Showing posts with label SITI NURHALIZA. Show all posts
Showing posts with label SITI NURHALIZA. Show all posts

Wednesday, 25 March 2015

GAMBAR-GAMBAR DATO SITI NURHALIZA DAN SUAMI DI CAPPODOCIA

Assalamualaikum...

Ingat tak lagi filem Manisnya Cinta di Cappodiacia lakonan 
Fazura dan Shaheizy Sam.
Ramai yang memuji keindahan negara Turki dalam filem tersebut..
Agaknya sebab tu la pihak astro memilih Cappodicia sebagai lokasi untuk rancangan Romantika
dalam episod Dato Siti dan suaminya Dato K.
Memang cantik gambar2 yang dikongsi Dato Siti ketika berada di sana .
Jom kita tengok...



yang ni kat Mushroom Valley..
sebab tempat ni batu2 tu macam cendawan kot..sebab tu di panggil
Mushroom Valley

Selfie.....

romantik nya...





wah..berani Siti pandu ATV..
katanya ini antara hobi dato Siti dan suami,..




Cuba buat pasu..boleh ke tu??











paling best sekali dato Siti berpeluang naik belon panas...
kalau nak tengok video nya boleh pi kat IG @ctdk 
ada video dia kongsi kat sana..

Bukti diaorang dah naik belon panas...


masa tengok gambar ni kat IG ada yang komen..

"kami yang miskin ni mampu tengok je la.."

alahai..bunyi sedih sangt..
habis tu tak kan nak bawak semua yang miskin2 ni naik belon panas dengan laki dia..
apa la..!

sekian..

Saturday, 31 January 2015

GAMBAR MAJLIS PERJUMPAAN DAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KE 11 SITIZONE DENGAN TEMA BACK TO SCHOOL

Assalamualaikum..

Meriah..sangat2 meriah majlis Perjumpaan Dan Sambutan Ulangtahun Ke 11 Sitizone  yang bertempat di Dewan Besar Utusan Melayu,Kuala Lumpur .Majlis berlangsung jam 12-6 petang tadi.Apa yang menarik nya majlis ni  bukan saja meraikan Ahli kelab peminat Dato Siti Nurhaliza malah ianya untuk meraikan ulangtahun kelahiran Dato Siti Nurhaliza yang ke-36 yang jatuh pada 11 january lalu dan sekali gus meraikan kejayaan Dato Siti Nurhaliza yang menerima 11 anugerah sepanjang 2014..Hebat betul Dato Siti Nurhaliza ni..

Tanda nama pengawas dan penolong pengawas

Macam yang beliau janjikan pada kemenangan nya di AIM lalu,dia nak meraikan nya dan menjamu peminat2 nya jadi ini lah majlis nya..Penuh dengan makan2,dengan permainan yang best2 dan dengan cabutan bertuah dan dapat dengar Dato Siti Nurhaliza menyanyi.Paling Best tetamu juga akan terlibat dalam pembikinan video klip Warna-warna Dunia..

Kita layan la mata dulu dengan deco2 di majlis Perjumpaan Dan Sambutan Ulangtahun Ke 11 Sitizone dengan tema Back To School.Semua tetamu pakai baju sekolah..terus nampak semua macam adik2 je walaupun ada yang taraf makcik2 sudah.heheheh..











Boleh la kalau ada siapa2 nak tiru tema nih..Pun comel..Deco untuk majlis ni pun cantik2..Siap duit je la ye..Majlis yang Dato Ct buat ni pun ada yuran.Rm100 sorang.Berbaloi siapa yang pergi..Jom le tengok gambar-gambar kemeriahan sepanjang majlis nih..

Ini ialah....

Guru Besar bagi ucapan..

Yang baju biru tu sebenarnya Roy..
dia suka Usha sorang gadis kat sekolah nih..
Dia minat kat ketua pengawas tu..hehehe


sesi baca ikrar dulu..ini lah ketua pengawas nya..


Menghayati ikrar yang dibacakan..heheh


Cikgu disiplin..jaga2..dia ada rotan tu..heheh


Penolong Ketua Pengawas

Cantik nya Saida

Ala..comel sangat tu...:p

kan dah kena rampas enpon..tegas sangat ketua pengawas nih..

cikgu2 yang berjaya menang cabutan bertuah..



Cantik kan ketua pengawas nih??

Majlis berjaya dan mendapat sambutan yang menggalak kan..

Sebab tu ramai sayang dia..dia pandai layan peminat..
Tak de la time nak jual barang je baru nak 
layan kita baik2..kan??

Semoga dato Siti terus berjaya ..

#Majlis perjumpaaan buat port Luck??ok..ketinggalan dah tu..muahahah..ada jugak yang sentap nanti.


sekian...



Tuesday, 13 January 2015

BERTUAHNYA DATO SITI NURHALIZA

Assalamualaikum...

Mesti dah tengok banyak gambar sambutan harijadi Dato Siti Nurhaliza baru-bau ni..kan??
memang meriah..kalau tengok gambar2 majlis tu naik jeles pulak sebab kita tak mampu..kan??
hahahah..meleleh air liur tengok.
betapa beruntung nya beliau sebab muda2 dah 
mampu merasa semua benda..
Walaupun dia tak de anak kandung tapi dia patut berbangga dengan apa yang dia 
ada sekarang..betul tak??


tengok gambar ni..
Hadiah bunga yang dia dapat masa majlis harijadi dia..
Kita ni nak dapat bunga sekumtum pun susah..
kena pi beli sendiri lepas tu berangan macam ada orang bagi..
kahkahkah..

Dia juga ada orang sekeliling yang sentiasa kuat menyokong karier nya..
Orang kata bekerja dengan keluarga sendiri lebih mudah nak berurusan.kan??

Bukan tu je..dia juga ada suami yang penyayang..
orang lain pun ada jugak suami penyayang.kan??
tapi sebab dia cantik,kaya ,
lepas tu tetiba dapat suami penyayang,jadi kena la masuk kan juga suami penyayang tu dalam senarai..kahkahkah...


Yang tu mak mertua dia ke??
yang kecik2 sebelah mak dia tu..?
3 kek..mesti setiap kek ada cerita nya..
ecehceh!!cerita apa nye..??


tengok la persiapan majlis harijadi nya ..
memang nampak mewah..kan??
ni semua dia sendiri yang menguruskan nya..
tapi yang susun,angkat2 ,masak2 tu orang lain la..
tak kan la dia jugak yang buat..


saya paling suka yang ini..
belon cantik nih..


Nak majlis harijadi macam ni??
saya nak..tapi tak de duit..
hehhehe..kalau tiru2 ,DIY je pun boleh kot..
nak jugak tu majlis macam Siti Nurhaliza..
tak sedar diri!!ekekek..



sekian..