Showing posts with label anak tak dengar bila dipanggil. Show all posts
Showing posts with label anak tak dengar bila dipanggil. Show all posts

Monday, 10 August 2015

KENALI TANDA-TANDA MASALAH PENDENGARAN PADA ANAK-ANAK

Assalamualaikum...

Selamat petang..
Boleh mendengar adalah salah satu perkara yang penting
bagi seorang bayi sebab dengan mendengar la dia akan belajar banyak perkara semasa
awal usianya.tapi jika anak menghadapi masalah pendengaran
pasti ibu bapa akan merasa risau kerana dah pasti
perkembangan nya akan terjejas..

untuk mengenal pasti anak2 yang menghadapi masalah pendengaran
ada bebrapa perkara yang ibu bapa boleh perhatikan
pada anak tersebut..

-Baru lahir sampai usia 3 bulan
~tidak terkejut bila mendengar bunyi yang kuat
~Tidak memberi tindak balas pada bunyi-bunyian atau muzik
~tidak boleh ditenangkan dengan suara yang perlahan
~ketika tidur dia tidak terkejut dengan bunyi2 yang kuat walaupun dia tidur dalam keadaan yang sunyi.
~pada usia 2 bulan dia belum mengeluarkan bunyi seperti "uh.."
~pada usia 2 bulan dia tidak dapat ditenangkan dengan
suara yang ibu atau ayah/suara yang biasa didengari.

-usia 4-8 bulan
~tidak mencari/memberi tindak balas pada suara atau bunyi yang tidak dilihatnya
~ekspresinya tak berubah ketika mendengar bunyi yang kuat
~tidak mengendahkan bunyi loceng atau bunyi mainan nya
~usia 6 bulan masih tidak bersuara
~tidak memberi tindak balas pada perubahan suara
~belum mula belajar menceloteh

-usia 9-12 bulan
~tidak memberi tindak balas pada bunyi.
~tidak memberi tindak balas bila namanya dipanggil
~ketika bersuara,nadanya tidak berubah(nada suaranya tak variasi.)
~usia setahun dia belum boleh bersuara seprti da da atau ma ma
~tidak paham pada arahan atau ekspresi.

sebaik saja anak2 ada ciri2 diatas segera dapatkan bantuan pakar
atau bawa ke hospital untuk pemeriksaan dan kepastian..

sekian..