Showing posts with label RUNNING MAN. Show all posts
Showing posts with label RUNNING MAN. Show all posts

Tuesday, 24 January 2017

BERITA BAIK UNTUK PEMINAT-PEMINAT RUNNING MAN : RUNNING MAN AKAN DITERUSKAN

Assalamualaikum..

Berita baik untuk semua peminat-peminat Running Man..Running Man akan diteruskan dengan 6 ahli.



SBS kini telah mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan keputusan untuk tidak membatalkan Running Man .Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua SBS 'Ibu Pejabat (Pengarah) dan Pencipta Running Man, Nam Seung Yong. Ketua Nam adalah pencipta asal Running Man dan telah terlibat dengan persembahan sejak pertama kali bermula.


Running Man bukan sahaja satu program variety. Ia mempunyai 100 juta peminat hanya di luar negara dan saya tidak fikir ia adil untuk menentukan nasib rancangan hanya kerana masalah dalaman.

Saya percaya jalan yang betul adalah untuk menjalani perubahan untuk menjadi kan persembahan yang lebih baik dan memberi lebih lagi  kepada peminat. Itulah sebabnya kita kembali. "



Saya minta maaf kepada penonton diatas kebimbangan mereka dengan beberapa kejadian sebelum ini. 6 ahli-ahli Running Man kembali dan bersedia untuk menjalankan tugas mereka. Sila terus memberi sokongan sebanyak mana anda menyanyangi mereka.


_Pengarah Nam Seung Yong

Thursday, 7 February 2013

BAGUS JUGAK RUNNING MAN TAK DATANG MALAYSIA

Assalamualaikum...

Selamat petang semua....
minggu lepas aku ada baca yang  Running Man tak datang Malaysia..
Diaorang pi ke Macau .
Tak de malaysia dalam Jadual mereka.
Ramai la yang kecewa..
Tak dapat nak tengok Ji hyo..
Tak dapat la nak bertentang mata dengan Kwang soo.





Tapi kan...
kira bagus jugak la diorang tak datang Malaysia ni..
Orang Malaysia ni cerewet..
Itu tak boleh ,ini tak boleh..
agaknya sebab tu la Running Man tak nak datang Malaysia.

Tau tak cerewet pasal apa??
Kalau ada pompuan melayu bertudung yang
melompat2 mula la nak kutuk2 kat pesbuk.
ada tu siap buat entry lagi nak
mengata perempuan tu..
Biar la dia nak melompat pun..mak ayah dia pun tak marah
korang pulak nak sibuk..

lepas tu kang ada yang bawak sepanduk
mintak Kwang soo kawen dengan diorang pun korang nak kutuk.
memang kaki kutuk la korang la..
korang tak memahami langsung jiwa  peminat2 Running Man ni tau..

Korang yang itu tak boleh ini tak boleh tu
sebenar cemburu,dengki...kan??
Bila korang tengok perempuan melompat2 kat stadium masa tengok bola
korang tak ngutuk pun..
siap berhimpit2 dengan lelaki.
tak nak pulak kutuk..

memang peminat2 Running Man kat Malaysia ni  akan terjerit2
sampai sakit tekak bila tengok Running Man secara langsung..
tapi diaorang jerit2 pun dalam kelompak gadis2 comel je...Miaw2...
Walaupun dioarang menjerit2 cuma dapat sakit tekak
dan tak dapat langsung nak sentuh walau  hujung kuku
ahli2 Running Man tu tapi mereka dapat kepuasan tau.
paham tak kepuasan tu apa??

Korang tau tak peminat2 Running Man berasa sangt sedih sebab Runnning Man tak
datang Malaysia..tapi mereka  pasrah  dan tak mau mengkucar kacir kan
perasaan blogger2 dan kaki 2 kutuk yang suka mencari salah peminat2 artis korea nih..

'Kalau  PM boleh bawak PSY datang sini ,
mesti rumah terbuka Aidilfitri nanti
Pm boleh bawak ahli Running Man pulak..
kan PM???

sekian..