Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Friday, 10 March 2017

KETIAK KUAT BERPELUH.CUBA 5 CARA INI UNTUK ATASINYA..

Assalamualaikum..


KETIAK BASAH
Siapa selalu ada masalah ketiak basah dan berpeluh kuat ??
mesti rimas dan rasa tak selesa.bukan??
Tambahan pulak  kalau perempuan lagi la malu..
tak boleh nak pakai warna2 menarik bila keluar..
oren,biru,pink ...banyak warna nampak nya yang kita tak boleh pakai.
Apa kata cuba atasi masalah ni dengan bebarapa cara yang mungkin berkesan untuk
korang yang alami masalah ni..



1-jangan makan makanan pedas
Ini adalah salah satu punca badan kita kuat berpeluh.
Ada yang kata sebab bawang.
sebenarnya bawang tu penyebab peluh tu berbau.
kalau tak makan bawang pun tapi kuat makan sambal belacan
tetap kuat berpeluh,..

2-Sapu limau nipis .
Cuma potong limau nipis dan gosok kan di ketiak ketika
mandi.Cara ni juga akan  buat ketiak lebih cerah.

3-baking soda
Banyak jugak fungsi baking soda ni.
Salah satunya mengurangkan peluh di ketiak.
Satu sudu besar soda + air 1 sudu,
Sapu pada ketiak. Awalnya ketiak akan menjadi sedikit kering,
lama kelamaan ianya akan ok..

4-cuka epal
Sapu cuka epal 30 minit sebelum mandi.
cuma ambil kapas,celup dalam cuka epal dan
sapu di  ketiak..

5-tepung jagung
Rasanya semua rumah ada tepung jagung kan?
Sapu sedikit tepung jagung pada ketiak.
kemudian biar selama satu-2 jam..kemudian bilas..
Elok la diamalkan sebelum mandi


Buat masa hari cuti sambil2 dok kat rumah je tau..heheh

selamat mencuba..


sekian...

Wednesday, 9 November 2016

PETUA DAN CARA MELEBAT DAN MEMANJANGKAN BULU MATA ANAK

Assalamualaikum...



Ramai yang kata anak saya ni bulu matanya lebat dan  melentik.Ada yang siap minta petua macam mana nak dapatkan bulu mata macam tu..Eh!!semulajadi je tu..Masa kecik je melentik , terlentik bagai.Bila dah besar nanti hilang la agaknya.Biasanya macam tu la..Tengok anak-anak kita yang lain.masa kecik memang bulu mata diaorang melentik..Naik darjah satu tak de dah semua tu..heheh


Tapi ada juga pernah dengar ada petua dan cara yang boleh buat bulu mata anak kita jadi melentik dan lebat.tak tahu la betul atau tidak tapi ada cara-cara kat bawah ni yang korang patut cuba dan ada yang tak payah lah cuba..hahaha..



1-Sapu Minyak zaitun
Ini cara yang selalunya kita akan buat.Minyak zaitun memang banyak khasiat nya dan antaranya ialah boleh melebatkan rambut dan bulu mata.Sapu Minyak zaitun pada bulu mata anak setiap malam sebelum dia tidur.Hati-hati jangan sampai minyak masuk ke mata anak.




2-sapu lendir lidah buaya dan sireh
Ambil lendir lidah buaya kemudian hancur kan daun sireh.Campur kedua-dua bahan ini kemudian sapu pada mata anak.Biarkan seketika dan kemudian boleh la dibersihkan.hati-hati ketika meletak kan masker ini pada mata anak kerana dikuatiri daun sireh tersebut masuk kedalam mata nya.



3-Sapu kacang kuda
Kacang kuda bukan saja sedap dimakan malah ada yang menyatakan kacang kuda boleh melebatkan bulu mata anak.Caranya ialah ambil 2 biji kacang kuda dan bakar.kemudian tumbuk hinggga hancur dan sapu pada bulu mata anak.




4-Menjilat bulu mata
Dikatakan menjilat bulu mata anak setiap pagi akan membuatkan bulu mata menjadi lebat , panjang dan melentik



5-Gunting bulu mata 
Cara ini  agak merbahaya.Potong bulu mata anak .Dikatakan memotong bulu mata anak akan membuatkan bulu matanya menjadi bertambah lebat dan panjang.Namun cara ini agak merbahaya kerana bulu mata fungsinya untuk mencegah habuk dan kotoran masuk  ke dalam mata..Bsudah tentu habuk dan kotoran mudah memasuki mata anak kita.



Sebaik-baiknya terima je la seadanya keadaan anak kita tu.Bulu mata lebat dan panjang pun sebenarnya tak bagus juga.Contoh macam anak saya sendiri , kalau bangun pagi , tenyeh2 mata , mesti bulu mata dia akan terlipat masuk ke dalam mata.Menjerit-jerit la dia sebab sakit.Nak keluarkan bulu mata tu bukan senang tau sebab dia tak nak buka mata dia..

sekian..


Friday, 7 October 2016

PETUA UNTUK WANITA MUDAH BERSALIN

Assalamualaikum...




Selamat pagi semua...
makin hari makin panas kan??
pagi2 lagi dah rasa panas..belum sampai tengahari lagi..
kalau jam 2,3 petang tu
dah rasa berbahang je muka nih..
aku nak cerita pasal
apa yang aku dapat masa pi klinik hari tu..
aku ada sembang dengan sorang makcik kat klinik tu..
dia cerita la petua-petua nak mudah besalin ni..
satu cara mudah nak besalin
katanya banyak kan makan kacang bendi.

makan hari2..
bila nak besalin nanti 2,3 kali teran je dah besalin.
nak besalin pun tak payah tunggu lama..
lepas turun tanda,sejam dua lepas tu mesti besalin..
itu kata makcik tu la..

lepas tu kenyataan dia disokong oleh ahkak2
yang ada kat klinik tu..
jadi mulai hari ni aku nak makan kacang bendi banyak2 la..

heheheh

satu lagi petua untuk mudah bersalin supaya tak lekat uri.
macam kes aku yang besalin uri lekat ni,
dia kata amalkan makan daun kaduk..
buat ulam makan dengan nasik.
insyaallah tak kan lekat uri lagi..

satu lagi dia pesan
kalau ada bidan nak ngurut atau tanam uri,
atau cukur rambut anak,bidan tu
mintak bahan2 mentah jangan la upah bidan tu
sebab bidan tu ada saka.
tak baik untuk anak kita..

tapi kalau dia mintak satu benda yang
untuk dipakai atau dia mintak buat kenduri ke,baru boleh.
contohnya dia mintak kain batik..
yang tu boleh la..
tapi kalau mintak ayam hitam la...telur mentah la..
baik jangan upah bidan tu..

apa lagi ye dia pesan...??
yang tu je kot...

sekian...

KOLEKSI ANEKA PETUA KECANTIKAN DAN KESIHATAN

Assalamualaikum...

Orang dulu2 memang kaya dengan bermacam-maca Petua Kecantikan .Ramai dari kita yang tak de ilmu2 macam orang2 dulu ada.Dulu2 mana ada produk kecantikan dan kesihatan..Kalau ada pun tak mampu nak beli.Jadi orang2 dulu lebih banyak menggunakan bahan semula jadi disekeliling mereka.Jom kita tengok aneka petua turun temurun yang kita boleh dijadikan amalan seharian.



PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT
*rendam 2-3 batang kulit kayu manis didalam satu cawan air.kemudian gosok pada lesung batu sehingga keluar cecair pekat.sapu cecir pekat tersebut pada jerawat .lakukan setiap malam.Boleh juga di lumurkan seluruh muka .Kulit wajah akan lebih cerah dan halus


PETUA HILANGKAN PANAU
*Ambil secawan air basuhan beras.selawat 3 kali dan lumur kan di kawasan yang berpanau.lakukan setiap malam.InsyaAllah akan mendapat hasil yang memuaskan.

PETUA BUANG ANGIN DAN LEGAKAN BISA TULANG
*Ambil segenggam garam kasar dan sangai (goreng tanpa minyak) hingga kekuningan..letak kan dalam kain dan ikat.Tuam kan di seluruh badan setiap malam.Amalkan selalu.

PETUA LEMBUTKAN KULIT WAJAH
*Ambil secawan beras dan tumbuk hingga hancur.ambil satu sudu beras yang dah di tumbuk tu dan Canpurkan dengan perahan asam limau.kemudian sapu di seluruh wajah selama setengah jam.kemudian bilas.Lakukan 3 kali seminggu.



PETUA MERAWAT CEKAM JARI KAKI
*Sapukan minyak wangi pada jari yang sakit.lakukan setiap hari.Insyaallah rasa sakit akan berkurangan.

PETUA DAPATKAN KULIT BADAN HALUS
*Parut ubi kayu kemudian tapis ambil airnya sahaja,Lumurkan diseluruh badan sebelum mandi.Bilas selepas setengah jam.amalkan selalu.

PETUA MENCEGAH RAMBUT GUGUR
*Perah kan 3 biji limau nipis .kemudian campurkan kedalam 2 biji putih telur.kacau sebati dan lumurkan pada rambut dan ratakan.Bilas selepas 2 jam sehingga bersih.

selamat mencuba dan semoga berjaya..

Sekian..



12 PETUA MASAKAN YANG WAJIB KITA TAHU

Assalamualaikum...

Saya nak kongsikan beberapa petua masakan yang dah diaamalkan oleh orang-orang tua kita dulu..kadang2 kita pun pelik apasal masakan diaorang sedap sangat sedangkan resepi kita dah ikut dah..jadi di sini ada beberapa petua masakan yang boleh kita cuba .



PETUA KENTANG CEPAT EMPUK
Apa bila memasuk kan kentang lebih awal dalam masakan ia akan membuatkan kuah menjadi lebih pekat.Untuk mengelak kan ini berlaku rebus kentang di dalam periuk lain dan apa bila sudah empuk tos kan kentang dan masuk kan dalam kuah tadi.

PETUA ELAK IKAN MELEKAT DI KUALI
Ambil beberapa keping asam gelugur(asam keping) dan masuk kan ke dalam kuali ketika menggoreng ikan.Ikan akan lebih mudah di angkat dan tidak akan melekat di kuali.

PETUA HILANGKAN HANYIR SUP AYAM
Untuk mengelak kan sup ayam berbau hanyair patikan bahan tumisan di goreng sehingga wangi dan ayam dimasuk kan ketika kuah mendidih.Cara ini akan membuatkan sup  lebih sedap dan tidak berbau hanyir.



PETUA MENYEDAPKAN IKAN YANG SUDAH BEKU
Ikan yang sudah beku memang rasanya sudah tidak segar dan apabila di masak ianya tidak sedap.Untuk mengembalikan rasa segar ikan tersebut ambil semangkuk susu dan rendam ikan tersebut.Apa bila ikan sudah lembut masak seperti biasa.Ikan akan rasa lebih sedap dan berlemak malah rasa nya lebih segar.

PETUA MASAK LEMAK CILI PADI LEBIH SEDAP
Masuk kan air kelapa ke dalam kelapa parut.biar seketika.kemudian barulah diperah kepala tersebut.Ini akan membuatkan masak lemak lebih sedap dan terasa kelainan nya.

PETUA HILANGKAN BAU HANYIR DAGING'
Selepas daging dipotong dan dibersihkan , rendam daging dengan secawan tepung gandung dan sesudu kecil garam.Biarkan seketika dan kemudian basuh lagi sehingga bersih.



PETUA HALAU LALAT KETIKA MEMASAK
kebiasaan nya lalat akan datang ketika kita menumis dan menggoreng.Untuk mengelak kn lalat datang ambil beberapa tangkai daun kari dan letak kan berhampiran kdapur anda.Anda juga boleh meletak kan beberapa tangkai daun kari di meja makan untuk menghalau lalat.

PETUA BERAS LEBIH TAHAN LAMA
Ambil beberapa ulas bawang putih dan masuk kan ke dalam tempat simpnana beras.boleh juga menggunakan beberapa tangkai cili kering dengan kaedah yang sama.

PETUA SUP TULANG LEBIH SEDAP
Potong tebu kecil2 dan masuk kan ke dalam air rebusan tulang.kemudian masuk kan bahan rempah sup .masak seperti biasa.Sup tulang akan lebih sedap.

PETUA CUCUR LEBIH LEMBUT
Untuk melembutkan cucur ,masuk kan 1/2 cawan air panas ke dalam tepungkmudian masuk kan air biasa dan kacau sebati.cucur lebih lembut dengan menggunakan kaedah ini



PETUA HILANGKAN HANYIR IKAN
Rendam ikan dengan air asam jawa dan potong limau kasturi atau limau nipis2 dan gaul bersama ikan dan air asam jawa.Biarkan seketika.kemudian masak seperti biasa.

semoga bermanfaat untuk semua..


sekian...

Tuesday, 20 September 2016

CARA MENGATASI RAMBUT BERUBAN MENGGUNAKAN UBI KENTANG

Assalamualaikum...

Suami saya dah ada uban rupanya..Mak mertua dia pun baru 2,3 tahun ni ada uban..Dia dah penuh uban kiri kanan..Menyedihkan!!hahhaah...Kalau dulu uban ni tumbuh kat rambut orang tua je.Tapi sekarang awal 30 an pun dah ada uban.Puncanya ialah penggunaan gel rambut yang tak sesuai dan mempunyai bahan kimia yang tinggi.


Ada satu cara yang patut korang cuba kalau korang pun hadapi masalah rambut beruban ni.Tapi kenalah dilakukan dengan kerap sekurang-kurangnya sekali sehari.Nak tahu caranya jom kita tengok..

bahan yang diperlukan : beberapa biji ubi kentang dan semangkuk air




Cara-caranya: kupas kentang dan asingkan kulit serta isi kentang.yang kita nak gunakan ialah kulit nya.

Isi kentang tu boleh la korang buat inti karipap.Dah siap karipap tu hantar kan sikit pada saya.email saya untuk penghantaran karipap ke rumah saya ni ye..

Balik semula pada kulit kentang tadi.Cuci kulit kentang sehingga bersih.Kemudian rebus kulit kentang selama 30 minit dengan api perlahan.Kemudian ketepikan sehingga dia sejuk.


Syampoo rambut korang dan bilas hingga bersih.Kemudian selepas air kentang tadi sejuk , ramas2 rambut korang guna air kentang tadi.Biarkan selala 20-30 minit dan kemudian baru lah dibilas rambut korang dengan air bersih.

Amalkan setiap hari dan InsyaAllah rambut yang beruban akan berkurangan dan semakin lama semakin hilang.Selamat mencuba..

sekian.

Sunday, 14 February 2016

CUKA EPAL UBATI PENYAKIT BATU KARANG TANPA PEMBEDAHAN

Assalamualaikum...



Apa rasanya sakit batu karang?
anda akan merasa ingin membuang air kecil setiap masa.
namun apa bila anda masuk ke tandas dan ingin membuang air kecil
hanya sedikit air kencing yang keluar.
Kesakitan yang anda alami memang tidak tertahan.
Badan anda juga akan berasa lemah .

Penyakit baru karang berlaku apabila terkumpulnya mineral
garam yang berlebihan dan terbentuk pada ginjal.
Ianya menyebab kan si pengidap akan merasa sakit ketika membuang air kecil.

Kebiasaan nya batu karang boleh diubati dengan melakukan pembedahan.
namun sebenarnya pembedahan bukan lah satu-satunya jalan
untuk menyingkirkan batu karang yang terbentuk.
Cuka epal adalah salah satu bahan yang boleh digunakan untuk menyingkirkan batu karang.



Berikut saya sertakan beberapa cara yang menggunakan
cuka epal untuk mengubati batu karang.
Anda boleh cuba melakukan sendiri di rumah.

1) cuka dan air putih
Campur kan 2 sudu cuka ke dalam 16 sudu air putih .
Minum campuran ini sekali sehari.jangan lupa
banyak kan minum air putih selepas minum campuran ini
untuk menyingkirkan racun-racun di dalam tubuh.

2)cuka, baking soda dan air putih
Cuka dan baking soda jika dicampurkan memnag
sangat membantu untuk mengubati batu karang
kerana ianya membuang kandungan asid dari tubuh.
Campurkan 2 sudu cuka epal, dan 1/2 sudu baking soda ke dalam segelas
air putih.kacau rata dan minum 3 kali sehari.



3)Cuka dan madu
Kandungan anti bakteria dalam madu sangat
berkesan untuk mengubati batu karang.
hanya campurkan 1 sudu cuka bersama 2 sudu madu .
Amalkan minum setiap pagi.

4)cuka, santan, air putih
Santan kelapa bukan sahaja baik untuk rambut
tetapi juga sangat bagus untuk mengubati batu karang.
Caranya campurkan 2 sudu cuka epal, 1 sudu santan dan campurkan
bersama segelas air putih.Amalkan setiap hari .

Kesemua bahan2 ini mudah didapati dan selalu ada di rumah.
semoga ianya dapat membantu mengubati penyakit batu
karang anda tanpa melakukan pembedahan.

sumber:boldskydotcom


sekian.

Thursday, 24 December 2015

CARA MUDAH UNTUK ELAK KAN KUCING BERAK MERATA-RATA

Assalamualaikum...


Saya ada bela seekor kucing .Namanya Cici..
wah..macam karangan tajuk "haiwan peliharaan saya" pulak..
ekekkekk..ok..sambung cerita
sepatutnya ada dua ekor..tapi sekor lagi dah tak de..
kena langgar kat depan rumah.
Selalu dok dalam sangkar, hari tu dia boleh keluar pulak.
Dah masanya kot..tapi sedih la .

Dah..Bukan nak cerita pasal kucing kena langgar tapi
nak cerita tentang kucing berak .
Ni masalah ramai orang bila kucing dia asyik berak merata-rata.

kucing siapa comel sangat nih...??


Kucing tak kan berak merata-rata jika kita
sediakan tempat untuk dia buang air.
Dan kucing akan buang air dimerata-rata jika
dia tak jumpa tempat untuk dia membuang.

jadi kalau nak bela kucing benda pertama yang
paling penting ialah sediakan tempat untuk dia membuang.
Tak kira la kalau rumah awak tu memang rumah teres ke, flat ke..
kena ada tempat khas untuk dia buang air.



Tak susah pun nak sediakan tempat dia membuang.
Beli bekas yang besar..klau rajin buat sendiri ke..
guna papan ke..kan?/
lepas tu masuk kan pasir.
letak kat satu tempat yang sesuai untuk kucing..

nak ajar dia buang air kat tempat yang kita sediakan tu?
dah siap sedia kan tempat untuk dia buang air,
angkat kucing awak letak dia kat atas pasir tu..
ajak dia kenal kawasan untuk dia buang air.

tapi pastikan tempat terlarang yang sebelum ni dia buang air tu
awak dah cuci bersih2 tak de bau apa.
Insya Allah lepas ni tahu lah dia kat mana nak buang air.



Kucing ni haiwan yang bukan saja manja tapi juga bijak.
kalau kita ajar dan biasakan memang dia boleh ikut.
Tak payah lah sampai nak sapu serbuk cili la, cuka la,
bakar tanah la..tak payah...
sediakan je tempat berak untuk dia.
mesti dia tak berak merata-rata sampai kena bergaduh bermasam muka dengan jiran-jiran.
Jiran2 pun..boleh buat juga satu ruang untuk kucing berak.
Kita ni hidup bermasyarakat..
kucing pun makhluk Allah ada hak untuk hidup kat mana2 yang dia nak.
jadi jangan lah pandang jijik sangat kucing yang berak kat rumah awak tu.



Pasir untuk kucing buang air tu bukan mahal pun..
rm10 je..boleh pakai sampai sebulan..
banyak tau..saya selalu beli yang 10kg tu..
Bau pun tak de sebab pasir tu ada macam2 bau, lemon, lagi bau apa entah..
saya selalu beli yang bau lemon je..
rm10 untuk kucing..apa lah sangat..kan?


sekian..

Saturday, 12 December 2015

9 CARA MUDAH MENGHALAU LALAT DIDALAM RUMAH

Assalamualaikum...


Teringat saya masa kecil-kecil dulu lalat datang ada musim nya.
Tapi sekarang ni boleh kata sepanjang tahun
lalat sentiasa ada.Pantang goreng ikan masin ke, atau
masak masakan yang kuat baunya, mesti lalat
akan datang memenuhi ruang dalam rumah.
Bila dia dah masuk memang susah la nak halau keluar

Saya nak kongsikan beberapa cara yang boleh
kita semua ikut untuk menghapuskan lalat atau mengusir lalat di dalam rumah.
Ini antara cara-caranya untuk menghapuskan dan menghalau lalat.

1-Kertas perangkap lalat

gambar dari google

Ada banyak kertas perangkap lalat yang dijual di kekal.
Ianya disertakan dengan bau-bau tertentu yang boleh memerangkap lalat.
namun anda harus berhati--hati menggunakan kertas pelekat ini kerana
ianya mudah terkena dan melekat pada anak kecil atau pun haiwan kesayangan anda
disebabkan bahagian atas kertas tersebut diselaputi pelekat yang agak kuat.
Saya kurang gemar menggunakan kertas ni sebab bau yang ada pada kertas tersebut
boleh menarik lebih banyak lalat di ruangan dalam kediaman kita.

2-Hirisan daun pandan


Bau daun pandan kurang disenangi oleh lalat.
Jadi ambil beberapa helai daun pandan yang tua.
Hiris nipis2 dan letak kan di dalam
semangkuk air berisi air suam atau boleh diletak kan kering
didalam bekas begitu saja.

3-Lilin


Meletak kan lilin berhampiran makanan yang dihidangkan
juga mampu mengusir lalat.Cara ini banyak dilakukan di kedai2 makan.
Nyalaan api dan haba panas lilin dapat membuatkan lalat
takut untuk mendekati ruang makan anda.

4-Pokok selasih


Dulu di rumah saya ada sejenis pokok.Mak saya kata namanya pokok selasih.
Dia tanam pokok tu sebab katanya bau pokok tu
boleh menghalau lalat.Daun nya rasa macam pedas2 dan beherba.
Mungkin betul ianya mampu menghalau lalat
sebab memang kurang lalat dalam rumah.

5-Kipas angin


Ni cara yang paling mudah namun ianya kurang berguna di sesetengah tempat.
Ianya memerlukan kipas yang kuat dan laju.

6- Plastik transparent berisi air


Saya pernah lihat ada yang menggantungkan plastik yang berisi air
di letak kan di tingkap dapur dan di meja makan.
Ianya sebenarnya untuk mengusir lalat kerana dikatakan pantulan
cahaya yang terkena air itu akan mengelirukan lalat.
Ianya sesuai untuk kawasan yang mempunyai cahaya yang terang.

7-Lemon dan cengkih


Hiris sepotong lemon dan taburkan bunga cengkih yang sudah di kisar atau di tumbuk halus.
ianya mampu mengusir lalat di kediaman atau bilik anda.
Atau anda boleh sekadar mencucuk bunga cengkih tersebut diatas lemon.
Cara ini juga boleh menghalau serangga lain.

8- Lavender

Bau lavender juga dikatakan mampu mengusir lalat.
Lebih bagus jika ruangan anda diletak kan beberapa tangkai lavender.
namun jika tidak ada cukup la dengan semburan lavender ke ruangan anda.
Lalat tidak suka kan bau lavender .

9- Tutup pintu dan tingkap

Ini cara yang sangat berkesan dan saya amalkan sejak dulu lagi.
Bukan saja tak memerlukan modal malah ianya mudah dan berkesan.
heheh..

Selamat mencuba dan semoga hidup anda tenang tanpa gangguan lalat lagi..:)


sekian...


Thursday, 3 December 2015

7 BAHAN DI DAPUR YANG ANDA BOLEH GUNA UNTUK MELEMBUTKAN DAGING

Assalamualaikum...



Saya nak kongsi dengan awak semua
7 bahan yang kita boleh guna untuk melembutkan daging.
Biasa nya yang liat ni macam daging ayam kampung
dan kadang2 kita risau daging yang kita masak tu
tak lembut,kita pun guna beberapa cara untuk melembutkan daging tu..

Nah..ini dia bahan-bahan
yang awak boleh gunakan untuk melembutkan daging


  • daun betik- ambil beberapa helai daun betik.ramas bersama daging dan bungkus daging tersebut dengan daun betik selama 30 minit,kemudian bilas hingga bersih dan boleh di masak untuk apa hidangan yang anda mahu.
  • buah nenas- parut nenas dan lumur keseluruh daging.perap selama 20 minit.bils hingga bersih dan boleh dimasak
  • cuka epal- rendam daging didalam cuka epal selama 1 jam.kemudian bilas.
  • buah kiwi - perap daging bersama kiwi yang dihancurkan .bersih kan selepas 20 minit dah boleh la di masak apa hidangan yang anda gemari.
  • pati lemon- lumur daging dengan pati lemon selama sejam setengah kemudian boleh la di masak.
  • tomato- lumur dengan daging selama 40- 60 minit dan bersihkan lalu boleh la di masak.
  • hampas kopi - lumur hampas kopi pada seluruh daging .cara ini bukan saja melembutkan daging malah menghilang kan bau hamis daging.
Sesetengah bahan diatas juga boleh dicampurkan bersama ketika anda memasak hidangan yang anda mahu untuk melembutkan daging tersebut.

selamat mencuba..

sekian..

Thursday, 8 October 2015

PETUA MUDAH CERAHKAN KETIAK YANG GELAP

Assalamualaikum...



Banyak petua-petua kecantikan yang emnggunakan bahan semula jadi boleh kita ikut.Walaupun zaman sekarang dah banyak produk-produk kecantikan tapi tak salah kalau kita cuba dan ikut petua lama.Lagipun bukan semua orang mampu nak beli produk kecantikan yang dah tentu-tentu harga nya mahal..

Saya nak kongsikan kan satu petua yang best bagi mereka yang nak cerahkan ketiak dan celah peha...Tapi kalau dah yang jenis kulit memang hitam tu tak payah la cuba ye..nampak pelik pulak nanti bila bahagian lain gelap tapi ketiak je yang cerah..ekekek..

Bahan-bahan nya..

Timun
serbuk kunyit
perehan lemon
baking soda

cara-caranya..

 kisar timun sampai hancur , masuk kan sperehan lemon ,baking soda dan serbuk kunyit.kacau2 sampai dia jadi pekat dan sapu kat bahagian yang nak di cerahkan..Biarkan selama 20-30 minit.
Ulang pakai setiap malam jika nak hasil yang cepat.kalau ulang pakai seminggu 3-4kali  hasilnya akan kita nampak dalam masa 3 minggu.



Ramuan ni agak panas jadi tak sesuai untuk kulit muka.takut ada pulak jadi merah2 nanti,habis la makcik kena saman.

Penting ke ketiak putih ni??penting la..kan tak lama lagi kita nak ke Gold Coast.Tak caya klik sini...nak mandi2 pantai..depan2 mat saleh tu tak kan nak tunjuk ketiak hitam pulak..kan??ekekek...

sekian..

Monday, 25 May 2015

4 CARA MUDAH HILANGKAN PANAU

Assalamualaikum..




Masa hantar anak kesekolah agama tadi saya terpandang seorang kanak-kanak
yang wajah nya ada panau yang banyak di muka.salah satu sebab kenapa panau terjadi ialah sebab terdedah dengan cuaca panas..Kalau muka baru lepas berpeluh kena panas tu jangan la di cuci terus dengan air.Mesti akan jadi panau di muka.

Antara cara yang ibu bapa boleh cuba untuk hilangkan panau di wajah anak-anak:-



*bawang putih
ambil seulas bawang putih dan potong dua bahagia.
sapu kan bawang putih tersebut di wajah anak setiap kali selepas mandi.lakukan setiap hari sehingga panau tersebut hilang.

*Cuka Epal
Sapukan cuka epal diwajah atau di kawasan yang terdapat panau.biar kan selama 20-30 minit kemudian bilas dengan air.Amalkan setiap malam.




*Lengkuas
Potong lengkuas dan buang kulit nya..cuci hingga bersih.kemudian sapu di bahagian kulit dengan perlahan-lahanBiarkan selama beberapa minit dan bilas dengan air bersih.lakukan setiap hari dan kesan nya akan dapat dilihat dalam tempoh 1-2 minggu .

*Lidah buaya
lendir lidah buaya memang diketahui ramai mempunya khasiat penyembuhan untuk kulit termasuk ruam.potong lidah buaya dan sapukan lendiri nya di wajah.Biarkan selama 10-15 minit dan bilas dengan air suam.lakukan dengan kerap untuk hasil yang lebih cepat.



Bahan-bahan diatas memang mudah untuk didapati dan ianya juga seklamat digunakan kerana tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan anak2 kita.


sekian..



Tuesday, 4 February 2014

PETUA BUANG TEMPIRAS

Assalamualaikum....




Cuti raya cina hari tu..
KamI bercuti kat Batu kurau..
Kampung sepeneh nama tempat tu..
Ada air terjun.ada chalet dan homestay jugak..
Tapi kami tak dok situ
Sebab kami dok kat umah abang ipaq aku..

Balik dari bercuti..
Mikhail dapat tempiras..hehe...
Nak cabut punya la susah..
Last2 guna tembakau..

Basahkan tembakau tu..
Lepas tu tekap kan kat tempiras tu..
Dia tercabut sendiri tak
Sampai seminit..

Kalau tarik macam tu saja sakit tau..
Guna tembakau dia tak menangis pun..
Nampak tu sampai luka leher dia gigit.

Sapa tak tau tempiras tu apa sila google ye..

Sekian...





Monday, 6 January 2014

4 CARA MUDAH KURANGKAN SAKIT GIGI

Assalamualaikum...




Sakit gigi ke??
tak tahan kan??dalam banyak2 sakit,
sakit gigi paling sakit..
sakit besalin pun kita boleh lupa..
kalau sakit gigi sampai bila2 boleh ingt..
cemana nak buat kalau sakit gigi tengah malam..
Klinik bukan buka..
Meh nak kongsi cara mudah hilangkan sakit gigi dengan cepat.


1-guna kan ais batu.letak ais batu pada tempat sakit.mula2 memang akan rasa ngilu..lepas tu sakit tu akan mula berkurangan.

2-guna serbuk penaik.ambik satu sudu serbuk penaik.titik kan beberapa titis ais dan kacau2 supaya dia jadi macam doh.jangan cair..lepas tu tampalkan kat tempat yang sakit tu..





3-Guna agaram..2 sudu besar garam di campurkan dengan setengah gelas air suam.kumur beberapa kali.boleh juga campurkan setengah sudu kecil garam ke dalam 2 sudu besar perahan lemon.kemudian kumur dengan campuran tersebut.


4-teh yang celup tu orang panggil apa ye??ha..guna teh yang macam tu la..rendam beberapa saat dalam air panas lepas tu tekap kan kat tempat sakit.

selamat mencuba..

sekian...


Wednesday, 17 July 2013

CARA MUDAH HENTIKAN BAYI MENANGIS DALAM 5 SAAT

Assalamualaikum...

Memang runsing bila
anak menangis tak berhenti..
Ada satu cara yang mungkin
kita boleh cuba untuk buat bayi kita berhenti menangis..

Teknik ini adalah dengan meniru" bunyi" yang
dihasilkan ketika bayi berada dalam rahim ibu.
Bunyi yang terhasil ini akan membuatkan bayi
berhenti menangis dengan sendirinya





selamat mencuba

sekian...

Friday, 5 July 2013

PETUA ATASI KULIT BERMINYAK

Assalamualaikum..



Korang pernah tak bangun pagi2
rasa kat muka berminyak?
masa aku sekolah dulu selalu jadi gitu..
pikir2 balik mungkin masa tu tak jaga makan pun..
yang berminyak berlemak tu yang sedap..
agaknya sebab tu berminyak teruk bila bangun pagi..

Tapi sekarang tak de la berminyak penuh muka..
selalunya rasa kat dahi dan hidung je.
kat bahagian lain tak de..
rasa berminyak tapi tak de la sampai berkilat
bila tengok kat cermin..

Aku nak kongsikan tips untuk kurangkan minyak kat
T zone nih..sebab aku perasan cara ni memang
mengurangkan minyak kat hidung aku..

~cuci muka guna air biasa saja..
tak payah guna air suam atau air ais..
jangan cuci muka guna pencuci muka lebih dari 2 kali sehari.
cuci je muka banyak kali tapi guna air biasa je tau..

~lap permukaan kulit di hidung dan dahi
dengan perahan limau atau lemon

~guna scrub yang ada madu dan almond.
2 bahan ni sangt bagus untuk mengurangkan
minyak diwajah.hancurkan almond dan campur dengan
madu kemudian sapu dimuka dan biar selama 20 minit

~gunakan cuka yang dicampur sedikit air .
kemudian sapu dihidung dan dahi.
biar selama 15 minit kemudian bilas denga air.

selamat mencuba..

sekian..