laman kita.

Tapi kalau ada kawan korang nak datang rumah bagitau dulu pada dia tentang "haiwan peliharaan " korang ni ye.Takut nanti ada yang kata korang sewel.

hahahha..

Dibangunkan oleh syarikat Jepun, Yukai Engineering Co, Qoobo adalah bantal robot kecil berbulu yang duduk di pangkuan kita dan menggerak kan  ekornya apabila kita membelainya. Itu sahaja, .Dan sebenarnya itu lah yang ramai orang mahukan dari haiwan kesayangan mereka. Kan??

Ada yang alah kepada kucing dan anjing, atau korang  tinggal di sebuah apartmen yang tidak membenarkan membela haiwan kesayangan , atau korang memang tak suka kan bunyi bising mengiau dan menyalak .??

Qooboo adaah haiwan yang sesuai untuk korang..
.


Binatang robot aneh itu diumumkan pada pameran perdagangan CEATEC 2017, dan dijangka akan dijual secara komersial pada musim panas akan datang, sekitar $ 100. Penciptanya mendakwa bahawa Qoobo mempunyai hayat bateri lapan jam dan dapat diisi oleh USB.

Ciri utamanya ialah ekor robot, yang akan bergerak dengan cara yang berbeza bergantung pada cara dia dibelai.. "Kucing tanpa kepala" ini  juga bergetar  dan berdengkur.


Salah seorang pereka Yukai Engineering Co berkata.  idea untuk menwujudakan Qoobo kira-kira enam bulan yang lalu, apabila terpaksa meninggalkan kucingnya dengan ibu bapanya,

Oleh sebab kerana pangsapuri yang didiaminya  tidak membenarkan haiwan peliharaan dia memutuskan untuk mencipta  pengganti haiwan kesayangan yang akan membuatnya berasa lebih baik walaupun haiwan ini tidak mempunyai kepala dan anggota badan lain yang dirasakan tidak begitu penting.




Monday, 11 September 2017

GAMBAR : CARA MEMBERSIHKAN MATA DENGAN PISAU TAJAM



Mata yang cantik dan sihat dah tentu menjadi idaman setiap dari kita.Salah satu cara untuk mendapatkan mata yang cantik ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat.Antara makanan yang mampu mencerahkan mata dan mengelak kan kerabunan ialah lobak.

Kita juga tidak digalak kan terdedah dengan cahaya yang terlalu terang seperti terlalu lama melihat skrin komputer atau pun telavisyen .


Kalau kita sedar la, sekarang ni ramai anak-anak kita yang sejak kecil mengalami kerosakan mata.Maklum la, sekarang ni zaman IT..KIta lebih terdedah dengan smartphone , komputer, tablet hingga kan kita tak sedar ianya boleh menyebabkan kerosakan pada mata kita.

Jadi korang jaga-jaga ok..Had kan penggunaan gadget terutamanya untuk anak-anak kita..Jika mengalami sebarang masalah mata kita perlulah mendapatkan rawatan doktor.




Di China satu rawatan mata yang sangat menakutkan dilakukan oleh seoramg pengamal perubatan yang dikenali sebagai Xiong. 

Xiong berusia 62 tahun telah melakukan rawatan ini kepada pesakitnya sejak 30 tahun lalu,Cara rawatan nya ialah dengan menggunakan sebilah pisau tajam.

Teknik kuno ini diamalkan sejak beratus tahun lalu untuk mencerah dan membersihkan mata.

Cara Membersihkan Mata Dengan Pisau Tajam:-










Sepanjang 30 tahun Xiong berkhidmat kepada pelanggan nya belum pernah sekali pun dia mencederakan pelanggan nya...

Mungkin dia tunggu sampai tercedera baru dia nak berhenti..hahahhaah..Kalau korang sanggup tak buat rawatan membersihkan mata ni?


sekian..