Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Pantang larang orang tua-tua

ORANG TUA-TUA KATA TAK ELOK BIARKAN KAIN BAJU BEREMBUN DILUAR

Assalamualaikum...


Sebagai surirumah yang berjaya dan cemerlang(ececeh...) perkara pertama yang dibuat bila anak dan suami dah pergi sekolah dan kerja ialah menguruskan kain baju.. kain baju ni kena diuruskan pagi2.. cuci waktu pagi..lepas tu jemur.. sebab kalau nak tunggu tengahari memang tak kering la kain baju tu.. terpaksa angkat bawak masuk umah keringkan dalam bilik belakang..
Tapi tu dulu..kat kampung2.. bila baju tak kering kena angkat dan jemur dalam umah.pagi esok keluarkan sidai Semula.
Kata orang tua, tak elok biarkan kain baju berembun kat luar. sebab tu kena angkat bawak masuk umah walaupun baju tak kering supaya tak kena embun. Ianya untuk mengelak kan ada unsur2 jahat.. Dulu benda2 gini memang banyak.. malam2 ada orang curi baju dan kenakan sihir pada pemilik baju tu.. benda2 macam tu la yang mereka nak elak kan..
Bila dah dok bandar,rumah berpagar,ada awning apa nak risau.. malam2 pun boleh jemur baju kat luar. lagi2 bila bekerja..mana la sempat nak jemur baju pagi2.…