Showing posts with label aneh. Show all posts
Showing posts with label aneh. Show all posts

Tuesday, 14 November 2017

LEBIH 70 PAKU DAN JARUM SUNTIKAN KELUAR DARI KAKI WANITA INI

Assalamualaikum..




Bayangkan bila kita sedang berjalan tiba-tiba terpijak paku .Aduh!!dah tentu sakit nya sukar digambarkan dengan kata-kata.

Itu baru terpijak satu paku.Bagaimana kalau ada 70 paju dan jarum berkumpul dalam kaki kita sejak 5 tahun .bayangkan kesengsaraan nya tu bagaimana.

Macam tu lah yang terjadi oleh seorang wanita di India. Anusuiya Devi (35) mendakwa jarum dan paku keluar dari kaki nya sejak 5 tahun lalu.





Dia mendakwa langsung tidak tahu bagaimana paku dan jarum tersebut boleh berada di dalam kakinya.

Namun doktor yang merawat Devi tidak mempercayainya.mereka mendakwa Devi sendiri yang mencederakan dirinya dengan jarum dan paku .

Ianya dianggap sejenis penyakit mental yang membuatkan pesakit akan menyakiti tubuhnya sendiri.


Menurut Devi dia mengami perkara tersebut sejak 5 tahun lalu.Kehidupan nya menjadi sukar kerana apa saja yang dilakukan nya akan menyebab kan kesakitan yang luar biasa samaada duduk, berdiri atau berjalan.

Katanya lagi , kakinya akan keluar jerawat , kemudian jerawat tersebut akan pecah dan mengeluarkan jarum dan paku.

Walaupun para doktor yang merawat Devi mengatakan Devi mungkin mengalami masalah jiwa , namun adik nya mengatakan yang kakaknya bercakap benar.Devi tidak pernah mencederakan dirinya sendiri sepanjang 7 tahun mereka tinggal bersama.









Monday, 9 October 2017

NAK BELA HAIWAN KESAYANGAN TAPI TAKUT? INI BOLEH MEMBANTU KORANG

Assalamualaikum..



Saya baru jumpa kucing ni semalam.Sebenarnya bukan jumpa tapi dia datang sendiri ke rumah..Terus masuk ke dapur dan makan makanan kucing saya, Jonjea. Hari ni saya dah mandikan dia , dah pakaikan loceng kat leher, dan dah beri nama Jaechan . 

Best kan nama2 kucing saya?

hahahha..

Ada banyak sebab kenapa ada orang yang tak suka ada haiwan kesayangan . Antara sebab-sebab kenapa diaorang tak suka bela haiwan ialah sebab takut. 

Ada juga yang tak mau bela sebab malas nak menguruskan nya.

Setiap hari nak kena bersihkan sangkar , nak kena bagi makan, belikan makanan , bawak ke veteriner dan sebagainya.



Benda2 macam tu buat mereka rasa ianya sesuaitu yang menyusahkan.

Tapi saya dah ada satu penyelesaian  untuk korang yang "malas" ni nak ada haiwan peliharaan macam orang lain jugak.

Kadang2 bila kita sedih kita nak juga mengadu kat sesiapa yang boleh dipercayai..sesiapa yang sedia mendengar tanpa membantah dan mencadang..

Betul!!haiwan kesayangan adalah "dia" yang sesuai untuk perkara-perkara itu. Kita boleh peluk dia boleh mengadu dan menangis pada dia.


Ni dia...namanya Qooboo  .. Nampak lain macam je kan??

boleh tengok video di bawah macam mana dia sangat "manja" dengan tuan nya..



Dia tak kan menggigit, tak kan bising bila lapar tak kan berak di laman kita.

Tapi kalau ada kawan korang nak datang rumah bagitau dulu pada dia tentang "haiwan peliharaan " korang ni ye.Takut nanti ada yang kata korang sewel.

hahahha..

Dibangunkan oleh syarikat Jepun, Yukai Engineering Co, Qoobo adalah bantal robot kecil berbulu yang duduk di pangkuan kita dan menggerak kan  ekornya apabila kita membelainya. Itu sahaja, .Dan sebenarnya itu lah yang ramai orang mahukan dari haiwan kesayangan mereka. Kan??

Ada yang alah kepada kucing dan anjing, atau korang  tinggal di sebuah apartmen yang tidak membenarkan membela haiwan kesayangan , atau korang memang tak suka kan bunyi bising mengiau dan menyalak .??

Qooboo adaah haiwan yang sesuai untuk korang..
.


Binatang robot aneh itu diumumkan pada pameran perdagangan CEATEC 2017, dan dijangka akan dijual secara komersial pada musim panas akan datang, sekitar $ 100. Penciptanya mendakwa bahawa Qoobo mempunyai hayat bateri lapan jam dan dapat diisi oleh USB.

Ciri utamanya ialah ekor robot, yang akan bergerak dengan cara yang berbeza bergantung pada cara dia dibelai.. "Kucing tanpa kepala" ini  juga bergetar  dan berdengkur.


Salah seorang pereka Yukai Engineering Co berkata.  idea untuk menwujudakan Qoobo kira-kira enam bulan yang lalu, apabila terpaksa meninggalkan kucingnya dengan ibu bapanya,

Oleh sebab kerana pangsapuri yang didiaminya  tidak membenarkan haiwan peliharaan dia memutuskan untuk mencipta  pengganti haiwan kesayangan yang akan membuatnya berasa lebih baik walaupun haiwan ini tidak mempunyai kepala dan anggota badan lain yang dirasakan tidak begitu penting.




Monday, 11 September 2017

GAMBAR : CARA MEMBERSIHKAN MATA DENGAN PISAU TAJAM



Mata yang cantik dan sihat dah tentu menjadi idaman setiap dari kita.Salah satu cara untuk mendapatkan mata yang cantik ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat.Antara makanan yang mampu mencerahkan mata dan mengelak kan kerabunan ialah lobak.

Kita juga tidak digalak kan terdedah dengan cahaya yang terlalu terang seperti terlalu lama melihat skrin komputer atau pun telavisyen .


Kalau kita sedar la, sekarang ni ramai anak-anak kita yang sejak kecil mengalami kerosakan mata.Maklum la, sekarang ni zaman IT..KIta lebih terdedah dengan smartphone , komputer, tablet hingga kan kita tak sedar ianya boleh menyebabkan kerosakan pada mata kita.

Jadi korang jaga-jaga ok..Had kan penggunaan gadget terutamanya untuk anak-anak kita..Jika mengalami sebarang masalah mata kita perlulah mendapatkan rawatan doktor.




Di China satu rawatan mata yang sangat menakutkan dilakukan oleh seoramg pengamal perubatan yang dikenali sebagai Xiong. 

Xiong berusia 62 tahun telah melakukan rawatan ini kepada pesakitnya sejak 30 tahun lalu,Cara rawatan nya ialah dengan menggunakan sebilah pisau tajam.

Teknik kuno ini diamalkan sejak beratus tahun lalu untuk mencerah dan membersihkan mata.

Cara Membersihkan Mata Dengan Pisau Tajam:-










Sepanjang 30 tahun Xiong berkhidmat kepada pelanggan nya belum pernah sekali pun dia mencederakan pelanggan nya...

Mungkin dia tunggu sampai tercedera baru dia nak berhenti..hahahhaah..Kalau korang sanggup tak buat rawatan membersihkan mata ni?


sekian..

Thursday, 1 June 2017

INI SEBAB MENGAPA LELAKI INI BERI NAMA ANAKNYA PAJERO SPORT

Assalamualaikum...



Semalam tular kisah seorang bayi yang diberi nama Pajero Sport.Ramai yang berasakan nama tersebut lucu dan tak kurang juga yang merasakan ianya nama yang tidak sesuai diberikan pada bayi tersebut.Tapi kalau dah ayahnya sendiri yang mahu macam tu apa lah yang netizen boleh buat selain mengkrtitik.



M Muis Iskandar ,39 dan isterinya Noviyanti ,34 dari wilayah Pamulang , Kota tangerang Selatan, Indonesia tidak pernah menyangka nama yang diberi pada anak nya bakal menular dan menjadi perbincangan hangat di media sosial dan beberapa kali dihubungi wartawan untuk menulis tentang nama anak keempat nya yang diambil sempena nama sebuah Model kereta Mittsubishi



Menurut Muis dia memberi nama anaknya yang berusia 1 minggu itu dengan nama  Pajero Sport kerana dia begitu tergila-gilakan kereta SUV itu.Menyedari yang dia tidak mungkin dapat membeli kereta tersebut kerana harga yang mahal, dia lantas memberi nama Pajero Sport pada anak nya.

Katanya lagi jika dia dijalan sambil menunggang motosikal dan bertembung dengan Pajero Sport , dia akan mengikut kenderaan tersebut sambil mengamati setiap bahagian pada kereta SUV itu.Kereta SUV tersebut bagi nya sangat mantap dan benar-benar memikat hatinya.


Noviyanti sendiri tidak pernah menghaklang niat suaminya untuk memberi nama Pajero Sport pada anak mereka.Sewaktu kandungan nya memasuki usia 8 bulan Muiz menyatakan ingin memberi nama Pajero Sport pada ank mereka .Noviyanti  malah menyokong cadangan suaminya itu walaupun dia sendiri tidak tahu bagaimana rupa sebenar Pajero Sport seperti yang dinyatakan suaminya .

Pasangan ini berharap bayi mereka nanti membesar  sehebat dan sekuat kereta SUV kegemaran mereka itu.

sumber: Merdeka.com

sekian...

Saturday, 1 April 2017

DISINI HARGA KULIT BAWANG LEBIH MAHAL DARI BAWANGNYA

Assalamualaikum..



Kalau di malaysia ni kulit bawang tak ada nilai nya .Nak buat apa la dengan kulit bawang?Nak buat kerepek pun tak boleh..kan??Tapi kalau nak tahu di Swistzerland kulit bawang lebih mahal dari harga bawang tu sendiri.Malah kulit bawang bombay dijual berasingan untuk memudahkan orang yang membeli.

Nak buat apa dengan kulit bawang?



Di Switzerland , perayaan Paskah atau Easter yang diraikan oleh penganut Kristian biasanya akan ada telur yang dihias dengan kulit bawang.Jadi disebabkan perayaan ni harga kulit bawang bombay kat sana memang mahal melambung-lambung.Lagi2 bila menjelang perayaan Easter  ni.



Satu plastik tu biasanya dalam 100g berat kulit bawang ..kalau di Switzerland harga nya dalam 2.80 Franc atau sama dengan rm120 duit malaysia..kalau beli 1 kg harganya 33 franc bersamaan dengan hampir rm1500 ..Hahhahah..bapak mahal nya lahai...



Tapi biasanya warga swiss ni akan menyimpan kulit bawang berbulan2 sebelum hari perayaan Easter.Jadi tak la jugak diaorang nak beli kulit bawang yang mahal tu..

Korang pun, kalau berjalan  ke sana nampak ada jual kulit bawang jangan pelik pulak tau..Ni makcik dah bagitau ni..Jangan kata makcik tak payung.. :p

sekian...






Tuesday, 18 October 2016

INI LAH 15 ARCA TERBAIK DI DUNIA

Assalamualaikum...

Saya nak kongsikan 15 arca terbaik di seluruh dunia.Klau di lihat betul2 terfikir pulak berapa lama la masa yang diaorang ambil untuk siapkan hasil karya diaorang ni..kan??Paling saya suka ialah Black Ghost .Kalau orang baru lalu jalan tu di waktu malam sorang-sorang  mesti terpekik2 menjerit.ahahahha

klik caption untuk tahu lebih details pasal arca2 yang menarik ni...

Thursday, 1 September 2016

SURAT COMEL INI TETAP SAMPAI PADA PENERIMA NYA WALAUPUN TIADA ALAMAT

Assalamulaikum...



Saya ada hantar buku resepi pada kawan-kawan blogger..Ada yang dah dapat dan ada juga yang senyp je tak de inform apa..Tak tahu la dapat ke tidak.Harap2 dah dapat la sebab alamat semua lengkap..kalau ada alamat tu memang akan sampai la..kan??Tapi kalau tak de alamat betul ke surat tak boleh sampai..



Kalau korang berada di Iceland surat korang mungkin akan sampai walaupun tak de alamat.yang penting korang ingat jalan nya dan boleh lukis saja peta jalan ke alamat yang korang nak hantar surat tu..


Kisah menarik ni saya ambil di laman web boredpanda . Seorang lelaki yang ingin mengirim surat kepada sebuah keluarga di Iceland.Namun dia tidak dapat mengingati alamat keluarga tersebut.Dengan hanya melukis sebuah peta dan beberapa petunjuk di atas sampul surat tersebut, surat itu tetap sampai kepada penerima nya.



Diatas sampul tersebut jelas dia menulis  Negara: Iceland. Bandar: Búðardalur. Nama: Sebuah ladang kuda dengan pasangan Iceland / Denmark dan tiga kanak-kanak dan biri-biri! '. Dia juga memberi petunjuk  di sudut sampul mengatakan bahawa 'wanita Denmark bekerja di sebuah pasar raya di Búðardalur.'

Terima kasih encik Posmen yang hebat!!!

Sekian..








Saturday, 16 April 2016

DRAMA BERSIRI INI JADI PUNCA PERCERAIAN RAMAI PASANGAN SUAMI ISTERI

Assalamualaikum..


 Saya memangsuka tonton drama ..Lagi2 drama korea.
Setiap malam ada je drama korea yang saya tonton.
Tapi suka2 pun tak de la sampai menjejaskan rutin harian.
kalau sempat , tengok la..kalau tak sempat ok je..heheh

Sekarang ni drama tempatan apa yang sedang popular di televisyen?
pada peminat-peminat drama tv , hati-hati ye ketika menonton tu..
jangan sampai terlalu asyik menonton
sampai lupa waktu dan mengabaikan perkara2 penting.



Seperti yang berlaku di India, sebuah drama bersiri
dikatakan menjadi punca banyak krisis rumahtangga  dan ada yang bercerai
gara-gara terlalu leka menonton drama ini.
Drama yang diberi judul Uttaran ini dikatakan adalah drama
bersiri paling panjang kerana mempunyai lebih 1000 episod.
Golongan wanita dan anak gadis dikatakan terlalu kerap menonton drama ini
hingga ada yang lupa pada tanggungjawab dan mengabaikan perkara penting.
malah masa yang sepatutnya di gunakan untuk keluarga ,
dihabiskan dengan menonton drama bersiri ini.



Semoga kejadian ini memberi pengajaran pada kita semua.
Nak buat apa2 tu biar lah berpada2..
jangan sampai suami naik angin pulak..hehehe


sekian..


Saturday, 2 April 2016

GAMBAR MELLY GOESLOW DENGAN GAYA HIASAN KEPALA YANG PELIK

Assalamualikum..



Sedia maklum penyanyi dari seberang melly Goslow selalu tampil dengan gaya unik disetiap persembahan nya.
Kalau dulu gaya hijabnya  selalu menjadi perhatian dan kritikan ramai.
Namun dia kini lebih berani tambil dengan hiasan kepala yang unik setiap kali 
muncul dalam persembahan pentas dan televisyen.


Walaupun penmpilan nya di kritik hebat namun masih ada yang melihat 
ianya sebagai kemampuan Melly dalam melakukan kelainan dan kreativiti dalam setiap persembahan nya.
Ianya bagaikan kejutan kepada penonton.
Jom kita lihat beberapa gambar Melly dengan hiasan kepala yang pasti mencuri tumpuan setiap orang.


 Macam ..apa ye??
baju nya juga dipasang lampu..


Ini bahagian depan nya..







Diatas kepalanya itu sebenarnya penyangkut baju...

pendapat anda bagaimana??
kreatif atau ....??

sekian..