Showing posts with label TIPS JIKA BERDEPAN DENGAN ANING YANG AGRESIF. Show all posts
Showing posts with label TIPS JIKA BERDEPAN DENGAN ANING YANG AGRESIF. Show all posts

Friday, 6 January 2017

5 TIPS MUDAH KETIKA BERHADAPAN DENGAN ANJING YANG AGRESIF

Assalamualaikum..



Semenjak akhir-akhir ni kawasan rumah saya ada anjing pulak.Saya syak ianya anjing milik salah seorang jiran saya di sini.Dulu anjing tersebut di kurung tapi sejak akhir-akhir ini  anjing tersebut dilepas kan.Mungkin dah malas nak jaga.Tapi tindakan nya tu menyusahkan orang .Anjing tersebut suka kejar kucing dan suka merayau di depan rumah.Agak takut nak keluar kerana risau dia mungkin bertindak liar.

Hari ni Saya nak kongsikan tips dan panduan untuk pembaca-pembaca semua apa bila berhadapan dengan anjing yang kita nampak dia macam nak menyerang atau mendekati kita.Kadang-kadang dia bukan nak serang kita cuma nak manja2 .Kan??untuk orang yang malas nak samak macam saya ni memang tak mahu la anjing tu datang manja-manja dengan kita..Mana la nak di cekau tanah merah kat rumah saya ni..Ok..jom baca tips2 di bawah yang saya ambil di BRIGHTSITE



1- Jangan Panik
Tahu tak yang anjing boleh tahu kalau kita takut atau panik?Ketika dia ingin menyerang kita dia akan menyalak sambil memerhatikan kita.Bertenang dan jangan menjerit.Jika kita menjerit waktu ini lah dia akan meluru kearah kita dan menggigit.

2- Berjalan
Jangan sesekali berlari ketika anjing menyalak pada kita.Kadang-kadang kerana terlalu takut kita bertindak dengan  melarikan diri .Ianya mengundang bahaya kerana anjing akan terus mengejar .Korang tak kan dapat lari lebih laju dari anjing.jadi berjalan perlahan dan tetap bertenang.


3- Elak kan eye contact dengan anjing
Menatap mata anjing akan membuatkan anjing rasa yang kita adalah ancaman untuknya.Namun kota tetap perlu mengawasi dan memerjhatikan anjing itu supaya tindakan nya boleh kita baca.Tidak mempedulikan nya akan membuatkan anjing akan berlalu pergi.

4- Beri sesuatu padanya
Jika kita memegang sesuatu objek tersebut boleh membantu korang.Ianya mampu mengubah sasaran anjing tersebut.Jika tidak ada sebarang objek ditangan korang boleh tunduk seperti mengambil sesuatu dari tanah dan berpura-pura ingin membaling nya pada anjing.Ini akan membuatkan anjing takut dan pergi dari situ.

5- Beri arahan supaya anjing pergi
Jika anjing mula bertindak agresif pada korang , dengan suara yang kuat  arahkan anjing pergi .Paling mudah cuma sebut "no" dan hala kan tangan seolah2 menyuruh dia pergi.Lakukan dengan yakin dan tegas . jangan menjerit terlalu kuat kerana ia akan membuatkan anjing anggap korang sebagai ancaman,.

Saya selalu buat yang no 4 tu..kalau anjing lalu kat taman permainan masa ank-anak saya bermain saya akan tunduk dan berpura-pura seperti mengambil sesuatu (jika tidak ada apa-apa) .Anjing tu akan lari ketakutan..Korang pun boleh cuba nanti..


Bagi saya anjing ni sebenarnya bukan haiwan yang boleh dilepas kan.Ianya boleh dijadikan haiwan peliharaan tapi mestilah dikurung dan diberi perhatian kerana jika agresif dia boleh mencederakan orang lain.dah banyak berita yang kita baca tentang serangan haiwan ini terutamanya pada kanak-kanak.

semoga bermanfaat untuk semua,.

Sekian.