Skip to main content

Posts

Showing posts with the label PERLUKAH ANAK TAHU AYAH ATAU IBU MEREKA SUDAH BERLAKU CURANG? keluarga

PERLUKAH ANAK TAHU AYAH ATAU IBU MEREKA SUDAH BERLAKU CURANG?

Assalamualaikum...


PERLUKAH ANAK TAHU AYAH ATAU IBU MEREKA SUDAH BERLAKU CURANG?  Kecurangan adalah satu bakteria yang boleh menghancur kan rumahtangga dan cinta yang dibina.Tak perlu ditanya bagaimana sakitnya menghadapi kecurangan dan apa ubat untuk menyembuhkan nya.Tapi dalam menghadapi ujian tersebut sedaya upaya kita akan menyembunyikan perasaan sedih, kecewa dan marah itu supaya tak terlihat oleh orang lain dan anak-anak terutamanya.
Tapi pernah tak anda sendiri terfikir perlukah anda memberitahu pada anak-anda bahawa  ibu atau ayah nya sudah berlaku curang .?
Saya pernah melihat satu pasangan yang menghadapi masalah apabila isterinya berlaku curang.Dalam situasi tersebut si anak diberitahu oleh ayahnya  bahawa ibu mereka telah  berlaku curang.

Apa yang dikesalkan ialah sianak bertindak membuang ibunya dan keluar dari rumah sebagai protes atas tindakan buruk ibunya.
Adakah masalah tersebut berkurangan???Dah tentu tidak , malah ianya memburuk dan memusnahkan lagi hubungan keluarga…