Showing posts with label PURA-PURA JADI BISU. Show all posts
Showing posts with label PURA-PURA JADI BISU. Show all posts

Thursday, 28 December 2017

12 TAHUN PURA-PURA JADI BISU AKHIRNYA LELAKI INI BENAR-BENAR KEHILANGAN SUARANYA

Assalamualaikum...



Salah satu nikmat yang Allah bagi pada kita ialah mampu bercakap..Kita boleh bercakap , ketawa dan diam kalau kita mahu.Alhamdulillah..Tapi tak semua orang ada nikmat tu.jadi pada yang diberikan nikmat untuk bersuara tu , gunakan lah untuk bercakap perkara-perkara yang baik dan tidak untuk menganiaya orang lain atau menyakiti hati orang .

Tapi ada juga yang dah ada suara dia pilih untuk diam dan tak mahu bercakap.kenapa lah disia-siakan nikmat tu..kan??Rupa-rupanya ada satu kes di mana bila suara dah lama tak digunakan, suara akan  hilang dengan sendirinya..
Macam satu kejadian yang berlaku di China ni...







Seorang pembunuh yang disyaki yang telah melarikan diri selama 12 tahun dengan berpura-pura menjadi bisu telah hilang  kemampuannya untuk bercakap.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai  'Zheng', telah dituduh membunuh saudara isterinya,  Cao. Pembunuhan berlaku dalam satu  pertelingkahan berkaitan wang sewa berjumlah  500 yuan  (Rm300)   yang berlaku pada tahun 2005.

Semasa bertengkar , Zheng, 33, dikatakan menikam Encik Cao, kemudian dia melarikan diri  sebelum pihak berkuasa dapat menangkapnya.



Kemudian sekali lagi Zheng berjaya melarikan diri  dan menukar namanya kepada  Wang Gui dan mula berpura-pura menjadi pengemis bisu untuk menyembunyikan identiti nya serta untuk menyara dirinya sendiri.

Zheng akhirnya menetap di sebuah kampung kecil di Wilayah Anhui, 700 km utara Hangzhou, di mana dia mula bekerja dalam sektor pembinaan.Dalam masa yang sama dia tetap berlagak seperti orang bisu. Dia juga berkahwin dan mendapat seorang anak, tetapi dia tidak pernah bersuara , kerana takut mengatakan sesuatu yang boleh mendedahkan identiti sebenarnya.


Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.. Selepas 12 tahun melarikan diri  , pada suatu hari polis melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan ketika memeriksa Zheng mereka mendapati Zheng tidak mempunyai apa-apa pengenalan diri.

Perkara tersebut membuatkan pihak polis merasa curiga , jadi mereka mengambil sampel darahnya dan menggunakan DNAnya untuk memeriksa identiti beliau. Begitulah  bagaimana mereka mengetahui bahawa Wang Gui sebenarnya Zheng, suspek pembunuhan yang telah hilang sejak sedekad lalu.



Bagaimanapun, ada sesuatu yang lebih memeranjatkan pihak polis. Walaupun dia hanya berpura-pura menjadi bisu selama lebih satu dekad, kini dia  kelihatan benar-benar hilang keupayaannya untuk bercakap.

Menurut akhbar Zhejiang Daily,  vokal lelaki itu telah habis kerana kekurangan penggunaan sepanjang tempoh masa yang panjang

Semasa soal siasat dijalankan Zheng hanya berkomunikasi dengan pegawai polis secara bertulis. Ditanya mengapa dia telah berpura-pura menjadi bisu selama sekian lama, lelaki itu menulis "Semakin sedikit saya bercakapn, semakin kurang peluang untuk saya melakukan kesilapan."

Tidak dapat dipastikan sama ada suaranya boleh dikembalikan namun sebenarnya dia sudah tidak mempunyai banyak masa kerana dia kemungkinan bakal dikenakan  hukuman mati jika disabitkan dengan pembunuhan yang dilakukan 12 tahun lalu.

Buat jahat tetap akan ada balasan nya walau kita berusaha macam mana sekalipun untuk menutup kesalahan kita.

sekian..