Showing posts with label SHAHRUKH KHAN. Show all posts
Showing posts with label SHAHRUKH KHAN. Show all posts

Wednesday, 8 February 2017

HINA UMAT ISLAM: FILEM BARU SHAHRUKH KHAN DI BOIKOT

Assalamualaikum,..


Saya antara peminat filem-filem lakonan Shahrukh Khan.kalau dalam filem tu dia jadi jahat pun saya tengok.Ada ramai lagi peminat-peminat Shahrukh Khan yang sentiasa ternanti-nanti filem lakonan nya.Terbaru filem RAEES yang sedang hangat dengan kempen promosinya diseluruh dunia .

Filem RAEES mengisah kan seorang pengusaha membuat minuman keras yang juga seorang penyeludup dikenali sebagai Raees Bhai.Kejahatan yang dilakukan oleh Raees Bhai sukar di kesan pihak polis kerana kekejaman nya.Berlaku beberapa konflik apabila seorang pegawai polis mendedahkan kejahatan Raees Bhai.

Apa yang mengecewakan Shahrukh Khan dan team RAEES adalah filem ini tidak diluluskan untuk tayangan di Pakistan kerana terdapat unsur-unsur menghina orang islam dalam filem berunsurkan gengster tersebut.


Kerajaan pakistan menegaskan filem tersebut tidak melambangkan sisi seorang muslim yang baik kerana watak utama nya yang beragama islam tapi melakukan banyak kejahatan.

Pakistan adalah antara negara  yang memberi pulangan terbesar kepada industri perfileman di india dan keadaan ini sudah pasti memberi kesan buruk pada RAEES.

Tak pe la..yang pasti nya kalau masuk Malaysia filem ni laku keras sebab orang Malaysia ramai Minat Shahrukh Khan..kan??hehehe

sekian..


Tuesday, 26 July 2016

BAYANGKAN KALAU SHAHRUKH KHAN BUKAN HERO FILEM DILWALE DULHANIA LE JAYENGE..

Assalamualaikum..



Kalau betul peminat filem hindustan mesti dah pernah tonton filem Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ).
maknanya kalau belum tengok tu nampaknya awak bukan peminat filem hindustan.la....
DDLJ adalah antara filem paling popular di dunia tau.
Sebab tu la masih ada panggung wayang yang masih menayangkan filem ni di India.
hebat kan??

Lakonan Kajol dan Shahrukh Khan dalam filem ni adalah antara lakonan paling berjaya
sepanjang karier mereka berdua dan sehingga sekarang dua lagenda ni
masih lagi menjadi rebutan ramai penerbit filem.



Berbalik pada filem DDLJ ni, sebenarnya watak yang dipegang oleh Shahrukh Khan
tu nyaris2 je dilakonkan oleh pelakon lain.
Ini disebabkan pada awalnya Shahrukh Khan menolak untuk
berlakon di dalam filem tersebut.

Kemudian Aditya Copra selaku pengarah filem ni terpaksa mencari pelakon lain
dan pelakon yang juga popular ketika itu , Saif Ali Khan menjadi pilihan Aditya.
Mujur la Saif Ali Khan juga menolak untuk berlakon dalam filem ni.
Sekali lagi Aditya merayu dan memujuk Shahrukh Khan untuk
menerima pelawaan nya dan Akhirnya Shahrukh Khan bersetuju..



Gitu la kesah nya..
Makcik2 dan akak2 mungkin tahu dah kisah sebalik tabir ni..
Ni saya cerita kat adik2 je..hahahah..

Bayangklan lah kalau Saif Ali Khan yang jadi hero untuk filem DDLJ ..
mesti tak pecah panggung la..heheh
saya memang tak minat Saif Ali Khan tu..
sebab suara nya..ermmm..sangat!

hahahah

sekian...

Thursday, 29 October 2015

SHAHRUKH KHAN DI USIA 50 TAHUN..

Assalamualaikum..

Malam tadi hilang sakit kepala saya bila buka TV2 tengok2 ada filem Hindustan kegemaran saya.
Dil to Pagal Hai...Bila tengok Shahrukh Khan tu macam tak percaya je
yang saya boleh minat seorang pelakon walau dah bertahun lama..
Umur Shahrukh Khan pun dah nak masuk 50 tak lama lagi..
2 November ni genap usia nya 50 tahun..
Entah sejak umur dia berapa la yang saya mula minat dia.
lupa dah..rasanya masa tu umur saya baru 15 tahun...
err..kira la sendiri berapa umur Shahrukh Khan masa tu..hehehe..



Apa??Umur shahrukh Khan dah nak masuk 50??
ye adik2...yang adik2 minat tu pelakon tua je dik oi..
hahhaha...Tapi tak nampak macam 50 pun..kan??
dari gaya dia berfesyen, gaya bercakap nya..ada ke macam usia cak cecah 50??

Shahrukh Khan mengakui sepanjang hidupnya dia
sudah banyak membuat sesuatu yang boleh dibanggakan .
Walaupun usia sudah mencecah setengah abad dia masih
juga melakukan sesuatu yang orang lain suka.
Dia masih memegang watak utama untuk filem lakonan nya.
Dia sentiasa menjadi perhatian lensa kamera dan
kehidupan peribadinya juga sering menjadi tumpuan .

Sempena ulang tahun Shahrukh Khan yang ke 50,
satu pengambaran video pendek diadakan oleh
majalah Vouge bersama Shahrukh Khan .
Nak tengok kena tunggu la 2 Nov nanti ye....



Ini dia wajah terkini Shahrukh Khan...
Muka je kedut sikit..leher tak kedut..ekekek..


sekian..

Friday, 21 February 2014

WAJAH TERKINI ANJALI KUCH KUCH HOTA HAI YANG CANTIK

Assalamualaikum...

Ingat lagi pada Kanak-kanak ini...
Dia pegang watak Anjali dalam filem Kuch kuch Hota hai
bergandingan dengan pelakon filem pujaan ramai
Shahrukh Khan.



Sana Saeed yang ketika itu berusia 10 tahun membintangi filem KKHT
pada tahun 1998.
Namun sekarang dia sudah pun berusia 26 tahun membesar sebagai gadis yang cantik.

cantik kan dia?
tapi dia tak belakon dah.
mak ayah nya tak bagi..



sekian..