Showing posts with label Sakit gigi. Show all posts
Showing posts with label Sakit gigi. Show all posts

Wednesday, 19 September 2018

INI SEBAB MENGAPA TAK BOLEH GUNA ESEN VANILA UNTUK PENAWAR SAKIT GIGI

Baru- baru ni tersebar di media sosial cara hilangkan sakit gigi yang dikongsikan oleh seorang wanita pengguna facebook menggunakan esen vanila. Ramai yang berkongsi posting dari wanita tersebut sekaligus menunjuk kan ramai yang percaya dengan keberkesanan nya malah tak mustahil ramai yang akan mencuba cara yang dikongsikan .


Posting tersebut telah mendapat perhatian Dr Ib Shah yang menyeru orang ramai agar jangan menyebarkan cara rawatan tersebut kerana dikatakan akan membahayakan nyawa pesakit. Menurut Dr Ib Shah di laman twitter nya cara rawtan tersebut akan menyebabkan infeksi pada gigi boleh merebak ke tulang.

Menurut Dr Ib Shah , selain mempunyai perisa tiruan, bahan kimia di dalam Artificial Vanila flavour tersebut hanya mampu membuatkan saraf menjadi kebas atau pun membunuh sarah tersebutsekaligus ianya menghilangkan rasa sakit pada gigi.

Tetapi jangkitan pada gigi masih ada dan ianya boleh merebak ke dalam tulang kita.



Dr Ib juga menyarankan agar pesakit mencabut gigi atau membuat rawatan kanal iaitu dengan membuang bahagian akar gigi yang sudah dijangkiti tadi dan menggantikan nya dengan tampalan.

5 hours ag

Sakit adalah indikasi kepada masalah yang sedang berlaku. Apabila gigi berlubang pada peringkat awal tidak sakit kerana hanya dibahagian luar. Sakit yang teruk biasanya terjadi apabila lubang pada gigi telah dalam dan sampai kepada saraf gigi.


Jika dibiarkan saraf ini akan mati dan menjadi sumber infeksi yang akan merebak ke bahagian tulang.

Bagaimana cara untuk merawat? Cabut gigi tersebut atau buang saraf yang terinfeksi dengan rawatan kanal akar.



Mengapa letak esen vanila tak membantu? 

Sudahlah  perasa tiruan, Bahan kimia dalam ARTIFICIAL vanilla flavour tersebut hanya kebaskan saraf atau pun membunuh saraf tersebut sekaligus menyebabkan tiada rasa sakit. Tapi! Infeksi pada gigi masih ada dan boleh merebak ke dalam tulang!

Rawatan kanal akar membuang akar yang terinfeksi tadi dan menggantikannya dengan tampalan.

Selain rawatan ini,boleh pilih untuk cabut gigi tersebut bersama saraf yang telah mati itu kerana ia adalah sumber infeksi pada tulang



Rawatan akar lebih baik dari cabutan kerana gigi masih boleh digunakan tapi apa yg penting sumber infeksi WAJIB dibuang untuk mengelakkan infeksi terus kedalam tulang.

Ini sudah menjawab kenapa sapu bahan kimia artificial vanilla sahaja BUKAN penawar sakit gigi.

Infeksi kedalam tulang boleh memburukkan keadaan dan antara komplikasi membiarkan infeksi tersebut adalah ludwig angina yang boleh membawa kematian!

Jadi jangan ambil remeh masalah sakit gigi dan percaya petua yang jumpa di internet dan merisikokan kesihatan diri

sekian..

Tuesday, 26 July 2016

PADAH MAKAN JAMBU BATU LEPAS TU MALAS GOSOK GIGI.

Assalamualaikum...



Selalu juga makan jambu batu..
Tapi biasanya saya buang dulu bijinya sebab takut sembelit.heheh.
walaupun ada yang kata makan biji jambu batu boleh bersihkan usus
tapi pengalaman sepanjang 30 tahun makan jambu batu,
kalau termakan biji nya sembelit la jawab nya..hehehe

Ok...nak cerita pasal biji jambu batu pulak..
sebelum tu nak pesan siapa yang dok tengah makan ka, baru nak makan ka..
sila jangan baca ye..hheheh



Kisahnya berlaku di Taiwan.
Gara-gara malas menggosok gigi setiap hari
gigi seorang lelaki di tumbuhi tunas pokok jambu.
Pada awalnya dia merasa sakit pada bahagian giginya selama beberapa hari dan
kerana tidak tahan kesakitan dia terus ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan.

Doktor yang memeriksa giginya mendapati ada daun di celahan giginya.
dan terkejut kerana daun hijau tersebut adalah tunas pokok jambu yang
tumbuh di dalam gigi lelaki tersebut.



Menurut Lelaki tersebut , sebulan yang lalu dia ada
memakan buah jambu batu.
Mungkin ketika itu ada biji jambu yang melekat di giginya
ditambah dengan sikap malas lelaki tersebut yang tidak
mahu menjaga kesihatan dan kebersihan  giginya hingga menyebabkan
biji jambu tersebut tumbuh tunas.

Menurut doktor tunas tersebut berusia 10 hari,
Doktor menegaskan gigi tersebut sudah rosak dan perlu
di cabut untuk menghilangkan kesakitan .
Selepas di cabut giginya dia terus meninggalkan klinik
tersebut kerana malu.

Ish..ish...macam ni punya malas pun ada..
tau pulak malu..heheh


sekian...