Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Tuesday, 27 March 2018

ANAK KEDUA LEBIH SUKA BERKONGSI BERBANDING ANAK PERTAMA

Assalamualaikum..





Jarak umur yang jauh antara Maisara dan Mikhail memang beri kesan pada sikap kedua-dua anak saya. Maisara lahir pada tahun 2007 dan Mikhail pula lahir ketika Maisara dah berusia 6 tahun..

Bayangkan selama 6 tahun apa yang kami beli hanya untuk maisara dan dia tak de adik beradik lain untuk berkongsi. Kalau dia pergi kedai, dia cuma akan beli aiskrim hanya untuk diri dia.

Kemudian tiba-tiba saja bila dah ada adik , sikap "semua milik aku" ni susah sangat nak kikis dalam diri Maisara.

Kalau dia pergi kedai  beli aiskrim susah la dia nak belikan untuk adik dia sama, kecuali kalau saya atau ayahnya pesan.."belikan untuk adik sama..".

Masa tu baru la dia belikan untuk adik dia..

Kadang-kadang dia balik dari sekolah bawa coklat, selamba dia je makan sorang-sorang  depan adik . Adik ni pun apa lagi mengamuk-ngamuk la nak coklat jugak.

Hahahha,,

Tapi berbeza dengan sikap Mikhail... 

Mungkin sebab lahir dan membesar je dia memang dah ada kakak.Dia dah memang diajar untuk berkongsi setiap apa yang dia beli..Dia diajar kalau nak makan, kena makan sama-sama kakak.

Setiap kali dia pergi kedai dia akan balik dengan bawak sesuatu untuk kakak dia. Tak kisah la kadang-kadang barang yang dia beli  untuk diri sendiri lebih  mahal sikit la dari barang kakak tu..

Tapi tetap ada sesuatu untuk kakak..Tak payah di pesan. kalau beli aiskrim , dia akan pilih dua.Satu untuk dia, satu untuk kakak.



Si kakak tu bukan tak di pesan.. Tapi mungkin kami ajar bab berkongsi dengan adik tu macam lambat sikit.Ye la..umur 6 tahun baru dapat adik..lepas tu dalam umur 8,9 tahun baru dia berkongsi mainan dengan adik, berkongsi makanan dan sebagainya..

Bab berkongsi dengan kawan2 tak sama dengan berkongsi dengan adik beradik..kan?? Dengan kawan2 bukan selalu dia keluar berkawan. 

Walaupun macam tu kami tahu yang si kakak tu akan berubah juga satu hari nanti. Dia cuma belum terbiasa dan ada sikit ego tu. maklum la bila ada adik ni dok rasa dengki je , dok perasan macam adik tu dimanja lebih sikit dari dia..hahaha..padahal sama je..

Adik pun kena rotan jugak..

hahahha



Sunday, 18 March 2018

PERTAMA KALI JADI IBU BERAT TURUN MENDADAK.APA YANG PERLU DILAKUKAN?




"..anak saya dah umur 6 bulan tapi berat badan  makin turun dan BMI kurang. .Nak buat macam mana?"

Pengalaman saya pertama kali menjadi ibu memang sangat-sangat mencabar.Saya percaya bukan saya sahaja yang melalui proses yang sukar sewaktu pertama kali menjadi ibu 11 tahun yang lalu.

Menyesuaikan diri  dengan bayi dan ianya mengubah 100 % rutin harian saya  membuatkan kadang-kadang saya kekurangan rehat dan lebih merisaukan saya ialah berat badan berkurangan hingga mencecah 43kg sahaja.

Ianya adalah berat yang tidak sesuai untuk saya yang mempunyai ketinggian 157cm. Kekurangan berat badan yang banyak membuatkan belakang saya kerap sakit dan mengalami tekanan darah rendah.

Sebelum saya hamil berat saya hampir 60kg,Jadi boleh bayangkan berapa Kg berat saya yang hilang.?

Saya tak berikan anak saya susu badan dan kerana itu penurunan berat badan yang mendadak agak merisaukan saya.

Alhamdulillah, masalah saya ni tak berlarutan.Selepas anak saya mencecah umur setahun berat badan saya mulai naik seperti biasa.

Apa yang saya lakukan ialah menjaga pemakanan saya.Saya pastikan saya makan mengikut masa yang ditetapkan.

Saya makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit. Oleh sebab saya mempunyai masalah tekanan darah rendah saya tidak melakukan senaman yang kerap . Saya hanya melakukan senaman ringan antara 10-15 minit  sehari  (2-3 kali seminggu) .

Saya juga ada mengambil supplement yang berasaskan soya.Bagi yang mempunyai alahan mungkin supplement berasaskan soya tidak sesuai untuk korang. Jadi sebelum mengambil apa-apa supplement minta lah nasihat doktor.Lagi-lagi bagi korang menyusukan bayi.

Menu harian saya sangat simple dan mudah. 

Pagi :  susu soya - mee /meehon /nasi- buah sengkuang (paling kerap saya makan)

Tengahari : Air putih- Nasi - sayur hijau -tauhu/tempe- ikan - mangga

Petang:  kuih - susu soya - Sengkuang -

Malam :  Roti (burger/sandwich/kadang2 cuma sapu butter je) - Milo (lewat malam)

Diet yang saya buat ni saya amalkan lebih 8 bulan.Sebab yang saya masih  ingat lagi, bila anak saya dah belajar berjalan (9 bulan ) saya ubah diet saya . Sebab masa tu berat dah naik ke 50kg.

Walaupun masa tu berat dah 50kg tapi tekanan darah belum ok..Doktor suruh saya lebihkan daging, makanan laut..Mujur lah saya ni tak de alahan dengan makanan laut.jadi mudah la bagi saya waktu tu.

Diet saya mungkin tak sesuai untuk korang.Jadi korang kena tahu makanan apa yang boleh naikkan berat badan korang.Macam saya kalau makan benda yang ada soya memang boleh naik berat badan..Ada yang makan soya tak jadi apa pun..kan??

Jadi pesanan saya untuk korang yang berat turun mendadak selepas bersalin  sampai kan dah makan macam biasa pun tetap berat tak naik, cuba lah ubah diet korang.Banyak kan ambil makanan yang tinggi protein dan kena ada karbohidrat jugak.

Lepas tu gula pun kena ambil..Jangan abaikan gula terus..ada orang langsung tak ambil gula walaupun dalam buah.. sebab tu berat tak naik2..Tapi jangan lah melebih-lebih pulak..Kena tahu had nya.

Ok..tu je..

sekian..






Thursday, 1 March 2018

MAKAN SOSEJ YANG DIBELI DI TEPI JALAN,LIHAT APA YANG DI ALAMI KANAK-KANAK

Anak-anak saya suka makan benda yang sama dari tempat yang sama dan kadang-kadang saya rasa ianya macam satu kelebihan juga pada saya. Anak-anak saya tak terkena alahan sebab saya cuma beri mereka makan benda2 yang mereka selalu makan sahaja.

Memandangkan sekarang ni anak-anak kita mudah sangat terkena alahan yang berpunca dari makanan, nak tak nak kita kena berhati-hati dalam memilih makanan untuk mereka terutamanya bila kita nak cuba beri makanan baru . 

Baru-baru ni ada perkongsian pengalaman dari seorang ibu yang menghadapi pengalaman ngeri apabila wajah anaknya berubah menjadi bengkak dengan tiba-tiba sampai melarat ke bahagian badan. Ianya berpunca dari alahan pada makanan..

Jom kita baca perkongsian dari seorang ibu yang dikenali sebagai  Dyla




"Mommy, kalau tetiba anak merengek tengah malam tu cepat - cepat bangun bukak lampu tengok keadaan anak. Bukan tepuk - tepuk dia suruh dia tidur balik.


Sebab apa aku pesan macam ni, sebab benda ni terjadi dekat aku sendiri. 


Ahad (Malam) anak aku merengek - rengek. Dia panggil aku tapi aku suruh dia tidur then tepuk - tepuk dia tapi dia still merengek lagi. So, aku cakap " go dekat daddy " di sebabkan husband aku tak tidur lagi so, dia pun pergi dekat husband aku.


Bila dia pergi dekat husband aku dia still merengek lagi tapi husband aku peluk - peluk dia then dia still erk ork erk jugak. Husband aku buka lampu husband aku tengok muka anak aku separuh dah bengkak.


Husband aku terus kejut aku suruh tengok anak then suruh siap - siap nak pergi hospital. Muka anak aku separuh dah bengkak macam 'jatuh'.  I cry cry cry cryyyyyyyy.




Sampai hospital muka anak aku jadi macam ni. Register pun nak kena tunggu lama. Nak tunggu doctor lagi lah lama. Aku dah risau  anak aku punya muka makin bengkak. Aku decide redah je bilik doc suruh check dengan segera.




Masuk bilik doctor, doctor check - check dia cakap kemungkinan allergic food atau kena gigit serangga (not sure) tapi dia bagi ubat sejenis pill suruh anak aku makan.  Sampai rumah aku bagi anak aku makan but tengahari still  bengkak lagi






Aku tak sanggup dah tengok anak aku macam tu, aku dengan husband aku decide bawa pergi klinik biasa. Doc tu check dia cakap kemungkinan allergic dari bulu haiwan. Masalahnyer sekarang aku tak pernah bela haiwan. Kucing pun aku takut weyyy. Macam mana ni?


Takpe aku positif je lah. Haiwan tu mungkin aku lah tu. BUT NO NO NO! Aku malas bantah cakap doctor aku iyakan je. Balik rumah aku cari jugak mana haiwan kot ada tersorok celah² meja. Tapi takde.


Klinik bagi 2 jenis ubat syrup dan 1 ubat sapu. Aku bagi anak aku makan ubat tu dan sapu sampai malam. Tak tidur wey aku berjaga sampai ke pagi. Tetiba aku tengok badan, kaki, tangan anak aku naik lagi bengkak.



Bila aku suruh anak aku jalan dia cakap ' ouchh sakit ' so, betul lah dia sakit sebab kaki dia bengkak. Pagi tu aku terus direct pergi hospital KPJ tawakkal jumpa doctor pakar ..




Then, doctor cakap anak aku kena "urticaria" sejenis skin allergic mungkin dari food. Bila aku teringat balik last aku bagi dia makan sosej kedai yang tepi jalan tu jual. Aku silap. Betul - betul silap.




Menyesal aku tak sudah bagi anak makan makanan yang jual tepi jalan. Benda dah jadi so, aku belajar dari kesilapan. Lepasni sorry lah aku tak kan bagi lagi anak aku makanan macam tu. Sorry.


Lepasni mommy uolls kena pantau anak. Makan tak boleh bagi sesuka hati. Dan, aku nak pesan jugak orang luar jangan sesuka hati nak bagi anak orang lain makanan tanpa minta izin parents dia.



So, now anak aku dah ok. Badan dia tak bengkak - bengkak bila makan ubat dari hospital semalam. And, now mommy happy tapi still menyesal jugak. Alhamdullilah. 
.
"Sorry ayang, mommy bersalah. Harap ayang tak marah mommy. Mommy love ayang". -Dyla

Kesian anak dia.. sampai tak boleh jalan tu yang sedihnya. Budak2 waktu ni la dia nak melasak, tetiba sakit kaki . Mana la tak sedih..kan?

So mak ayah kat luar sana , hati-hati kalau nak belikan anak makanan dari luar. Jangan bagi benda2 yang anak tak biasa makan atau yang kita beli dari tempat2 yang kita tak tahu anak kita ok ke tidak dengan makanan tu..

kadang-kadang kita tengok sebelum ni anak kita ok je kalau bab makan ni, bagi  apa je dia boleh makan tapi jangan terkejut kalau tiba2 je anak kita makan satu benda yang dia pernah makan, tapi jadi jugak alahan..

Mungkin benda yang kita bagi tu rupa je sama tapi bahan yang terkandung dalam makanan tu entah apa-apa je.. Kita pun tak pasti..

sekian.


Thursday, 8 February 2018

KENAPA GURU DI SEKOLAH TAK BOLEH MENGAJAR MURID ZAMAN SEKARANG DENGAN KEKERASAN MACAM DULU-DULU

KENAPA GURU DI SEKOLAH TAK BOLEH MENGAJAR MURID ZAMAN SEKARANG DENGAN KEKERASAN MACAM DULU-DULU Hari ni saya terbaca luahan seorang ibu yang mempunyai anak mengidap dyscalculia . Dyscalculia ialah ketidakmampuan belajar spesifik atau kesulitan dalam matematik atau dalam pengiraan.Menurut ibu tersebut anaknya dimarahi guru disekolah kerana salah dalam pengiraan latihan matematik. Malah guru tersebut juga mengetuk kepala anak nya.

guru ketuk kepala murid pengidap dyscalculia


Menurut ibu tersebut mungkin gurunya tidak tahu keadaan sebenar anaknya . Tapi perlukah sampai ketuk kepala anak murid? Bagi saya ianya satu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang guru.Saya bukan seorang guru tapi saya tahu betapa tertekan nya apabila apa yang diajar berulang kali tapi anak murid kita tak faham.

Tambahan pulak bukan satu kelas tu saja yang guru nak kena bagi perhatian. Tapi pengalaman saya mengajar anak-anak dan saya pernah mengajar tuisyen, apabila kita gunakan kekerasan agak susah anak nak terima apa yang kita ajar. Tapi kalau di terangkan dengan baik mereka mudah menerimanya.

Guru kena terima kenyataan dalam satu kelas tu bukan semua anak murid pandai-pandai dan faham apa yang diajar. Kenapa nak buat diri sendiri stress dengan keadaan murid yang tak faham apa yang diajar sedangkan masih ramai lagi yang paham apa yang kita ajar. Maaf kalau apa yang saya tulis ni agak mementingkan diri tapi hidup kita ni jangan lah asyik menambah masalah hanya sebab orang lain.Guru pun kena jaga diri sendiri jugak.

Bila ada luahan ibu bapa macam puan Syazwani mesti lah ada  yang akan kata ..

"saya dulu lagi teruk kena..cara tu akan buat anak kita lebih pandai,..."

"saya dulu cikgu denda ketuk dengan pembaris.. anggap je tu sebagai pengajaran untuk anak2"

Jujur nya saya tak suka dengan pendapat-pendapat macam ni.Kita sekarang bukan di zaman 80an atau 90 an..Guru-guru dulu tak di dedahkan dengan kesan jangka panjang bila mereka mengajar dengan menggunakan kekerasan.

Kalau ada yang kata "...saya ni dulu kena hukum macam-macam,,sekarang dah pandai .." pandai saja tak guna kalau otak kaki membelit, kaki buli orang dan dalam diri tu penuh dengan sifat ganas dan baran.

Yang baik dan jadi orang tu ada segelintir je.

kesan guna kekerasan pada anak-anak


Tengok saja lah sekarang ni..Mereka yang berusia 30 an, 40an , ada yang jadi pengganas, ada yang jadi perompak, ada yang mendera anak sampai anak mati, ada yang buang mak ayah hanya sebab harta.. Umur 40 masih menonton video lucah, masih berkata kesat dan kasar..Mereka jadi macam tu bukan saja sebab diri mereka sendiri yang nak jadi begitu tapi juga sebahagian nya adalah kesan dari didikan yang tidak betul.

Kalau mak ayah dah berperangai kasar dan ganas macam ni, bayangkan pulak macam mana anak-anak mereka  membesar dalam keadaan macam tu.? Tak ke besar nanti macam tu juga perangai anak-anak nya.?

Saya tak kata punca nya sebab cikgu marah dan guna kekerasan masa sekolah dulu tapi mungkin juga sifat ganas dan tak de moral tu adalah disebabkan persekitaran mereka pun macam tu jugak.Tak kiralah mungkin didikan macam  tu datangnya dari sekolah atau pun dari rumah dan mungkin juga dari rakan-rakan yang terdedah dengan keganasan .

Kita hantar anak ke sekolah bukan semata-mata nak dia pandai dalam akedemik tapi kita juga nak anak kita seronok dengan persekitaran , dengan kawan-kawan dan guru-guru.Sebab dari sini lah yang akan menentukan apa anak kita nak jadi bila besar nanti. Sama ada nak jadi orang baik2 atau sekadar nak jadi pandai saja.




Bagi saya pendidikan bermula dari Sekolah dan Rumah. Kedua-duanya memberi kesan yang besar pada anak kita. Dulu boleh la kita fikir pendidikan bermula dari rumah je..Sekarang tak lagi..Sekarang pendidikan bermula dari rumah dan sekolah.Sebab masa anak kita kat rumah dan sekolah sama panjang je tempohnya.Anak kita balik rumah semata2-mata untuk makan, mandi , solat  dan mengaji..kat sekolah pulak anak kita bermain , bersosial , belajar dan macam-macam lagi.

Jadi jangan pandang ringan tentang cara didikan disekolah ni.. Berubah lah demi masa depan kanak-kanak yang lebih cemerlang bukan saja dalam akedemik malah  juga dalam kehidupan sosial mereka. Kita berharap 20 , 30 tahun lagi tak de lagi keganasan dan kekerasan digunakan . tak de lagi keluar berita  lelaki 40 tahun di tahan dera anak sampai mati,pengganas usia 40 tahun di tahan polis, lelaki 45 tahun mengamuk di jalan...


sekian..

Wednesday, 7 February 2018

ANTARA IBU DAN AYAH SIAPA YANG PALING GARANG DENGAN ANAK-ANAK.





Antara suami dan isteri siapa yang paling garang dengan anak-anak. Sikap garang dengan anak-anak perlu ada. Garang yang saya maksudkan di sini ialah tegas dengan anak-anak. Dalam rumah saya , suami bukan orang yang garang. Mungkin sebab suami bekerja dan masa yang dia ada dengan anak-anak digunakan untuk memupuk perasaan  mesra dengan  mereka.Walaupun macam tu suami lebih banyak memberi nasihat dengan cara lembut pada anak-anak..Tidak la dia melepaskan semua tanggungjawab mendidik hanya pada saya.


Saya pula sebagai suri rumah yang sentiasa memerhatikan anak-anak tak boleh la bersikap seperti ayah mereka. Saya perlu jadi garang dan tegas setiap kali mereka melakukan kesalahan. Walau pun begitu anak saya tetap manja dengan saya dan ayah mereka.

Orang kata kalau selalu garang nanti anak hilang rasa takut. Saya tak pernah didik anak saya untuk rasa takut dengan saya.Sebab itu lah walaupun saya garang , mereka masih suka bergurau dan meluahkan apa saja kepada saya . Lagipun mereka sendiri tahu saya hanya akan jadi garang dengan mereka apabila mereka melakukan kesalahan yang sama , yang sudah diingatkan berkali-kali.

Ada ibu atau ayah  garang di mulut saja.. Suara nya keras,lantang dan tegas . Apa yang keluar dari mulutnya boleh buat anak-anak terdiam tanpa sepatah kata. Ada juga yang garang dengan tak banyak cakap tapi garang dengan tindakan fizikal nya. Merotan , mencubit atau memberi hukuman pada anak.Tapi saya gunakan kedua-dua cara ni bergantung kepada keadaan dan kesalahan yang mereka buat.

Dalam hal ayah dan ibu garang ni sebenarnya biarlah nampak seimbang . Ibu-ibu ni biasanya dia lebih kearah mendidik . Ibu juga lebih banyak  bercakap  dengan anak-anak tentang disiplin berbanding si ayah yang lebih kepada hubungan emosi

Itu apa yang saya lihat dalam keluarga saya ni.Mungkin orang lain tak macam ni..Tapi kebanyakan nya memang macam ni..betul tak??

Seperti yang dikongsikan rakan-rakan facebook saya ni ,mereka sendiri mengakui perbezaan ayah dan ibu dalam dalam mendidik anak-anak di rumah.Sangat sedikit yang mengakui mereka sama-sama garang atau dua-dua langsung tak garang.



Kebanyakan ibu yang garang meletak kan anak sebagai perkara yang paling penting dalam hidup nya. Dia mahu anaknya mendapat yang terbaik dan  menjadi yang sempurna  . Mungkin sebab ibu ni dia rasa dia lah yang mengandung kan anak selama 9 bulan jadi dia rasa dia la watak utama dalam mendidik anak-anak dia..kan??

Kalau ayah pulak, sebab dia jarang di rumah, dia rasa satu kerugian pulak , bila balik kerja penat-penat nak duduk dengan anak, last2 boleh buat anak sedih dan marah . .Lepas tu anak pulak merajuk masuk bilik tido, esok pagi anak dah pergi sekolah,..Tak sempat nak bina balik kemesraan dengan anak tu.Dia risau benda-benda macam ni bukan saja menghilangkan kemesraan dengan anak-anak tapi juga mengganggu emosi si anak untuk belajar.

Satu tips kalau nak marah anak ni jangan lah marah serentak.. Dah la mak marah , mak garang , ayah pun masa tu la sibuk nak menambah-nambah lagi... "betul cakap mak kau tu..Kau ni tak sayang keluarga ke. Kau nak jadi apa ni.." terus anak rasa seperti tak ada siapa yang sayang kan dia. Sepatutnya bila mak tengah marah, ayah dok diam2 je kat tepi..

Lepas dah setengah jam mak marah, ayah  boleh datang kat anak can cakap baik2 dengan anak kenapa maknya marah, apa perkara yang buat  emak marah..

Satu lagi bila pasangan kita dok marah, tegur kesalahan anak, kita jangan pi marah pulak pasangan kita tu.. "alah..awak ni nak marah2 anak saya..awak pun dulu nakal jugak.." Cara tu akan buat anak langsung tak hormat kita dan agak susah nak mengubah sikap buruk anak. Anak akan fikir "...tak pe kalau buat silap nanti kalau ayah marah, mak kan ada..."

Yang last sekali bila  kita marah anak  , jangan kita nak buat lawak masa tu.Nak tegur salah anak kena tegas, Jangan acah-acah nak marah lepas tu boleh ketawa lepas tu , tengok anak muka monyok terus cakap.."...eh..tak2..ayah tak marah la.ayah gurau je..hehehe..".

Sampa ke tua la anak kita tak takut bila kita marah...



Tapi hati-hati dalam mendidik anak. Garang tu perlu tapi jangan sampai mendera dan melakukan keganasan melampau pada mereka.Ianya akan menimbulkan trauma  dalam diri mereka. Lepas marah anak, jangan buat muka ketat sampai bercakap dengan anak pun tak mau. pastikan mereka tahu yang kita marah sebab kita sayang..

sekian..

Monday, 5 February 2018

ANAK MULA CEMBURU SELEPAS DAPAT ADIK. APA YANG PERLU DILAKUKAN?

anak cemburu lepas dapat adik



Anak mula cemburu selepas dapat adik.Apa perlu dilakukan?Melihat seorang kenalan yang baru menimang cahaya mata kedua baru-baru ini membuatkan saya terdetik untuk menulis tentang nya.Kenalan saya ini melahirkan anak keduanya pada pertengahan january yang lalu selepas menungggu 6 tahun selepas anak pertama dilahirkan.Apa yang menjadi masalah kepadanya ialah anak sulung nya berkelakuan aneh sejak adiknya lahir.Dia kerap merajuk, menangis dan tidak mendengar kata. Kenalan saya ini dan suaminya bersetuju apabila saya katakan yang mungkin anak nya cemburu.

Saya sendiri pernah alami perkara ni .Selepas 5 tahun saya disahkan hamil, keadaan kesihatan saya turut merosot sepanjang kehamilan hingga saya tidak ada masa untuk melayan Maisara seperti selalu. Saya lebih banyak tidur dan berehat.

Kemudian selepas Mikhail, adiknya  dilahirkan kami berdepan masalah  jaundis hampir 3 minggu. Sekarang ni saya cuba nak ingat balik apa perkara yang saya buat bersama Maisara sepanjang kehamilan kedua dan selepas melahirkan Mikhail,. Tak ada yang saya ingat. Atau boleh la saya katakan kami tak banyak masa bersama dan tak ada satu pun perkara menarik yang kami buat. Jadi itu lah puncanya kenapa selepas adiknya lahir dia selalu bermain sendiri , merajuk dan selalu kata "kakak tak mau adik."

Anak mula cemburu selepas dapat adik.Apa perlu dilakukan supaya ianya tidak berterusan


Dalam keadaan macam ni apa yang perlu dilakukan ? Saya tak biarkan perkara tu berlarutan. Ada beberapa cara yang saya lakukan supaya maisara hilangkan rasa cemburu pada adik  nya.

1- Ajak anak menguruskan adik kecil nya bersama-sama. Contohnya memandikan bayi dan menyediakan kelengkapan nya. Saya ingat lagi dulu kalau nak mandikan Mikhail , saya akan suruh Maisara jirus kepala adik nya perlahan-lahan sambil saya mengusap kepala dan badan adik.Kemudian dia akan  duduk ditepi adiknya ketika saya siapkan adik dia.Dia akan sama2 sapukan bedak, sapukan minyak kat perut . Bila melibatkan dia tak la dia rasa diabaikan dan dia tentu rasa seronok sebab dapat menguruskan adiknya seperti orang dewasa.Kanak-kanak ni memang suka buat apa yang orang dewasa buat.


2-Dapatkan bantuan orang terdekat. Korang boleh minta bantuan suami atau adik beradik lain untuk membantu. Ada masanya kita memang tak ada ruang dan peluang untuk bersama-sama anak kita yang lain  ketika menguruskan bayi yang baru lahir.Waktu ini lah suami dan keluarga sangat-sangat diperlukan. Minta bantuan mereka untuk bermain, menguruskan atau menemankan anak yang lain dengan melakukan aktiviti yang tidak akan buat anak merasa terabai atau kesunyian. Suami saya memang banyak membantu . ketika saya luangkan masa dengan anak dia akan menguruskan rumah. Begitu juga sebaliknya. Jangan berlagak kita ni kuat dan mampu menguruskan semua perkara.

3- Pejam kan mata jika rumah bersepah ketika kita bersama anak-anak dan  tak ada orang untuk uruskan rumah. Anak kecil dan rumah bersepah memang tak ada sesiapa yang tak pernah melalui.Kalau ada yang kata tak pernah mungkin dia ada bantuan dan sokongan 24 jam dari orang lain. Setuju.??haaahahha..


anak cemburu lepas dapat adik

Bukan menjadi kesalahan kalau kita tak sempat nak uruskan rumahtangga. Baju yang belum dijemur, periuk yang belum di cuci, itu perkara biasa bila kita ada anak kecil.jangan fikir cukup lah anak kita dah siap mandi dan tak comot , lepas tu kita boleh buat kerja-kerja rumah tanpa fikir apa2. jangan uruskan fizikalnya saja, mental nya juga tak boleh diabaikan..luangkan masa setengah hingga 1 jam  bersama anak dengan membaca, menyanyi dan sebagainya Kemudian beritahu anak yang 2 jam lagi kita akan kembali bersamanya untuk aktiviti yang lebih menarik . Dan korang boleh buat kerja rumah tanpa risau memikirkan perasaan anak .


4- Anak saya suka berbual. Walaupun kita dah bagi tau yang kita nak buat kerja rumah sekejap , dia akan tetap ikut kita sambil berbual.. Cara saya, saya layan kan saja. Sambil memasak, mandi, mengemas, dia akan bertanya dan saya akan jawab . memang letih sebab kadang2 soalan nya berulang-ulang.Tapi itu lah caranya anak kita menagih perhatian.


5- Saya tak pernah cuba cara yang satu ni tapi memang ada yang buat.Cara untuk hilangkan perasaan cemburu dalam kalangan adik beradik ialah beri dia lebih ramai adik beradik.. Bila mereka ada kawan di rumah perasaan cemburu tu akan berkurangan sebab mereka ada banyak perkara untuk dilakukan bersama adik beradik yang lain.

contohnya anak pertama , kedua dan ke tiga dalam lingkungan umur 6,4 dan 2 tahun..mereka akan selalu bermain bersama dan tak kan selalu mengganggu adik kecil mereka.Memang ada masanya mereka akan menyentuh adik kecil, mencubit pipi dan sebagainya tapi tak selalu berlaku.

Kalau tak mampu nak melahirkan anak yang ramai boleh juga anak anak saudara atau kanak-kanak lain ke rumah dan luangkan masa dengan anak kita.

Cara mengelak kan anak cemburu 


Itu lah beberapa tips yang saya boleh kongsikan untuk rujukan ibu-bapa yang alami masalah anak cemburu selepas dapat adik..Ada lah lebih baik jika sepanjang kehamilan tu terapkan perasaan sayang kepada adik nya di dalam kandungan tu. Beritahu dia bahawa bayi yang bakal lahir adalah satu anugerah kepada keluar termasuk dirinya. Maklumkan juga bahawa kita sangat-sangat memerlukan bantuan dan sokongan anak kita untuk sama-sama menjaga dan membesarkan adiknya yang bakal lahir.Cipta moment indah berkaitan bayi yang bakal lahir bersama anak kita seperti memilih  barangan bayi bersama-sama , memilih nama bayi dan  rancangan aktiviti yang bakal dia lakukan bersama adiknya nanti

Sekarang ni memang tak de lagi masalah Maisara cemburu pada adiknya Kalau sekarang dia  kata  "kakak tak mau adik" ianya bukan kerana cemburu tapi sebab adiknya suka mengusik dan mengganggu nya.,Hahahha.. Semoga anak-anak saya sentiasa bersama dalam apa juga keadaan .

sekian..

Tuesday, 30 January 2018

SAWAN TANGIS - BAYI BARU LAHIR MENANGIS TAK KIRA MASA DALAM TEMPOH YANG LAMA

Assalamualaikum..




SAWAN TANGIS - BAYI BARU LAHIR MENANGIS TAK KIRA MASA DALAM TEMPOH YANG LAMA Pernah tak baca pengalaman saya menghadapi anak yang kena sawan tangis?Kalau belum baca boleh baca di sini. Maisara:Sawan Tangis .  Sawan tangis ni keadaan di mana anak kita yang baru lahir menangis tak henti-henti sampai beberapa jam.

Saya sangat memahami perasaan dan keadaan bila ada ibubapa  yang mengadu anaknya menangis tak henti-henti sejak lahir walaupun usia dan lebih sebulan.Ada yang sampai dah setahun anak masih lagi menangis setiap malam sampai ke pagi.Ada yang menangis dari pagi sampai ke petang.






Semalam saya kongsikan sikit pengalaman saya menghadapi anak yang terkena sawan tangis selepas saya tonton satu video di instagram Dato Alif Syukri apabila anak kecil jagaan nya , Qayyum menangis sejak lahir sampai la sekarang.


Saya tak tahu usia Qayyum ni tapi saya agak usianya belum masuk 3 bulan.Tapi Dato Alif dan isterinya sangat risau dengan keadaan anak mereka yang suka menangis tak henti-henti.

Macam tu jugak la keadaan anak saya dulu.Nak kata ada penyakit , dah buat pemeriksaan kesihatan.Dia memang sihat.

Saya dan suami ikut setiap tips dan petua yang orang bagi. Apa yang tak bercanggah dengan agama memang kami ikut dan buat.Tapi tak berhasil pun.Antara tips dan petua yang kami buat supaya anak tak menangis:-

- Pastikan anak dalam keadaan selesa
     -beri baju yang tak mudah buat dia berpeluh
     -suasana yang senyap
     -Elak kan penggunaan losyen atau krim kulit

- Pastikan anak tidak dalam keadaan lapar
-lakukan urutan pada badan  bayi selepas mandi
-banyak kan berzikir ketika bagi anak tidur
-Letak anak di dada ketika dodoikan dia.


Selain dari tips dan petua kami juga jumpa dengan orang yang boleh ubati sawan tangis pada Maisara .Ada yang bagi air untuk mandi, ada yang bagi ayat untuk diletak kan diatas kepala masa tidur, ada juga yang bagi sirih untuk diletak kan dalam barut anak..Ada juga yang suruh tukar nama..

Kami anggap itu ujian dalam hidup kami, Walaupun banyak kali jugak saya menangis sambil suami dukung maisara ..hahahha..

Tapi yang peliknya dari Maisara lahir sampai umur dia 2 tahun, dia tak pernah demam, selsema atau batuk..kali pertama dia demam masa umur 2 tahun, itu lah demam paling teruk sebab dia muntah dan cirit .Mungkin sebab itu pertama kali kami berhadapan dengan keadaan di mana anak demam , jadi bagi kami ianya sangat-sangat teruk..ahahha..


Bagi ibu-bapa yang sedang melalui apa yang telah kami lalui jangan sedih dan kuatkan semangat.Menangis la kalau korang mahu.Minta lah bantuan orang lain untuk sama menjaga bayi korang tu.Suami dan saudara mara perlu sama-sama membantu .

Bahaya untuk siibu dan anak kalau hanya siibu yang baru lepas melahirkan anak, terpaksa menghadapi nya sorang-sorang.

sekian..


Wednesday, 24 January 2018

UMUR BERAPAKAH ANAK ANDA KENAL ABC- Z ?

Assalamualaikum..



" Dah boleh baca ABC ke belum??"

Dulu ketika anak saya berusia 4,5 tahun , saya tak suka bila ada orang yang jumpa anak saya dan tanya dah boleh baca ABC ke belum?Bayang kan , bertemu di tepi jalan sibuk nak suruh anak saya baca ABC.

Anak saya pulak bukan suka berbual dengan orang yang dia tak kenal.Jadi anak saya akan diam dan tak tumpu pun pada soalan orang tu.. Kemudian tak pasal2 di cop nya anak kita tak reti apa..

"..OOo..tak pandai baca lagi ya..Mana boleh macam tu..kena pandai baca tau.."

Erm..kita senyum je la..Kita pun paham anak kita mesti fikir "ajer giler ke apa nak baca ABC kat sini..Dia bukan cikgu aku pun.."

hahahah

Mungkin soalan tu bukan apa-apa bagi setengah orang.Tapi bagi mereka yang ada anak , sentiasa mengharapkan anak -anak mampu mengenal huruf dan membaca di awal usia..

Hari ni boleh dikatakan ramai anak-anak kita yang sudah pandai menyanyikan lagu ABC. Ibu bapa sekarang sangat bijak mengatur perancangan untuk anak-anak kalau bab-bab pendidikan ni.

Sejak dari anak lahir sudah di didik telinga nya mendengar zikir dan nyanyian ABC supaya bila anak sudah boleh bercakap dia akan dapat menyebut apa yang didengarinya.

Saya rasa sangat berbangga bila ada rakan-rakan di facebook saya berkongsi yang anak mereka boleh mengenal ABC sebelum memasuki darjah 1. Ada yang seusia 2 tahun sudah boleh mengenal ABC. kalau saya ada anak lagi nanti saya pun nak anak saya kenal ABC seawal usia 2 tahun.



Memang ramai kanak-kanak yang boleh menghafal ABC tapi yang kenal dan tahu membezakan setiap huruf tu adalah lebih penting dari sekadar menghafal bunyi nya tapi tak kenal huruf.

Hari ni sejak dari pagi saya berada di tadika anak saya belajar .Saya lihat bagaimana gurunya  mengajar ABC dengan menggunakan kad yang berbentuk keretapi.Kemudian setiap seorang diberi satu huruf.Mereka perlu melengkapkan keretapi tersebut dengan huruf A-Z .

Disatu sudut lain saya lihat ada banyak bahan belajar lain untuk anak-anak ni.

Memang kreatif cara guru-guru tadika sekarang mengajar. Jadi tak hairan lah kenapa ramai ibu bapa sekarang sanggup menghantar anak mereka seawal usi 4 tahun ke tadika.

Memang berbeza sangat masa zaman saya kecil dulu.Pergi tadika satu apa pun tak tau.Seingat saya di tadika kami hanya bermain ,makan dan dengar cikgu bercerita.

Patut lah saya hanya mengenal ABC dan boleh membaca pada usia 7 tahun.Hahaha...Berbeza dengan anak-anak saya sekarang yang mampu membaca dengan lancar sebelum usia memasuki 6 tahun.

Ada orang kata tak perlu paksa anak belajar masa mereka kecil-kecil ni.Itu betul...Tapi tak salah kalau kita dedahkan mereka dengan nombor dan huruf ketika mereka kecil. Lakukan nya dengan santai dan menghiburkan mereka,.

Yang jadi salah jika kita terlalu memaksa contohnya anak usia 3 tahun di denda menulis ABC sehingga 10 kali hanya sebab tak kenal hurug G..



Kita boleh membeli mainan atau perhiasan bilik tidur anak yang berbentuk abjad dan nombor..Atau boleh juga kita pasang video nyanyian ABC ketika anak sedang bermain dan tidur.Itu juga salah satu cara mendedahkan anak dengan abjad dan nombor.

Banyak kelebihan nya jika anak boleh mengenal huruf dan nombor diawal usia . Jika kita dedahkan anak-anak dengan huruf dan nombor diawal usia , kita tidak perlu risau lagi apabila anak sudah memasuki tadika.Mudah juga untuk guru mengajar anak kita .

Mengenal huruf diawal usia juga boleh melatih dan memupuk anak kita supaya suka membaca.Ada banyak bahan bacaan untuk anak seawal usia 5 tahun yang menarik dan mampu membuat anak kita minat membaca.

Tapi jangan lah lepas baca artikel ni ada yang risau sebab anak masih belum boleh mengenal huruf walaupun usia sudah melebihi 6 tahun.Masih berkesempatan untuk kita buat anak kita kenal huruf sepenuhnya.

Walau anak kita dah usia 7 tahun dah masih tidak tahu membaca, anak kita tetap mempunyai hak untuk belajar.Jangan abaikan mereka dan berilah apa yang mereka mampu terima , Tidak perlu memaksa.Terima kenyataan yang kadang-kadang anak kita hanya perlu mengambil lebih banyak masa berbanding oranag lain

sekian

Saturday, 20 January 2018

DOA PENERANG HATI

Assalamualaikum..




Doa Penerang Hati ni selalu saya suruh anak-anak amalkan.. Sejak mereka kecil lagi hari-hari saya ajak anak membacanya bersama-sama.Selain dari usaha yang berterusan kita perlu juga berdoa supaya usaha kita itu dipermudahkan dan kita dapat mencapai apa yang diinginkan.

Hari ni saya nak kongsikan beberapa ayat dan doa yang boleh diamalkan dan dijadikan ayat penerang hati bagi anak-anak kita dan juga untuk kita sendiri.

1- DOA PENERANG HATI
gambar: fbme.utm.my

2-DOA PENERANG HATI
gambar: itmemawarputih

3- DOA PENERANG HATI
gambar: asmaul-husna



4- Surah An-Nur Ayat 35


“Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkati, iaitu pohon zaitun yang tumbuh di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”


5- Doa agar anak menjadi orang yang pandai dan berilmu

gambar: Tinhijau

 
6- Surah Al- Insyirah Ayat 1 - 8

Aku berlindung kepada Allah dari godaan setan yang terkutuk
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1. Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
2. Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,
3. yang memberatkan punggungmu?
4. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu .
5. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain ,
8. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


DOA PENERANG HATI
Mempunyai anak yang bijak cemerlang dunia akhirat memang menjadi impian ramai ibu bapa. Teruskan berusaha dan berdoa dengan perngharapan sepenuh nya pada Allah s.w.t  . Jadikan ianya satu rutin dan amalan dalam setiap ahli keluarga kita.

Mudah-mudahan apa yang kita usaha dan doakan akan menjadi kenyataan.

Adakalanya kejayaan dan hasil yang diharapkan tidak datang  dengan cepat. Ada masanya ia datang lambat dengan penuh cabaran dan dugaan. Jangan lah berputus harap dan teruskan lah berdoa dan berusaha.

sekian..


Wednesday, 17 January 2018

MASIH BERI AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH USIA 6 BULAN? ANAK ANDA MUNGKIN DALAM BAHAYA

Assalamualaikum..

bahaya beri air masak pada bayi


MASIH BERI AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH USIA 6 BULAN? ANAK ANDA MUNGKIN DALAM BAHAYA Belajar dari kesilapan.Saya sendiri pernah memberikan air masak kepada anak setiap hari ketika dia masih bayi.Dan perkara itu adalah antara  perkara yang paling saya kesali dalam hidup saya .Walaupun tiada kesan buruk pada anak , tapi saya anggap itu hanya kerana saya bernasib baik.Bila diingat balik saya rasa macam saya menganiaya dia.

World Health Organization menjelaskan bahawa bayi perlu diberi susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan pertama selepas lahir.Jika tidak berpeluang memberikan susu ibu , boleh beri susu formula .

Tapi kebanyakan dari ibu-ibu tidak sedar dan sering memberikan air masak kepada bayi dengan alasan untuk sulam dengan susu ibu/susu formula. Tujuan mereka kononnya untuk mencuci mulut bayi.Terutamanya bayi yang minum susu formula.

MASIH BERI AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH USIA 6 BULAN? ANAK ANDA MUNGKIN DALAM BAHAYA


Terdapat beberapa kesan buruk yang merbahaya kepada bayi jika air masak diberikan kepada bayi berusia 6 bulan ke bawah.

1- Bayi yang kerap diberikan air masak akan mudah berhenti menyusu sebelum waktunya dan perkara ini akan menyebabkan bayi kekurangan gizi yang sepatutnya dia dapat melalui penyusuan susu ibu. Ini kerana perut bayi sudah penuh dan dia akan kehilangan selera untuk minum susu.Perkara ini juga akan membuatkan susu ibu semakin berkurangan.Perkembangan bayi juga mungkin akan terbantut malah bayi akan mengalami masalah berat badan yang berkurangan.

2- Bayi juga mungkin akan mengalami cirit birit,. Ini kerana air masak atau air putih tidak dapat dipastikan sama ada ianya benar-benar dimasak dengan sempurna. Keadaan perut bayi sangat sensitif.tak sama seperti kita orang dewasa atau kanak-kanak.

bahaya beri air masak pada bayi


3- Bayi anda mungkin akan  mengalami kekurangan garam disebabkan bayi minum terlalu banyak air kosong. Ini juga dikenali sebagai oral water intoxication dimana keadaan ini akan membuatkan darah cair  dan dalam masa yang sama juga akan mengurangkan paras garam ke paras yang kritikal dan menyebabkan bayi mengalami sawan, koma, kecederaan otak dan jika tidak dikesan awal akan menyebabkan kematian.

Dalam keadaan tertentu air masak boleh diberikan kepada bayi berusia bawah 6 bulan contohnya sepeti bayi yang selsema, atau keadaan cuaca yang terlampau panas. Namun ianya tidak boleh diberikan terlalu kerap sehinggakan menjejaskan selera makan bayi.

semoga entry ini bermanfaat untuk semua..


sekian..

Tuesday, 16 January 2018

REMAJA 16 TAHUN SAMAN IBU SENDIRI KERANA DEDAHKAN MAKLUMAT PERIBADI DI FACEBOOK

Assalamualaikum..

anak saman ibu kerana facebook


Zaman sekarang sesiapa pun boleh kena saman. Awak maki-maki orang di facebook pun tak mustahil tiba-tiba saja surat saman sampai kat rumah. Orang yang awak tak kenal pun tiba-tiba saja boleh saman awak. So kena berhati-hati bila awak menulis di laman sosial atau pun memuat naik satu-satu kandungan di laman sosial awak.

Jauh kan dari sebarang isu yang boleh membuatkan awak berada dalam risiko.




Biasalah..kita ni manusia biasa .Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita tulis dan muat naik di laman sosial boleh membuatkan ada pihak lain berkecil hati, kerugian dalam perniagaan dan boleh menyebabkan kesulitan pada orang lain.

Oleh sebab sekarang zaman siapa pun boleh kena saman jangan terkejut kalau ada kes anak saman ibu kerana  mendedahkan gambar nya dan maklumat perubadinya di laman sosial.

Itu lah yang berlaku apa bila seorang remaja berusia 16 tahun , berasal dari Itali bertindak menyaman ibunya sendiri  kerana memuat naik gambar  dan maklumat peribadi  tanpa persetujuan nya.

Remaja  tersebut mendakwa tindakan ibunya memberi  kesan yang serius terhadap kehidupan sosialnya sehingga dia bertindak untuk berpindah  ke sekolah tinggi di Amerika Syarikat supaya dia boleh "memulakan" hidup baru.

23 Disember, 2017, Hakim Monica Velletti dari  mahkamah sivil di Rom  memerintahkan ibu remaja terbabit untuk memadamkan semua gambar tersebut  dari akaun media sosialnya sebelum  1 Februari, 2018, atau wanita malang tersebut bakal dikenakan denda € 10,000 ($ 12,270).

Media Itali melaporkan bahawa, mengikut dokumen mahkamah, anak perempuan berusia 16 tahun dan ibunya berada dalam konflik  sejak dia dan ayahnya bercerai. Selepas penceraian , ibu tersebut didakwa memaparkan gambar dan butir-butir kehidupan peribadi anaknya itu  dan merujuk anaknya  sebagai "pesakit mental" dan membandingkannya dengan "pembunuh". 


Hakim tersebut juga  meminta agar remaja tersebut  dipindahkan ke sebuah sekolah di Amerika Syarikat, agar dia dapat "menjauhkan diri dari konteks sosial sekarang, di mana semua pelajar sekolah menengahnya sudah mengetahui  butiran peribadinya.

Undang-undang hak cipta di  Itali dengan jelas menyatakan bahawa subjek foto memerlukan hak cipta  dan kebenaran  sebelum ia boleh diterbitkan di media sosial.

Kes yang luar biasa ini pernah berlaku pada seorang remaja  lelaki berusia 18 tahun,  dua tahun lalu, yangmenyaman  ibu bapanya kerana menghantar lebih daripada 500 gambar nya  di Facebook, tanpa persetujuannya. 

Kes-kes seperti ini kerap berlaku  di seluruh dunia, dan pakar undang-undang  memberi amaran kepada ibu bapa supaya tidak menyiarkan gambar anak-anak mereka di media sosial tanpa terlebih dahulu meminta izin. 


anak saman ibu kerana facebook


Selain boleh dikenakan tindakan  undang-undang, mereka juga berisiko mendedahkan kanak-kanak bawah umur kepada ancaman yang lebih berbahaya, seperti pembulian siber oleh rakan-rakan mereka.

Jadi korang..Lepas ni sebelum nak letak gambar anak-anak kena tanya mereka dulu terutamnya bila anak-anak kita dah meningkat remaja.Kalau masa mereka  kecil2 dulu boleh la kita muat naik gambar mereka tanpa kebenaran. 

Anak-anak ni bila mereka dah remaja kita perlu juga terapkan rasa hormat pada mereka.Sedikit sebanyak ianya akan membuatkan mereka juga menghormati kita.

sekian..

ANAK DAH MULA BAWA BEKAL KE SEKOLAH

Assalamualaikum..

Bekal ke sekolah

ANAK DAH MULA BAWA BEKAL KE SEKOLAH  Sejak Maisara dah naik darjah 5 ni setiap hari dia kena bawak bekal ke sekolah. katanya tahun ni makcik kantin tu dah tukar orang lain. Makanan semuanya dah berubah tak ikut selera dia.Jadi kena la bawak bekal.

Sejak tadika lagi dia memang bawa bekal ke sekolah sebab dia tak makan apa yang cikgu hidang kan. Duit makan setiap bulan bayar jadi cikgu akan bungkus makanan dia untuk bawak balik bagi ibu makan. :p

Naik darjah satu pun masih bawak bekal ke sekolah  sebab masa tu saya risau dia lambat nak makan..Nak kena beratur lagi, nak kena fikir nak makan apa lagi..jadi fikir2 balik baik dia bawak bekal je.Takut nanti loceng dah berbunyi dia masih sibuk nak fikir nak makan apa..

Naik darjah 3 dia mula start tak bawak bekal dah Sebab masa tu dah pandai beli makanan yang sama dengan kawan. Lepas tu siap bagitau nak makan sama-sama dengan kawan-kawan dia.Sampai kan sarapan pagi pun dekat sekolah je.Tak payah ibu bangun masak pagi-pagi.Indah nya masa tu.,ahhaha.

Tapi naik darjah 5 ni , dia balik mengadu kata makcik kantin dah tukar orang .. "kakak tak makan apa pun hari ni sebab nasi tak sedap, ayam kecil.tak puas makan.tapi harga mahal."

Bila dia kata dia tak makan kat sekolah , hati ibu mana la yang tak tersentuh.Dari jam 6 pagi dia bangun sampai jam 1:30 petang tak makan apa..Korang bayang kan lah.. Kalau pengsan cemana??
Mujur la tak de apa jadi hari tu.

Hari pertama dia makan tapi tak habis.hari kedua dia tengok menu sama dan dia tak makan langsung.Dan start hari ketiga sekolah dia mula bawak bekal.Tapi belanja sekolah tetap bawak rm2 sebab nak simpan dalam tabung..Tak adil betul rasa..hahahaha..

Bila dah setiap pagi kena memasak, makanya persedian tu kena mantop la..kan??tak kan pagi2 baru nak potong bawang bagai..Jadi kita buat la cara paling mudah ni..Siap kan bahan awal2.Tapi kita tak mau la buat hari2.Kita buat seminggu sekali

Ini bawang putih....

Bawang putih


Yang ni pulak bawang merah....

Bawang merah


dan yang ni halia...

Halia



Mujur ada Tefal..hahah

Bawang halia dan bawang putih

Tak payah pening2 nak fikir masak apa setiap pagi sebab maisara cuma suka makan nasik je..So menu yang sesuai ialah nasik goreng, nasi lemak, dan nasik ayam.Gilir2 la 3 menu ni dalam seminggu.

Wajib ada ayam goreng..Ayam tu pulak kadang2 saya goreng dengan garam kunyit je, kadang2 buat ayam berempah . Semuanya diperap waktu malam sebelum tidur.bangun pagi masak je terus.

Untuk pagi ni... Nasik goreng dan ayam goreng.

Bekal ke sekolah

Bekal dia kena ada 2 ruang kosong gini sebab katanya 1 ruang nak letak ayam satu lagi nak letak tulang.hahah..teliti tak anak makcik?

Ni pun dah cukup buat dia seronok..Balik sekolah nanti dengar la dia cakap.." kakak makan habis sebab sedap sangat.." hari-hari dok ulang itu je ayat nya..

Dia juga akan berbangga-bangga depan kawan dia sebab ibu buatkan bekal.hahahah..


sekian..

Wednesday, 10 January 2018

BAHAYA JIKA BATERI KECIL INI TERSUMBAT DALAM HIDUNG ATAU TERTELAN

Assalamualaikum..




BAHAYA JIKA BATERI KECIL INI TERSUMBAT DALAM HIDUNG ATAU TERTELAN  Bateri sekecil ini menjadi mimpi ngeri buat sepasang suami isteri apa bila anak kedua   mereka tiba-tiba tersedak dan bersin.Disangka kan ianya  perkara biasa rupanya bateri kecil ini tersumbat di dalam hidung nya.

Kejadian tersebut berlaku jam 8 malam , 8 januari lalu ,ketika mereka sekeluarga sedang makan malam.

Pengalaman ngeri tersebut dikongsikan Nurul Akmar Zainal ,ibu kepada kanak-kanakl ini di laman facebook miliknya.




Alhamdulillah 3:10 selesai mengeluarkan sebiji bateri dari dalam hidung anak ku Muhammad Arrief..

Tragedi hitam ‘biji bateri’ termasuk dalam rongga hidung pada pukul 8 malam, semasa kami sekeluarga sedang menikmati makan malam..

Dalam sesaat sahaja anak tersedut, kami ingatkan die hanya tersedak biasa dan terbersin.. Bersin yang kerap, tersedak dan terus menangis naluri seorang ibu kuat menyatakan sah ‘biji bateri’ yang anak main dah tersedut melalui hidung..

Aku memang tidak berlengah memaksa suami untuk bawa anak ke hospital.. Terus bergerak ke Hospital Kajang.. Sedihnya mereka suruh kami refer ke Hospital Serdang. Tetapi di Hospital Serdang menyuruh kami pulang dan kembali pada keesokan hari..

Kami berdegil dan mencuba nasib ke HUKM, pada jam 10.50malam kami daftar dan menunggu giliran sehingga jam 2.30pagi. Setelah lama menunggu, kemudian dipanggil untuk X-ray dan SAH bateri itu berada di dalam hidung sudah melekat..


BAHAYA JIKA BATERI KECIL INI TERSUMBAT DALAM HIDUNG ATAU TERTELAN 


Doctor suluh dan korek sehingga biji bateri keluar.. Alhamdulillah selamat tetapi disebabkan bateri tu dah berada di dalam hidung selama lebih dari 5jam, apabila doc memasukkan camera untuk di scan terdapat kesan hitam air bateri di dalam hidung anak kami..



Bahayanya kerana ianya “bateri Baru” ada ‘power’, lebih 5jam di dalam hidung, air bateri pun dah mula melekat jika tidak dikeluarkan segera atau dibiarkan lebih lama boleh menghakis tulang di batang hidung 

 Kenapa hospital kajang tidak mendahulukan kes ini sebab bateri ni sangat bahaya!!!

Tapi Alhamdulillah kami respect doc Hukm & nurse staff Hukm walaupun banyak kes yang berat2 pada malam & tengah pagi ini, mereka selesaikan dengan sebaik mungkin walaupun doc dah nak balik sambil menggalas bag, die tetap mendahulukan pesakitnya 💖

Sepatutnya anak kami perlu di admit, tapi sebulat suara mungkin doc percaya kami boleh pantau dari Rumah, maka kami pun dibenarkan pulang 

Pengalaman dan pengajaran yang tak akan dilupakan.. Saya nasihatkan kita sebagai ibu bapa perlu lebih berhati-hati walaupun rasa kita dah menjaga anak-anak sehabis baik, tapi jika Allah mahu menyedarkan keterlekaan kita, Dia mampu mendatangkan ujian dalam apa jua bentuk.. Sesungguhnya kami khilaf dan akan lebih berhati2.

Terima kasih rakan2 yang mendoakan tak henti2 dan shared pengalaman masing2, Akma amat menghargainya ♥️ #415am #9118






BAHAYA JIKA BATERI KECIL INI TERSUMBAT DALAM HIDUNG ATAU TERTELAN 


Semoga kejadian ini menjadi pengajaran untuk kita semua supaya lebih berwaspada dan peka dengan keselamatan anak-anak kita. Malang tak berbau dan kita susah nak jangka apa yang akan berlaku tapi kita tetap perlu berhati-hati.

Bateri kecil yang sering kita gunakan untuk jam dinding, jam tangan , lampu kecil dan sebagainya terdapat dalam berbagai bentuk dan saiz.Kesemuanya sangat berbahaya pada kanak-kanak dan bayi kerana mereka suka memasuk kan benda-benda kecil ke dalam mulut hidung dan telinga

Centre of Disease Control and Prevention (CDC), satu jabatan yang menjaga kepentingan kesihatan rakyat Amerika Syarikat menjelaskan bateri kecil berbentuk bulat adalah salah satu bateri yang merbahaya untuk kanak-kanak dan bayi

Apa yang terjadi jika bayi tertelan bateri atau bateri tersumbat di saluran hidung ?




Apabila bateri tersebut berada lama di esofagus, bateri tersebut akan mengeluarkan bahan kimia alkaline electrolyte yang berbahaya dan menyebabkan kecederaan 'chemical corrosive burn' pada saluran esofagus itu dalam beberapa jam saja.

Jika ia tidak menyebabkan kebocoran bahan kimia, bateri ini boleh menyebabkan tekanan fizikal pada saluran esofagus, menyebabkan saluran darah yang membekalkan oksigen dan nutrient terhalang, seterusnya menyebabkan kematian tisu-tisu saluran ini, mengakibatkan saluran esofagus ini boleh bocor.

Keadaan ini juga akan berlaku sama jika bateri tersebut tersumbat lama di bahagian dalam hidung.Ia akan mengeluarkan sejenis cecair yang boleh menghakis tulang di batang  hidung.

Dalam satu berita yang dilaporkan oleh dailymail.co.uk pada 16 Nov 2011, seorang kanak-kanak bernama Emmett Rauch berusia 2 tahun telah tertelan bateri lithium yang kecil ini yang digunakan untuk alat remote control.

Beliau terpaksa menjalani 18 pembedahan di Hospiatal Kanak-kanak Phoenix di Arizona, Amerika Syarikat.

Dalam kejadian itu, ibunya Karla Rauch tidak menyedari anaknya telah menelan bateri itu, dan tanda pertama yang ditunjukkan oleh anaknya ialah demam dan selsema saja.

Selepas 3 hari, keadaan anak beliau bertambah teruk dan mengalami sukar bernafas. Apabila doktor melakukan pemeriksaan x ray dada, mendapai terdapat objek bulat yang dipercayai bateri lithium pada saluran esofagusnya.

Emmet terpaksa dipotong dan dibuang esofagusnya sepanjang 4 inci akibat kerosakan kematian tisu. Beliau juga mengalami beberapa kali "collapsed lung" dan menjalani lebih 200 xrays. Kanak-kanak malang ini juga telah berada di hospital selama lebih 19 minggu di wad pediatric ICU. - sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad-

sekian..