Showing posts with label VIRAL. Show all posts
Showing posts with label VIRAL. Show all posts

Wednesday, 5 September 2018

MAKCIK NI JUAL NASI LEMAK JAM 2 PAGI, JAM 4 PAGI DAH HABIS

Assalamualaikum..

Bayang kan jam 2 pagi masa korang dalam perjalanan nak balik rumah selepas berpoya-poya tiba-tiba nampak ada kedai nasik lemak dalam samar-samar cahaya lampu jalan. Korang nak berhenti beli ke tidak??

kebetulan masa tu perut korang tengah lapar sangat. Jalan pulak sunyi..Kedai nasi lemak tu cuma diterangi lampu jalan dan sebiji lampu kecik.

Jangan risau dah ragu-ragu.Sila berhenti dan beli je nasi lemak tu sebab tu adalah kedai sorang makcik di Taman Temara, Ipoh , Perak. Di saat orang dah tidur makcik ni baru nak memulakan jualan nya. 


Dikalangan penduduk setempat kesedapan makanan jualan kedai Makcik Ah ni memang tak perlu di pertikaikan lagi. Memang sedap dan ramai pelanggan setianya. 

Di petik dari twitter Perak Power :



Makcik ni berniaga dah lama kabarnya. Harga nasi lemak nya juga masih tetap sama macam dulu. Ada yang dari tadika dah jadi pelanggan setia sampai dah masuk IPT.




Kalau tak salah saya Taman Temara ni Letak nya di Jelapang, Ipoh.. Makcik ni nampak dah berusia tapi gigih berjaga awal pagi menjual nasi lemak. Kita yang muda-muda ni masih kuat dan tenaga pun banyak. Mata pun masih tahan berjaga sampai jam 3,4 pagi untuk main game dan layan drama korea..

Jadi buat lah sesuatu yang berfaedah dan boleh menjana ekonomi sendiri..

sekian..


Tuesday, 8 May 2018

BELI BARANG DI SHOPEE UNTUK HADIAH KEJUTAN BUAT ANAK TAPI ITEM YANG SAMPAI BUAT SI IBU PULA YANG TERKEJUT



Dah selalu sangat kita dengar ramai yang terkena apabila order barang melalui online kemudian barang lain pula yang sampai. Selalunya barang yang sampai tu adalah barang yang nilainya lebih rendah daripada yang kita pesan sebelum ni.

Belum ada lagi kes beli barang rm10 dapat barang rm100. Jadi di situ je dah boleh nampak barang tersebut sengaja di hantar atau kita boleh kata ianya sebagi satu penipuan.

Macam yang terjadi pada Junaina Abdullah beliau awalnya membuat pembelian Travel makeup bag yang harga asalnya bernilai rm32.03 . Selepas diskaun harga tersebut menjadi RM15.79 termasuk kos penghantaran. Pembelian dan pembayaran dilakukan pada 10-4-2018 dan barang yang di pesan sampai pada 3-5 2018.





Namun apa yang mengejutkan ialah barang yang sampai bukan lah seperti yang dipesan. Tetapi adalah sebatang black head removel yang harganya lebih rendah dari apa yang dibayar.

Menurut Junaina barang yang dipesan sebenarnya adalah hadiah kejutan  untuk anak perempuan nya. Beliau sudah membuat membuat aduan terhadap pembekal ini dan masih menunggu maklum balas dari pihak Shopee sendiri.

Melalui review  yang di lihat di STORE pembekal ini ramai yang meninggalkan komen tidak berpuas hati dengan pembekal tersebut yang menghantar item lain dari yang dipesan sebelum nya.

Penting bagi mereka yang ingin membeli barang melalui online supaya membaca dahulu review dan ulasan dari pembeli.Kebanyakan barangan dari luar negara memang harganya lebih murah terutamanya barangan dari China dan ini pasti akan menarik minat kita untuk membeli.

Namun bukan semua pembekal tersebut boleh dipercayai. Tapi kalau dah nak terkena kita pun tak boleh nak duga. Kadang-kadang pembekal yang selama ni boleh di percayai pun sanggup menipu kita.

sekian.





Thursday, 19 April 2018

GAMBAR PELANCONG CHINA JEMUR BAJU DI TEPI JALAN - ORANG CINA MALAYSIA PUN TAK SUKA PELANCONG DARI CHINA

GAMBAR PELANCONG CHINA JEMUR BAJU DI TEPI JALAN Pemandangan macam ni memang tak patut ada di Malaysia. Lagi-lagi di kawasan bandar. Sedangkan kita di kampung-kampung pun tak jemur baju di tepi jalan raya macam ni.Entah la cemana mentaliti rakyat dari Negara China ni.

Sedangkan  bangsa Cina di Malaysia sendiri pun tak suka dengan sikap asal boleh pelancong-pelancong dari Tembok Besar China ni.

Tengok lah gambar di bawah ni. Boleh dia jemur baju di tepi jalan raya. Lalu larang kereta kiri kanan dia , langsung tak dipedulikan nya.Memang mereka ni jenis muka tebal agaknya.



Di Pulau Pinang ni pun kalau kita perhati kan betul-betul mereka ni ramai. Boleh kenal antara Cina Malaysia dengan Cina dari Tembok Besar ni. Dari cara berpakaian, percakapan dan juga gaya hidup mereka.

Bayang kan lah kalau di tengah-tengah ramai orang ni mereka boleh bercakap kuat-kuat sesama mereka. Langsung tak pedulikan kita ni.Tak de adab. Diaorang memang suka buat bising.

Bila dengan kita pun masih nak cakap  bahasa dia. bajet macam semua orang paham bahasa dia tu. Bahasa inggeris memang kelaut la..you pun bunyi yioo.. Tu pengalaman saya sendiri..

Dari gambar-gambar yang dikongsi netizen berkaitan pelancong China ni memang mengundang kemarahan orang ramai.Bukan saja rakyat Malysia tak senang dengan mereka ni, malah seluruh dunia merasakan pelancong dari China memang tak beradab dan tak ada moral.


Pelancong China ni sedang kencing di tempat orang ambik wuduk.Lokasi MRT Phileo Damansara




Pelancong China berak di tempat awam: Lokasi : Singapore




Pelancong China ni beri anak nya buang air di tepi jalan bersebelahan sebuah kedai yang menjadi tumpuan orang ramai..


Tak tahu la kenapa mereka ni ramai sangat di Malaysia ni. malaysia ni ada ramai warga asing tapi yang paling pengotor memang pelancong dari China  ni. Patutnya mereka ni sebelum dibenarkan masuk ke malaysia kena buat kelas moral dan sivik sejam dua. bagi ujian supaya mereka paham.

kalau lulus baru boleh datang Malaysia. kalau tak lulus pergi la berak kat tengah jalan di negara sendiri..


sekian..



Thursday, 12 April 2018

GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS TMJ BELANJA PENGUNJUNG DI AEON TEBRAU JOHOR BAHRU


Untung la siapa yang datang ke AEON Tebrau Johor semalam sebab TMJ bermurah hati nak belanja  rakyat Johor yang sedang membeli belah di AEON Tebrau. Dengar nya memang kecoh dan huru hara juga la AEON Tebrau semalam.

Kesempatan ni diambil oleh pengunjung untuk mengambil apa saja barangan . Beruntung sungguh.. Tapi sayang nya keadaan tersebut bertukar ngeri apa bila masa untuk pembayaran telah pun tamat.

SEBELUM.....





SELEPAS...!!!








Disebabkan kerosakan dan kerugian atas barangan yang rosak pihak AEON menghentikan sementara penjualan barangan untuk kerja-kerja pembersihan  .

Ruangan tersebut kembali dibuka pada jam 1: petang dan beroperasi sepenuhnya jam 3 petang tadi.




Apa yang terjadi semalam memang menarik perhatian netizen lagi2 apabila tersebarnya gambar-gambar keadaan AEON Tebrau yang dibiarkan berantakan dan kotor . 

Berbagai pendapat diutarakan netizen . Rata-ratanya kurang bersetuju dengan cara TMJ memandangkan RM3 ribu bukan lah satu jumlah yang kecil  memandangkan lebih ramai lagi diluar sana yang betul-betul memerlukan bantuan. Sedangkan kebanyakan golongan yang membeli belah di AEON bukan lah golongan yang susah .

Ada juga yang berpendapat adalah lebih baik jika sistem kupon atau voucher dengan had tertentu yang lebih kecil amaun nya di berikan untuk melancarkan prose pembayaran dan lebih adil.

Apa pun budi baik TMJ sangat-sangat dihargai dan ramai yang berharap lebih ramai pemimpin sudi membantu rakyat sepeti apa yang dilakukan TMJ.


sekian..



Friday, 2 March 2018

KEJAMMYA MANUSIA..SAMPAI HATI BAKAR KUCING DALAM SANGKAR

Assalamualaikum..

Tak tahu apa punca dan sebab nya ada orang suka menganiaya haiwan seperti kucing dan anjing .  Mereka melakukan kekejaman kepada haiwan-haiwan ni seolah-olah haiwan ni tak ada rasa sakit dan tak berperasaan,

Kenapa lah mereka sanggup melakukan perkara macam tu..Tapi yang pasti mereka yang suka melakukan keganasan dan kekejaman kepada haiwan  ni mesti ada masalah mental. Mungkin mereka sendiri dididik dengan suasana yang tak peduli tentang haiwan peliharaan.

Seperti yang dikongsi oleh Cherry@frsarsln  di twitter , beberapa gambar ekor kucing milik nya melecur di kaki kerana dipercayai menjadi mangsa penganiayaan manusia yang kejam.

Menurut nya , kucing-kucing nya yang berada didalam sangkar mengelupur dan menjerit kesakitan apabila api marak didalam sangkar kucing miliknya.


"..2am, 1/3/2018, kucing menangis kat luar, sangkar dah penuh api, aku nampak dengan mata aku diorang mengelupur terbakar, kalau betul dizalimi orang. Aku harap dia dapat balasan berlipat kali ganda. .."


"Dalam tu ada 5ekor anak kucing, and ibu dia. Anak kucing tak sampai sebulan pun wei, act dia tak pandai lagi panjat sampai tingkat atas, aku agak mesti mak dia angkat sekor sekor naik atas, sebab mak dia teruk n ada sekor teruk..

"Aku tak tau la orang buat ke putung rokok ke tapi sapa nak isap rokok kat situ .."


"..Aku takleh move on, asyik terbayang ja apa aku nampak malam tadi. ..

Semua kucing nasib sempat selamat, takde mati, cuma semua melecur, tapak tangan and bulu semua kucing hilang. Aku nampak dia pedih, dia jilat sikit sikit pastu mengelupur.." - Cherry -


Saya pun ada kucing dan kalau dia keluar rumah memang rasa risau sangat. Takut ada yang buat sesuatu pada dia.  Bukan semua orang suka kucing..kan??

Tapi kalau pun tak suka tak payah la aniaya haiwan ni. Mereka ada rasa sakit, rasa marah tapi mereka tak berakal pun. Kita yang berakal ni tak elok la nak jadi sama taraf dengan binatang.

sekian..

Saturday, 24 February 2018

GELARAN MAKCIK BAWANG DI SOSIAL MEDIA. PATUT ATAU TIDAK?

Budaya menggelarkan orang dengan macam-macam gelaran ni saya ingatkan ada masa saya kecil2 dulu je.. Kalau orang tu suka tidur dia gelarkan "Mat Lena.." .. dan macam2 lagi la gelaran yang orang bagi berdasarkan sikap dan mungkin fizikal seseorang tu

Rupanya tabiat ni ada sampai sekarang . Terkini gelaran Makcik Bawang, pakcik bawang, adik bawang , abang bawang.. habis satu keluarga jadi bawang,

Tak tahu la gelaran ni merujuk kepada apa. Sebab kat sosial media ni semua kau buat , kau tulis..semuanya dikaitkan dengan bawang..

Tulis isu artis, ke, isu politik ke, isu sosial ke, isu jenayah ke, semua di cop sebagai makcik pakcik bawang.

Habis tu kau nak gunakan sosial media ni hanya untuk cari kekasih dan buat hubungan sulit je ke?Dah semua benda kita tak boleh bagi pendapat dan pandangan, sebab di cop sebagai makcik pakcik bawang.

Saya setuju dengan komen dari Sahabat facebook saya ni..Orang ramai menggunakan gelaran ni pada tempat yang salah..




Nampak kolot sangat la orang yang suka menggelarkan orang dengan macam2 gelaran tak baik ni..Nampak kurang didikan dan kurang bersosial.

Kalau siapa2 perasan la saya memang tak gunakan gelaran ni untuk siapa2 pun..Sebab bagi saya semua orang ada hak bersuara..Tak guna kita menidak kan hak orang lain dengan bagi gelaran macam2 pada orang.

Kau rasa dengan menggelarkan orang dengan gelaran makcik pakcik bawang ni akan buat kau nampak baik ke??tak la..saya selalu nampak orang yang bagi gelaran ni kat orang lain sebagai orang yang kolot dan tak tahu apa itu sosial media..Mungkin dia baru guna sosial media kot..

Kenapa nak gelar-gelarkan orang dengan macam2 gelaran. Adakah rasa diri tu dah cukup sempurna untuk gelarkan orang dengan macam2 gelaran tak baik? Perangai masuk rumah orang tak bagi salam macam komen bawah ni pun boleh tak kalau kita kata sejenis perangai makcik pakcik bawang??



Jadi sebelum nak mengata orang baik cermin2 diri tu dulu.Kita ni manusia je..

Tapi saya perasan ramai rakan blogger saya tak gunakan istilah makcik pakcik bawang ni..👍👍👍👍 

Sunday, 11 February 2018

TAHUN PALING PERIT SEPANJANG 20 TAHUN HIDUP - GADIS INI KONGSI PENGALAMAN BERTARUNG DENGAN PENYAKIT KANSER

TAHUN PALING PERIT SEPANJANG 20 TAHUN HIDUP - GADIS INI KONGSI PENGALAMAN BERTARUNG DENGAN PENYAKIT KANSER Penyakit kanser adalah keadaan dimana berlaku ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Rawatan untuk kanser bergantung kapada jenis kanser dan juga umur pesakit itu sendiri. Rawatan yang dilakukan termasuk la Kimoterapi, pembedahan atau radioterapi.

Jadi bukan mudah bagi seseorang nak menghadapi penyakit kanser ni.mereka memerlukan sokongan terutamnya keluarga, Seorang gadis berusia 20 tahun , Athirah , berkongsi kisah dan pengalaman nya mengidap kanser .

Semoga pengalaman yang dikongsikan ini akan memberi semangat kepada pesakit-pesakit kanser yang lain.


Sumber: 

pengalaman pesakit kanser

2017..

Tahun paling perit selama 20 tahun hidup dekat atas dunia ni tetapi hikmah paling manis Allah bagi. A thread of my experience with cancer. Stay strong for those that still battling with cancer! You are a true fighter! 🙆💕


Semuanya jadi cepat sangat. Things started to happened masa bulan mei 2017. Time tuh act dah perasan perut agak kembung sikit tapi typical me ingat sebab makin gemuk 😅 so ignore jelah

Then balik sabah sambung study. Time tuh bulan puasa makan pun banyak la. Perasan jugak tiap kali lepas berbuka jadi mcm susah nak bernafas, again ingat sebab makin gemuk. Hoho

Sampailah dah makin perasan perut makin kembung dan keras even lepas makan tak surut. Tanya jugak umi kenapa eh perut mcm kembung semacam tpi melalui call jela sebab jauh, umi suruh minum eno halia sbb mungkin masuk angin kot.

Again still macamtuh jugak kembung mcm baru lepas mkn and bila tekan keras mcm ade something. Then busy siapkan asgmnt sana sini, typical student busy nk dekat final dgn itu ini so ignore je perut tuh sampai nk dekat cuti raya.

PENGALAMAN BERTARUNG DENGAN PENYAKIT KANSER


Balik je cuti raya sampai klia seronok borak2 dgn parents lama tak jumpa kan. Then suruh umi rasa perut terus umi kata nih lain nih. Rushing pergi cari klinik mlm2. Umi abah da risau.

Sampai klinik doktor check and buat ultrasound. Nampak tak normal. Doc buat surat supaya followup hospital esknya. Dari happy kecoh terus sunyi rumah malam tuh. Muka umi abah da completely berubah, aku terus masuk bilik duduk termenung.

Esok tuh pergi PPUM check dekat klinik gynae. Doc buat ultrasound and cakap nampak mcm ketumbuhan atau tumor centuh. And dah agak besar. Doc suruh cepat ambik tarikh kena ct scan and operate.

My first ct scan and result ct scan not good. Even ct scan pun tak boleh detect tumor tuh effect dekat mana. Sbb tumor tuh da tutup sebahagian perut. So nak taknak kena operate. Abah umi da susah hati. Sbb operation doc ckp ada risiko potong usus, pendarahan byk and risiko maut.

Aku time tuh tak tahu nak rasa apa. Dahla nak dekat final and raya. Umi sedih sangat sampai nak prepare utk raya pun tkmau sgt. Aku pujuk umi inshaAllah takda apa. Doa doa moga tumor je tuh.

Time raya acah okay je😂 pedehal serabut stress gila pikir nk ambik final tak. Nnti tak ambik kena repeat syg sbb tinggal nk final je. Kalau ambik ade risiko bnda tuh makin besar and dahla jauh. Umi abah senyum je sepanjang raya kat kampung but i know deep down diorg susah hati😢

pengalaman pesakit kanser

So end up buat keputusan ambik cuti khas. Umi suruh utamakan kesihatan. Redha. Doc pun ckp bnda sama paper boleh repeat tpi kesihatan takde repeat2 tau. Seumur hidup tak pernah terfikir akan pause study.

7/8/2017 warded PPUM. Belajar sikit physio untuk kuatkan paru2 sebab nanti operate ada tiub akan dimasukkan ikut mulut ke paru2 and totally depend on machine. Seram beb.

Habis operation sedar2 nurse panggil nama and cakap, athirah dkt hospital nih and kalau sakit tekan je button nih ya sebab tuh ubat tahan sakit. Mmg time sedar tuh mata blur2 and terpinga2 gile kat mana nih. Then sedar dah hbis operate. Alhamdulillah.

Tak boleh bangun and perut rasa pedih. Nak cakap pun tak boleh. Ada member dtg nangis tgk aku btul2 lepas operate tuh, tergagap2 aku cakap sorry takleh cakap kt dia pastu tunjuk penumbuk ckp jgn nanges weh. Haha

Lepas 4 jam gitu baru betul sedar. My operation abah cakap sejam lebih je. Alhamdulillah. Aku sedar mata abah umi sembap lepas operation tuh. Tapi diorang tak nanges depan aku sbb tahu aku takboleh. Hm

pengalaman pesakit kanser

Time tuh jgk sedar tak kuat nak bangun. Selak perut penuh bandage lagi.2 hari lepas tuh doktor cabut alat bantuan pernafasan dgn tiub kencing. And dia tengok luka dekat perut dah kering.

Then gila terkejut tengok rupa2nya perut kena stapler weh. Terbuntang gak mata. Hahaha sebab katanya umur still muda so dia mengharapkn sel tuh akan bercantum sendiri instead of jahit. Seram. Stapler menegak sebab tumor besar sgt. Kiri kanan ada tiub vacuum darah.

DI SAHKAN MENGIDAP KANSER OVARI DYSGERMINOMA STAGE 3


Alhamdulillah operation went well doc ckp just that my ovary sebelah kiri kena buang. Sbb dia membesar dari situ. Hari masa dia nak tarik tiub darah dari dlm perut tuh sakit mcm kena siat je daging rasa. Tak menjerit apa tpi tahu2 mata leleh dahhaha

Okay fast forward sebulan kemudian dpt result tumor. I was diagnosed with Kanser Ovari Dysgerminoma Stage 3. Tumor tuh besar 20cm. Ya Allah.. Dugaan apa ni.. My heart breaks. Tapi gagahkan diri to say its okay you can do this tirah. Have faith.

Masa doc bagitahu tuh mmg steady acah lgi dpn abah. Then nurse tuh terangkan pasal kimo and keep on ckp athirah kena kuat tau. Abah pun asyik ckp bnda sama kakak kena stay strong tabah, mmg menangis jgk la dibuatnya. Haha me is lembik jugak kadang.

Balik rumah bila umi tahu lagi sedih umi sebab dia dah pernah hadap kimo dua kali dlm hidup dia. Dia tahu sakitnya kimo. Seharian dia tk ckp dgn aku. Esknya dia dtg and peluk ckp, kakak umi mintak maaf sbb umi tak boleh tahan air mata umi. Umi hrap kakak kuat utk hadapi ni smua😭

My first kimo ramai ws bagi semangat itu ini doakan and siap ada yg dtg melawat. Terharu sangat. Salah satu sbb aku kuat sebab doa2 diorang dan umi abah. Tq wont be enough. Allah je mampu balas jasa dan kebaikan korang😊

Effect ubat kimo buat aku down jugak. First kimo je okay. Next cycle aku akan always muntah. Pernah sekali tuh hampir 17 kali muntah dlm sehari. Satu bdn lemah. Menggigil. Lgi2 masa 3rd and 4th cycle rasa tkmau dah nak pergi hospital hadap bnda sama.

Lepas kimo makin turun berat. Org ckp makin cengkung, kurus sgt itu ini. Murung gile sorang2 nangis. Start dari situ stay away from people. Emosi mmg tk stabil. Penah ada yg kena marah free. Lol

Masa kimo memang paling seksa. Sebab aku tiap kali kimo kena duduk wad 3 hari. Hari first 3 ubat masuk and selang dengan 2 air. Hari second and third satu ubat satu air. Total ubat 5 and air 8

Kadang bila orang tanya mcm mana rasa kimoterapi taktahu nak describe macammana. Haha dah 2018 nih harap sgt org makin makin peka dgn apa itu rawatan kimoterapi instead taktahu je and tanya mcm2.

Day by day effect kimo dah makin nampak. Rambut makin gugur. Kening hilang. Bulu mata hilang. Hahaha tipu tak down. Thats why jarang dah tgk cermin sebab tak sanggup.

pengalaman pesakit kanser


Kadang sebak jugak sorang2 tgk member seronok study, hangout, selfie. While me duduk dekat katil wad scroll through their instastory sambil ubat kimo tgh masuk. Start dri situ i prefer to sleep je sepanjang masa and harap semua cpt2 habis

RAWATAN KIMOTERAPI SETIAP MINGGU


And yeah tiap minggu kena dtg hospital untuk cucuk ubat kimo jugak. Muak gila dah pergi hospital😂 kalau cerita pasal kimo memang byk dan takkan habis.

Tiap kali nak kimo balik selalu pesan, satu lagi tirah sikit lagi dah nak habis dah. Sampai la 6th cycle habis je ubat terakhir masa hari 3, rasa beban tuh dah ringan sikit dada tak sesak dah fikir utk next cycle sbb da habis Ya Allah syukur i survive through all 6th cycle.

Time nurse cabut je ubat kimo tuh mmg mata berair2 habis la. While tunggu umi dtg utk discharge termenung sorang2 and end up nangis gila. Tak percaya diri sendiri dah hadap semua.

Sebulan lepas kimo yang last tuh, kena ct scan utk tgk balik kimo berkesan tak and sel kanser tuh makin kecik atau tak. Serius berdebar nerves habis nak ct scan harituh.

Seminggu lepas ct scan jumpa doc. Alhamdulillah ya Allah my result okay and now hanya kena jaga mkn and checkup 3 bulan sekali. Gembira tak tahu nak cakap. Tapi bila fikir i'm not fully cure. Sebab kimo tuh hanya cara utk prevent from cancer attack lgi.

But yeah i will try my best utk stay healthy. Makan tak boleh ikut suka hati. And slowly nak regain back my stamina.

Kanser nih gais boleh attack mana mana orang tak kira umur. Kalau ada apa apa pelik pada diri sendiri sila lah check klinik cepat. So that bole selamatkan dri awal. Jangan biarkan.

Terutama if you have family history with cancer. Kena hati hati. Elakkan ambik kolagen, junkfood semua tuh. Bcs from my experience i used to eat lot of rumpai laut(collagen) thats why benda tuh aktif dan besar cepat.

Tapi ikut orang jugak ada orang boleh je mkn but takde effect. For me maybe sebab my mom ada breast cancer and my aunt pun breast cancer jadi possibility utk kena lgi tinggi. Breast, ovary dan usus adalah kanser yg berkait. So kalau ada salah satu maybe boleh kena yg antara tuh.

Semangat dari member and family memang yg paling membantu utk aku teruskan hidup sampai sekarang. Lagi lagi umi. Umi lah punca aku kuat dan hadap semua nih. Tanpa dia mungkin aku tak sekuat ini.

Mungkin aku diduga dengan sakit macamnih. Tapi ada orang lagi berat dugaan dia. Walau apa pun kita hadap kita diduga ingat yang Allah tahu kita mampu. Dia percaya hamba dia mampu. Sakit nih penghapus dosa dan cara untuk latih hati supaya terus sabar dan tabah.

So hye this is me now. No bulus mata. No bulus kening. InshaAllah as time goes by dia akan tumbuh balik. Hehe pray for tirah. I hope my life going to be brighter than ever!! Lepasnih sambung study balik and i'm so excited! If ada apa2 nak tanya u can dm or comment 😊

pengalaman pesakit kanser

Maaf gais takdapat nak reply semua dm or comment 😥😭 frequently asked question mcm symptom you can search through google. And pls kalau rasa was was do check with doctor okay! Jgn takut utk check inshaAllah takda apa2. Be positive!💞💪


Di harapkan  semua pesakit-pesakit kanser dapat berjuang dan kuatkan semangat seperti Athirah . Semoga cepat sembuh ..