Showing posts with label Resepi kek batik milo. Show all posts
Showing posts with label Resepi kek batik milo. Show all posts

Monday, 8 April 2019

RESEPI KEK BATIK YANG PALING SEDAP DAN MUDAH - COMFIRM JADI

Hi semua..

Siapa suka makan kek batik? Kek batik ialah kek yang dibuat menggunakan biskut meri. Biskut yang kita suka makan masa kecil-kecil dulu. Celup dalam kopi O dan makan. Kalau makan saja macam tu pun sedap.



Kenapa dipanggil kek batik? Sebab bila di potong ada corak pada potongan kek tu. Sebab tu dipanggil kek batik. Selalunya kek batik ni dibuat menggunakan serbuk milo.Tapi kalau tak ada serbuk milo boleh nak gunakan serbuk coklat atau serbuk koko.

Saya pulak gunakan kedua-duanya sekali. lebih kuat rasanya..

Bagi yang tak suka kan coklat boleh gunakan serbuk perasa yang lain. strawberi ke, pisang ke, ..Kena olah sikit la resepi nya tu.





Ada orang suka kan kek batik yang lembut dan ada juga yang suka kan kek batik yang keras dan rangup. Kedua-dua nya saya dah cuba buat. Dua-dua sedap  Yang keras tu kena potong guna pisau yang hulu nya besi. .kalau tidak habis jahanam pisau.

Pergi pasar malam baru-baru ni saya beli biskut meri. Saya tak pernah beli biskut meri yang dalam tin besar tu. Nak try juga sedap ke buat kek batik guna biskut meri yang tin besar tu. Selalunya guna biskut meri yang dah siap bungkus jenama julies atau muncys je.



Saya beli rm5.Biskut meri coklat. Bukan yang perisa original tu.  Cukup untuk satu loyang kek batik. Ikutkan pendapat suami dan anak-anak kata mereka kek batik yang perisa original tu lebih sedap berbanding yang coklat.

Ok.. apa pun saya share jugak resepinya disini .Mana lah tahu kalau-kalau ada yang nak cuba buat kek batik. Kalau tak suka biskut meri perisa coklat tu boleh la tukar dengan yang original. Ini kek batik yang versi lembut. Lembut tu tak la lembut macam kek span atau lembut macam kek kena rendam air. Hahahh..





Bahan-bahan A
1 bungkus biskut meri

Bahan-bahan B:
1 cawan majerin
1/2 cawan susu pekat
1 cawan brown sugar
2 sudu besar serbuk milo
2 sudu kecil serbuk koko
2 biji telur
2 sudu tepung gandum
sedikit esen vanila
1 1/2 cawan air.


Bahan untuk Topping
1 cawan coklat compund
1/2 cawan susu pekat
2 sudu majerin






Cara-Caranya:

Masuk kan semua bahan B kedalam kuali atau periuk. Masak menggunakan api perlahan sambil kacau guna whisk.

Selapas sedikit pekat masuk kan biskut meri. Terserah nak patah-patahkan biskut meri tu atau nak biarkan je sekeping gitu.

kacau sebatti sampai coklat kena semua biskut. Kemudian Tutup api.

Ambil loyang saiz 8x8. Letak kan baking paper.



Lepas tu masuk kan biskut meri tadi dalam loyang. Tekan2 biskut tu sampai padat dan rata. Saya guka sarung tangan plastik je untuk padatkan kek tu. Tak panas pun. kalau tak tahan panas guna lah senduk ke, sudu ke.

Lepas tu kita buat topping kek pulak.

Masuk kan bahan-bahan untuk topping ke dalam bekas dan cair kan. Boleh cairkan guna mikrowave atau guna kaedah boiling je.

Kemudian siram dan ratakan diatas kek batik tadi. Kemudian masuk kan dalam peti sejuk.

Topping yang saya buat ni keras sebab anak-anak suka gigit coklat. Kalau korang suka topping yang lembut korang boleh buat coklat frosting je.



kalau tak suka topping pun tak pe. Boleh terus masuk kan kek dalam peti sejuk dan biar dia mengeras. Bila dah keras boleh keluarkan dan taburkan serbuk milo banyak2.

Lepas tu potong dan makan.

*kalau nak buat kek batik yang kerasa dan rangup jangan masuk kan tepung gandum dan kurang kan sukatan air dengan meletak kan hanya 1 cawan air.

Selamat mencuba.