Showing posts with label Ubi rebus masak Asam. Show all posts
Showing posts with label Ubi rebus masak Asam. Show all posts

Monday, 5 August 2019

RESEPI UBI KAYU REBUS MASAK ASAM YANG SEDAP DAN SIMPLE

Hi Semua...

Minggu lepas kawan tempat kerja suami ada bagi ubi kayu. Kawan dia ni memang selalu bagi macam-macam. Hari tu dia bagi telur itik punya la banyak. Sampai buat nasi goreng pun letak telur itik. Hahaha.. Alhamdulillah.. Bila tiap kali ada ubi kayu depan mata mesti nak masak Ubi rebus masak Asam. 

Ubi Rebus masak asam ni memang makanan kesukaan saya sejak saya kecil lagi. Kalau masak, siap ratah. Tak makan nasi dah la. Tu sebab tiap kali ada ubi kayu mula la nak buat masak asam. 


Masa kecik dulu pokok ubi kayu ni memang di tanam belakang rumah. Tak sabar-sabar nak tunggu ubi kayu besar sebab suka sangat makan makanan yang berasaskan ubi kayu ni. Buat kerepak la, buat rebus makan dengan kelapa, buat bubur.. 






Oleh sebab ubi kayu yang kawan suami bagi ni ada banyak dan besar-besar jadi saya gunakan sebiji je untuk buat masak asam. Selebihnya saya buat kerepek goreng. Sekali anak-anak hadap terus habis. Tak tahu pulak rupanya Maisara pun suka sangat kerepek ubi kayu ni. Nanti saya tunjuk kan cara saya buat kerepek ubi kayu di entry yang lain.

Ramai juga rupanya yang tak pernah makan Ubi rebus masak Asam ni. Rugi nya.. Hahah.. Cara membuatnya pun mudah sangat dan lebih kurang sama je macam kita buat masak asam guna ikan tu. Cumanya kita gantikan ikan tu dengan ubi kayu je,.


Jom saya kongsikan resepi Ubi kayu rebus masak Asam dan korang boleh cuba nanti. 

Bahan-Bahan nya:

I biji ubi kayu saiz besar.
5 biji bawang merah.
3-4 biji cili padi
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
1 batang serai
sedikit dauk kesum
1 keping asam gelugur.
2 cawan air.



Cara-Caranya:

Buang kulit ubi, potong mengikut saiz yang korang suka dan bersihkan. Kalau korang potong ubi tebal2 dan besar-besar korang boleh rebus dulu ubi tu sampai lembut.

Tapi kalau korang potong kecil-kecil tak payah la rebus dulu. 

Untuk resepi kali ni saya guna ubi yang besar dan saya potong tebal. Jadi Ubi tu saya rebus dulu dengan air. Kemudian Bila ubi dah lembut, buang air rebusan tu, dan ketepikan dulu.


Kisar bawang merah dan cili. Kemudian masuk kan dalam periuk. Masuk kan daun kesum dan serai yang dah diketuk .

Masuk kan juga serbuk kunyit dan asam gelugur. Kemudian masuk kan air.






Buka api sederhana je dan masak. Bila dah hampir-hampir mendidih masuk kan ubi kayu tadi. Masak sampai mendidih sepenuh nya dan masuk kan garam.

Dah siap untuk dihidangkan. Lagi lembut ubi kayu tu lagi sedap tau. Nak makan dengan nasi , boleh.. Nak makan ratah macam tu saja pun boleh..

Selamat mencuba..