Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Tuesday, 29 August 2017

PUASA ARAFAH PADA SEHARI SEBELUM AIDIL ADHA

Assalamualaikum..


PUASA ARAFAH PADA SEHARI SEBELUM AIDIL ADHA   Bangun je pagi ni anak tanya saya sama ada saya nak berpuasa hari khamis nanti.Macam mana saya boleh lupa tentang puasa Arafah ni?mungkin sebab teruja nak balik kampung dan khamis tu adalah cuti hari Kemerdekaan negara kita yang ke 60.Ibu nya pulak lebih teruja nak cuti berbanding anak.Hahaha..Mujur la dia ingatkan tentang puasa Arafah..



Puasa Arafah ialah puasa sehari sebelum Aidil Adha.Hukum melaksanakan puasa Arafah ialah sunat muakkad iaitu yang sangat digalak kan bagi umat islam.Puasa Arafah dilaksanakan pada 9 Zulhijah iaitu pada masa jemaah haji melakukan ibdah wukuf di Arafah.

Kalau macam kat negara kita ni Puasa Arafah adalah pada hari Khamis ni 31 Ogos 2017 bersamaan dengan 9 Zulhijjah.Hari jumaat kita sambut Hari Raya Aidil Adha iaitu pada 1 september 2017 bersamaan 10 Zulhijjah. -  Puasa Arafah pada sehari sebelum Aidil Adha

Kelebihan Puasa Arafah


Puasa Arafah mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan nya.Terdapat dalil mengenai puasa Arafah ini yang terkandung dalam hadis dari Abu Qatadah Ai Anshari Radhiallahu anhu bahawa Rasullullah s.a.w ditanya tentang puasa hari  Arafah dan baginda menjawab "puasa Arafah di hitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa tahun sebelum nya dan tahun sesudahnya."

kelebihan puasa Arrafah

1-Allah akan mengampun dosanya selama dua tahun iaitu tahun sebelumnya dan tahun yang akan datang.

2-Allah akan melindungi nya dari berbuat dosa

3- Dibebaskan dari api neraka


Niat Puasa Arafah




Selamat menjalani ibadah puasa Arafah ..Semoga artikel Puasa Arafah pada sehari sebelum Aidil Adha ini  bermanfaat untuk semua,.

sekian..

Tuesday, 25 July 2017

DALAM AL-QURAN ADA DIBERIKAN CARA MUDAH UNTUK BAYAR HUTANG

Assalamualaikum..



Hutang bukan saja membebankan orang yang berhutang malah orang yang memberi hutang juga turut merasai beban nya.Bila kita susah nak bayar hutang kan ke dah menyusahkan orang memberi hutang..betul tak?Hutang tidak diharamkan dalam islam.Kadang-kadang kita bukan nak sangat berhutang tapi keadaan yang memaksa kita untuk berhutang .Cuma bila dah berhutang tu usaha lah untuk membayarnya seperti yang kita janjikan.

Kesian kadang orang tu dah berharap nak dapat duit dia balik tapi kita boleh dengan mudah je cakap "bulan depan la aku bayar..".. masa kita nak pinjam dulu dia bagi je, tapi masa dia nak kita tak boleh bagi.Kesian tak?


Tapi macam mana kalau memang tak dapat bayar hutang tu?Tak tahu celah mana lagi nak pi cari memang tak dapat nak bayar.Tak tahu kenapa susah sangat nak dapat bayar hutang ni? Dah rasa terbeban sangat , rasa malu  orang asyik minta cepat bayar hutang sampai nak jawab telefon pun takut.


Dalam Al-quran sendiri ada di berikan cara paling mudah untuk bayar hutang.Terserah pada kita nak mencuba nya atau tidak.Tapi kalau dah dalam Al-Quran tertulis ,dah tentu itu lah jalan dari Nya yang terbaik untuk kita ikut.


Firman Allah Ta'ala
"Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Maka dijadikan baginya jalan keluar (atas semua persoalan)  - Ath-Thalaq :2-3

Itu lah janji Allah untuk orang-orang yang bertaqwa.Segala kesusahan nya di beri jalan keluar, dipermudahkan segalanya.Bukan setakat bayar hutang saja malah apa kesusahan dan kesulitan yang kita alami Allah akan beri pertolongan .Allah akan mendatangkan pada kita rezeki dunia dan rezeki akhirat..




Cuba kita fikir macam mana kita boleh mengharapkan jalan keluar untuk hutang yang kita tanggung sedangkan cara hidup kita pun penuh dalam maksiat dan keburukan. Yang wajib pun kadang buat kadang tak buat, apa lagi yang sunat. lepas tu kita harap yang hidup kita senang dan bebas hutang.Tengok pulak kerja kita macam mana.Elok kah kerja kita? elok ke cara kita bekerja?Kalau rasa ada yang tak kena berubah lah, atau cari lah kerja yang lebih baik.


Nak ubah kebiasaan kita sehari-hari memang bukan mudah.Tapi semuanya dari hati dan keazaman kita.Dah ada jalan untuk kita bahagia kenapa kita pilih untuk susah dan menderita.Bertaqwa kepada Allah , dan Allah akan permudahkan urusan kita.



sekian..



Sunday, 28 May 2017

RAMBUT PEREMPUAN BUKAN AURAT: BACA PENJELASAN DARI DA'I WAN

Assalamualaikum...

Tengah dok layan lagu Amboi--amboi..Altimate ni..saya tergelak bila part "7 kali pergi usrah , dah pandai tepis fatwa.." hahahha...Saya rasa kelakar sebab sepanjang saya menulis blog golongan ni memang ramai saya nampak..Lepas tu pandai pulak tepis sana sini..Dah macam golongan anti hadis..kalau kita cop dia golongan anti hadis memang tak kan mengaku la..

Kebetulan ternampak satu post yang di tulis oleh dai Wan berkenaan satu post di twitter yang mempertikaian tentang rambut adalah aurat wanita.Jom baca penjelasan dari Dai wan berhubung perkara berkenaan.Adakah benar rambut wanita  bukan aurat ?



Telah sampai ke pengetahuan saya tentang perkelahian di Twitter pasal seorang Feminism yang pertahankan rambut bukan aurat.


"Rambut perempuan bukan aurat?"





Ya, benar. Tiada dalil khusus yang menyatakan rambut itu ialah aurat. Saya tak nafikan ni.
Namun begitu jangan awak lupa 2 perkataan penting di dalam Quran iaitulah Hijab & Khimar.
Hijab itu umpama suatu perlindungan yang patut dibuat, khimar pula umpama 'Shawl' yang dipakai untuk menutup kepala.

Dua perkataan ini sebenarnya cukup terkait antara satu sama lain dalam bab aurat.
Makna kata apa:

Awak kena pakai 'Khimar' (Penutup kepala) yang bertujuan untuk 'Hijab' (Melindungi/perlindungan) kan diri sendiri.

2 perkataan yang saya sebutkan ini merupakan 'Perintah' Allah swt kepada lelaki & perempuan. Namun untuk perempuan perintah pemakaian Khimar tu khusus ada dalam surah An Nur ayat 31 sendiri.

Jadi disini, bila ia adalah perintah Allah swt, cuba tengok wanita zaman muhajirin dulu, turun shj wahyu pasal ni, mereka sanggup pergi robek langsir, terus gunakan kain langsir tu, pada waktu tu juga, terus balut dan litupkan kepala sendiri.

Rambut memang bukan aurat? Tetapi macam mana dengan arahan Allah swt untuk tutupkan kepala dan labuhkan ia?

Kan jelas dalam surah An Nur bukan?

Jika awak mengaku Islam, bukankah submit to the god order adalah everything untuk hati awak?

Ayat An Nur ayat 30-31 tu jelas 'Perintah' Tuhan kita.
X boleh kita denied, against. Bukan nak paksa awak ikut, tapi di situ ukuran pengabdian awak pada Tuhan macam mana?

Lagi satu, Tuhan takkan arahkan sesuatu yang sia-sia untuk kita. Sila fikirkan itu.

Sambung semula-
Makna kata sah-sah tak kira macam mana pun awak kena fikirkan cara, untuk pakai kerudung, tudung, shawl, atau apa-apa sahaja yang boleh tutupkan kepala awak dan awak kena labuhkan ia lebih dari dada awak.

Bukan saya suruh, tapi Tuhan kita.

Tuhan kita punya perintah. Dalilnya apa? Tu surah An Nur tu.

Teringin saya tambah lagi untuk mereka yang segolongan diluar sana:

Bagi saya 'Tudung' adalah jawapan paling cantik untuk laksanakan perintah Tuhan itu. Saya lelaki, tapi saya lahir dari seorang perempuan yang namanya 'Ibu'. Ibu saya sendiri sebagai perempuan akuinya. Pakai tudung memang dapat tunaikan perintah Allah swt dari 2 sudut yang telah 'Diperintahkan' iaitulah 'Tutup kepala' dan 'Labuhkan lebih dari dada'.

Jadi meskipun selepas ini kalau awak nak claim kata rambut bukan aurat, awak tetap 'Tak boleh expose' atau 'Tak boleh dedah' kan ia.

Betul bukan?

So dengan stand yang awak anggap awak betul hari ini, yang rambut awak bukan aurat awak telah tersalah dari sudut general meskipun specifically awak betul.

Kalaupun awak betul specifically, tetapi still kalau awak expose kan 'Hair' awak, awak telah jelas2 langgar perintah Allah swt, dan yang lebih malang, awak lakukan ia dalam keadaan awak dah sedar dan tahu yang awak memang telah salah dan tahu kesalahan itu.

Jangan.

Kembalilah pada pandangan secara majoriti semula, awak tak perlu nak payahkan diri awak menghadapi orang yang saban hari 'Membodoh' dan 'Mengherdik' awak hari-hari di Twitter itu.

Pilihlah jalan yang awak boleh tenang semula, damai semula, berjalan bukan dalam kecaman orang.
Awak mungkin cakap:

'X pe, ini between awak dengan Tuhan'.

Awak terlupa.

Habluminallah wa habluminannas:

Jagaan hubungan dengan Allah itu juga adalah jagaan hubungan dengan manusia.

Macam mana awak nak hidup dan mencapai ketenangan, bila awak hidup dipandang serong, dipandang salah, dan dipandang sebagai 'Pembawa fitnah' hari-hari.

Awak mungkin cakap awak kuat, tapi hati awak pasti akan 'Sakit', kerana awak juga manusia yang tak mampu menahan penatnya kritikan orang sebab 'Cara' yang awak pilih sendiri sedangkan punya banyak pilihan lain yang boleh buat awak untuk terus hidup dan beriman seperti biasa semula.

Ini nota hati saya untuk awak & semua yang sewaktu dengannya. Semoga Allah tunjukkan jalan yang lebih baik walaupun awak anggap ini adalah jalan yang terbaik sebab pilihan awak sendiri.

Maaf.

Bukan.
Ia bukan jalan kebenaran lagi.
Bagi saya ia sebuah 'Ujian' untuk awak mencari mana satu jalan kebenaran yang paling tepat & memang umumnya betul.

Tiada istilah pakai tudung itu payah, panas, susah dan menyusahkan kerana ada berjuta muslimah sekarang ditempat Nabi tinggal dulu telah pakai litupan kain utk tutup kepala di tengah-tengah panasnya padang pasir.

Mereka boleh & mereka sanggup bersusah payah.

Sebab itu usaha & bukti yang mereka cuba be the best dalam dapatkan 'Libasut Taqwa' (Pakaian taqwa).

Kita hari ini, duduk dalam kereta yang punya aircond udah merungut untuk bukaknya tudung panas.
Mungkin ada titik rujukan yang kita kena kembali untuk 'Refer' semula, kerana kita mungkin tersalah tanpa kita sedar dan kita ego akan ia.

Yang benar, Da'i Wan.

semoga bermanfaat untuk semua...Sebarkan supaya ramai yang tidak terpengaruh dengan golongan yang suka menyesatkan oorang lain dengan hujah2 yang mengkirtik hadis.

sekian..

Saturday, 21 January 2017

APA HUKUM SEBENAR MAIN DUIT KUTU DALAM ISLAM

Assalamualaikum...

Saya pun macam orang lain yang suka main kutu.Kita nak kumpul setiap bulan kadang-kadang tak boleh sebab asyik nak keluar je jadi cara terbaik ialah dengan main kutu duit.Kalau yang dapat awal-awal tu memang seronok la..cuma seronok kejap je..heheh...Tapi kalau dapat yang last paling syok sebab lepas dapat duit kau tak payah dah nak fikir pasal nak membayar .Dalam islam bermain kutu duit hukumnya haram jika tidak disertakan dengan akad lafaz hutang kpd kawan-kawan. Saya pun baru tahu tentang ni selepas ramai yang kongsikan tentang kutu duit ni di facebook.


 Ini yang saya copy di facebook:


Kuliah Ustaz Azhar Idrus

14/1/2017

Masjid Daerah Seberang Prai Tengah

Soalan :

Apakah hukum main duit kutu?

HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kpd kawan-kawan.
Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan :

"Saya berhutang kepada awak semua"

Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan :
"Saya bayar hutang awak"

Manakala jika kita adalah orang terakhir yg dalam pusingan kutu, kita perlu berkata:
"Saya terima hutang awak semua kpd saya"


Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.
**Jika tidak dilafazkan akad tersebut, hukumnya menjadi HARAM.
Tapi bagaimana dgn hukum main kutu yang dah lepas??
Mari beristighfar kepada Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana jahil tidak tahu hukum tersebut. Wallahua'lam

Saya pun tak de pulak lafaz akad ni.Jadi lepas ni kena buat la ye..Kalau ada yang buat group tu cukup la buat mesej bersuara..Tak mampu, taip je la..kan??Kalau nak lebih yakin buat je video.Sekarang kemudahan makin canggih.Tak de masalah nak buat semua tu..

Kalau ada yang rasa was2 nak main kutu ni baik la jangan main.Sebab macam tak ikhlas pulak nak "pinjamkan" duit pada orang lain..kan??baik kau main kutu yang macam kat bawah ni je...


sekian..

Thursday, 4 August 2016

RIMAS BETUL DENGAN DIA NI..ASYIK TERSENTAP JE..

Assalamualaikum....



Pagi ni saya baca tentang menjaga lidah..Saja la buat modal mengantuk..baca je post yang panjang2 tu mesti mengantuk .Senang sikit nak tido.letak je kepala terus terlelap..heheh..

Cakap pasal menjaga lidah..

Al-Bukhari dalam kitab Shahihnya no. 6475 dan Muslim dalam kitab Shahihnya no. 74 meriwayatkan hadits dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda.

وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَليَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaknya dia berkata yang baik atau diam”

(saya copy dari almanhaj.or.id)



Kadang2 kita ni cukup tak suka kat kawan2 kita yang kuat merajuk, kuat sentap.Kita siap pesan kat dia "jangan la sentap.." kita rimas kawan kita tu asyik tersentap je..tapi cer kita mudah kan saja benda ni..Kita jaga lidah kita.Berkata lah yang baik2 .InsyaAllah dia tak kan sentap..

Ada baiknya sebelum kita betul kan kawan kita tu , kita betul kan lidah kita ni.

jangan sentap ye ..


Sekian..

Friday, 18 March 2016

MINUM SAMBIL BERDIRI

Assalamualaikum...



Selamat pagi..bangun je pagi2 ni tengok2 bercalar lengan..
Ah!!sudah..dok fikir hantu setan apa pulak dok main cakar2 ni..
tunjuk kat suami..suami kata...
"erm..kuku panjang...patut la sampai bercalar lengan.."
heheheh..rupanya kuku sendiri...
tu la ..kuku panjang ..jadi hari ni kita potong kuku dulu..

Ikut sunnah Nabi..
potong kuku hari jumaat..
meh la nak jadi ostajah kejap..

Cakap pasal sunnah nabi ni saya nak kongsi sikit sunnah nabi ketika minum..


1-membacca Bismillah

2-minum dengan tangan kanan

3-bernafas diluar gelas ketika minum sebanyak 3 kali dan minum sekali.

4-minum dalam keadaan duduk.

5- Memuji Allah s.w.t selepas minum

Gaya hidup masa kini buat kita kadang2 minum pun sambil berjalan.
Yang minum sambil menari pun ada..heheh..
Ada orang kata .."alah..sunnah nabi ni kalau tak buat pun bukan berdosa.."
ye la..tak berdosa tapi kita tengok juga dari segi adab sopan pulak.
Kan tak sopan bila minum sambil berdiri..

Ada kawan saya dulu dia kata salah satu
ciri2 perempuan yang dia akan pilih untuk jadi pasangan dia ialah
yang tak minum sambil berdiri.

Tapi sekarang susah la nak jumpa macam tu..kan??
ada yang bawak keluar kekasih pun
dia beli air siap minum sambil jalan2 dengan kekasih nya..
hehehh

sekian..




Tuesday, 9 February 2016

7 JENIS MANUSIA YANG TIDAK AKAN DIPANDANG ALLAH PADA HARI KIAMAT

Assalamualaikum...



7 jenis manusia yang tidak akan di pandang tuhan pada hari kiamat dengan pandangan kasihan .Dan Allah akan memuji perbuatan mereka dan Dia akan memasuk kan merwka ke dalam neraka;-

1- lelaki yang melakukan liwat dan lelaki yang menjadi pasangan nya

2-rang yang akan mengeluarkan air mani dengan tangan nya sendiri.

3-Suami yang bersetubuh dengan isterinya melalui jalan belakang.

4-Orang yang bersetubuh dengan haiwan

5-Orang yang menikahi perempuan dan kemudian menikahi anak permpuan itu.

6-Orang yang berzina dengan isteri jiran  nya

7-Orang yang menyakiti jiran nya sehingga jiran itu mengutuk diri nya.

sekian..

Monday, 8 February 2016

7 PERKARA YANG MUNGKIN AKAN DIALAMI OLEH ORANG YANG BAKHIL

Assalamualaikum...



Saya ni pantang sungguh kalau orang kedekut.Tiba2 saya pun nak buat kedekut juga pada orang yang kedekut ni.Tapi perasan tak biasanya orang kedekut ni dia cukup suka apa hak orang.kan??jangan la jadi kedekut.Balasan tak baik yang akan kita dapat.Bukan saja orang benci rezeki pun segan nak mai pada kita.

Ada 7 kemungkinan yang akan dialami oleh orang yang bakhil..dri Abu Bakar r.a:-

Orang Bakhil tidak terlepas dari (kemungkinan akan mengalami) salah satu dari 7 perkara:

1- Dia mati,kemudian hartanya akan di warisi oleh orang yang akan mempergunakan nya ke tempat yang menyalahi perintah Allah s.w. t.

2-Allah memberikan kuasa kepada seorang pemimpin yang zalim, dan akan membinasakan nya dengan merampas hartanya setelah menghina dirinya.

3-Allah s.w.t meninggikan syahwatnya yang akan merosak kan hartanya.

4-Timbul fikiran nya untuk mendirikan suatu bangunan diatas tanah yang rosak, sehingga kerana itu hartanya akan musnah.

5- Dia ditimpa salah satu dari bencana dunia seperti hartanya tenggelam, terbakar, kecurian dan lain-lain yang seumpama dengan itu.

6-Dia ditimpa penyakit yang berkepanjangan sehingga dia terpaksa mengeluarkan hartanya untuk mengubati nya.

7-Dia menanam hartanya di suatu tempat lalu dia lupa sehingga dia tidak boleh menjumpainya.

semoga bermanfaat untuk semua..


sekian..

Tuesday, 19 January 2016

MARAH KAN ANAK-ANAK HANYA UNTUK KEPUASAN SENDIRI

Assalamualaikum...



Anak2 saya semakin membesar..
semakin menguji kesabaran dan  saya bukan lah orang yang sabar.
Kadang2 memang saya tak dapat nak kawal marah saya ni.
Saya bukan orang yang boleh  keluar rumah bila marahkan anak2
untuk cari ketenangan./
Bukan juga seorang ibu yang akan lari masuk bilik tutup pintu
untuk elak kan saya berdepan dengan anak2 yang
buat saya marah dan stress

Bila saya marah saya lebih suka
berdepan dengan anak-anak dan luahkan perasaan marah saya.
saya selalu fikir cara ini akan buat mereka
faham saya sedang marah dan
pastikan di masa akan datang anak-anak tak kan buat saya marah lagi.

Tapi sebenarnya saya marah tu hanya untuk memuaskan diri saya saja.
Anak2 tetap akan melakukan kesalahan..
Biasa la..mereka hanya kanak-kanak..
Mereka tak kan ingat yang semalam saya mengamuk
dan marah2 sebab mereka lebih suka ingat saat-saat manis, indah dan seronok.



saya kongsikan di sini doa untuk hilangkan perasaan marah.
bukan saja boleh di baca ketika marah malah
doa ini boleh diamalkan setiap masa..

semoga bermanfaat untuk semua..

sekian..

Monday, 18 January 2016

BACA INI JIKA ANDA SEORANG PELUPA

Assalamualaikum...



Belum on pc lagi dah tahu dah nak tulis apa pagi ni..
Tapi buka2 je nampak benda lain . terus lupa  nak tulis
benda yang awal2 nak tulis tadi.
hahha..pernah tak jadi macam tu??

Ada jugak orang yang  mula-mula  nak tulis banyak benda..
Tiba je masa nak tulis tu lupa habis semua hilang
pi mana entah idea berkoyan2 tadi tu..
penyakit lupa gamak nya tu.
Lain kali kalau tak mau lupa sebut kat mulut
apa benda perkara yang ampa tak mau bagi lupa tu.
Jangan dok sebut dalam hati..
buat macam tu memang mudah lupa.
kena sebut bagi telinga sendiri dengar baru la tak lupa.

Ada satu doa juga yang boleh
kawan-kawan amalkan supaya dapat mengelak kan tabiat pelupa ni.



sama-sama kita amalkan..

sekian..


Wednesday, 13 January 2016

DOA SUPAYA ANAK RAJIN SOLAT

Assalamualaikum....

Doa supaya rajin solat..


Sebagai ibu bapa dah tentu kita nak anak cucu
Kita rajin solat dan tak lengah2 solat.
Jadi boleh la doa ini diamalkan oleh ahli keluarga kita.

Ada yang baru mula nak solat
Pun elok la diamalkan doa ni .
Bagi semangat dan kerajinan tu kekal
Sampai akhir hayat..

Saya selalu pesan pada anak saya..
Solat la kerana orang yang solat
sahaja akan berjaya..

Setakat ni Alhamdulillah dia memang solat.
Cuma kalau datang kawan2 ke rumah,
Mula la asyik bertangguh2 sebab sibuk nak main
Dengan kawan2 dulu.

Selalunya saya akan cakap,
"Kalau macam tu mulai hari ni jangan ajak kawan2 datang,
Sebab boleh melalaikan kakak.."
Lepas tu baru la nak solat..
Bukan dia tak tau ibu dia ni,
Apa dikata akan dikota.
Jadi sebelum kawan2 disuruh balik baik la dia solat dulu.
Hahah


Semoga bermanfaat untuk semua..

Sekian...

Tuesday, 12 January 2016

10 CARA BERHIAS YANG DILARANG UNTUK WANITA ISLAM

Assalamualaikum...

Orang perempuan kalau melaram , melawa memang no satu.setiap masa nak nampak cantik je.jangan la kau rajin sangat dengan ikhlas hatinak bagi pendapat kata kulit dia kusam la, kening dia tebal,baju dia tak padan dengan tudung la..memang boleh sentap sehari tau..Nak cantik tu memang la boleh .Memang sepatutnya wanita nibiarlah sentiasa dalam keadaan kemas, cantik dan bersih..kan?Tapi ada beberapa.perkara sebagai seorang wanita muslim,kita kena tahu  , berdandan bagaimana yang dilarangdalam islam..saya senaraikan 10 cara berhias bagi wanita  yang dilarang dalam islam



1. membuka aurat- (tidak berhijab, tidak berpakaian)

2. Berhias sehingga  mengundang syahwat
(memakai pakaian yang nipis atau mengikut bentuk badan.Gaya solekan yang menggoda contohnya dibentuk kan bibirnya dengan warna lipstik yang terang dan menyerlah supaya menarik perhatian orang lain terutamanya lelaki)


3. berhias  seperti wanita jahiliyah
Berjalan berlenggok-lenggok dengan langkah yang manja dan memikat,
mengenakan hijab tanpa mengikatnya sehingga kalung dan anting-anting tetap kelihatan. Malah lehernya juga kelihatan

4. Berhias menyerupai wanita kafir
Berdandan menyerupai wanita kafir disebut tasyabuh.




5. berhias seperti lelaki
-memakaian pakaian seakan-akan menyerupai lelaki seperti memakai baju tanpa lengan atau seluar pendek, berambut pendek .

6. Memakai parfume keluar rumah
Rasulullah menyebut wanita yang memakai parfume ketika keluar rumah sehingga lelaki lain dapat  mencium baunya adalah  wanita pezina.

7. Berlebihan dalam berhias
berlebihan dari segi waktu -terlalu lama bersolek , berlebihan dalam gaya sehingga jatuhnya ke tabarruj atau tasyabuh, dan boleh juga berlebihan dalam kata lain boros-membeli alat solek terlalu mahal dan banyak.

8. Mencabut bulu kening 
Merapi dan membentuk nya semula dengan cara melukis


9. Menyambung rambut atau memakai rambut palsu

10. Membuat tatu

semoga entry ini bermanfaat untuk semua..

sekian..

Wednesday, 16 December 2015

10 AMALAN INI SAMA DENGAN PAHALA 100 ORANG YANG MATI SYAHID

Assalamualaikum...



Semua orag nak mati dalam keadaan syahid.Betul tak?Tapi kita ni bukan boleh tentukan kita ni mati macam mana.Cuma ada amalan yang kita boleh amalkan dan ganjaran nya sama macam mati 100 orang syahid.jom kita tengok dan lepas ni kita sama-sama amalkan.

1-jangan tidur dalam posisi kaki menghala ke kiblat.
2-Membersihkan tempat tidur
3-Membaca surah As-sajdah dan Al-mulk
4-Niat solat tahajjud
5-Bertasbih
6-Membaca 3 Qhul
7-Berdoa
8-solat taubat
9- membaca surah Al-Kafirun
10-tidur mengiring ke kanan

Memang kita digalak kan untuk tidur dengan posisi kepala mengadap kiblat kerana ianya sebagai menghormati arah kiblat itu.Untuk amalan membersihkan tempat tidur pulak ianya supaya dapat mengelak kan dari benda2 kotor dan perkara2 buruk sepeti gangguan jin dan syaitan.

Bagi penjelasan tentang Niat solat tahajud, jika sebelum tidur kita dah berniat nak bangun untuk solat tahajud, tapi kita tak bangun atau tak sedar, tidur kita pada malam tu dikira sebagai ibadah dan pahalanya setara dengan solat tahajjud.

Maaf kalau apa yang saya kongsikan ni tak tepat atau tak betul Harap kalau ada yang sudi boleh sama2 kita perbaiki apa yang salah dan kita tak tahu..kan??

sekian..

Friday, 30 October 2015

AMBIL PELUANG DI HARI JUMAAT

Assalamualaikum...


Amalan dan adab di hari jumaat ni,
Rasanya ramai yang dah tahu ni..
Tapi kita sebarkan lagi supaya lebih ramai yang tahu...
Tak salah..kan??

Selalu kalau hari jumaat pakai baju sopan2  untuk pi kerja,
Kalau hari lain pakai jeans ,pakai blouse ..
Tapi hari ni pakai baju kurung...

Cuma lebih elok dan baik kalau
Hari apa pun kita pakai je la yang sopan2..kan?
Tak kira la baju kurung ke,jubah ke..
Ambil peluang ni..
Bermula hari ni ,
kita nak Sentiasa menutup aurat dan berpakaian sopan..
Bukan hari jumaat sahaja..tapi setiap hari..

Untuk orang lelaki jangan lupa solat jumaat.
Ada orang yang bila jam 12 dia keluar dulu.
Ingatkan nak ke masjid rupanya
Dia balik rumah, tido..
Dekat jam 2 nanti dia bangun pi kerja balik..

Jangan buat gitu ye..
Mulai hari ni tinggalkan perangai pelik tu..
Ambil peluang ini untuk jadi lebih baik..
Malu la kat anak2,kat jiran2,kat kekasih
Kalau diaorang tahu awak tak pi solat jumaat..
Kan??


Sekian...

Thursday, 29 October 2015

SYARAHAN IBLIS UNTUK PENGHUNI NERAKA

Assalamualaikum....

Dalam sebuah hadis diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai ke neraka maka disitu disediakan sebuah mimbar daripada api , dipakaikan pakaian daripada api , bermahkotakan daripada api dan diikat iblis dengan tali daripada api.

Ketika itu terdengarlah suara menyeru iblis. " wahai iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dah bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka"



Iblis pun naik ke atas mimbar dan berkata " wahai para penghuni neraka !Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang yang munafik!seseungguhnya Allah telah menjanjikan kepada kamu dengan janji yang benar dan bahawa kamu semua mati, akan di halau dan di hisab untuk menjadi dua kumpulan.Satu kumpulan ke syurga dan satu lagi ke neraka Sa'ir...".

"..Kamu semua menyangka bahawa kamu tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia selama-lamanya...

Tidak!Tidaklah ada bagiku kekuasaan ke atas mu melainkan aku hanya mengganggu dan memperdayakan kamu semua dengan tipu muslihat .Akhirnya kamu semua mengikuti aku.Maka dosanya adalah untuk kamu.

Oleh itu jangan lah kamu mengumpat dan mencaci aku sebaliknya umpat lah diri kamu sendiri kerana sesungguhnya kamu sendiri lah lebih berhak mengumpat daripada aku mengumpat"

Iblis terus berucap sambil menyoal kebodohan penghuni neraka.Sambil menempelak ,iblis mengakui Allah lah yang paling berkuasa menciptakan segala sesuatu.

"Mengapa kamu tidak mahu menyembah Allah sedangkan dialah yang menciptakan segala sesuatu?"Soal Iblis.

Iblis mengakhiri syarahan nya  dengan berkata " hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua daripda siksaan Allah dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan aku.Sesungguhnya pada hari ini aku telah terlepas daripada apa yang telah aku katakan kepada kamu dahulu,sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari hadrat tuhan, seru sekalian alam"

Setelah itu Iblis di pukul malaikat Zabaniah dengan tombak daripda api dan jatuh ke neraka paling bawah. Kekal iblis di situ bersama-sama dengan pengikut-poengikut setianya....


sekian..

Thursday, 22 October 2015

BACA INI JIKA ANDA RASA ANDA TIDAK CANTIK

Assalamualaikum...

Ada tak orang yang rasa dia tak cantik..kalau ada yang rasa macam tu elok la baca ini..Ketika usia kita dialam remaja ,ada ramai yang selalu merasa tidak puas hati dengn paras rupa mereka.ada yang sampai ada sikap rendah diri dan hilang keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai..

Tuesday, 13 October 2015

AWAK MEMANG BAIK..TAPI BELUM CUKUP BAIK..

Assalamualaikum...


Selalu sangat dah dengar orang kata orang yang tak pakai hijab tak semestinya jahat..yang pakai hijab tak semestinya baik.Betul tu..setuju..masing2 ada jahat dan ada baik..Orang yang jahat ada juga sikap dia yang baik begitu juga dengan orang yang baik..Masing2 kita ni tak sempurna.

Tapi jangan jadikan "manusia tak sempurna" itu sebagai alasan untuk kita tidak berubah jadi lebih baik.Mesti ada yang kata kenapa saya nak sibuk2 pasal aurat ni sedangkan saya sendiri bukan dulu pernah dedah aurat juga..kan??

Betul..sebab dulu saya pernah dedah aurat la sekarang saya tau dah kesan2 tak baik dia.jadi tak mau la adik2 yang lain pun ikut perangai buruk saya dulu.Ingat senang ke nak tebus dosa lalu.Kita berdoa siang malam minta diampun kan dosa...Yakin ke kita yang Allah ampun kan semuanya.??..selagi tu la kita akan hidup dalam keadaan rasa berdosa tu .

Insyaallah..kalau betul nak jadi baik.ubah segala-galanya..solat cukup ,awak memang baik tapi aurat terdedah..itu maknanya awak belum cukup baik.sama la dengan saya pun..ada yang terkurang.Tapi saya harap kita sama2 perbaiki diri kita.


sekian..

Tuesday, 4 August 2015

BOLEH KAH SUAMI MEMUKUL ISTERINYA?

Assalamualaikum...


Boleh kah suami memukul isteri??Apa hukum nya??
Ramai wanita merasakan seorang suami tidak patut memukul isterinya.
Lelaki tersebut akan digelar dayus jika dia memukul isteri.
Bagaimana pulak dalam islam..?adakah memukul isteri di benarkan??

Dalam islam memukul isteri hanya
dibenarkan jika bertujuan untuk mendidik.
tapi mestilah ianya tidak melampau sehingga boleh menjatuhkan maruah isterinya.
Ianya juga sebagai jalan terakhir jika kaedah sebelum ini tidak berjaya.

Tapi macam mana kalau suami tak boleh kawal marah??
satu tips untuk kaum lelaki..
Jika marah digalak kan untuk mengubah posisi.
kalau awak berdiri ,duduk la..
kalau awak di depan, bergerak la ke belakang..
kalau awak didalam,baik lah awak keluar...
paling elok cepat2 beredar dan ambil wuduk untuk redakan kemarahan...

Selain tu syarat yang dibolehkan memukul isteri ialah
bukan dibahagian muka dan pukulan tersebut tidak  meninggalkan kesan.

Sesempurna iman orang-orang mukmin ialah
yang paling baik kelakuannya, dan yang paling lembut terhadap isterinya
- Riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim-

**Tak kira la awak suami ,kawan , kekasih
cikgu,atau siapa pun awak ..
kalau jenis pukul wanita kat bahagian2 dan cara 
yang tak sepatutnya dan tak dibenarkan dalam islam,
awak memang DAYUS!

<<<...Saya tak boleh ambil gula..tapi ini boleh sedapkan kopi saya!!

sekian...

Friday, 12 June 2015

BOLEH KAH DEDAH AURAT ATAS ALASAN BERSUKAN?

Assalamualaikum...

Macam makin  panas je cerita tentang atlit gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi yang dikecam ramai apa bila gambar beliau selepas memenangi pingat emas untuk negara dalam keadaan yang dikatakan kurang sopan dan tidak menjaga aurat disiarkan di facebook buletin tv3.


Ramai sungguh ustaz ustazah yang muncaul..bagus la..nampak orang ramai semakin berhati2 bab2 aurat ni.jangan pandang ringan hal2 agama.Lagi bagus dunia ni dipenuhi ustaz ustazah dari dipenuhi dengan makhluk jahil .Terbuka sangat sampai boleh jatuh akidah bahaya jugak.

Islam tidak melarang umatnya untuk bersukan kerana ia merupakan elemen penting dalam melahirkan masyarakat yang sihat.Badan yang sihat juga memudahkan untuk kita melakukan amal ibadat.Namun ada beberapa perkara terutamanya tentang aurat yang harus kita titik beratkan dalam penyertaan kita di bidang sukan.


Tidak ada kelonggaran menurut syara‘ dalam hal menutup aurat ketika bersukan sungguh pun di antara sesama lelaki ataupun sesama perempuan.Bagi perempuan , jangan dia memakai pakaian yang mempunyai wangi - wangian dan jangan pakaian itu berhias-hias kerana yang demikian itu akan menarik perhatian lelaki dan sekaligus mengundang fitnah.

Abu Sa‘ed al-KhudriRadhiallahu ‘anhu berkata bahawa RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya : “Janganlah seorang lelaki memandang akan aurat seorang lelaki (yang lain) dan janganlah seorang perempuan (memandang) akan aurat seorang perempuan (yang lain).” (Hadits riwayat Imam Muslim)

Jelas lah..tak kira bersukan untuk negara ke.untuk  agama ke..yang pasti aurat kena jaga.jadi jangan marah kat  ustaz dan ustazah tu ye..

sekian..

Wednesday, 22 April 2015

APA HUKUM NYA LELAKI BERPAKAIAN WANITA DENGAN TUJUAN UNTUK BERLAKON

Assalamualaikum...

Siapakah pelakon lelaki yang berpakaian wanita ini???


Tak perlu la tahu siapa..
sebab dia ni popular jugak...

Apa kah hukumnya jika lelaki berpakaian wanita
walaupun tujuan nya hanya untuk berlakon..??



Sabda Rasulullah yang bermaksud: Daripada Abi Hurairah r.a berkata: Rasulullah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud) Pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: “Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan.” -(HR Bukhari dan Muslim). -


baca yang dalam kotak biru atas ni pulak...

erm..macam tak telus je..
dalam islam dah kata tak boleh tapi
undang2 dunia pulak pandai2 je kata ada pengecualian..
patut la orang islam ramai yang sesat..


sekian...