Showing posts with label TRAVEL. Show all posts
Showing posts with label TRAVEL. Show all posts

Thursday, 1 November 2018

3 BENDA YANG SELALU KITA LUPA BAWA KETIKA TRAVEL



3 BENDA YANG SELALU KITA LUPA BAWA KETIKA TRAVEL Memang seronok berjalan ke tempat orang.Lagi-lagi kalau tempat yang berbeza budaya dan adat. Kita boleh belajar dan  melihat banyak perkara baru dan memberi pengalaman berbeza pada kita.

Selalunya tempat-tempat macam ni memang banyak aktiviti untuk kita join.

Tapi perjalanan kita mungkin jadi tak best bila ada perkara dan benda yang kita terlupa nak bawa. Masa packing barang tak terfikir pun nak bawak tapi bila dah sampai dan terjadi sesuatu terus rasa.." ala..lupa nak bawa benda tu.."

Kan?? Pernah tak jadi macam tu?\




Selalunya ada 3 benda yang kita selalu lupa bawa. Bila dah sampai baru teringat benda tu penting dan perlu untuk dibawa.

1- Sunscreen 

Mungkin bagi sesetengah orang rasa kalau pergi ke tempat-tempat macam pantai atau negara yang panas saja yang perlu guna sunscreen atau pelindung matahari. Tapi sebenarnya apa yang lebih baik ialah kita gunakan sunscreen setiap kali keluar tak kira la kita ke mana sahaja.

Untuk mereka yang travel, kadang2 kita tak tahu keadaaan satu-satu tempat tu.Tiba-tiba sahaja cuaca boleh berubah.

Masa ni baru kita sedar betapa pentingnya sunscreen. Sunscreeen digunakan untuk melindungi kulit kita dari terjadinya kesan berbelang hitam atau jelaga yang boleh menggaanggu penampilan kita dan boleh menjejaskan kesihatan kulit



2- Extra Bag

Biasala, bila dah berjalan-jalan ni mustahil kita nak  pulang dengan tangan kosong kecuali kita ada prinsip dan bajet yang terhad. Tapi agak rugi bila kita tak membeli beberapa barangan yang boleh menjadi kenang- kenangan.

Lagi best bila tempat yang kita pergi tu barang-barangnya lebih murah dan bila kita terlalu leka membeli sampai terlupa nak balik nanti tak de bag nak isi.

Adalah lebih baik jika kita sediakan 1 bag lebih atau extra bag untuk memudahkan kita nanti membawa pulang barang-barang yang dibeli.




3- Kit Pertolongan Cemas

Kemalangan sukar dijangka. Orang kata malang tak berbau. Sedangkan berada di dalam rumah sendiri pun kita boleh tercedera . Apatah lagi jika sedang travel.

Tak mustahil dalam perjalanan mungkin akan berlaku kemalangan dan anda tercedera. Waktu ini lah kit pertolongan cemas sangat diperlukan. Anda tak perlu membawa kit pertolongan yang besar .

Cukup dengan membawa kain balutan dan pain relieving patch.


Saturday, 19 May 2018

SISI GELAP PULAU PERHENTIAN - KES PECAH BILIK DAN CURI BARANG GUEST DI LONG BEACH



SISI GELAP PULAU PERHENTIAN - KES PECAH BILIK DAN CURI BARANG GUEST DI LONG BEACH  Pulau Perhentian adalah destinasi yang masih dalam perancangan keluarga saya untuk bercuti akan datang. Anak-anak saya ni paling suka tempat yang ada pantai.So kalau nak bercuti wajib pilih tempat yang ada pantai dan dekat dengan hotel.Kalau boleh nak walk in je.

Dalam saya dok google maklumat dan cari pulau-pulau best di  Pulau Perhentian ni saya ada jumpa satu post yang dikongsi di Twitter oleh seorang Vlogger.

Menurut pemilik akaun yang dikenali sebagai Ezrin ni dia mendakwa di Long Beach Pulau Perhentian ada sediket pasaran gelap yang menjual barangan curi. Sebab tu la ramai budak2 tempatan  di situ yang berani pecah masuk ke bilik pengunjung pulau tersebut untuk mencuri barangan.





 Memang menakutkan .. Bila baca screen shot perbualan di Whatsapp tu agak terkejut sebab macam tak de tindakan di ambil seolah-olah bihak resort pun dah lali dengan kes-kes macam tu dan anggap ianya sebagai perkara biasa.

Kalau saya tak nak la pergi tempat yang merbahaya macam ni. Buatnya masa tu kita ada dalam bilik tentu ianya membahayakan keselamatan kita dan anak-anak juga.

Tak dapat nak pastikan benda ni kerap berlaku atau pun tidak..Saya try juga cari di facebook kalau-kalau ada yang pernah stay di Long Beach dan alami perkara buruk macam ni.Tapi tak jumpa pun.Mungkin tak didedahkan..

Bila baca benda-benda macam ni rasanya kitaorang patut fikir balik sama ada nak stay kat pulau atau pergi pantai biasa je la.Hahha.. takut la weh.. Dah la nak pergi dengan anak-anak.


Thursday, 3 May 2018

INI SEBAB KENAPA KITA TAK BOLEH NAIK GAJAH BILA MELANCONG KE THAILAND




Saya ni walaupun seorang yang penakut dengan haiwan tapi saya sebenarnya pecinta haiwan jugak.Rasa sakit hati bila nampak ada orang aniaya haiwan. Tak sanggup nak tengok.

Tapi ramai yang tak sedar cara kita sendiri menggalak kan penganiyaan terhadap haiwan . Contohnya Gajah. Ramai orang kalau pergi ke Thailand mesti nak naik gajah. Tapi tahu tak bagaimana gajah tersebut di perlakukan untuk sesetengah pihak  mengaut keuntungan ?

Gajah yang di tangkap bukan sahaja di siksa malah ada gajah-gajah kecil di pisahkan secara paksa dari ibu mereka  atau di sebut sebagai "phajaan" . Kesian nya..

Kalau tak percaya cuba tengok gambar-gambar ni.. Apa perasaan korang selepas melihat gambar2 ini.?






Ini adalah keadaan di mana gajah-gajah sedang di latih supaya menurut perintah . Gajah-gajah ni bukan saja di latih setiap hari malah di perlakukan dengan kejam sekali.

Di ikat, di pukul sampai ada yang luka-luka.

Tapi bila kita pergi ke Thailand kita tengok gajah-gajah ni macam jinak sangat sampaikan ada yang anggap gajah ni haiwan yang di pandang suci oleh orang Thailand. Sedangkan orang tak tahu macam mana cara mereka menjinak kan gajah-gajah ni. Sangat kejam!

So korang kalau ke thailand tak payah naik gajah sebab ianya seolah-olah menyokong tindakan pihak tertentu ni . Kalau ramai2 sebarkan benda ni tak kan ada lagi sesiapa nak naik gajah  dan orang tempatan kat sana pun tak nak dah tangkap gajah dan gunakan untuk kepentingan sendiri.

sekian..


Wednesday, 7 March 2018

DI NORWAY ADA BANDAR YANG TIDAK DISINARI MATAHARI

Korang pernah sampai kesebuah bandar kecil di negara Norway yang dikenali dengan nama Rjukan? Kalau belum apa kata korang singgah ke pekan kecil ini. Yang menariknya di sini ialah bandar ini tidak di sinari cahaya matahari.


Bandar kecil  ini terletak di Norway.2 km dari ibukota negara Norway.  Masyarakat di sana hidup dengan cahaya pantulan matahari dari cermin besar yang di letak kan di atas bukit.

Ini berlaku kerana bandar tersebut berada di tengah-tengah kawasan pergunungan . Gunung-ganang di sekitarnya membuatkan bandar kecil ini terlindung dari sinaran cahaya matahari.


Pada tahun 2013  Martin Andre, seorang warga tempatan  yang bekerja di penjana hidroelektrik di  situ  membuat cermin raksasa besar..Dia membuat tiga cermin khas berukuran 17 meter persegi dan diletakan di atas lereng gunung setinggi 450 meter. Cerminnya menggunakan kaedah heliostat (Varden)

Dana untuk projek tersebut di berikan oleh pemerintah tempatan sebanyak 5 juta NOK.


Heliostat adalah salah satu cara baru untuk mengeksploitasi sinar matahari sebagai pencahayaan .

Bagaimanapun, ia tidak menukarkan haba menjadi  tenaga elektrik tetapi hanya memanfaatkan cahaya matahari untuk mencerminkan ruang sebagai pencahayaan .



Cahaya matahari yang terpantul dari cermin di atas gunung boleh menerangi bandar kecil tersebut seluas 600 meter persegi.


Bandar Rjukan mempunyai penduduk seramai 3500 orang penduduk sahaja. Walaupun hanya mendapat sedikit sahaja pantulan cahaya matahari ,dan bandar kecil mereka tak ubah suasananya seperti malam,  namun mereka tetap bersyukur .




Bandar ini sering menjadi tumpuan pelancong kerana ianya dikatakan unik terutamnya ketika musim cuti.

Teringin nak sampai ke Rjukan??

sekian.

Sunday, 28 January 2018

5 NYONYA FOOD IN MELAKA YANG ANDA PATUT CUBA - UNSEEN MALAYSIA





5 NYONYA FOOD IN MELAKA YANG ANDA PATUT CUBA  Melaka adalah salah satu negeri yang paling menunjuk kan peningkatan jumlah pelancong setiap tahun.Sebab tu la memang ramai yang menjadikan Melaka sebagai destinasi percutian. Korang mesti pernah ke Melaka.Bukan?

Bagi yang belum pernah ke Melaka atau dah lama tak jalan-jalan makan angin di Melaka , saya nak kongsikan beberapa  makanan dan tempat makan menarik dqn unik, di Melaka . Melaka dah banyak berubah seiring dengan citarasa masa kini. Dari tempat peranginan sampai la ke makanan semuanya ada pembaharuan dan keunikan.So korang yang dah lama tak ke Melaka kena teruskan membaca.

Apa lagi yang menarik dan unik di melaka kalau bukan makanan nya..Kan?Ramai yang datang ke Melaka semata-mata nak mencuba sendiri masakan dan makanan di negeri bersejarah ni.

Makanan baba  dan nyonya ada peminatnya tersendiri.Disebabkan terdapat unsur-unsur makanan cina dan Melayu , makanan peranakan ini sentiasa dicari terutamanya pelancong di dalam negara.

Nyonya Food in Melaka Yang Wajib di cuba



Laksa Nyonya 
Kalau mengikut rating, Laksa Nyonya adalah yang paling dicari-cari pelancong bila bercuti di Melaka. Memang banyak tempat yang ada jual laksa Nyonya.Salah satunya di Calanthe Art Café

pic: Calanthe Art cafe


Jangan terkejut kalau sampai di  Calanthe Art Café ni sebab ianya adalah cafe Hipster . Di Melaka ni terdapat banyak cafe hipster yang best-best dan sering jadi tumpuan penduduk tempatan dan juga pelancong.Beberapa tahun lalu cafe-cafe yang biasa je dipandangan mata kita kini dah berubah menjadi cafe hipster yang menarik dan unik.



Dari luar je dah ternganga mulut tengok cafe ni...Memang terbaik dekorasi di luar cafe ni.Tengok la gambar ni...

Pic: Calanthe Art Cafe


Di sini ada Laksa nyonya yang menjadi sebutan ramai ..Singgah Calanthe Art Café ni wajib korang order sekali laksa nyonya.Rata-rata yang dah rasa memang tak menyesal. Istimewa nya laksa nyonya di sini dihidangkan dengan makanan bergoreng yang pasti buat korang jatuh cinta.Memang tak kan jumpa kat tempat lain tau...

Cafe ni sebenarnya lebih terkenal dengan hidangan  13 jenis kopi dari setiap negeri.Kopi yang paling ramai suka ialah kopi Melaka. Ini tempat makan yang korang wajib singgah!!Terbaik!!




Asam Pedas Nyonya
Satu lagi tempat yang ada  Nyonya food in Melaka ialah di Seri Nyonya Peranakan Restaurant - Hotel Equatorial, Melaka . Disini tak ubah seperti  syurga makanan Peranakan dengan dekorasi meja yang bercirikan Baba dan Nyonya. Boleh feeling macam baba dan nyonya kalau makan kat sini.

Sebut je apa hidangan Baba dan Nyonya , semuanya ada di sini . Antara makanan yang patut korang cuba  Asam pedas dan banyak lagi..

pic: Vkeong.com


Cerita pasal asam pedas ni, ramai yang nak tahu apa bezanya asam pedas biasa dengan asam pedas nyonya. Saya pun tak tahu apa bezanya tapi yang pasti kalau makan asam pedas nyonya Melaka mesti akan bertambah-tambah makan.So korang kena datang dan rasa sendiri Asam Pedas Nyonya di sini.

Alang2 dah sampai keHotel Equatorial  boleh juga terus menginap di Hotel Equatorial Melaka ni.Tapi saya ni kalau duduk hotel 5 bintang macam ni  memang tak keluar bilik la jawab nya. :)



Chendol Baba
Sebut je Jonker 88 ramai yang dah terbayang Chendol  Baba..Apa yang istimewa sangat Chendol  di sini?

Restoran Jonker 88 ni memang digemari ramai kerana suasana nya . Ada orang kata.."macam masuk Muzium." .. Tapi disini yang istimewa ialah makanan nya yang sedap, unik dan persekitaran nya bersih.



Chendol nya  juga dikatakan agak berbeza dengan tempat lain.Ais chendol dikisar dengan sangat halus dan gula melaka yang digunakan adalah yang terbaik tanpa dimasuk kan apa-apa bahan lain.Terdapat 10 jenis chendol yang boleh korang cuba.Semuanya sedap-sedap.tapi yang paling digemari ramai ialah Chendol Baba iatu ais kisar yang dicampur santan pekat dan juga air gula melaka.



Telur Dadar Cencalok
Bagi penggemar telur korang patut cuba telur goreng cencalok. Bagi yang pertama kali mendengar nya mesti agak pelik dengan gabungan telur dan cencalok.Tapi bila sekali dah cuba mesti tambah nasik berkali-kali.



Korang yang nak try Telur Dadar Cencalok ni boleh ke Restoran Makko.Makko ni bermaksud makcik. Restoran Makko ni menyediakan masakan khas Baba dan Nyonya. Kalau nak kenal dan rasa macam-macam nama masakan Baba dan Nyonya elok lah korang singgah di Restoran Nyonya Makko.

Telur dadar cencalok ni dimakan bersama nasik.Jangan lupa pesan juga ikan goreng asam.Gabungan terbaik dan pasti puas hati.


Kuey -Ku @ Kuih Angku
Kuih angku atau pun dikenali sebagai kuey-Ku ni ialah kuih warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. Kuih ni berbentuk seperti kura-kura.Ada macam-macam warna. Didalam kuih ni terdapat inti yang berupa kacang hijau . Memang sedap kuih ni.Kalau dulu hanya masyarakat Cina saja yang makan kuih ni .Tapi sekarang dengan pembuatan kuih ini yang halal membuatkan kuih ini juga menjadi pilihan bangsa lain.

pic:malaymailonline


Kalau korang berminat nak mencuba Kuey-Ku korang boleh ke Baba Charlie yang terletak di Tengkera, Melaka.

Selain Kuey-Ku ada macam-macam lagi kuih tradisional baba nyonya yang ada di sini seperti, ondeh-ondeh, Kosui, Apom Bukual pisang dan banyak lagi.Macam-macam jenis kuih ada disini sampai rambang mata jadinya.

Aktiviti Menarik Di Melaka


Selain bab makan ada lagi yang best tentang Melaka yang korang patut tahu.Rugi pulak kalau datang ke Melaka tapi tak terokai keistimewaan Negeri penuh bersejarah ni dengan lebih lagi. Salah satu aktiviti malam yang korang boleh cuba ialah berjalan-jalan di tepi sungai Melaka.Tak payah bayar tapi apa yang korang akan nampak ialah suasana malam di tepi sungi Melaka yang cantik dengan lampu-lampu  bot-bot yang lalu di Sungai Melaka.

Kalau jalan waktu siang boleh nampak lukisan-lukisan dinding bangunan di tepi Sungai Melaka.Dapat juga lihat senibina bangunan lama dan bersejarah. Yang penting kaki kena kuat sebab kat Melaka ni korang nak ke satu tempat ke satu tempat lain cuma jalan kaki je.



Selalunya tujuan kita bercuti, selain dari nak tenng kan fikiran kita juga dah tentu nak tahu tentang Negri tersebut.. Apa kata korang ke Melaka Alive.Ini adalah tarikan Melaka yang membawa korang merasai sejarah kerajaan lama negeri Melaka.

Korang akan di persembahkan dengan pementasan teater dengan kesan khas di Melaka Alive. Teater ini  menceritakan kisah Panglima Awang dan sejarah negeri Melaka  dari zaman kegemilangannya sehinggalah kejatuhannya ke tangan Portugis. Korang juga berpeluang masuk ke kapal lanun yang lengkap dengan prop yang realistik dan lebih menarik ada lanun yang menyeramkan.

Nak tahu banyak lagi tentang perkara menarik di Melaka dan seluruh Malaysia korang boleh tengok di Unseen Malaysia .

Hotel dan Penginapan Di Melaka


Bila berkunjung ke Melaka tak payah risau tentang tempat penginapan . Dari hotel 5 bintang sehingga lah hotel bajet semuanya mudah di dapati dan selesa. Dari tempat  penginapan kita boleh jalan kaki je ke tempat-tempat lain.

Kita boleh menginap di hotel yang lebih murah bayaran nya tapi tak kurang hebat nya juga dengan hotel 5 bintang. Saya cadangkan Thoo Hotel kerana ianya berdekatan dengan Mahkota Medical Centre,Mahkota Parade,Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan A'Famosa , So mudah la kita nak Jalan-jalan cari makan nanti. Kalau  korang ke website Traveloka boleh jimat 25 % tempahan dimana-mana hotel tau.

sekian.

Saturday, 9 December 2017

JIKA ANDA KE ATHENS, GREECE JANGAN LUPA SINGGAH BERSOLAT DI MASJID BAWAH TANAH INI

Assalamualaikum...




JIKA ANDA KE ATHENS, GREECE  JANGAN LUPA SINGGAH BERSOLAT DI MASJID BAWAH  Greece adalah sebuah negara yang menjadi impian persinggahan ramai pelancong.. Negara yang indah ini sangat terkenal dengan peradaban zaman Athena Kuno. Bilangan penganut islam di negara ini tidak ramai akibat perjanjian penukaran penduduk antara Greece dan Turki pada tahun 1923. 


Komuniti  muslim di ibu kota Athens terpaksa melalui keadaan di mana tidak ada masjid rasmi di negara ini. Athena adalah satu-satunya kota negara  Eropah yang tidak mempunyai masjid 

Agak sukar untuk komuniti islam menghadapi keadaan tersebut kerana ianya akan menyukarkan mereka untuk melaksanakan salat berjamaah . 





Mujur lah ada sedikit ruang bangunan  di beberapa kedai makanan  halal di disekitar bandar Athens yang boleh dijadikan ruang untuk bersolat.

Jadi jika anda melancong ke Athens anda  tidak akan menemui bangunan  masjid yang cantik  nan megah lengkap dengan kubah dan menara. Banagunan masjid di sini terlalu sederhana dan agak sukar di kenal pasti.






Walapun begitu terdapat sebuah masjid yang selalu menjadi tumpun kerana keunikan nya.Masjid ini unik kerana ianya terletak dibawah tanah.Inilah Masjid Al Salam atau lebih di kenali sebagai  masjid bawah tanah. Masjid Al Salam memanfaatkan lokasi ruangan bawah tanah  sebuah apartemen yang dimiliki oleh seorang warga negara keturunan Mesir bernama Muhammad Rassas.




Pada awal-awal  masjid Al Salam dibangun kan , bangunan ini tidak terlepas  dari ancaman beberapa pihak yang tidak menyukai kewujudan  Masjid Al Salam di Athens. Pada masa itu  untuk solat berjemaah  bukanlah perkara mudah bagi kaum muslim Athens, ianya amat merbahaya bahkan boleh mengancam nyawa .



















Namun kini situasi negara ini jauh sudah berubah dan lebih bebas. Orang muslim sudah boleh beribadat  walaupun masih belum mempunyai masjid rasmi.. Satu lagi yang menjadi masalah orang Muslim disini ialah tidak ada imam rasmi untuk pernikahan, menguruskan jenazah,  serta pengkebumian bagi orang islam.


sekian..

Wednesday, 20 September 2017

TRAVELER INI KONGSI TIPS DAN PANDUAN KHAS UNTUK WANITA YANG TRAVEL KE LUAR NEGARA

Assalamualaikum..



Memang seronok kalau dapat travel ke luar negara melihat keindahan dan cara hidup masyarakat luar. Tapi kadang-kadang kita akan berdepan dengan bahaya yang tak terduga.Bagaimana cara kita nak berdepan dengan situasi-situasi bahaya tersebut?

Seorang traveller , Malisa Ali berkongsi tips dan panduan khas untuk wanita-wanita yang mana ingin travel ke luar negara .

Pengalaman travel bersendiri di beberapa tempat dalam dan luar negara membuatkan Malisa Ali sedia berkongsi tips2 dan panduan berguna untuk wanita yang mempunyai minat yang sama.

Semoga ianya bermanfaat untuk semua..











Mungkin ada yang merasakan tips-tips dan panduan ini seolah -oleh menakut-nakutkan traveler tapi ini semua sebagai peringatan supaya kita tidak terleka.

Nasib setiap orang tak sama..Ada yang sepanjang travel tak pernah mengalami perkara-perkara yang membahayakan nyawa tapi ada juga yang sebalik nya..


Sumber: twitter.com/malissaali


sekian...