Showing posts with label Zulin Aziz. Show all posts
Showing posts with label Zulin Aziz. Show all posts

Friday, 29 June 2018

ZULIN AZIZ TINGGALKAN SURIA FM DEMI FOKUS KEPADA KELUARGA , LAKONAN DAN PENGACARAAN



Sebagai seorang pendengar setia Suria FM agak sedih juga sebab hari ni hari terakhir Zulin Aziz di Suria FM. Pagi-pagi dengar Suria FM sebab nak dengar Zulin Aziz je tau.Lagi-lagi bila dia menyamar jadi artis luar negara bagai..Kelakar kot..

Dah la suara best..



Suria FM dalam satu postnya di instagram mengumumkan Zulin Aziz telah menamatkan tugasnya bermula hari ini,. Baru-baru ni tersebar berita Zulin Aziz bakal mekan zaman bujang nya. Ramai yang merasakan berita tersebut adalah benar dengan susulan penamatan tugas Zulin di Suria FM hari ini.

Menurut komen dari rakan setugas Zulin iaitu Suraya Borhan , Zulin ingin menumpukan perhatian kepada keluarga , lakonan dan pengacaraan.

Ramai pengikut dan pendengar Suria FM yang mengucapkan selamat untuk Zulin dan mendoakan nya berjaya dalam apa bidang yang diceburi. 




3 tahun Zulin Aziz bersama Suria FM memang ramai yang makin selesa  dengan cara penyampaian Zulin yang agak santai  dan kelakar . Lagi-lagi bila ada Cik Gayah tu terhibur rasa. Saya suka dengar Suria Fm ni sebab kalau diaorang buat lawak tak la nampak  melampau dan ada pengisian  . 


Lepas ni tak de la dengar suara Zulin merepek lagi.. Agaknya siapalah yang akan menggantikan Zulin Aziz nanti...

sekian..