Showing posts with label Rebus laksa cepat lembut. Show all posts
Showing posts with label Rebus laksa cepat lembut. Show all posts

Friday, 5 July 2019

TIPS DAN PETUA SUPAYA REBUS LAKSA CEPAT LEMBUT DAN TAK MELEKAT DI PERIUK

Hi semua..

Minggu lepas balik kampung sebab ada tahlil arwah abang ipar.Genap setahun dah Arwah pergi meninggalkan kami. Atfatihah untuk Allahyarham Mohd Fadhil Bin Ramli.



Saya balik la ke kampung nak menolong kakak masak. Kesian pulak sebab adik2 yang lain tak balik. Tak dapat cuti. Cemana la dia nak buat semuanya nanti.

Antara menu yang kami masak ialah Laksa. Ada kisah sedih sikit pasal kuah laksa ni. Kakak saya masak kuah laksa awal. Majlis hari ahad tapi dia masak hari sabtu malam.

Dia masak awal sikit sebab sabtu pagi dia nak balik ke Batu Kurau. Nak bawak anak-anak dia ziarah kubur arwah. Lepas tu nak balik rumah mertua dia dan ambik durian untuk kenduri





Pagi ahad tu dia buka periuk tengok2 kuah laksa tu dah berbuih. Habis terpaksa buang satu periuk besar kuah laksa.

Tapi kata kakak saya ikan tu yang dah lama .sebab tu agaknya kuah cepat basi.So pagi ahad tu bertungkus lumus la dia siapkan kuah laksa.

Pagi2 dah pi market beli ikan kemudian balik terus masak kuah. Jam 2 petang dah nak start tahlil.



Alhamdulilllah sempat siap semuanya. Rebus laksa pun sekejap je. Ada tips tau nak bagi laksa tu cepat lembut. Selalunya sebelum kita rebus laksa kita akan rendam dulu laksa tu ..kan??


Pertamanya sebab tak nak bagi laksa melekat kat periuk.

Yang kedua supaya laksa cepat masak.\

Tapi kalau korang nak laksa tu lebih cepat lembut korang boleh try masuk kan 3-4 keping asal keping semasa rendam laksa tu.



Lepas rendam dalam setengah jam terus rebus je laksa tu. Rebus sekali dengan asam keping tu sekali.

Untuk 5-6 bungkus laksa cuma ambik masa sejam je untuk rebus laksa. kalau sebungkus je laksa, tak sampai 20 minit laksa dah lembut. Lepas dah tutup api , tutup periuk laksa selama setengah jam. Kemudian baru lah dibilas laksa tu sampai bersih.

Jimat dapur gas korang. Jimat masa jugak.



Tapi jangan terlebih masak sebab nanti hancur terus laksa korang. jadi lembik melekat-lekat dah tak cantik laksanya. Macam laksa yang gambar atas ni..Terlebih masak sampai hancur.



Selamat mencuba.