Skip to main content

Posts

Showing posts with the label SOSIAL MEDIA

KESILAPAN YANG SELALU DIBUAT KETIKA FACEBOOK LIVE

Hi semua..

Tadi dok scroll facebook nampak status kawan yang kata  ramai tak tengok dia live.  Hahaha... Saya punya rakan sosial media semua kelakar-kelakar. Makanya hari ni saya nak cerita sikit tentang facebook live. Korang yang selalu buat live boleh baca sebab saya nak terangkan beberapa kesilapan yang kita selalu buat semasa kita sedang facebook live.



Saya memang tak pernah buat Facebook live. Tapi saya selalu juga tonton Facebook live dari rakan2 facebook saya. Tak semua .. tapi kalau ada masa saya tonton la.

Bagi korang yang berniaga atau pun seorang influencer , facebook live ni sangat penting sebab dari sini kita boleh mendedahkan lagi jenama kita kepada orang lain.

Tapi kalau tak kena cara facebook live korang ada lah sia-sia. Kali pertama orang tonton la sebab nak tengok awak secara dekat. Kali kedua orang dah makin kurang, kali ketiga lagi kurang dan makin lama ada lah 1-2 viewer saja.

Sebab orang dah boleh tahu live awak "tak best".

Ada beberapa kesalahan yang …

SEBELUM TINGGALKAN KOMEN ANGGAP ORANG TU ADA DEPAN MATA KITA

Hi semua..



Hari ni saya scroll IG nampak la luhan hati Nabila huda tentang netizen sekarang yang sesuka hati tinggalkan komen melampau tanpa fikirkan perasaan rakan artis di sosial media.








Memang betul apa yang diluahkan oleh Nabila huda tu. Saya sendiri baca komen-komen netizen ni macam orang tak de adab dan rasa hormat. Kurang ajar dan sangat memalukan. Apalagi bila ianya ditulis oleh mereka yang dewasa, berakal dan nampak baik.

Ada yang guna gambar profile dengan nampak biji mata je. berjubah labuh , berniqab . Gambar profile bersama anak dan isteri. Gambar bersama ahli keluarga..Tapi rupanya gambar profile tu semata-mata nak tutup busuk hapak dia

Bila tulis komen dah macam puaka lagaknya. Langsung tak de rasa malu. Dia fikir komen puaka yang dia tulis tu cuma dibawa oleh orang yang dia tuju. Padahal semua orang baca. Kemudian orang view details sosial media nya,.

Terpampang jelas anak siapa, isteri siapa, anak nya sekolah dimana, rumahnya di mana.. Malu la sikit dengan peranagi bu…

MOTORSIKAL HILANG : NETIZEN KUMPUL DUIT GANTI MOTORSIKAL PENDAKWAH

Untung jadi orang baik. Ramai yang prihatin bila kita didalam kesusahan. Semua orang berlumba-lumba nak bantu kita. Begitu lah yang terjadi pada Ustaz Muda ini. Kehilangan motorsikal yang dialaminya baru-baru ni membuatkan pengguna laman sosial sepakat mengumpul derma untuk menggantikan Motorsikalnya yang hilang.





Pada 18 september lalu Motorsikal milik Ustaz Addien iaitu seorang pendakwah telah hilang di Giant Batu Caves. Motorsikal dengan plat no : CEA 2633 itu baru dibeli 2 bulan lalu.

Atas keprihatinan netizen dan pengikut ustaz Addien di twitter satu tabung di buka oleh Injangnation bagi memudahkan derma disalurkankan.






Kehilangan motorsikal milik ustazAddien ini menyukarkan nya untuk bergerak memandangkan beliau menggunakan motorsikal untuk mengajar dan berdakwah.

Malah beliau pernah dihubungi seseorang yang tidak dikenali agar memasuk kan sejumlah wang jika ingin mendapatkan motorsikalnya kembali.

Ustaz Addien juga pernah beberapa kali menolak untuk menerima sebarang bantuan sel…

IKUT 5 TIPS INI DAN ANDA AKAN MENJADI SOSIAL MEDIA INFLUENCER YANG TERBAIK

Orang muda sekarang ramai yang berlumba-lumba nak menjadi media sosial influencer. Mungkin sosial media influencer dianggap perkara yang sia-sia bagi mereka yang tak tahu fungsi influencer tu sendiri tapi sebenarnya sosial media Influencer memberi kesan yang sangat baik bagi perniagaan-perniagaan besar dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ni.

Tengok la berapa banyak iklan-iklan yang dibuat oleh sosial media Influencer ni mewakili jenama-jenama dan syarikat besar. Dengan kuasa viral di tangan mereka, produk dan perkhidmatan lebih cepat sampai kepada sasaran .




Tapi jangan tak tahu nak jadi sosial media influencer ni pun ada caranya. Ada yang sampai kena mengeluarkan wang sendiri agar lebih cepat mendapat pengikut dan mudah dikenali.

Kali ni saya nak kongsikan beberapa tips yang korang  patut buat kalau nak jadi sosial media influencer..


Langkah 1 . Anggap ianya seperti pekerjaan sepenuh masa
Kalau nak dianggap sebagai seorang sosial media influencer yang serius korang kena lah mendapat kep…

INI ALASAN MENGAPA RAMAI ANGGAP INSTAGRAM SEMAKIN KURANG MENARIK

Sekarang ni rasa macam dah kurang layan instagram. Ada je ambil gambar-gambar cantik-cantik..Tapi rasa macam tak kuasa nak letak kat instagram.Hahaha...

Ceh!!perasan gambar cantik.Cantik kat mata sendiri la..Asal mata sendiri rasa sedap pandang tu maknanya gambar tu cantik la..Hahhah...




Memang dah rasa kurang gemar dengan instagram ni sebab terlalu banyak sangat benda yang instagram nak buat sampaikan dah jadi sama macam sosial media yang lain.Tak de beza pun .Setuju ke tidak?


Yang masih blur-blur tak tahu nak setuju ke tidak ini saya senaraikan  sebab utama kenapa saya rasa instagram dah tak best macam dulu.


Iklan terlampau banyak. Sedangkan iklan kat tv pun kita tak suka tengok.Ni kan pulak kat sosial media kita.Baru scroll 5 gambar dah iklan. Kalau dulu 10-11 gambar baru ada iklan .


Tapi sekarang scroll 5-6 gambar je lepas tu ada iklan.Sakit hati kita tau..Iklan yang kita dah tekan "love' pun masih lagi lalu ,2 ,3 kali sehari..


Tu iklan dari Instagram sendiri.Yang iklan ka…

BLOCK, UNFRIEND, UNFOLLOW

Block,unfriend,unfollow..

Korang pilih yang mana?




sekian lama guna facebook saya tak pernah unfriends rakan facebook saya. Biasanya saya block terus.nampak macam kejam ..Kan??

Tapi demi menjaga hati sendiri itu je jalan yang terbaik.

Tak guna saya unfriend dia kalau dia dan saya masih boleh tengok apa saya update, apa dia update .. Dah tak suka, angkat kaki je la..

Kawan datang dan pergi.Susah nak jumpa yang ikhlas. Sedangkan saya punya ikhlas pun kadang2 saya tak jumpa dan tak rasa.Ini kan pulak ikhlas dalam diri orang lain.


Kalau saya tak suka orang tu, saya tak suka ambik tau pasal dia.Jadi kalau saya tau orang tu tak suka saya, saya pun tak suka dia ambik kisah hal saya.

Sebab tu saya rasa untuk mengelak kan masalah masing-masing tak puas hati ni block adalah jalan terbaik. Bagi saya menjaga hati sendiri adalah yang paling utama. 

Saya tak suka perasaan bila tengok orang , saya rasa sakit hati.Perasaan tu tak best jadi kita kena buat sesuatu supaya yang baik2 je ada dalam circle kita

Unfol…

SAKIT HATI BILA TAK DAPAT ONLINE,.TAPI MAKIN SAKIT HATI BILA ONLINE.

Assalamualaikum...

Fuh!!fuh!!!lama sangat tak update blog ni..2 hari blog terdampar kegersangan.Kahkahkah..Melampau punya ayat.Tapi 2 hari tak update saya dah siap sedia dengan entry yang akan keluar macam peluru..So , siap sedia semua dengan entry2 yang menarik dan hangat..hangat la sangat..Padahal fikiran tengah kosong ni..hahaha

Sebenarnya masa bercuti 4 hari ni kan, saya langsung tak tau apa isu semasa yang tengah hangat orang dok perkatakan..Saya update juga IG, dan fb tu..tapi sekadar update je..kalau balas komen pun setakat komen2 di post sendiri..Tak de masa nak scroll sampai ke bawah..



Masa cuti seronok je bebas dari dunia maya tu.Rasa lapang kepala.tapi bila dah balik kerumah, bila teringat ada blog yang perlu di kemas kini , ada laman sosial yang perlu diaktifkan rasa kosong dan tak tahu arah pulak..hahhaha

Agaknya macam tu la orang yang tak de internet tu rasa..kan??Diaorang tak sembang2 pasal benda viral, diaorang tak payah sibuk2 nak update gambar kat instagram..Tak pay…